Showing posts with label K.A.M.I.vacation. Show all posts
Showing posts with label K.A.M.I.vacation. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Primaland Port Dickson

Assalamualaikum...

Kemurungan yang melanda makin melampau. Walaupun setelah bergigih menyeru semangat namun semangat tetap tidak kunjung tiba. Makanya.....

Marilah kita selesaikan duit yang masih ada dalam poket ni. Mungkin bila duit dah habis baru semangat tu nak datang.

Jadi decide dengan MR. Daddy nak bawa bebudak ni pergi mandi-mandi tapi tak nak mandi pantai. Kalau nak pergi pantai kena cari pulau baru layan. Bagitau MR. Daddy dapat hotel yang ada swimming pool pun ok. MR. Daddy kata baik mandi dekat Presint 11 punya kompleks kejiranan tu jer.

Hari Sabtu nak pergi, hari Khamis baru bincang. Plan terkejut-terkejut ni memang syok. Menggelupur cari hotel. Awalnya nak ke Gold Coast Morib. Lepas tu MR. Daddy kata dia banyak review dalam beberapa blog kata tempat tu kalau anak bawah umur 7 tahun macam kurang fun sikit sebab banyak pool yang tak boleh main. Alahhhhhhh tak moh lah. Ok cari tempat lain.

Lastly settle dekat Primaland Port Dickson. Semua MR. Daddy yang buat, Kak Fifi macam biasa yes-no-yes-no-orait-thank you. Mem besar kannnn.

Ketibaan...Nak Check-in ada masalah internet sekejap. Macam selalu mem besar perati dari jauh je.


View dari bilik. Apa lagi menggelupur lah bebudak ni nak pergi mandi. Sampai-sampai bilik tu terus tukar baju sebab dah teruja sangat nak buat terjun teruk. Walau hakikatnya waktu matahari memang terpanjang panas berdenting. Kita tabahkan jelah hati ikut kehendak bebudak ni. Walhal ahkak pun sama naik jugak.

 Aktiviti pun dimulakan. Weeeeeeee.

 Kebetulan orang pun tak berapa ramai, puas lah bebudak ni main. Mana nak ramainya tengah hari berdenting. Kitorang anak beranak jer yang excited.

 Apa abang naik, semua dia nak naik. Mami ok jerrrrr

 Yang penting kita happyyyyyy!!!!!!

 Quality time with Very Important Persons.

 Luncur sotong pulak. Yaaaaaaaaa

 Ibu yang gembira (0_o)v

 Slide air. Best gila. Tapi nak panjat tangga naik ke atas tu yang maleh. Letih. Dengan basah-basahnya nak memanjat lagi. Tapi sebab nak keseronokan naik jugaklah.

 Siap angkat tangan ke atas anak dara tu. Happy betul dia. Mami lagilah happy. Maklumlah kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan seorang ibu. E-cehhh

  SEDIA!!!

 Inilah luncurnya. Ahkak suka yang merah kuning tu. Paling hazab nak dukung Nuha naik sebab dia pun bising nak jugak merasa naik slide ni. Tiga kali jer lepas tu surrender!

 Si dugong saya.

 Tak mahu naik sampai kecut mecut tangan semua.

 Latihan kekuatan tangan untuk mami. Dia tengok abang dia berenang, dia pun sibuk nak berenang jugak.

 Kesukaan si abang. Sebab dia boleh beraksi.

 Baiklah anak-anak pastikan kita main semua permainan yang disediakan di sini. Jangan ada yang tertinggal. Rugi mami bayar walau tak berapa nak mahal.

 Peace... v

 Jom sambung lagi. 

 Cepat mami lari....

Kawasan ni semuanya adalah kawasan permainan air. Ada empat pool yang berbeza mengikut peringkat umur. Tapi saya anak beranak memang main dekat kawasan ni jer walaupun sebenarnya ada kawasan yang lebih sesuai untuk Nuha. Tapi Nuha tak suka since abangnya main dekat tempat lain.

Lagi dua kawasan adalah kawasan dewasa. Tak sesuai untuk budak-budak so saya langsung tak ke situ. Ada juga kawasan yang korang boleh cycling. Sewa jer basikal yang disediakan. Bilik penginapan kami selesa untuk empat beranak. Total penginapan + theme park RM 230++. Theme park diorang bagi dua pass masuk dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk dewasa. Nuha free sebab underage dan Irfan pula under height (4 feet).

And baju mandi juga bebas as long as pakai baju.

Ok sekarang memang tengah bertungkus lumus untuk projek akan datang. Eh betullah bila duit dah habis baru semangat tu datang.

K byeeeeeeeeeee.


Wednesday, March 26, 2014

The Lost World of Tambun v.2

Hai uolls. Ingat nak settlekan The Lost World dalam satu entry jer. Sekali terpanjang lah pulak. Maklumlah semua benda nak cerita gitulah jadinya. Itu lah sebab zaman study dulu bila lecture kata highlight perkataan penting satu buku ahkak highlight sebab rasa semua pun penting. Kalau ada yang tak highlight pun perkataan penyambung macam di, yang, dan, ke. Lepas tu nak baca sendiri pening sebab dah penuh berwarna-warni.

Ok, sambung balik. Habis mandi bawak bebudak ni pusing-pusing dalam tu. Tapi tak jalan kaki. Tak larat dah. Tunggu train jer. Tak koser dah nak berjalan, kang ada yang tertinggal tapak kaki kat mana-mana. So naik train diorang bawak lah pusing-pusing dalam tu. Yang bagusnya train ni tak laju dan sampai dekat satu-satu kawasan dia akan berenti dalam lima minit dan bagi penerangan.

 Ok moh-moh naik train.

 Journey start... 

 Hentian pertama. Ini kawasan melombong. Kalau nak try melombong boleh datang sini. Tapi kitorang tak koser panas berdenting ha...melombong mendenya.

Tea House kawasan melombong. Tidak dibuka untuk orang ramai. Just nak tunjuk macam mana persekitaran diorang zaman lombong-melombong dulu. Nice...

Then kertapi terus gerak ke beberapa kawasan lain. Tiger valley, Swan lake, Hunted house. Tapi semua tu tak ada gambar. Bateri dah kong. Sekian terima kasih. Itulah perangai ahkak. Tiap kali pergi mana-mana time nak bergambar jer mesti dah tak ada bateri. Asal nak bergambar bateri habis. Asal bateri habis jer nak bergambar. Stressed!!!

Next destination Petting Zoo. Hype budak berdua tu sampai dekat sini. Kemain menggelupur lagi. Sebab kebanyakan binatang dilepaskan jalan sebelah ko. Yang jenis baik-baik lah. Tapi yang jenis mengejar mematuk dia simpan dalam kawasan berkurung. tapi still ko boleh pergi dekat. 

 Rakun. Menatang ni comel tapi bau hancing. Nuha mneggelupur nak kan rakun ni sekor. Menjerit-jerit dia mintak. Memang tak lah dik oiiiii. Busuk!!! Koser mak.

 Then lalu tepi sangkar ayam belanda. Hoih kemain eksyen ayam belanda ni. Bajet hot! Irfan geram. Nak ketuk kepala ayam ni boleh tak mami??? Ko nak kena sodok. 


Next part yang paling dia suka. Taman burung. Burungnya tak banyak tapi berkumpul satu tempat. So nampak penuh. Memang seronok lah bebudak ni. Ahkak jer yang dok terjerit-jerit. Ngeri aku tengok burung terbang-terbang depan muka ko. Makan patuk-patuk dekat kaki. Then hinggap dekat bahulah, dekat belakang lah. Memang tak lah hoiiiiii.

 Menteri besar lawat kawasan. Tangan silang dekat belakang ok! Mula-mula sampai dekat kawasan burung ni. Si Nuha survey dulu siapa yang akan jadi mangsa.

 Ok perlahan-lahan approach sekor demi sekor. Seronok betul dia dapat pegang burung-burung merpati tu hidup-hidup. Selalu tengok dalam gambar jer. Sempat lah dia pijak ekor burung merak. Seronok dia tengok merak tu menggelupur tak dapat berjalan. 

Masa ni dah start mengejar. Ahkak dah terjerit-jerit tarik si Nuha takut kena patuk ke apa. Budak ni menggelupur marah. Mintak lepas sebab dia nak mengejar burung. MR. Daddy ada ambik video bebudak ni kejar burung tapi dapat separuh rakam jer sebab takut speaker iPhone pecah rakam suara histeria akak. Ntah apa-apa tengok burung merpati pun histeria macam tengok orang kena pancung hidup-hidup.


Gambar dengan parrot. Nampak cantik jer parrot ni tapi garang nya ya ampun. Baru nak dekat sebab nak bergambar dia dah kembang bulu tengkuk standby nak patuk. Hak eleh macam bagus-bagus jer. Yang bawah kuning tu namanya Awang. Kahkahkahkah tak glamour langsung nama. Dia marah hoi kalau ko gelakkan nama dia. Kalau ko sebut Awang??? Lepas tu gelak-gelak. Nanti dia jerit kuat-kuat tunjuk muka garang kat ko. Tampar kang!!!

Ok settle dalam petting zoo tu gerak keluar. Masa ni Nuha dengan Irfan memang flat habis dah. Sampai Irfan jalan keluar pun MR. Daddy yang dukung. Sampai hotel mandikan, bagi susu dua-duanya, then pokpok terus tidur. Barulah mak-pak nya boleh berehat.

Malam tu keluar makan. Sempat jugak lah menyinggah ke Jusco Ipoh. Tempat kenangan tu. Pergi makan dekat persiaran stadium. Tak jauh dari hotel. Malas nak jauh-jauh. Penat, nak rehat bermalas-malasan atas katil jer.


Restoran Sabar Menanti dekat Persiaran Stadium Ipoh. Kalau makanan sampai lambat ko tak boleh marah sebab tajuk restoran dah menggambarkan segalanya...

Then balik, rehat, tidur. Esok pukul 8.30 turun breakfast. Adik Nuha kena kejut. Mula-mula tu dia bengang lepas tu baru ok. Breakfast was ok. Pilihan boleh tahan. So korang tak adalah stuck dengan empat lima jenis makanan jer. Orang agak ramai pagi tu. Tapi makanan tak sempat habis. Sebab diorang sangat pantas top-up makanan. 

Then naik bilik balik. Rehat sat. Kemas beg segala. Mandikan bebudak then mak pak budak pun ikut bersiap. Pukul 11.00 check-out. Selesai ad-hoc holiday...unplanned vacation kami.

 Ready to check-out.

 Last picture dalam bilik.

 Lobby...domok with bantal ucuk.

Abang Irfan...seronok katanya walaupun sekejap jer tempoh bercuti.

Good bye Ipoh...Good bye Tambun. Ada rezeki kami datang lagi.


Tuesday, March 25, 2014

The Lost World of Tambun

Alkisahnya......

Ad-hoc holiday...unplanned vacation. Biasaaaaaaaaaa

Memang sesungguhnya tak merancang. Tetiba tersebut di mulut dan dipersetujui maka moh kite. Ke mana???

Tak jauh dekat jer ke Ipoh...The Lost World of Tambun.

Lama dah nak ke sini tapi dok menuggu The Lost World Hotel kosong di hujung minggu. Nan ado!!! Letih menunggu. Semendang jer lah penuh. Finally decided carik jer hotel lain yang terdekat dekat The Lost World tu. Merajuk ahhh dengan The Lost World Hotel.

Kisahnya pada satu senja hari Jemahat....

D : Jerebu dah kurang kan?
M : Hmmmm...
D : Ada plan nak bawak anak-anak pergi mana ker?
M : Tak. Ingat hujung minggu ni nak menjahit jer.
D : Kita pergi Ipoh nak? Bawak budak-budak tu pergi Lost World of Tambun.
M : Bila?
D : Esok...
M : Esok????
D : Ha, kejap lagi abang carik hotel. Kemaskan beg ye.

Gituuuuuu!!! Langsung tarik baju sumbat dalam beg, zip, selesai!!! Kitorang memang pakar bab-bab mengejut, terkejut-kejut ni. Pagi Sabtu tu kejutkan Irfan macam biasa dia nak pergi school. Masa ni dia tak suspect apa-apa tapi masa pakaikan baju dia dah start bersoal jawab.

Pukul 7.00 keluar rumah...pukul 10.30 sampai hotel. Alhamdulillah smooth journey to Ipoh.

 Ber'selfie' dengan wajah gembira.

 Budak domok ni angkat terus masuk kereta, tak payah mandi. Kang sampai hotel baru mandi. Dia bukan faham lagi.

Budak domok muka besar talam. Tapi kalau panggil dia gemok depan mak cik- mak cik dia nanti kena marah, sebab mak cik dia tak bagi panggil gemok. 


Kitorang exit Simpang Pulai. Sampai jer hotel terus suruh MR. Daddy tanya kot-kot nasib baik bilik dah ready. Sekali betul kauuuuuuuu bilik dah ready. Berbunga-bunga gembira. Terus cepat-cepat parking nak check-in. So stay hotel mana?

The Heritage Hotel. Booked online with booking.com. Booking.com ni bagusnya boleh booking hotel walau tak ada kad kredit. Nanti masa nak check-in bawa slip booking yang korang dah print out tu tunjuk jer dekat receptionist. Pakai booking kitorang dapat RM170.00 ++/night/room. Kalau walk in rege untuk bilik yang sama adalah RM300.00++. Separuh jimat ok!

OK moh kita meneroka ruang bilik dulu. Pada saya biliknya ok sangat. Bersih dan kemas. Bilik mandi pun bersih dan tidak berbau. Katil king size muat kitorang empat beranak. Nora bagi empat bintang!

 Hallway. Irfan tengah inspection tahap keteguhan katil. Lulus dengan cemerlang !!!

 This is the king size bed for 4 of us. Kenit tu dah mandi setelah 3 jam setengah meninggalkan rumah. Ada dia kisah. 

 TV, meja and other accessories. Seluar tu buat tak nampak jer lah ye.

 View from our room, seventh floor. Belah petang memang terik amat sebab menghadap matahari turun.

 Toilet. Clean and neat. Nora bagi empat bintang.

Shower and bath tub. Kegemaran Nuha dengan Irfan. Lagi-lagi si Nuha. Asal dengar ada yang nak masuk bilik mandi dia pun menggelupur bukak baju nak mandi jugak. Sabor jerlah. Sehari dekat enam kali mandi.


Then settle letak barang semua dalam bilik, gerak ke destinasi yang sebenarnya. Ops sebelum lupa The Heritage ada parking lot yang cukup untuk korang parking kereta korang. So no problem. Ok dari hotel ke The Lost World of Tambun lebih kurang 2.5km. Tak jauh sangatlah tapi sebab terpaksa rentas traffic light bagai rasa macam jauh.

Sampai tambun pukul 12.00 macam tu. Matahari tengah terpacak. Panas tapi berangin. Terik tapi tak berbahang. Cemana tu??? Yes itulah keistimewaan Ipoh. Masa study dulu pun gitulah. Tengah hari buta tengok tv dekat hall siap pakai selimut. Bebudak rumah kata tebiat nak mampos agaknya. Tapi ahkak memang jenis kurang berpeluh...sejuk memanjang. Dah macam reptilia berdarah sejuk.


Welcome To The Lost World of Tambun. First time sampai. Masa belajar dekat ipoh dulu The Lost World ni dalam pembinaan fasa akhir.

Tiket masuk. Dewasa RM 50.00 / person / entry. Budak (4ys above) RM 43.00. Budak ni dia bukan setakat tengok umur sahaja jer, ketinggian juga diambil kita. 

Gelang biru...main semua sampai hitam rentung.


Tapi kitorang tak pergi pun main macam-macam dalam tu sebab ada Irfan dengan Nuha. Nuha dah sah-sah tak boleh main sebab kategori baby. Yang si Irfan penakut ya rabbi. Dah bertaur ni kemain berkobar-kobar sekali sampai turn dia selamba jer dia geleng kepala undur diri tak nak main. Takuit katanya. Tak ekstrim betul bujang sorang ni. Penyudahnya main lah dalam kolam besar yang ada peringkat-peringkat ketinggian air tu. Sesekali diorang ada buat ombak gak. Itu pun dia dah happy amat dah. Nuha sampai lembik main air. Sampai satu tahap dia macam pasrah jer ombak tu datang bantai muka dia.

Gambor mandi tak ada. Sebab tak kuasa nak ambik-simpan kamera. Kitorang pergi empat bernanak kjer so tak ada tukang jaga beg. Semua sumbat dalam loker. Oh pada yang nak tahu boleh tak mandi pakai baju biasa??? Jawapannya boleh sangat. Suka hati korang lah nak pakai baju apa pun. Tapi silalah hormati pengunjung yang lain, Carilah pakaian yang sopan sikit. Tak payah lah beria benor korang nak pakai swim suit tu. Theme park jer pun.

Tapi kalau agak-agak korang datang tu waktu peak seasons macam cuti sekolah ker, long weekend holiday ker baiklah korang jangan bawak barang-barang yang berharga. Bawak duit lebih kurang sudah. Sebab takut-takut korang tak dapat loker. Kitorang hari tu pun dekat setengah jam berpusing mencari dan menuggu loker kosong. Loker banyak tapi yang datang lagi ramai. Dah tu diorang bukan datang sejam dua then balik. Nan hado!!! Kurang-kurang 3/4 hari habis dalam tu.

Fuhhhh!!!! Lap peluh.