Tuesday, April 29, 2014

Kemaskini

Assalamualaikum...

Saper tukang jahit angkat tangan. High-five!!! Kak Fifi sebenarnya sangat bermasalah dengan susun atur benang. Sebab benang kak Fifi memang banyak. Ialah kata pun menjahit. Kecarutan apakah menjahit tapi benang cuma ada sebuku.

Jadi petang Ahad tu pergi AEON Taman Equin. Sebab nak pergi daiso. Tujuan asal nak beli lampu klip untuk attach pada mesin jahit tu sebab nak jahit kain gelap-gelap tak nampak. Sekali nampak tupperware-tupperware dalam tu. Allah histeria kak Fifi. Hoih mak cik-mak cik sangat dah ni. Tapi serius geram ok.

So tanya MR. Daddy boleh tak nak rembat barang tiga empat butir. Dapat green light terus senyum sumbing sorang-sorang. Maka lajulah tangan mencapai yang berkenan di mata. Tapi memang tak boleh blah. Sambil capai yang ini mata jeling yang hujung sana. Hoih ikut hati memang nak rembat semua. Tapi kita buat slow-slow. Beli sikit-sikit dulu kasi tunjuk dia punya function, baru kita boleh bodek beli yang lain pulak.

 Ini antara koleksi benang yang ada. Actually banyak lagi tapi kita nak tunjuk kaedah simpanannya jer.

 Guna tupperware take away pizza hut. Recycle katanya.

 Tapi kalau dapat bekas cenggini lagi cool. Nampak kemas jer. Siap boleh tutup lagi. Tak adalah semak dan berhabuk.

 See cantik kan. Seronok gila rasa bila tengok benang ni semua dok elok teratur dalam tu.

 Sedap jer mata memandang.

 Ini benang sulam. Ha dalam kotak kasut pun jadik. Tapi nampak buruk lah.

 Benang sulam ni dia halus dan licin. So mudah terurai dan berbelit macam ahkak punya tu. Stressed ok kalau dia dah terbelit tu. Jawabnya potong dan buang jer. Tapi jadi macam membazirlah pulak!

 Masuk elok-elok dalam kotak macam ni. Baru nampak kemas dan teratur.

Cantik kan.

Bila dah tengok benang cantik tersusun macam tu, mulalah berangan nak beli tupperware bentuk lain dan saiz lain nak letak barang-barang jahit yang lain. Biar nampak kemas dan teratur. Tidak lah semak samun. Dan kalau orang datang tempah baju pun tak ada lah segan benor bilik jahit serupa bilik stor. Bilik stor lagi kemas dan tersusun. Tapi...tapi...tapi tulah bukan rumah sendiri so kreativiti tu agak terhad.

Alasan!!!



Monday, April 28, 2014

Cozy Sunday

Assalamualaikum uolls.

Morning...morning...morning...

So macam mana dengan weekend uolls. Iolls tak pergi jauh-jauh pun, pusing-pusing keliling rumah jer. Janji bebudak ni tak kebosanan duduk melepet dalam rumah jer.

Kita start dengan hari Sabtu. Sabtu tu pepagi lepas bebudak ni semua dah bangun tidur, biar kan bergolek-golek dulu then baru suruh mandi. Satu jer diorang ni kalau pasal mandi memang tak ada masalah. Sebut jer "pergi mandi" meluru memasing terjah bilik mandi.

Settle semua terus keluar. Lokasi tujuan adalah IOI Mall Puchong. Tapi pi breakfast dulu. Then terus ke IOI. Gedebak gedebuk cari barang semua, sampai Nuha pun dah mengamuk mengantuk nak tidur berdesup balik.

Then esoknya ahad, tak cadang nak ke mana-mana. MR. Daddy suruh buat roti jala pagi tu. Tapi satu benda pun tak ada dah dalam peti sejuk. Nak menjala mendenya. Maka ke luar lah kita bersarapan. Pilih ke Cyberjaya sebab nak lepak dekat old town. Tempat tu memang cozy untuk kitorang yang ada hulubalang yang vontot terbakar kalau kena duduk diam-diam.

 Anak dara happy sebab nak keluar dolan-dolan.

 Masa ni dah merajuk bergaduh dengan abang si gigi jarang.

 Inilah sebab kitorang suka lepak old town ni...ada kolam ikan. Ikan dia banyak giler okeh! Besar-besar gemok-gemok. So bebudak ni akan leka tengok ikan-ikan tu berenang ke hulu ke hilir. Turtle pun ada.

 Tengoklah ikan dia, macam-macam jenis, macam-macam warna. Nuha sukalah...leka dia. Kalau idak tu asyiklah nak terkinja-kinja.

 Omok-omok...manja dan kuat menyakat.

Abang...si gigi jarang. Percaya tak sepanjang lima tahun usia dia tak pernah lagi pergi barber untuk gunting rambut. Mamilah yang jadi barber dia.

Lepas tu yang ni kejadian beberapa minggu lepas. Tak ingat dah. Tapi yang pasti makan dekat IOI Mall, Nandos. MEmang bukan taste ahkak. Seriusly tak repeat dah ke Nandos lepas ni.

Nandos memang Nan ha do lah untuk aku.

 Chocolate ice tapi ice dia ada lima ketul jer. So cuma buih dia jer yang sejuk yang lain panas. dah lah rasa air coklat dia sama macam susu Nuha. Maka hasilnya hanya Nuha jer yang minum. 

 Mine...lime chicken tapi langsung tak rasa lime.

MR. Daddy..BBQ Chicken tapi sebenarnya ayam kitorang rasanya sama. Lime pun tidak BBQ pun tidak. Entahlah tak reti ahkak.


Friday, April 18, 2014

Tempahan Shawl

Assalamualaikum uollssssss....

Dah hari Khamis kan. Sekejapan jer masa tu berlalu. Eh tapi sebebnarnya kak Fifi suka jer...sebab esok dah hari Jumaat then Sabtu-Ahad cooootiiiiiiiiiiiii. Tapi tulah tak adil sungguh. Hari Isnin nak jumpa Ahad sikit punya lama tapi hari Ahad nak jumpa Isnin sekejap ja.

Tapi tak per...apap pun harinya kita kena bersemangat waja dan jitu. Gituh!!!

Ok-ok bukak cerita baru berdasarkan tajuk entry. Banyak sangat mengarut larik tajuk pulak kang.

Sebenarnya nak cerita pasal tempahan shawl. Lately ni banyak jugak terima tempahan shwal. Especially halfmoon. Shawl panjang pun ada gak. Kebanyakkannya nak sedondon dengan warna baju sebab tu nak custom made. Kak Fifi ok jerrrrr.






Ini yang latest punya tempahan. Dah selamat touch down pun. Yang ni halfmoon untuk budak. Nak sedondon dengan emaknya...so tempahlah sekali.

If ada yang nak tempah boleh jer contact ahkak.

Nak pilih warna kain macam mana kak? Nanti kang tak sama dengan baju.

Don't worry, sesape yang nak tempah shawl ahkak akan beri color chart. So korang padankan calor chart tu pada baju and pilihlah warna yang korang rasa sesuai untuk baju korang.


Ini contoh color chart. Tapi jangan risau yang ahkak hantar pada korang nanti yang watermarknya pudar. Setiap warna korang akan nampak lebih jelas. Detail untuk tempahan ahkak akan jawab personnel through SMS, Wechat or Whatsapp (012 - 616 3705). Maklumlah setiap orang tu keinginannya berbeza-beza.

Harga bermula daripada RM 15.00 (plain shawl). Permintaan tambahan akan dikenakan caj tambahan juga. Dan penghantaran adalah RM 6.00 untuk 5 helai shawl dan ke bawah. Cepat-cepat tempah untuk bergaya di hari raya...lambat kang ahkak tutup tempahan, korang jangan menyesal.


Friday, April 11, 2014

Pecah Tumit

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang barakah.

Siapa sini yang biasa pecah-pecah tumit. Yang jenis merekah yang pedih-pedih tu. Ahkak selalu jadi macam tu. Especially bila banyak berdiri or berjalan. Nanti tumit akan pecah-pecah. Yang kadang-kadang boleh sampai pedih-pedih. Kadang bila merekah teruk sangat tu nak berdiri pun terpaksa jangketkan tumit supaya tumit tu tak bekerja, tak perlu menampung badan kita.


See teruk kan. Ini kalau berdiri kena jangket-jangket sebab kalau tak memang terasa pedih dekat tumit tu. Ini pun sebenarnya dah kurang sikit. Kalau ikut keadaan awal lagi teruk, nak ambik gambar pun tak sampai hati.



Ini lepas dirawat. Nampak ok sikit. Walaupun masih ada saki baki pecah tu tapi berjalan normal tu dah ok. Tak adalah pedih macam sebelum tu. Tumit pun nampak smooth. Idaklah huduh sangat.


Inilah losyen yang ahkak pakai untuk merawat tumit-tumit ku yang pecah. SkinLabs. Beli dekat guardian. Kalau tak silap regenya tak lebih lima puluh hengget. Tak ingat pulok. Ini 100ml. Losyen ni keluaran Australia.


Yang penting halal dan selamat digunakan. Anatara kelebihan SkinLabs ni:-
1. Reduce scar visibility (terbukti.)
2. Diminish stretch marks (tak cuba)
3. Prevent dry cracked and damaged skin (terbukti)
4. Lighten acne and other blemishes (tak cuba)
5. Reduce the sunbun effect (terbukti)
6. Reduce the occurrence of new wrinkles (tak perasan)

Ok yang dalam kurungan tu pengalaman ahkak sendiri. So far ahkak memang sherasi bersama dengan SkinLabs ni. If korang nak cuba boleh lah try cari dekat guardian. Yang 100ml tiub yang paling kecil. So oklah itu sahjaa pengalaman ahkak bersama SkinLabs.



*Ini bukan entry berbayor yek.*


Thursday, April 10, 2014

Running Nose

Assalamualaikum uollssssss...

Kak Fifi tak berapa sihat dua tiga hari ni. Selsema, sakit tekak, batuk, sakit kepala. Semua haih nak datang serentak. Memasing tak nak sabar. Datang sekali harung. Semalam kalah jugak. Pergi klinik mintak MC. Memang tak buat apa dekat rumah. Dok kerja tidur jer. Kombinasi ubat yang diberi tu memang tip top.


Yang kaler pink kecik tu ubat selsema. Masa makan memang tak rasa apa macam tak makan apa-apa jer sebab kecik sangat tapi dia punya effect perghhhhh. Bagi 15 minit jer hanyut terus. Macam semalam makan dalam pukul 2 macam tu, lepas tu terus tertidur. Jaga-jaga dah pukul 6. Itupun sebab anak-anak dah balik rumah terus mencari mummy dia. Kalau idak tak tahulah santak sampai pukul berapa.

Malam tadi pun makan lagi. Pagi ni datang kerja rasa hang jer kepala. Belah kanan ni pun masih rasa berat lagi. Tak sure sebab kesan ubat tu masih ada atau sebab memang kepala ting tong sebab tak berapa sihat ni. Badan pun rasa sejuk sangat. Tapi kuatkan juga semangat datang kerja. Sebab kalau duduk rumah jer pun rasa tak membantu apa-apa. Hopefully hari ni makin kuat. Insya Allah.....