Friday, April 11, 2014

Pecah Tumit

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang barakah.

Siapa sini yang biasa pecah-pecah tumit. Yang jenis merekah yang pedih-pedih tu. Ahkak selalu jadi macam tu. Especially bila banyak berdiri or berjalan. Nanti tumit akan pecah-pecah. Yang kadang-kadang boleh sampai pedih-pedih. Kadang bila merekah teruk sangat tu nak berdiri pun terpaksa jangketkan tumit supaya tumit tu tak bekerja, tak perlu menampung badan kita.


See teruk kan. Ini kalau berdiri kena jangket-jangket sebab kalau tak memang terasa pedih dekat tumit tu. Ini pun sebenarnya dah kurang sikit. Kalau ikut keadaan awal lagi teruk, nak ambik gambar pun tak sampai hati.



Ini lepas dirawat. Nampak ok sikit. Walaupun masih ada saki baki pecah tu tapi berjalan normal tu dah ok. Tak adalah pedih macam sebelum tu. Tumit pun nampak smooth. Idaklah huduh sangat.


Inilah losyen yang ahkak pakai untuk merawat tumit-tumit ku yang pecah. SkinLabs. Beli dekat guardian. Kalau tak silap regenya tak lebih lima puluh hengget. Tak ingat pulok. Ini 100ml. Losyen ni keluaran Australia.


Yang penting halal dan selamat digunakan. Anatara kelebihan SkinLabs ni:-
1. Reduce scar visibility (terbukti.)
2. Diminish stretch marks (tak cuba)
3. Prevent dry cracked and damaged skin (terbukti)
4. Lighten acne and other blemishes (tak cuba)
5. Reduce the sunbun effect (terbukti)
6. Reduce the occurrence of new wrinkles (tak perasan)

Ok yang dalam kurungan tu pengalaman ahkak sendiri. So far ahkak memang sherasi bersama dengan SkinLabs ni. If korang nak cuba boleh lah try cari dekat guardian. Yang 100ml tiub yang paling kecil. So oklah itu sahjaa pengalaman ahkak bersama SkinLabs.



*Ini bukan entry berbayor yek.*


No comments: