Sunday, December 30, 2012

Mempersembahkan....

Marilah kittew kenalkan gadget baru kittew.
Samsung Galaxy Note 2.
Hadiah hari jadi.
Tapi bukan birthday saya, birthday MR. Daddy.
Cool kan birthday orang lain, orang lain yang dapat hadiah.

MR. Daddy ni memang ada satu tebiat.
Kadang-kadang syok jugak layan tebiat ni tu.
Kadang-kadang baran juga dibuatnya.
Tebiat dia ialah tiap kali kalau dia ada nak beli apa-apa, dia mesti beli dua.
Macam dia beli jam, dia akan beli sepasang.
Satu untuk dia satu untuk saya.
Syoklah kan ;)
Tapi kalau barang tu saya dah ada tensilah jadinya.
Macam dia nak beli baju, mesti ajak saya beli juga.
Hohoho nak suruh lemari tu runtuh ke simpan baju banyak-banyak.

28.12.12 hari tu besday dia.
Nak handphone katanya.
Jadi seperti biasa.
Satu untuk dia, satu untuk saya.
Tapi MR. Daddy ambik iPhone.
Member tak minat Samsung.
El-leh tak mo geng.

Mine... Samsung Galaxy Note 2 putih


Saturday, December 29, 2012

Gadget Baru uolllls

Bersiaran dari gadget baru uollls.
MR. Daddy belanja galaxy note 2 colour putih.
Iollls suka ♥

Mode : menunjuk- nunjuk ♡♥♡♥♡♥

Normal vs. Caesarean

Berbicara tentang kaedah kelahiran bersama Dr. Eby Safiah pe.rah.san.
Mana satu pilihan kalbu?
Normal atau caesarean?
Tingkap atau pintu?
Sakit sebelum atau selepas?

Anda ada 3 talian hayat.
1. Berbincang dengan suami
2. Berbincang dengan doktor
3. "Berbincang" dengan Allah
Dan pilihan terakhir di tangan anda.

Saya?
Allah bagi saya rasa kedua-duanya.
Caesarean untuk Irfan.
Normal untuk Nuha.
Hoi punyalah berdebar masa nak normal tu.
Bukan berdebar masa nak bersalin, masa tu tak sempat dek non nak pikiaq berdebar...dok tahan sakit jer.
Berdebar masa sembilan bulan sebelum bersalin tu.
Masa preggy.
Lagi-lagi tiap kali check-up doc dok tanya ulang kali, yang second ni nak scissors ke normal.

Masa bersalinkan Irfan sudah tertulis suratan takdirku yang Irfan keluar ikut tingkap.
Tapi bukan schedule caesarean.
Sempatlah rasa sakit contraction sehingga bukaan 7cm.
Sakit weh...
Dah lah masa tu buat keras hati langsung tak ambil any pain killer.
Sekali doc pakar datang jenguk kata heart baby dah bunyi depression.
Baby dah lemas so mesti emergency caesarean.

Oleh kerana itu pengalaman pertama so merelakan sahaja apa yang doc perkatakan.
Lagipun waktu tu sakitnya ya ampun.
Masa operation memang tak rasa apa.
Tapi tunggu lepas dah settle.
Lebih kurang lepas 2jam ubat bius dah habis kesan, masa tu kau mula rasa perit dekat perut tu.
Tapi jangan bimbang ubat tahan sakit akan sentiasa diberi, like my case for 5 days.

Waktu preggy Nuha cekalkan hati untuk cergas walaupun mabuk teruk.
Banyakkan berjalan,buat kerja rumah sikit-sikit.
Empat bulan pertama memang tak mampu buat apa.
Keluar-masuk hospital jer.
Berar hilang sampai 15kg.
Menangis slim world kalo dengar.

Alhamdulillah Nuha lahir secara normal dan awal seminggu.
Itupun mak inchik ada sikit suspend.
Start betul-betul sakit pukul 6.30 ptg.
Pukul 9.00 malam 6 orang doc datang dengan 3 orang nurse.
Salah seorangnya pakar bedah.
I is cuak.
Operation lagi ke?
Then doc kata baby depression.
Again?
Masa ni hanya berserah.
Sekali check dah buka 10cm.
Memang tak tunggu terus push, 9.30 Nuha lahir.
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

So pada pengalaman saya yang tak seberapa ni,
kalo disuruh pilih saya mahu bersalin normal.
Memang sakit masa tunggu jalan buka tapi sakitnya tidak lama.
Masa scissors nak batuk, nak bersin pun ngeri.
Sakitnya hanya mereka sahaja tahu.
Anda bagaimana?
Normal atau caesarean?
Published with Blogger-droid v1.7.3

Monday, December 24, 2012

Salah Sendiri OK!!!

OK Ahad lepas kami balik rumah IBU di Sungai Besar.
Balik hari Sabtu pagi yang tak berapa nak pagi.
Dah beritahu pada MR. Daddy balik ni terus settlekan urusan penting dulu.
Maknanya nak singgah sana singgah sini singgah situ.
MR. Daddy macam biasa turutkan sahaja kehendak isteri tercinta yang purak-purak sibuk.

Biasanya dari Putrajaya balik ke Sungai Besar kami akan ikut Setia Alam, masuk Kapar terus ke Kuala Selangor.
Hari tu MR. Daddy buat perangai.
Sampai simpang Setia Alam dia tak masuk.
Mula-mula ingatkan dia terlajak ke apa sebab MR. Daddy ni ada satu perangai.
Dia kalau drive dan bersembang memang dia pandai leka dan lupa sembang.
Lagi teruk dia lupa dia nak pergi mana.
So saya tanya.

"Eh, itukan simpang Setia Alam, tak masuk ke?"

"Abang nak cuba ikut LATAR. Abang dapat email, highway LATAR dah buka. Ada exit ke Kuala Selangor."

Oh, ok so saya pun diam.
Sekali dia boleh salah jalan.
Nak U-turn memang tak dapat lah.
So masuk ke Subang.
Sampai satu simpang tiga dia pilih hala ke Shah Alam.
Saya is kompius.

"Bukan patutnya kita masuk ke kanan ke pergi hala Sungai Buloh. Kat situ kat exit ke LATAR?"

"Itu dah tembus Sungai Buloh. Ini kita nak ikut atas Sungai Buloh tu. Tak lalu pun Sungai Buloh."

"Iye ke, honey rasa kat simpang Paya Jaras tu exit dia."

"Tak, dalam email yang abang dapat tu memang tak lalu Sungai Buloh."

Fine.
Tapi dalam hati tetap tak puas hati.
Dah rasa dah mesti salah jalan nanti.

Beria ko patah balik naik Shah Alam, masuk Guthrie.
Tempuh jalan sesak, bayar lagi tol.
Mak Inchik diam jer kat belakang.
Malas nak komen.

Sekali ko dah gigih patah balik, bayar tol bagai tembusnya kat mana?
Sungai Buloh dek non!
Seperti apa yang telah saya katakan.
Mak Inchik diam lagi dekat belakang.
Member dah mula frust.

Kena lalu dulu jalan lama tu baru ada exit ke LATAR.
Masuklah juga buat puaskan hati.
Katanya pancung terus ke Kuala Selangor kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Tapi saya tahu turunnya di mana.

Sekali highway tu habis di Ijok.
Jalan ke depan belum dibuka.
Iyeeeee...hanya samapai di IJOK!!!
Kuala Selangor lah sangat.
Waktu ni member memang dah betul-betul frust.
Startlah membebel.

Serius menipu!
Serius vodoh gilerr!
Serius buang masa!
Serius bazir duit tol!
Serius bazir minyak!

Itu jerlah yang MR. Daddy dok ulang-ulang.

Hellllooooooooooooooooooooooooooo
Serius mak inchik stress!

Pengajarannya ikut jerlah jalan biasa tu.

Saturday, December 22, 2012

Atap-atap + Q-Thai Steamboat

Cerita makan-makan lagi.
Boleh ek...
Tak boleh pun ah-kak tak pedulik.
Sila bagi laluan kepada ibu muda yang baru habis pantang nih.
Baru lah sangat!

Actually makan dekat sini last week.
Restoran ni dekat Giant Nilai.
Saya pun tak tahu sebenarnya yang mana satu nama sebenar restoran ni.
Sebab dia ada dua side.
Satu side - hijau ---> Atap-atap.
Yang satu lagi side - purple ---> Q-Thai Steamboat.
Peminat tegar Harimau Malaya jangan marah aaaaaaaaaaa ah-kak makan dekat restoran Thai.
Ah-kak tak mampu nak boikot Thailand.

Rasa dia macam mana nak kata ek?
Emmmmmmmmmmmmmmmmmm so-so saja.
Sedap sangat tidak, tak sedap pun tidak.
Oh, kalau saper perasaan Q-Thai Steamboat tu Rashid Sidek yang jadi dutanya.




Gambar atas ni semua menu di Atap-atap. Jenis bakar-bakar. Harga pada saya adalah standard.





OK yang ini pula menu untuk Q-Thai Steamboat. Mampu noks nak boikot.
Sekarang dah rasa lapar....lagi-lagi bila tengok udang dengan ketam tu.
*lap air liur*

Gambar makan-makan dah letak.
Sekarang beri laluan pada tuan tanah dan keluarga keciknya.

Tuan tanah dengan anak-anaknya. Amboi kemain besor lagi mulut kamu menguap yer Nuha.
Abang buat peace.
Tapi kali ni buat empat jari sebab katanya dua jari untuk dia dua jari untuk adiknya since adik belum pandai nak peace lagi.
Alolololololo abang...so sweet.


Oh pipi...kemain lagi.
Itupun mami bising dok kompelen kata Nuha ni tak cukup tembam.
Tapi bila dukung merungut pula kata beratlah, tak laratlah, lenguh tanganlah.
Nak tembam macam mana lagi mami oiiiiiiiiiiiii.

Ini selingan.
Tak boleh tahan lah tengok barang baby girl nih.
Patutlah MR. Daddy tak sabar-sabar nak anak perempuan.
Hohohoho comey-comey semuanya.