Tuesday, October 30, 2012

Cuti Panjang Bermula

24 OCTOBER 2012
9.31 malam
Pusat Perubatan Universiti Malaya

Allah hadiahkan saya seorang lagi zuriat.
Makhluk kecil, suci dan bersih ini saya terima kehadirannya dengan hati yang gembira.
Alhamdulillah this time around baby keluar ikut pintu.
Ok cuti panjang tapi sibuk saya sudah bermula.


Tuesday, October 23, 2012

Makan...Make...Makang

Owh semalam hari bahagia untuk kakitangan awam.
Sebab semalam hari gaji.
Juga kita namakan hari makan luar.
Wah macam lah sebelum semalam tu makan dekat rumah.
Nan hado!
Lagi-lagi bila saya tak boleh nak masak ni.

So semalam sebelum balik kerja dah siap-siap fikir nak makan apa.
Memang hala tuju ke Alamanda jer lah.
Tak kosenyer nyah nak pergi jauh-jauh.
Kebetulan nak bayar duit kereta terus.

Irfan pula dari pagi Ahad dah cakap nak makan kek.
Sebab pagi tu dia ada tengok chef kecil masak chocolate lava cake.
Melopong bujang tu depan tv.
Meleleh ayaq liur.

Picture taken from google.
Tak meleleh air liur. Dah lah bujang tu hantu chocolate.

So bawa dia pergi makan dekat secret resepi.
Tapi chocolate lava cake macam tu tak ada.
So MR. Daddy ganti dengan kek lain.
Janji ada chocolate-chocolate gituh.

Lebor senyum si Irfan.

MR. Daddy pilih cake yang ada flavour chocolate dengan strawbery. Both favourite si Irfan.
Me nak tumpang rasa pun tak dibaginya.
Sorang-sorang dia makan licin.
Yang ditinggalkan cuma white cream tu sebab memang dia tak suka.

Me and MR. Daddy makan nasi.
Saya memang nak nasi sebab kepala dah berdegung perut kosong.
Asyik meluek jer nak termunt-
Mr. Daddy pun follow jugak makan nasi.

Mine.
Pilih mushroom sos. MR. Daddy ambil menu yang sama juga cuma sosnya black papper.

Tapi yang kesiannya MR. Daddy cuma dapat ratah ayamnya sahaja.
Nasinya Irfan belasah.
Jagungnya saya belasah.
Nasi saya pun suku Irfan makan.
Budak kenit tu memang bertuah.
Bawak makan kedai biasa-biasa sesuap dua jer dia nak makan.
Duduk dekat secret resepi habis dia belasah semua.
Dasar kan, nak makan  yang mahal-nahal jer.

Ayaq saya.
Tembikai fresh. Dapnya. Pun Irfan belasah. Irfan ni fanatik warna merah. Semua yang warna merah bagi dia cantik dan sedap.

MR. Daddy punya. Ice lemon tea.


Monday, October 22, 2012

Hadiah Dari-Nya

Mencari-cari info tambahan tentang kelahiran dan produk-produk baby.
Jumpa info di bawah ini.
Tiba-tiba rasa sebak di hati.
Terkenang-kenang waktu mula-mula pregnant second baby ni.
Tiga bulan saya tak bangun dari katil.
Memang macam orang yang menunggu "masanya".
Bila baca info ni entah mengapa bergenang air mata.
Maha Suci Dia yang membalas setiap kesakitan dan kesulitan.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Saturday, October 20, 2012

TBC's Sports Day

Hari ni awal-awal pagi Irfan dah bangun.
Tak sempat nak kejutkan dia dah tegak duduk atas katul.
Then tanya... "mami, hari ni Irfan ada apa?"
Ada sukaneka.

Owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Pukul 7.15 dah bising ajak MR. Daddy mandi.
Sementara diorang mandi saya siapkan pot luck untuk dibawa bersama.
Kami bawa agar-agar milo jer.
Tak larat nak masak yang heavy-heavy ni.

Sports Day Irfan buat dekat Inspen Bangi.
MEmang tiap-tiap tahun diorang buat dekat situ.
Sebab nursery dia ada satu cawangan dekat Inspen tu.
Lagi pun tempat tu besar dan selesa.

Irfan punya game start lambat.
Around 10.30 macam tu.
Sebab awal-awal tu game untuk baby and kids under 2 years old.

Gambar banyak tapi banyak yang terpaksa di delete.
Sebab semuanya parkinson.
Maklumlah sambil ambil gambar, sambil jerit sambil bertepuk sambil melompat.
Nasib baik tak beranak kat situ.
Biasalah kannnnnnnnnn anak-anak bersukan mak bapak lah yang harus excited lebih.
Sampai ada anak yang menangis sebab ngeri tengok mak bapak histeria.

Oklah mari layan gambar parkinson saya.

Masa awal-awal sampai, muka masih ada sinyum...

Sports Day Tadika Bijak Cerdik. Ini tahun pertama Irfan dapat join sebab last year dia semam masa sport day berlangsung.

Pembukaan. Bacaan doa dan surah pendek lazim.

Irfan tak terlibat sebab awal-awal dah beritahu pada teacher dia kalau masih tak bersalin baru join.

Anak-anak dance atas pentas mak bapak menari bawah pentas. Syok ooooooooooo tengok parents :)

First game Irfan. Muka tak rela. Dia langsung tak berminat nak join. Cuma nak berlari keliling dewan jer. Jenuh pujuk. Sikit lagi menitik air mata.

Orang lain semua muka happy dia sentap. Alahai anak mami.

MR. Daddy terpaksa join, kalau tak budak tu sentap. Mulult herot ke bawah jer. Payah sungguh.

Dah menang, dapat apa yang dia nak baru mahu senyum. Memang langsung tak ada semangat kesukanan langsung.

Friday, October 19, 2012

Beg Uncang Pelbagai Guna

*Entry ini akan melekat selama dua hari*

Ini adalah projek light-light sebelum bersalin.

Beg Uncang Pelbagai Guna.

Bolehlah digunakan bila nak keluar lunch, nak pergi pasar, pergi kedai.
So tak payah berat-berat bawa handbeg.
Bahagian dalamnya juga ada poket so bolehlah sumbat handphone, kunci rumah, kunci kereta, pen, notepad dan segala macam resit yang korang suka nak simpan.
Material adalah cotton.

Harga : RM 15.00
Penghantaran adalah PERCUMA
Untuk pembelian boleh tinggalkan KOMEN atau email pada gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #1
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #2
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #3
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com