Tuesday, November 15, 2011

Update Pemanas Badan

Lama dah tak update pasal perasan sibuk nak mampos!
Tapi semenjak dua menjak ni line internet kat opis agak slow.
Maka mood untuk mengupdate merundum ke paras di bawah negatif.
Apataknya nak log in pun bapak punya payah.
Pastuh dah syok karang, bila save hilang.
Memang tak lah nak suruh taip balik semula.

So ini adalah entry pemanas.
Sambil-sambil try line internet.
Kalau boleh publish makanya line internet telah kembali pulih.

Sekian, berita terkini dari meja wartawan.


Wednesday, November 2, 2011

Mami SEKSI!!!!

Semalam petang ambil Irfan dari nursery, selamba jer dia jerit:

Mami SEKSI!!!!

Pergh, pucat sekesap muka saya.
Parents lain yang juga ambil anak memasing dah pandang-pandang.

Lepas tu Irfan sambung lagi...

Cepatlah mami SEKSI!!!!

Berkerut kening saya.
Apa ke bendanya.
Sampai dalam kereta itu juga ayat yang diulang-ulangnya.

Setelah berhempas pulas cuba memahami apa yang dia mahu, akhirnya saya berjaya memecahkan kod bahasa Irfan.
Rupanya si becok ni suruh saya

















MENYANYI












Lagu Aliff Satar tu...LELAKI SEPERTI AKU.


 

Maka melalaklah dua beranak ni dalam kereta menyanyi.


 

Tuesday, November 1, 2011

Tikus Gumook

Saya ada bagitau tak kantin office saya kena SITA?

Yea ia telah disita sejak minggu lepas hingga minggu depan.
Tapi saya memang dah lama tak makan dekat kantin tu.
Sebab asal makan jer mesti sakit perut...
Maklumlah perut tak berapa nak antarabangsa sangat....

Ohhh...punca penyitaan???

KEBERSIHAN!!!

Kantin tu kotor terutamanya bahagian dapur.
Almaklumlah dia tahu hanya ada sebuah kantin sahaja di bangunan tempat saya bekerja ni maka mereka pun ambil sambil lewa sahaja.

Sewaktu proses pembersihan dengan pemantauan kakitangan Kementerian Kesihatan, mereka berjaya menangkap sekeluarga TIKUS GUMOOK.
Sekeluarga itu termasuklah datuk, nenek, mak, bapak sampailah ke anak cucu cicit.
Agak banyak...
Tak gamak nak tulis.

BAYANGKAN!!!!
Sekeluarga TIKUS GUMOOK di tempat makanan anda disediakan.

BAYANGKAN!!!!
Keluarga TIKUS GUMOOK ini "bermain-main" di pinggan, mangkuk, cawan dan piring yang anda gunakan untuk makan.

Nampaknya lepas ni kena bertambah rajinlah...
Bangun awal, masak, bawa bekal...

 

Friday, October 28, 2011

K.E.M.A.L.A.N.G.A.N


Tengah hari tadi saya balik rumah sekejap.
On the way tu ada kemalangan.
Kebetulan kereta saya berada betul-betul di hadapan mangsa.
Dan belakang kereta saya ada sebuah kelisa biru.

Waktu saya sampai di tempat kejadian tu, mangsa memang dah terbaring.
So saya berhentikan kereta di lorong kanan, beri double signal dan lambai pada kereta lain yang datang supaya masuk lorong kiri.
Brother kelisa biru tadi pergi jumpa dua orang kakak yang mungkin salah seorangnya dah langgar mangsa tadi.

Mangsa yang dilanggar tu baring dekat jalan tak bergerak.
Saya tak berani nak dekat.
So saya cuma jaga trafik.
Lepas tu ramailah yang berhenti tolong saya jaga trafik.

Tak ada sesiapa yang berani nak alihkan mangsa.
Bimbang kecederaannya bertambah teruk.
Lepas dah ramai yang tolong jaga trafik, saya pun minta diri untuk balik.

Actually dekat jalan tu memang selalu berlaku kemalangan.
Jalan tu jalan yang lurus dan panjang.
Maksudnya adalah kawasan memecut untuk pemandu yang suka bawa laju.

Saya selalu ingatkan daddy dan diri sendiri.
Kalau orang lain tak boleh berhati-hati, saya mesti hati-hati.
Anda mampu mengubahnya!

Thursday, October 20, 2011

Ayam Panggang (Laporan Masakan Bergambar)

Bapak gedabak pinggang iols.
Masak semalam sebab dah tak tahu nak makan apa.
Asyik-asyik benda yang sama boring juga.

>> AYAM PANGGANG<<
Bahan-bahan:
1.Ayam (nak sekor boleh, 1/2 boleh, 1/4 boleh, peha saja macam saya guna pun boleh)
2.Kicap cair (tak ada kicap cair pekat pun boleh)
3.Marjerin (butter pun boleh)
4.Madu (tak nak guna pun boleh)
5.Sedikit garam.

Kekdah membuatnya:
1.Lumurkan semua bahan di atas pada ayam.
2.Kicap tu guna sikit sahaja, agak-agak ayam warna coklat dah ok.
3.Marjerin atau butter tu letak selit-selit kat ayam tu lepas susun kat dulang.
4.Nak terus bakar pun ok, nak perap sekejap pun ok.
5.Bakar dalam ketuhar lebih kurang dalam 35-40minit (ikut saiz ayam memasing) dengan kepanasan 250 --> jangan lupa panaskan dulu ketuhar sebelum masak ayam.

>>SOS LADA HITAM<<
Bahan-bahan:
1.Lada hitam (ditumbuk sendiri atau hanya telah siap dikisar)
2.Lada putih
3.Air
4.Garam
5.Tepung jagung
6.Bawang merah (3) dan bawang putih (2)
7.Kicap

Kekdah membuatnya:
1.Kisar bawang sehinnga hamcur dan tapis. Ambil airnya sahaja.
2.Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan air bawang tadi.
3.Setelah menggelegak, masukkan kicap (kicap hanya berfungsi sebagai pewarna bukan perasa.) Masukkan sedikit demi sedikit hingga air tadi bertukar menjadi warna coklat.
4.Masukkan lada hitam dan lada putih. Gaul rata.
5.Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam periuk.
6.Gaul hingga sos tadi pekat.
7.Jika kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung (seeloknya dibancuh dengan air dahulu).
8.Tambahkan garam

>>SAYUR CAMPUR<<
Bahan-bahan:
1.Beberapa jenis sayur (ikut anda suka makan sayur apa. Yang sesuai : kobis, carrot, kacang buncis, brokoli, anak jagung, cendawan butang).
2.Bawang merah tiga ulas (dihiris)
3.Bawang putih dua ulas (diketuk)
4.Satu sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
5.Setengah sudu teh sos tiram.
6.Sedikit air.
7.Sedikit garam.

Kekdah membuatnya:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
3.Masukkan sayur.
4.Tambahkan air.
5.Masukkan sos tiram.
6.Gaul rata.
7.Masukkan bancuhan tepung jagung.
8.Gaul rata. Tambahkan garam. Siap.

Daddy kata sedap.
Tapi sian kenit tak dapat makan sebab ada ulser mulut...
Next time mami buat lagi sekali untuk kamu ye sayang...


Idea resepi dari sini