Wednesday, May 26, 2010

Cerita Dari Seorang Sahabat

Semalam...entah kenapa tiba-tiba saya terasa gatal hendak meng'YM' seorang sahabat saya
Bukannya sudah lama tidak bertukar kabar berita cuma dah agak lama tidak online bersama
Saya menghantar mesej pertama...
Hampir 15min saya menunggu baru mesej saya berjawab
Katanya dia sedang solat sewaktu mesej saya sampai menjenguknya.
Saya kerling jam pada skrin komputer
4.06p.m
A.PA? Solat zuhur pada waktu yang sebegitu lewat...
Saya tanya kenapa?
Jawabnya:
"Masalah dalaman..."
.
Dalam hati saya berkata kesian Y****
Kemudian saya bertanya:
"Dorang tak bagi ko sembahyang yea?"
Jawabnya:
"Tidak secara terang tetapi secara halus...namun motifnya tetap sama."
Kemudian dia menyambung lagi:
"Solat pun di bawah tangga sahaja...tempat orang lalu-lalang"
Tersentap saya mendengarnya...
.
Pejabatnya sebuah pejabat yang bernama...jika saya tuliskan di sini saya pasti setiap dari anda pasti mengenalinya tetapi lihatlah situasinya
Sebuah bilik kecil untuk kemudahan solat untk pekerja yang beragama Islam tidak mampu disediakan...
A.TAU
Sengaja tidak mahu menyediakan...
Kerana tidak mahu terus-terusan ditindas sahabat saya mengambil langkah terakhir:
BERHENTI KER.JA!!!
.
Kemudian kami sambung lagi bicara
Semuanya berkisar tentang kehidupan dan pekerjaan
Saya mengenali sahabat saya ini sudah lama
Sudah pun 10tahun...
Dia salah seorang sahabat yang pernah merasa suka duka bergelar pelajar dengan saya...
Tetapi hari ini apabila mendengar ceritanya saya jadi malu...
Malu pada diri saya sendiri
.
Dia melalui kehidupan yang lebih berliku dari saya...
Tetapi dia tabah menghadapinya
Perjuangannya tidak berhenti di satu takuk
Usaha...usaha...dan terus berusaha
Sedangkan saya?
Saya mendapat pekerjaan yang sangat terjamin...
Gaji yang masuk tetap pada tariknya setiap bulan
Bagaimana sesakpun ekonomi...bagaimana gawatpun ekonomi...
Gaji saya tidak pernah dipotong walaupun sesen...
Tetapi berapa kali saya bersyukur?
.
Saya sepatutnya bersyukur dua kali ganda daripada dia...
Ah...manusia seperti saya memang selalu terlupa
Kepada sahabat saya itu saya doakan yang terbaik buat kamu:
.
"Semoga Allah Yang Maha Agung mempermudahkan kamu dalam setiap urusan kamu...membukakan kamu pintu rezeki yang halal lagi berkat...dan melancarkan perjalanan kehidupan kamu..."
AMIN...
.
Sahabat hanya ini bantuan yang dapat saya beri buat kamu
.
.
.
K.A.M.I

Tuesday, May 25, 2010

Biru Mata Hitamku

n3 ini adalah merujuk kepada layout baru blog saya...
akhirnya berjaya juga saya menukarnya...
tetapi saya masih di dalam mood menyesuaikan diri dengan layout baru ini...
tetiba rasa layout yang colourful ini sepertinya sedikit semak dan sesak
sebab dah biasa dengan layout yang putih bersih lagi suci itu
kahkahkahkah
saya sebenarnya bercadang nak tukar sikit-sikit jer dengan mengekalkan warna asalnya iaitu putih bersih lagi suci
te.ta.pi seorang sahabat dengan lantangnya bersuara

"setakat tambah coloum apa kes nyah? baik tak payah tukar langsung buang karen ajer!"

cis tercabar sungguh saya dengan kata-katanya lantas terus saya menukar keseluruhan layout blog.
ha! hambek kau biru mata hitamku
mula-mula tu tangan nih gatal jer nak pilih yang colour pinky dinky do
tetapi sekali lagi sahabat yang bermulut ce.lo.par itu menegur

"warna pink? alah tak matinya ko kalau tak pilih warna pink tuh...tak habis-habis dengan pink."

wah-wah-wah sesedap rasa jer mengata warna kesukaanku ittew!
lalu saya pun dengan beraninya memilih tema yang langsung tidak ada kena-mengena dengan kaler pink.
walaupun sebenarnya di hati saya bagai disiat-siat melihat beberapa layout dalam warna pink
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak kaler pink
tetapi pantang tok nenek ku tidak menyahut cabaran....
jadi inilah dia hasilnya....
entah berapa lamalah gamaknya saya boleh bertahan dengan layout baru ini
kihkihkihkih

Note:layout credit for http://www.btheme.info



K.A.M.I

If I Can Turn Back Time

.
...I will stop
...I will help u
...I will
But if i just can turn back time...but I know I can't
I do regret but what else can I do...
Really really sorry

****** ("_) ******

I just can pray for u

" Ya Allah Kau selamatkanlah Dia...Lindungi dia...Pelihara Dia...
Kau kurangkanlah kesakitannya...Kau permudahkanlah urusannya...
Kau ringankanlah beban tanggungannya...Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pelihara dan lindungi hamba-Mu itu..."


Note: Doa untuk seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja awal pagi tadi.
.
.
.
K.A.M.I

Monday, May 24, 2010

Perginya Tak Kembali

.
Pagi tadi ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja saya menerima panggilan daripada ibu di kampung.
Berderau juga hati saya bila melihat nama yang tertera "mama"
Pasti ada berita mendukacitakan.
Seorang ibu tidak akan menghubungi anaknya di awal pagi semata-mata untuk bergelak ketawa...
Hanya berita buruk yang akan disegerakan
Dan anggapanku benar belaka...
Seorang adik sepupu saya telah pergi dijemput Ilahi...
Perginya tidak akan kembali
Daripada Allah kita datang...kepada Allah kita kembali...
Al-Fatihah
.
.
.
K.A.M.I

Kecewa!!!!!!!!

.
Apabila hasrat untuk memasang air-cond yang sepatutnya berjalan pada petang semalam terpaksa dibatalkan.
Kenapa?
Kerana pok cik guard tak bagi itu workers masuk...
Kalao itu workers sudah tak boley masuk camana kekdahnya air-cond nak pasang?
Kenapa pok cik guard tak bagi masuk?
Kerana pok cik guard kata itu undang-undang apartment nih...
Setiap hari Sabtu dan ahad dilarang melakukan kerja pasang dan buka dan segala macam kerja-kerja renovation kerna akan menggangu-gugat penghunis yang lain.
Chait!
Waktu dorang pasang sampai tengah malam buta sampai anak aku tak boleh tidur hangpa bagi!
Tapi waktu aku nak pasang hangpa tahan itu lori!
Diskriminasi kaum!!!
Tak pa! Tak pa!
Hangpa tunggu...
Sat lagi esok lusa kalau aku dengar hangpa buat kerja hari Sabtu ka...hari Ahad ka...Siap hangpa aku tempik!
Kalo hangpa tak mau dengar aku calaq kereta hangpa
Ha ha ha ha ha...Kasi pueh hati aku...
Hangpa jangan main-main dengan aku...
Kesimpulan hari ini terpaksalah Mr. Daddy bercoti sebab nak jaga itu workers pasang air-cond...
Mula-mula nak suruh pok cik guard tu jer yang jaga tapi biasalah aku...
CE.RE.WET!!!
Alah nanti dorang masuk pakai kasut!
Nanti dorang guna toilet suka-suka hati jer!
Nanti dorang itu-nanti dorang ini!
Penyudahnya...

"OKlah OKlah abang cuti pantau dorang buat kerja." Kata MR. Daddy dengan rela hatinya.

Nota: Selagi air-cond tu belum dapat berfungsi selagi itu juga hati saya masih panas...
.
.
.
K.A.M.I