Tuesday, May 20, 2014

Cacamarba

Assalamualaikum....

Hai shemuaaaaaaaaaaaaaaa

Meh kita kongsi cerita cacamarba minggu lepas. Malas nak buat setiap satu entry yang berasingan jadi kita lenjankan dalam satu entry. Senang sekali taip jer...dan senang juga tak payah nak pikir tajuk entry yang pelik-pelik.

First sekali cerita belated birthday. Thank you lah pada kengkawan sebab gigih juga belikan kek untuk ahkak walaupun belated dah dua minggu. Terima kasih terima kasih.

Ermmm dap. Nom! Nom! Nom! Rasa apa ek, lupa pulak. Tapi memang sedap.

Then cerita TBC's sport day. Ini taska Irfan. Tahun ni diorang buat sport day dekat Bagan Lalang. Agak jauh jugak. Tapi memandangkan tahun ni tahun akhir Irfan dekat situ kita ikutkan jer. PEpagi dah kejutkan bebudak tu bangun. Mujur senang nak kejutkan Nuha sebab anak dara ni selalunya meragam kalau tidur dia kita kacau. Tapi pagi tu mood dia ok. Tahu nak pergi berjalan kot.

Sampai bagan Lalang lebih kurang pukul 8.30 pagi. Acara dah start dah. Tapi bagi Irfan makan dulu. Disebabkan dia dah excited nak main, makan pun tak nak. Terus cari teacher dia tanya acara dia bila. Just nice lepas tanya acara dia pun tiba. Syok lah mamat tu. Maka mari kita bersorak untuk anak-anak bersukan.

TBC's Sport Day

 Ketua pasukan sorak... peace yo!

Tapi bersorak sambil kendong anak langsung tak mengujakan. Patah pinggang ahkak. Budak Nuha ni geli pulak dengan pasir pantai. Dia tak mahu langsung jejak kaki dia dekat pasir tu. Tak nature love langsung.

 Irfan and the gang. Dia sorang jer yang pakai baju hijau, orang lain semua pakai baju taska. Dia yang sibuk nak pakai baju kaler tu sebab dia rumah hijau. Layan kan jer.

 Semua budak dibahagi ikut kumpulan berdasarkan warna. Ada hijau, kuning, merah, biru, ungu.

 Handsome bujang akak. Kalau tak mami sendiri puji saper lagi nak puji ye dok....Moh lah puji anak-anak memasing.

 Pening sebenarnya mengurus anak-anak kecil macam ni, lagi-lagi kalau dia dah berkumpul reramai macam tu. Memasing ada idea sendiri. Keluar anak tekak cikgu nya bercakap.

Ggroup hijau. and luckily diorang menang. Bebudak tak faham apa-apa pun, tahu-tahu mak bapak budak yang terjerit terpekik melompat bila menang. Melopong bebudak tu nengok perangai mak bapak masing-masing.

Tapi Sport Day hari tu tak dapat dihabiskan sebab hujan lebat mencurah-curah. Tepi pantai pulak tu, angin kuat jangan cakaplah. Memang terbang semua. Kitorang pun beransur pulang sebab pukul 11 ada jadual nak ke tempat lain pulak. Insya Allah tahun depan panjang umur jumpa lagi, untuk Nuha pulak.

Lepas tu malamnya ke Selayang pulak. Memang kitorang biasa ke Selayang dalam sebulan tu sekali lah paling kurang sebab ada abang ( READ : along) dekat sana. Normally memang pergi malam sebab siang along kerja. Kalau bagitahu bebudak ni nak pergi jumpa pak long mesti happy, si Irfan yang paling happy. Tapi malam tu meriah labih lagi sebab ada adik-adik yang join. Paling penting along dapat jumpa Lily; si buah hati.

 Kesayangan along. Buah hati pengarang jantung.

Transit rumah adik dekat Shah Alam, malam baru gerak ke Selayang. Tapi kitorang gerak dari rumah.

Sampai Selayang pukul 9.30 malam. Ingatkan kitorang lambat dah. Rupanya adik lagi lambat. Walhal masa kitorang baru turun susur ke Jalan Tun Razak, diorang dah sampai Pasar Borong Selayang. Kiranya dalam lima minit diorang boleh sampai. Rupanya kitorang juga yang sampai dulu. Adik sesat entah ke mana. Berpusing-pusing tak jumpa simpang masuk. Dekat setengah jam menunggu.

 Kebuluran menunggu orang sesat. Nuh apun dah mula bising sebab budak ni perut dia tak boleh lapar, kang dia mengamuk.

BFF...Dua orang ni kalau berjumpa kemain lagi. Anak-anak yang menyejukkan hati.

Ok...nanti ada cerita cacamarba kita buat lagi satu entry. Hoih makin hari makin malas, apalah nak jadi dengan ahkak ni. Not good! Not good!


Friday, May 16, 2014

Assalamualaikum...

Hai uolllllssssssssssssss...

Lama nya rasa tak update. Sekali nak update terkial-kial dok pikir nak letak tajuk apa. Last-last letak jer assalamualaikum. Hahaha sesuatu sangat kan.

Sibuk yang benornya. Dekat rumah sibuk mengulit mesin jahit, dekat office pulak sibuk dengan mesin printer, mesin scanner. La ni baru lah lapang sikit. So boleh lah cuit-cuit sikit masa update belog.

Actually la ni dah mula membusy dengan baju-baju raya. Yang ditempah dengan yang untuk jual. So kena pepandai membahagi masa. Sebab tu selalunya yang tak berapa nak penting tu kena letak tepi dulu. Kita K.I.V

 Ini yang masih belum siap. Ada lebih kurang dalam 20 pasang lagi. Banyak tu tapi tak per...pelan-pelan insya Allah siap. Cuba sehari dua ni tak dapat nak menjahit langsung. MR. Daddy tak bagi sebab badan tak berapa nak sihat.

 Antara yang dah siap. Baru lima enam pasang jer siap.

Yang ini untuk jual. Pun baru enam pasang siap. Kena buat selang-seli. Buat sana sikit, buat sini sikit. Kalau tak memang langsung tak siap lah jawabnya.

Ada sapa-sapa lagi nak tempah baju raya. Meh masih dibuka lagi. Tapi kena datang rumah akak lah hantar kain. Tak ada pick-up service lagi. 

Ok until then daaaaaaaaaaaaaaaaaa


Tuesday, April 29, 2014

Kemaskini

Assalamualaikum...

Saper tukang jahit angkat tangan. High-five!!! Kak Fifi sebenarnya sangat bermasalah dengan susun atur benang. Sebab benang kak Fifi memang banyak. Ialah kata pun menjahit. Kecarutan apakah menjahit tapi benang cuma ada sebuku.

Jadi petang Ahad tu pergi AEON Taman Equin. Sebab nak pergi daiso. Tujuan asal nak beli lampu klip untuk attach pada mesin jahit tu sebab nak jahit kain gelap-gelap tak nampak. Sekali nampak tupperware-tupperware dalam tu. Allah histeria kak Fifi. Hoih mak cik-mak cik sangat dah ni. Tapi serius geram ok.

So tanya MR. Daddy boleh tak nak rembat barang tiga empat butir. Dapat green light terus senyum sumbing sorang-sorang. Maka lajulah tangan mencapai yang berkenan di mata. Tapi memang tak boleh blah. Sambil capai yang ini mata jeling yang hujung sana. Hoih ikut hati memang nak rembat semua. Tapi kita buat slow-slow. Beli sikit-sikit dulu kasi tunjuk dia punya function, baru kita boleh bodek beli yang lain pulak.

 Ini antara koleksi benang yang ada. Actually banyak lagi tapi kita nak tunjuk kaedah simpanannya jer.

 Guna tupperware take away pizza hut. Recycle katanya.

 Tapi kalau dapat bekas cenggini lagi cool. Nampak kemas jer. Siap boleh tutup lagi. Tak adalah semak dan berhabuk.

 See cantik kan. Seronok gila rasa bila tengok benang ni semua dok elok teratur dalam tu.

 Sedap jer mata memandang.

 Ini benang sulam. Ha dalam kotak kasut pun jadik. Tapi nampak buruk lah.

 Benang sulam ni dia halus dan licin. So mudah terurai dan berbelit macam ahkak punya tu. Stressed ok kalau dia dah terbelit tu. Jawabnya potong dan buang jer. Tapi jadi macam membazirlah pulak!

 Masuk elok-elok dalam kotak macam ni. Baru nampak kemas dan teratur.

Cantik kan.

Bila dah tengok benang cantik tersusun macam tu, mulalah berangan nak beli tupperware bentuk lain dan saiz lain nak letak barang-barang jahit yang lain. Biar nampak kemas dan teratur. Tidak lah semak samun. Dan kalau orang datang tempah baju pun tak ada lah segan benor bilik jahit serupa bilik stor. Bilik stor lagi kemas dan tersusun. Tapi...tapi...tapi tulah bukan rumah sendiri so kreativiti tu agak terhad.

Alasan!!!



Monday, April 28, 2014

Cozy Sunday

Assalamualaikum uolls.

Morning...morning...morning...

So macam mana dengan weekend uolls. Iolls tak pergi jauh-jauh pun, pusing-pusing keliling rumah jer. Janji bebudak ni tak kebosanan duduk melepet dalam rumah jer.

Kita start dengan hari Sabtu. Sabtu tu pepagi lepas bebudak ni semua dah bangun tidur, biar kan bergolek-golek dulu then baru suruh mandi. Satu jer diorang ni kalau pasal mandi memang tak ada masalah. Sebut jer "pergi mandi" meluru memasing terjah bilik mandi.

Settle semua terus keluar. Lokasi tujuan adalah IOI Mall Puchong. Tapi pi breakfast dulu. Then terus ke IOI. Gedebak gedebuk cari barang semua, sampai Nuha pun dah mengamuk mengantuk nak tidur berdesup balik.

Then esoknya ahad, tak cadang nak ke mana-mana. MR. Daddy suruh buat roti jala pagi tu. Tapi satu benda pun tak ada dah dalam peti sejuk. Nak menjala mendenya. Maka ke luar lah kita bersarapan. Pilih ke Cyberjaya sebab nak lepak dekat old town. Tempat tu memang cozy untuk kitorang yang ada hulubalang yang vontot terbakar kalau kena duduk diam-diam.

 Anak dara happy sebab nak keluar dolan-dolan.

 Masa ni dah merajuk bergaduh dengan abang si gigi jarang.

 Inilah sebab kitorang suka lepak old town ni...ada kolam ikan. Ikan dia banyak giler okeh! Besar-besar gemok-gemok. So bebudak ni akan leka tengok ikan-ikan tu berenang ke hulu ke hilir. Turtle pun ada.

 Tengoklah ikan dia, macam-macam jenis, macam-macam warna. Nuha sukalah...leka dia. Kalau idak tu asyiklah nak terkinja-kinja.

 Omok-omok...manja dan kuat menyakat.

Abang...si gigi jarang. Percaya tak sepanjang lima tahun usia dia tak pernah lagi pergi barber untuk gunting rambut. Mamilah yang jadi barber dia.

Lepas tu yang ni kejadian beberapa minggu lepas. Tak ingat dah. Tapi yang pasti makan dekat IOI Mall, Nandos. MEmang bukan taste ahkak. Seriusly tak repeat dah ke Nandos lepas ni.

Nandos memang Nan ha do lah untuk aku.

 Chocolate ice tapi ice dia ada lima ketul jer. So cuma buih dia jer yang sejuk yang lain panas. dah lah rasa air coklat dia sama macam susu Nuha. Maka hasilnya hanya Nuha jer yang minum. 

 Mine...lime chicken tapi langsung tak rasa lime.

MR. Daddy..BBQ Chicken tapi sebenarnya ayam kitorang rasanya sama. Lime pun tidak BBQ pun tidak. Entahlah tak reti ahkak.


Friday, April 18, 2014

Tempahan Shawl

Assalamualaikum uollssssss....

Dah hari Khamis kan. Sekejapan jer masa tu berlalu. Eh tapi sebebnarnya kak Fifi suka jer...sebab esok dah hari Jumaat then Sabtu-Ahad cooootiiiiiiiiiiiii. Tapi tulah tak adil sungguh. Hari Isnin nak jumpa Ahad sikit punya lama tapi hari Ahad nak jumpa Isnin sekejap ja.

Tapi tak per...apap pun harinya kita kena bersemangat waja dan jitu. Gituh!!!

Ok-ok bukak cerita baru berdasarkan tajuk entry. Banyak sangat mengarut larik tajuk pulak kang.

Sebenarnya nak cerita pasal tempahan shawl. Lately ni banyak jugak terima tempahan shwal. Especially halfmoon. Shawl panjang pun ada gak. Kebanyakkannya nak sedondon dengan warna baju sebab tu nak custom made. Kak Fifi ok jerrrrr.






Ini yang latest punya tempahan. Dah selamat touch down pun. Yang ni halfmoon untuk budak. Nak sedondon dengan emaknya...so tempahlah sekali.

If ada yang nak tempah boleh jer contact ahkak.

Nak pilih warna kain macam mana kak? Nanti kang tak sama dengan baju.

Don't worry, sesape yang nak tempah shawl ahkak akan beri color chart. So korang padankan calor chart tu pada baju and pilihlah warna yang korang rasa sesuai untuk baju korang.


Ini contoh color chart. Tapi jangan risau yang ahkak hantar pada korang nanti yang watermarknya pudar. Setiap warna korang akan nampak lebih jelas. Detail untuk tempahan ahkak akan jawab personnel through SMS, Wechat or Whatsapp (012 - 616 3705). Maklumlah setiap orang tu keinginannya berbeza-beza.

Harga bermula daripada RM 15.00 (plain shawl). Permintaan tambahan akan dikenakan caj tambahan juga. Dan penghantaran adalah RM 6.00 untuk 5 helai shawl dan ke bawah. Cepat-cepat tempah untuk bergaya di hari raya...lambat kang ahkak tutup tempahan, korang jangan menyesal.