Friday, April 26, 2013

Little Khalifah

Ada anak-anak kecik yang tak reti duduk diam ni memang mencabar vokal.
Ada sahaja benda yang diorang nak test try buat.
Nak tengok tahap kemantapan vokal mami tu sampai mana.
Bila guna high tone tu boleh pergi tinggi mana.

Tapi anak-anak itu jugalah yang menghiburkan.
Macam Irfan dan Nuha.
Irfan tu memang jenis vontot panas.
Kalau duduk terbakarlah tempat yang dia duduk tu.
Sebab tu dia kena menjongkit jer.

Si Nuha tu pun tak padan kecik.
Favourite dia masukkan semua benda yang boleh dicapai oleh tangannya ke mulut.
Sekarang dah duduk dalam walker.
Letak depan tv, toleh lagi sekali dah sampai bawah meja makan.
Elok jer tengah gigih berusaha nak capai alas meja makan tu.
Nak rasa lah tu.

Itulah dua orang little khalifah saya.
Semoga Allah beri saya kekuatan dan kesabaran dalam usaha membesarkan mereka.


Kemain hero dekat rumah.
Kalau senyap tu maknanya ada lah kerja renovation yang dia tengah buat.
Saya akan cepat-cepat jadi majlis perbandaran yang bertindak tidak meluluskan kerja-kerja renovation dia.

Budak kenit.
Pantang sungguh dia atas kepala letak macam-macam.
Sampai senget ke tepi bunga headband dia nak cabut.
Dengan abang dia lah champion.
Terjerit terpekik abang kalau dengan adik.

Thursday, April 25, 2013

Iya-iya-oooooooooooo

Sila baca tajuk entry dengan melodi...
Ikut mak jemah...
iya-iya-oooooooooooo
Pandai....

Oh tajuk begitu untuk menggambarkan hati yang gembira.
Gembira sebab hajat di hati telah pun ditunaikan.
Terima kasih MR. Daddy.

Masa Nuha empat bulan tu sibuk cari blender.
Persediaan untuk solid food bam bam tu.
Saya memang nak cari blender dengan cup yang kecik.
Maknanya just nice nak blend buah.
Blender yang ada di pasaran ni cup nya besar-besar.
Kalau ada yang kecik tu sesuai untuk benda kering macam kacang, cereal.
Kalau benda basah mcam buah meleleh lah jawabnya.

Jumpa Baby bullet dalam google.
Tapi tak jumpa pula supplier nya dalam Malaysia.
Macam dah nak give-up *tapi dalam hati masih mengharap*
Sekali Isnin lepas MR. Daddy belikan.
hip hip hooray! *sambil lompat bintang*


Dia blend pun cepat.
Sekejap jer dah hancur berkecai lebur.
Puas hatilah.

Wah mudahlah lepas ni mak jemah nak blend solid food untuk Nuha.
Mula-mula kita try buat jus kiwi.
Then..
Apa ek?
Hmmm jus tembikai pun ok jugak.
Tapi kena cari tembikai yang manislah.
Carrot susu pun boleh tahan.

Jap!
Ini solid food Nuha ke solid food mami Nuha.
Kompius sekejap.

Wednesday, April 24, 2013

Irfan Buat Sendiri

Semenjak jadi abang ni kemain lagi.
Semua nak buat sendiri.
Mandi nak sendiri.
Buka lampu sendiri.
Buka kipas sendiri.
Pakai baju sendiri.
Barang mandi pun nak pilih sendiri.

Oklah juga.
Kurang sikit kerja mami.
Tapi...
Hmmm tang tapi tu yang tak tahan.
Mandi sendiri.
Air kemain mencurah-curah dari shower.
Dia nya tak basah.
Lantai bilik yang banjir.
Sabar je mami.

Buka lampu-kipas sendiri.
Oklah tak payah mami nak susah payah bangun bukakan.
Cuma hujung bulan beratus duit api mami.
Kalau dekat dinding ada lapan suis...lapan-lapan dia petik.
Sabar je mami.

Pakai baju sendiri.
Baguslah.
Tapi habis tunggang-langgang lemari dia.
Dikaisnya mencari baju yang dia suka.
Sabar je mami.

Now dah pandai nak kemas beg sekolah sendiri.
Oklah mami bagi can.
Elok juga kecik-kecik ajar berdikari tak adalah besar nanti terkulat-kulat semua benda pun tak tahu nak buat.
So mami ni pun dengan hati berbunga-bunga matahari letak lah baju salin untuk pakai dekat school tepi beg.
Pesan dekat Irfan.

Me : "Nanti Irfan masukkan baju ni dalam school beg ye."

Irfan : "OK"

Sekali pagi tengok baju masih elok duduk tepi beg.
Tapi beg dah siap zip kemas letak sebelah beg adik.
Check dalam beg.
Hai lah anak.
Patutlah nak kemas beg sendiri.

Nak sumbat harta benda dia jer sebenarnya.


Tuesday, April 23, 2013

Roti Jala ku Bukan Jala mu

Amacam gah tak tajuk entry.
Keh keh keh keh.
Dah lah update sebulan dua kali jer letak pulak tajuk entry mintak penampar.
Memang sesuai.

Petang ahad tu rasa nak makan roti jala.
Nak beli macam tak cukup.
Wahhhh tengok makan nak banyak sajer.
Lepas tu heboh salahkan losyen ramping tak berkesan.

Makanya menjala lah saya petang semalam.
Buat sikit jer...tak nak berlebih.
Kang saper pulak nak makan.
Membazir kan amalan si syaitonnnn.


Tapi yang paling champion adalah "jala" yang digunakan.
MR. Daddy pun tak sempat nak habiskan kata-katanya.

MR. Daddy : "Honey buat apa?"

Me : "Roti jala."

MR. Daddy : "Roti jala? Guna apa?"

Me : *tunjuk "jala" dengan bangganya*

MR. Daddy : *fengsan*






Marilah kita berkongsi resepi yang tak seberapa ini:
( ini resepi cepat, mudah dan ringkas )

Roti Jala
Bahan - bahan:
Tepung gandum
Telur
Serbuk kunyit (secubit)
Air kosong
Garam
*sukatan bahan ikut korang-nak banyak bubuh banyak*

Kekdah buat:
Campur jer semua bahan-bahan tadi, tapi air masukkan sikit-sikit.
Buat adunan tu sampai cair.
Kalau adunan pekat nanti masa nak tebar dekat kuali dia tak smooth, jadi berketul-ketul.
Panaskan kuali.
Make sure kuali betul-betul panas baru tebar.
Jangan lupa gosok sikit permukaan kuali dengan minyak supaya jala tak melekat.
Cepat, mudah dan ringkas kan.
Selamat mencuba...

Friday, April 12, 2013

Femalas

Sangat lama dah tak update belog.
Ntahlah tak ada alasan pun.
Rasanya sebab sindrom kemalssan kot.

Hari ni update sebab keboringan.
Dah dua hari EL, Nuha demam.
Shian budak tenit sorang tu.
Tapi bagusnya Nuha ni dia demam tak meragam.
Cuma bila tak selesa dia merengek.
Bila dia rasa dia boleh tahan dia diam.
Tak adalah sepanjang masa menangis jer.
Sempatlah lagi mami menjahit, bungkus butang, lipat baju.

Hopefully esok Nuha dah ok
Sebab esok wan, mak cik, mak ndak n lili nak datang.
Tak syoklah demam kan.

Cepat sembuh yea sayang mami...

Published with Note Putih Mami