Ada anak-anak kecik yang tak reti duduk diam ni memang mencabar vokal.
Ada sahaja benda yang diorang nak test try buat.
Nak tengok tahap kemantapan vokal mami tu sampai mana.
Bila guna high tone tu boleh pergi tinggi mana.
Tapi anak-anak itu jugalah yang menghiburkan.
Macam Irfan dan Nuha.
Irfan tu memang jenis vontot panas.
Kalau duduk terbakarlah tempat yang dia duduk tu.
Sebab tu dia kena menjongkit jer.
Si Nuha tu pun tak padan kecik.
Favourite dia masukkan semua benda yang boleh dicapai oleh tangannya ke mulut.
Sekarang dah duduk dalam walker.
Letak depan tv, toleh lagi sekali dah sampai bawah meja makan.
Elok jer tengah gigih berusaha nak capai alas meja makan tu.
Nak rasa lah tu.
Itulah dua orang little khalifah saya.
Semoga Allah beri saya kekuatan dan kesabaran dalam usaha membesarkan mereka.
Kemain hero dekat rumah.
Kalau senyap tu maknanya ada lah kerja renovation yang dia tengah buat.
Saya akan cepat-cepat jadi majlis perbandaran yang bertindak tidak meluluskan kerja-kerja renovation dia.
Budak kenit.
Pantang sungguh dia atas kepala letak macam-macam.
Sampai senget ke tepi bunga headband dia nak cabut.
Dengan abang dia lah champion.
Terjerit terpekik abang kalau dengan adik.
No comments:
Post a Comment