Sunday, December 2, 2012

Bertukar Akhirnya

Ini cerita water heater kami.
Water heater tu dah lama rosak.
Tapi nak menukrnya dari sehari ke sehari tak juga bertukar.
Entah kenapa payah benor nak pergi membeli yang baru.
Alasannya MR. Daddy kata nak betulkan sendiri.
Iyelah tu, betullah sangat.

Penyudahnya lepas Nuha lahir baru bertukar.
Pasai apa?
Sapa rajin nak pergi jerang ayaq tiap kali nak mandikan anak?
Itu kalau anak yang nak mandi.
Guna air dalam termos pun dah cukup.
Habis tu kalau saya nak mandi?
Berapa termos pula nak kena guna?
Oh penghujung pantang saya dah duduk di Putrajaya.

Akhirnya gigihlah MR. Daddy pergi cari yang baru.
Dulu kami guna brand Alpha.
Warna pink uolls.
Picture taken from google
Lebih kurang dalam tiga tahunlah kami pakai.
Itu saya yang pilih.
Sebab saya suka warna pink maka marilah hormati warna kegemaran saya.
MR. Daddy is redha.

Now, water heater yang baru MR. Daddy beli tanpa saya.
So I is redha.
Jenama Panasonic.
Kaler putih.
Katanya jimat elektrik.
Sejauh mana jimatnya saya belum pasti.
Itu kena tunggu bil elektrik bulan ni.
Tak jimat kalu kita kasi satu jelingan maut pada MR. Daddy.


Saturday, December 1, 2012

Disember Telah Tiba

*Batuk*

Hari ini sudah 1 Disember.
Tinggal lagi 30 hari untuk tahun baru mengucapkan hello.
Kalau umur saya panjang.
*toleh belakang*

Dah banyak masa yang berlalu samada dengan sia-sia atau diisi dengan sesuatu yang berfaedah.
Masa lalu yang tidak akan kembali lagi.

Sekarang masa untuk periksa perjalanan azam yang telah diikrarkan ketika 2012 datang menjenguk.
Sepatutnya azam tu dah terlaksana.
Now hanya untuk check and balance.
Yang baik diteruskan, yang buruk ditinggalkan.

Saya sendiri sedang check and balance azam saya.
Awal tahun saya berazam untuk hidup tanpa hutang pada 2015.
Bermakna setiap tahun harus ada hutang yang dilupuskan.
Dan tidak boleh ada hutang baru yang dibuat.
Melainkan hutang rumah dan kereta.
Ini kalau saya bayar cash, beratur BPR mintak autograph.

Pendek kata apapun yang kita azamkan berusahalah untuk merealisasikannya.
 

Friday, November 30, 2012

Rumah oh Rumah

Tarik nafas......lepas!

Kus semangat bila tengok harga rumah sekarang.
Mencanak-canak naik macam dah tak ada hari esok.
Alasannya harga barang naik, harga simen naik, harga tanah naik!
So pembeli apa yang naik?
Naik peninglah jawapnya.

Kata orang kalau nak beli rumah, belilah sekarang.
Tahun depan yang cuma tinggal sebulan lagi ni entah macam mana pulak harganya.

Kisahnya saya dan MR. Daddy pun tengah gigih mencari rumah.
Ada yang berkenan, lokasinya tak strategik pula.
Ada lokasi yang sesuai, harganya tak berbaloi pula.
Ada harga yang berpatutan, rumahnya pula hidup segan mati tak mahu.
Dilema sungguh.

Sekarang asal ada masa terluang MR. Daddy mesti search cari rumah.
Ada yang berkenan dan memenuhi semua kriteria terus call tanya.
Tapi buat masa sekarang belum rezeki.

Siapa tahu rezeki anak-anak tahun depan duduk rumah baru ;)
Amiiiiiiiiiinnnn...
 

Tuesday, November 27, 2012

Kembali Langsing

Ehem...ehem...
Persoalannya sudahkah mencapai berat ideal atau paling tidak menghampiri berat ideal.
Sebenarnya ahkak masa preggy pun dah capai berat ideal.
Sebab muntah teruk.

Cumanya sekarang ni saya dalam usaha mengempiskan yang belum kempis.
Alhamdulillah bersalin kali nih dapat normal (next time ai citer pengalaman bersalin Nuha k).
So kiranya sehari dua lepas bersalin tu terus boleh pakai barut.

But still in my case tak berkesempatan jugak sebab day 4 Nuha admitted balik.
Awal-awal tu memang huru-hura lah jugak.
Penyudahnya lepas dua minggu baru start barut bagai.
So janganlah diharapkan hasilnya sekarang.

Tapi zaman sekarang nih macam-macam alternatif ada.
Dengan pil-pil langsingnya, jamu itu ini, corset ribu riban, pusat pelangsingan badan.
Semuanya terpulang pada kita dan duit kita.
But for me semua untuk kembali langsing ni kuncinya adalah DISIPLIN.

Ko telanlah banyak manapun pil langsing, makanlah banyak manapun jamu kurus, pakailah mahal manapun corset, pergilah hebat manapun pusat pelangsingan...kalau kau tak ada DISIPILIN TAK AKAN JALAN.

Semua benda ni kau kena buat ikut rutin.
Telan ubat, makan kena jaga juga.
Kau makan ubat lepas tu kau melantak makan macam-macam dengan harapan ubat tu akan menyahkan segala benda yang dimakan tadi.
Memang tak lah!

Pakai corset, mesti kena pakai setiap hari.
Kau pakai dua hari, skip dua hari.
Kononnya yang dua hari tu rehatkan perut.
Yea perut buncit akan fit tapi kau kena tunggu lagi setahun dua lah.

So DISIPLIN memang penting.
Susah tapi hasilnya memuaskan dan berbaloi-baloi.
 

Monday, November 26, 2012

Satu Bulan Sudah

Alhamdulillah last friday Nuha dah satu bulan.
Fuhhh *lap peluh kat dahi*

MR. Daddy kata sekejap jer kan.
Sekejap??? *buntangkan biji mata*
No No No tak sekejap ok.
Hari-hari hadap si comey nih memang terasa lamanya.

Now dah satu bulan.
Dok kira pulak nak tunggu dua bulan.
Karang dah umur setahun dok rindu pulak masa dia baby.
Haish lah mami ni.

Satu bulan, Nuha dah kenal sangat dengan mami.
Paling pressure Nuha tak mau dengan MR. Daddy.
Sama macam Irfan dulu.
Mami nak terkincit pun susah.

Bila manangis MR. Daddy dukung lagi kuat dia meraung.
Masuk buai MR. Daddy buai, kemain hebat dia melalak.
Bila sampai dekat tangan mami senyap sunyi.
Adoi patah tulang belakang.

Malam-malam still ada ragam.
Kadang-kadang pukul 2-3 pagi batu tidur.
Itupun sebab dah penat melalak and meragam.
Tapi dah namapun baby biasalah.
Cuma kadang-kadang hilang juga sabar.
Cepat-cepat istighfar.


Watching TV with big brother yang sayang sangat dekat adiknya.