Friday, January 6, 2012

Di Pondok Kecil

Semalam balik kerja, dengar nasyid ni.
Syahdu jer...
*lap air mata*

Masa sekolah rendah hari penyampaian hadiah beratur dengan kengkawan nyanyi nasyid nih.

Terasa nak jadikan entry di hari Jumaat.





dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam



Rupanya sampai hari ni pun bila dengar dan nyanyi sama...memang air mata boleh meleleh.
*lap air mata*











Lembut rupanya hati ai ni...

Thursday, January 5, 2012

Testing

Testing 123...

K.A.R.M.A

Menurut kamus dewan edisi Empat karma bermaksud = kerama, kutuk, sumpah.
Kenapa dengan karma ni?
Actually ini tajuk drama yang saya tonton di tv9 setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 mlm.
Drama ni arahan Eirma Fatimah.
Pelakon utama Fauziah Ghous, Ahmad Tarmimi Siregar, Ziela Jalil.
Pelakon lain yang terlibat Aoran Aziz, Sharifah Aleeya, Fizz Fairuz, Zul Ariffin.

Actually awalnya bukanlah niat nak tengok cerita ini tapi dek kerana tertarik dengan lakonan seorang pelakon ni buat saya melekat dan terus tertengok.
Owh...bukan! Bukan kerana Aoran Aziz.
Walaupun abang long ni punya auranya sendiri tapi kali ni saya memang tak tertarik untuk menonton kerana dia.
So kerana siapa???

Ziela Jalil...u'ols.

Saya salute Eirma Fatimah kerana berani membawa pelakon-pelakon Karma keluar dari kotak kebiasaan mereka.
Dalam drama ni Ziela Jalil pegang watak sebagai Puan Sri Waheeda yang annoying giler.
Sharifah Aleeya sebagai Wafida si batu api.
Fauziah Ghous sebagai Karmila isteri kedua.
Aoran Aziz sebagai Qayyum anak yang serba salah.
Fizz Fairuz macam biasa stok ustaz-ustaz.
Zul Ariffin sebagai anak ikan Puan Sri Waheeda.

Kisahnya bermula begini.......

Karmila seoran pelakon yang popular. Dia jatuh cinta pandang pertama kepada Tan Sri Fahrul dan bersetuju mengahwini lelaki itu sebagai isteri kedua. Sekaligus menamatkan karier lakonannya. Puan sri Waheda sebagai isteri pertama merasa tergugat dengan perkahwinan kedua suaminya.

Wafida anak gadis Puan Sri Waheeda telah menjadi batu api menanam dendam di dalam hati ibunya agar terus-terusan memusuhi Karmila. Pelbagai usaha dilakukan oleh Puan Sri Waheeda untuk menyakitkan hati Karmila. Usahanya mendapat sokongan Wafida dan bekas P.A Karmila yang cintanya pernah ditolak Karmila.

Akhirnya Tan Sri Fahrul meninggal dunia kerana kanser usus. Karmila merasa sangat sedih kerana suaminya mati sedangkan dia tidak sempat menjernihkan keadaan antara dia dan suaminya sekaligus percaya yang suaminya tidak memaafkan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Puan Sri Waheeda dengan bantuan anaknya Wafida berjaya menukar wasiat suaminya agar tiada sesen pun harta suaminya dapat diwarisi Karmila walaupun Karmila isteri kedua Tan Sri dan telah pun memiliki seorang anak hasil perkahwinan dengan Tan Sri.

Sementara itu Qayyum pula jatuh dengan Karmila kerana melihat ketabahan wanita itu dan keikhlasan Karmila mencintai bapanya. Namun cinta itu hanya mampu disimpan di dalam hati. Lantaran itu Qayyum hanya mampu menjaga Karmila yang semakin tertekan dengan kematian Tan Sri Fahrul.

So kalau nak tahu kesudahan Karma silalah tonton sendiri.
Kalau rajin kang saya updatelah kesudahannya.


Wednesday, January 4, 2012

Dialog Bersama Irfan

Situasi 1 
Mami: Irfan nak adik?
Irfan: Tak nak (sambil geleng kepala)
Mami: Kenapa?
Irfan: Sebab Irfan masih baby (buat muka comel)

Situasi 2
**Irfan sedang lompat-lompat atas katil**
Mami: Janganlah lompat-lompat nanti jatuh.
Irfan: **buat tak endah...terus melompat**
Mami: Tengok tu tak moh dengar cakap mami.
Irfan: **tetap melompat sambil ketawa-ketawa**
Mami: Penatlah mami bercakap, Irfan tak nak dengar pun cakap mami.
Irfan: **berenti melompat** Mami penat cakap, effan tak nak dengar?
Mami: Yelah letih dah mami bercakap Irfan tak nak juga dengar.
Irfan: Ha, mami jangan cakap, tak adalah mami penat bercakap (sambung melompat)

Situasi 3
Untie: Cantiknya ultraman Irfan.
Irfan: Hmmm...daddy belikan.
Untie: Wah, cantiknya baju Irfan.
Irfan: Daddy belikan.
Untie: Besarnya ball Irfan.
Irfan: Daddy yang belikan.
Untie: Mami belikan apa???
Irfan: Mami? Tak ada apa-apa, mami tu semua tak boleh!!

Situasi 4
Mami: Irfan, lepas main simpanlah balik.
Irfan: Nantilah...effan nak main lagi.
Mami: Yelah, mami cakap lepas main simpan balik.
Irfan: **terus main sorang-sorang**
Mami: **tonton drama Korea**
Irfan: **berhenti main tiba-tiba, pandang mami** Kenapa mami suka marah-marah effan?
Mami: Sebab Irfan tak nak dengar cakap mami!
Irfan: Ish garang betullah mami ni.


Tuesday, January 3, 2012

Perjalanan yang Jauh

Happy New Year!!!!!
Sudah masuk tahun baru 2012.
Amacam audited azam 2011???
Ada yang carry forward tak?
Ke semuanya tercapai?

Cerita penghujung 2011 saya sangat panjang.
Bermula pada malam 30.12.2011
Malam tu lepas dah siap kemas rumah, basuh kain, kami pun balik ke rumah MAK di KL.
Memang dah janji dengan MR Daddy minggu tu balik KL.
Malam tu sebelum balik KL singgah dulu hospital Putrajaya.
Wife cousin baru bersalin baby girl yang kedua.
Sampai hospital pergi tanya jaga cemana nak ke wad cousin tu.
Kemain kereklah jaga tuh.
Bukan nak jawab soklan kita.
Siap sound lagi...

"Nampak tak sign tu."

Saya pun jeling lah ke arah sign yang ditunjuk dek jaga tu.
Ada tulis:
 
"Budak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk."

So saya call balik pak ngah beritahu jaga tak beri masuk.
Cakap baik-baik tak boleh ker?
Saya lepas tu terus blah dari situ tanpa sudi mengucapkan terima kasih.
Saya buat muka sambil jeling dua orang jaga perempuan tadi.
Orang tak berbudi sayapun malas nak berbahasa.
Kemudian terus gerak balik KL.
Sampai KL cuma ada adik-adik.
MAK ada dekat bawah tengah rewang.
Ada majlis kenduri kahwin esoknya.

Tengah hari Sabtu 31.12.2011 terima panggilan dari IBU.
Minta tolong hantar di abalik kampung di rembau.
IBU nak jumpa atok dan wan sebab nak bincang pasal majlis kahwin adik 22.1.2012 nanti.
So kamipun gerak dari rumah MAK ke puduraya tunggu ibu di situ.
Jakun sekejap masa sampai puduraya tu.
Keadaan dah banyak berubah.
Tak macam masa saya selalu berulang-alik naik bas bertahun-tahun dulu.
Keadaan puduraya sangat sesak dan merimaskan.
Ruang menuggu sedikit dan serabut dengan bau dan asap rokok.
Sekarang tidak lagi.
Surau juga nampak selesa.
Kalau dulu selesai jer solat memang lencunlah dengan peluh, dah macam masuk sauna pulak.

Dari Puduraya kami gerak ke Rembau dan sampai dalam pukul 7.00
Malam tu kami tidur di rumah wan di Rembau.
Sementara IBU berbincang dengan atok dan wan, kami buat hal sendiri.
Besoknya pada hari tahun baru 1.1.2012 selepas Zuhur kami bergerak pulang ke Sungai Besar untuk menghantar ibu.
Dan malam itu kami tidur di rumah IBU.
Selepas Zuhur 2.1.2012 barulah kami pulang ke Putrajaya.

Hasilnya saya ke pejabat dengan hidung berair, kepala berdenyut-denyut....