Hai...
Good morning
Good morning
Aku memang gemar scroll pinterest cari idea.
Especially idea untuk mendecor rumah dan projects recycle.
Salah satu recycle project yang aku pilih daripada pinterest ialah floor pouf.
Bila tengok tutorial macam senang.
So aku pun try buat.
Oh by the way aku dapat tutorial ni daripada blog Gina
Dia ada tunjuk step by step (bergambar)
Kauorang kalau nak cuba boleh jenguk blog dia.
Pada aku stepnya simple je sebab penerangan Gina jelas.
Monday, December 19, 2016
Wednesday, March 23, 2016
Fun Time... Potong Kain :)
Assalamualaikum...
Sementara semangat ni baiklah kita habiskan terus tutorial baju kurung kita ni.
Semoga ada manfaatnya kepada mereka yang nak jahit sendiri baju raya tahun ni.
InsyaAllah...
Ok... now masa nak memotong.
Tapi sebelum tu sila sediakan peralatan-peralatan yang mencukupi.
(1) Kayu pengukur
(2) Pita ukur
(3) Kapur / pensil penanda
(4) Gunting (yang tajam)
(5) Kain
Sedikit tips ye...
Untuk mereka yang pertama kali nak mencuba kak jeng nasihatkan beli kain cotton yang coraknya bersepah. Sebab apa? Sebab mudah untuk korang nanti nak gunting kain tu. Nak melintang ke, nak membujur ke, boleh saja. Dan lagi satu belilah lebih sikit. Lets say biasa korang buat baju kurung tu dalam 4 meter sepasang, cuba beli 4.5m atau 5m terus. Takut-takut masa gunting tu ada yang tersalah gunting so ada kawasan spare. Jadi tidaklah keseluruhan kain tu terbuang. Tak gituh.
Ok jom mulakan.

- Ni contoh kain bunga bersepah so boleh potong membujur atau menegak. Tiada masalah.
- Pastikan kain yang bahagian dalam (upside down) menghadap keluar masa nak tekan polar tu.
- Kain lipat dua mengikut ukuran panjang baju.
- Letak polar ikut gambar.
- Pastikan kain pada bahagian kiri / kanan polar dilebihkan.
- Tandakan keliling kain mengikut polar.
- Kemudian tandakan pula 1/2" lebih besar pada bahagian kiri dan kanan polar.
- Manakala bahagian bawah polar tandakan 1 1/4" lebih besar daripada polar.
- Untuk tangan dan pesak juga sama.
- Bahagian atas tangan dan pesak (yang akan bersambung dengan badan) dilebihkan hanya 1/2".
- Manakala bagi bahagian bawah pula dan bahagian buka tangan dilebihkan sebanyak 1 1/4"
- Manakala untuk kekek, lebihkan keliling kekek itu sebanyak 1/2"
Untuk tebuk leher rujuk entry sebelum ni.
Ok dah siap potong kain.
Lepas ni sedia untuk menjahit eh.
Till then byeeeeeeeeeeeee
Tuesday, March 22, 2016
Polar Baju Kurung Pertamaku
Assalamualaikum.
Ok lama cuti so hari ni kita sambung balik tutorial Baju Kurung Pertamaku. Takut entry ni jadi panjang menjela so we cut all the craps and jump to the second step.
Sebelum tu, siapa yang belum baca first step which is cara-cara nak ambil ukuran bolehlah baca entry tu dulu. Sebab kalau tak ada ukuran macam mana nak buat polar pulak kan.
Ok andaikan sekarang dah ada ukuran, kita pun dah catat kan ukuran tu jadi boleh start buat polar.
Ini ukuran yang Kak jeng nak guna untuk buat polar:
Bahu : 14"
Panjang baju : 37"
Panjang tangan : 20"
Buka tangan : 13"
Pangkal tangan : 17"
Panjang pesak : 20"
Lebar pesak (atas) : 2.5"
Lebar pesak (bawah) : 4.5"
Kekek : 3.75"
Ok, kita start dengan badan.
So siaplah polar kita. Untuk bahagian kain kita akan buat berasingan. Jangan lupa mark setiap polar tersebut, bahagian apa dan berapakah ukurannya. So the next time nak guna kita tahu ukuran setiap polar tersebut.
Ok lama cuti so hari ni kita sambung balik tutorial Baju Kurung Pertamaku. Takut entry ni jadi panjang menjela so we cut all the craps and jump to the second step.
Sebelum tu, siapa yang belum baca first step which is cara-cara nak ambil ukuran bolehlah baca entry tu dulu. Sebab kalau tak ada ukuran macam mana nak buat polar pulak kan.
Ok andaikan sekarang dah ada ukuran, kita pun dah catat kan ukuran tu jadi boleh start buat polar.
Ini ukuran yang Kak jeng nak guna untuk buat polar:
Bahu : 14"
Panjang baju : 37"
Panjang tangan : 20"
Buka tangan : 13"
Pangkal tangan : 17"
Panjang pesak : 20"
Lebar pesak (atas) : 2.5"
Lebar pesak (bawah) : 4.5"
Kekek : 3.75"
Ok, kita start dengan badan.
- Sediakan kertas polar yang bersesuaian. Boleh guna kertas minyak, brown paper (lebih keras dari kertas minyak), kertas majung atau apa-apa kertas yang besar.
- Ukur polar badan seperti ukuran yang anda telah buat.
- Seperti contoh gambar, polar badan (bahu = 14", panjang baju = 37")
- Untuk polar tangan juga sama.
- Pindahkan catatan ukuran yang anda anda: panjang tangan, buka tangan dan lebar tangan.
- Untuk point dari titik A ke titik D tidak perlu ukur, hanya sambungkan sahaja kedua-dua point tersebut.
- Sekarang untuk polar kekek.
- Caranya sama seperti melakar polar tangan.
- Dari titik A ke titik D tidak perlu diukur, sambung sahaja dua titik tersebut.
- Untuk kekek lebih mudah. Buat satu bentuk empat segi dengan ukuran kekek yang telah anda perolehi. Like my mine 3.75" x 3.75".
- Kekek ukur keliling mesti sama ye.
- Polar tebuk leher.
- First kena tahu ukur lilit leher masing-masing. Ukur keliling leher dengan ukuran yang longgar. Maknanya pita ukur tu jangan melekat dengan leher.
- Then buat satu bulatan dengan diameter sama macam ukur lilit leher masing-masing.
- Like mine, ukur lilit leher = 18.5" so diameter adalah 9.25".
- Dah dapat bulatan, buat pula satu garisan panjang dengan ukuran 4"
- Kemudian, buat pula satu lagi bulatan (garis putus-putus) dan satu bentuk segitiga (garis putus-putus) dengan jarak 2.5" (atau boleh juga lebih besar hingga 4").
- Bahagian garis putus-putus tersebut akan dipotong.
Saturday, March 19, 2016
Kelas Pertama :)
Assalamualaikum...
Selamat pagi Sabtu :)
Selamat bercuti :)
Selamat berhujung minggu :)
Sebenarnya nak bagitau..
Semalam kelas pertama menjahit baju kurung dah bermula semalam.
Buat dekat office je
Maklumlah hari Jumaat kan rehatnya panjang.
So kita ambil kesempatan tu untuk buat kelas.
Kelas untuk kawan-kawan je.
Semalam kita belajar ambil ukuran dan buat polar.
Mulakan dengan ambil ukuran daripada baju yang selesa dipakai.
Ikut je step by step yang kak jeng dah ajar sebelum ni dalam entry Baju Kurung Pertamaku
Tak ada orang kan yang boleh ambil ukuran untuk kita (kalau sorang-sorang di rumah)
So kita guna kaedah "tiru ukuran baju yang selesa dipakai".
Dah dapat ukuran catatkan.
Then pindah ukuran pada polar.
Setiap polar kita remark, itu polar untuk badan, tangan, pesak ataupun kekek.
Senang nanti kit atak lupa ataupun confuse.
Gunting polar dan ketepikan.
Jangan lupa setiap polar tu kita bagi nama.
Contoh: "Polar Baju Kurung Kak Jeng"
Senang next time nak guna dah tahu dah polar tu siapa yang punya.
Kepilkan semua polar bersama-sama.
Takut tercicir pulak kang.
Dah siap satu polar untuk sepasang baju kurung.
Ok, Insya Allah next week Kak Jeng up kan entry penuh step by step untuk buat polar.
Kita belajar sama-sama naaaa.
Till then, bye.
Have a nice and "warm" weekend everyone.
p/s: suhu cecah 39C dah weiiiiii

Friday, March 18, 2016
Best Friend
Assalamualaikum
Salam pagi Jumaat yang barakah... Insya Allah :)
Siapa yang ada lebih dari sorang best friend???
Korang memang hebat
Kak Jeng pun ada jugak sorang best friend tuh.
Dialah tempat mengadu, tempat bergosip, tempat sandar bahu.
Semalam, balik ambil Irfan dia mengadu.
Irfan: "Mami, nasib baik hari ni Irfan pergi sekolah adik."
Me: "Kenapa?"
Irfan: "Dapat Irfan jumpa Dubbies. Lama dah Irfan tak jumpa Dubbies."
Me: "Oh ye ke. Irfan suka ke dapat jumpa Dubbies?"
Irfan: "Suka. Dubbies tu kawan baik Irfan."
Me: *insert smiley face*
Bebudak pun ada kawan baik kan.

Irfan with his best friend :)
Perlu ke kawan baik ni?
Kadang-kadang ada yang tak suka nak rapat sangat bila berkawan. Leceh katanya.
Tapi ada pula yang perlu sesangat kawan baik.
Kadang ada perkara kita tak dapat nak bercerita pada keluarga...kita cari kawan.
Apa pun pilihlah kawan yang dapat mendorong kita ke arah yang lebih positif, yang baik-baik.
Biar kita sama-sama dapat manfaatnya.
Insya Allah.
To my best friend (if u read this, you know who you are)
Kalau aku silap betulkan aku.
Kalau aku salah tunjukkan aku
Kalau aku sedang menyakiti hatimu beritahu aku
Kalau aku lalai kejutkan aku
Sebab aku sangat memerlukan kamu
Sebagai cermin diriku
Sebagai guru kepadaku
Sebagai tempat mengadu
Dan aku
Akan selalu mendoakan kamu
Agar Allah selalu pelihara kamu
Tunaikan hajat kamu yang baik-baik
Berikan kamu rahmat dan hidayahNya
Sebab kamu sahabat aku
Thursday, March 17, 2016
Baju Kurung Pertamaku *smiley icon insert*
Assalamualaikum...
Hari ni kak jeng nak bagi tutorial boleh?
Tutorial buat baju kurung tapi sebelum tu nak warning dulu...
>> WARNING SATU: Post ni agak panjang dan banyak gambar.
>> WARNING DUA: Post ni sesuai untuk orang yang berada pada tahap yang sangat beginner (read: tahu guna mesin jahit tapi tak pernah jahit baju kurung sendiri)
Tutorial ni akan terbahagi kepada beberapa part iaitu:
>> PART SATU: Ambil ukuran (yang dah tahu ukuran boleh skip part ini)
>> PART DUA: Buat polar (yang tak suka berpolar pun boleh skip part ni)
>> PART TIGA: Gunting kain (yang ni kalau nak skip juga mohon beli je baju siap :) )
>> PART EMPAT: Menjahit (the excited part)
Ok jom mula dengan PART PERTAMA.
Bahagian ni ialah bahagian mengambil ukuran.
Bagi yang dah biasa tempah baju kurung atau beli baju kurung siap, mungkin korang dah tahu saiz atau ukuran masing-masing.
Ukuran korang ni boleh diambil dari dua cara:
1) Ukur badan. Tapi kalau dah korang sorang-sorang sapalah pulak nak ambilkan ukuran untuk korang kan.
2) Ukur baju. Yang ni paling mudah. Dan inilah cara yang kak jeng nak tunjuk. Sekarang pergi pilih baju kurung yang paling selesa korang pakai sebab kita akan guna baju tu sebagai rujukan ukuran.

- Katakan ini baju kurung pilihan korang. BTW tahun ni raya tema apa?
- Bentang baju kurung tu macam gambar.
- Kalau boleh biar semua part nampak sebab kita nak ukur setiap part.
- Yang tahap intermediate mungkin boleh skip beberapa part masa nak ambil ukuran.
- Untuk yang sangat-sangat beginner boleh ikut je step by step.
- Ini langkah paling mudah kak jeng guna untuk orang yang langsung tak pernah ada lintasan nak jahit baju kurung dia sendiri.
- Untuk bahagian baju kita bahagian kepada 4 bahagian : A, B, C dan D
- A --> Badan. Kita akan ambil ukuran bahu dan panjang baju
- B --> Tangan. Kita akan ambil ukuran panjang tangan, buka tangan dan pangkal lengan.
- C --> Pesak. Kita akan ambil ukuran panjang pesak, pangkal pesak dan hujung pesak
- D --> Kekek. Kita akan ambil ukuran 2 penjuru kekek.
- Pada satu helaian kertas korang kena catitkan ukuran-ukuran yang akan diperlukan nanti.
- Start dengan bahagian A (badan). Ambil ukuran bahu. Boleh gunakan cara (i) atau cara (ii). Salah satu.
- Kemudian ambil ukuran panjang baju (iii). Catit semua ukuran.
- Now move to section B (tangan). Start with panjang tangan (i). Kemudian ambil ukuran buka tangan (ii). Last sekali ukuran pangkal tangan (iii). Bahagian yang bercantum dengan pesak dan kekek.
- Jangan lupa catat ukuran.
- Now move to section C (pesak). Mula dengan panjang pesak (i). Kemudian lebar pangkal pesak (ii). Dan yang akhir lebar hujung pesak (iii). Ambil catatan.
- *ada juga cara lain untuk ukur panjang pesak, itu nanti kita tunjuk secara gambarajah masa buat polar*
- The last section kekek. Ukur je dua penjuru kekek (i) dan (ii). Jangan lupa catat kan ukuran.
- Ukuran yang diperolehi tadi boleh dicatat secara tulisan atau secara gambaran seperti rajah di atas.
- Lebih mudah dan senang untuk kita transfer ukuran tersebut ke atas kertas polar kita.
Ok selesai part one : ambil ukuran. Kalau tak confident nak ambil ukuran boleh tinggalkan comment. Kita discuss di situ ok.
Jumpa lagi untuk part two : buat polar.
Wednesday, March 16, 2016
Hobby Baru
Assalamualaikum...
Wee hooo lepas seminggu muncul balik.
Gi tu lah kekdahnya.
Nama pun Kak Jeng.
Hari ni kan... kan... kan...
Kita nak cerita pasal hobi baru kitew.
Semenjak dua menjak ni kak jeng dah ada hobi baru.
Sebenarnya hobi baru ni bukan lah baru sangat.
Dah lama dah nak membuatnya cuma lahaiiiiiiiiiiii
Nak mula tu ampunlah...
Terkemut-kemut.
Banyak faktor yang mendorong kepada hobi baru ni.
Apakah? apakah hobi baru ku ittew.
Ta-daaaaaaaa!
Hobi baru kite bercucuk tanam.
Ini baru nak berjinak-jinak nak tanam carrot.
Yang dalam bekas pink ni baru hari pertama.
Korang pun boleh cuba.
Kalau beli carrot tu, bahagian pangkal dia tinggalkan.
Then lemaskan dalam air, tapi air jangan banyak sangat... agak-agak tenggelam separuh pangkal tu dah ok dah.
Lepas tu kalau boleh air rendaman tu ganti setiap hari supaya pangkal tu dapat ai bersih so dia tak membusuk.
Chang!
Yang ni bila dah berumur seminggu.
Belum boleh masuk dalam tanah lagi.
Teruskan merendam pangkal tu.
Kena tunggu tunas tu tinggi dalam empat ke lima inci baru boleh masuk dalam tanah.
Atau pun bila korang nampak daun pada tunas tu dah ada melebihi lima helai daun.
Ok nanti kalau kak jeng punya dah ready untuk masuk dalam tanah, kak jeng tunjuk eh.
Tanam carrot ni bukan apa sebenarnya.
Kitorang dalam rumah tu makan carrot sekali sekala, tapi bila beli mesti kena ambik dua batang sebab dia dah bungkus sekali macam tu.
Kang yang sebatang tinggal tu mesti layu and buruk tak termakan.
Jadi marilah gigih menanam sendiri.
Seronok juga sebenarnya bila dah terjebak dengan hobi baru ni.
Ada lagi beberapa pokok yang kak jeng dah tanam.
Esok-esok i show off eh.
Daaaaaaaa

Friday, March 4, 2016
Kampung Boys and Girls
Assalamualaikum...
Weeeeeeeee masih gigih bersiaran. Four days in a row. *fireworks insert* *clap clap clap*
Ok ini cerita balik kampung. Biasa kitorang sekeluarga tak ada jadual untuk balik kampung. Rasa minggu ni nak balik, pack bag, balik. Agak-agak bulan ni nak balik dua kali, balik. Gitu kaedahnya.
Biasa tiap kali balik kampung, anak-anak akan dikurangkan dengan aktiviti tab and gadget. Kita akan trains untuk jadi kampung boys and girls. Tapi tak adalah aktiviti yang extreme sesangat pun. Acah-acah mainan kampung jer. Sebab bebudak ni ajak turun bendang kering pun terjerit-jerit takut. Apa cer!
So aktiviti paling win pun lawan bot kelapa. MR. Daddy tolong buatkan daripada pelepah tandan kelapa tu. Buat sorang satu campak dalam parit.

Ini dalam keadaan rembang petang. Cewah... bajet jurufoto profesional lah kononnya.
So aktiviti paling win pun lawan bot kelapa. MR. Daddy tolong buatkan daripada pelepah tandan kelapa tu. Buat sorang satu campak dalam parit.
Ha itulah dia sampan buatan untukm ereka. Tapi air parit agak cetek plus tenang pulak petang tu so sampan pun bertolak ala-ala makan angin jer. Slow and steady. Terjerit-jerit dua beradik memberi sokongan kepada sampan masing-masing.
Orang yang lalu-lalang tengok pun rasa sedih. Kesian budak bandor jarang-jarang dapat jumpa parit. Yang banyak adanya longkang yang busuk.
Bila sampan dah karam, sambung aktiviti main baling batu pulak. Lantak koranglah janji jangan terjun dalam parit tu sudah lah. Walaupun cetek tapi tak ada sesiapa nak terjun selamatkan korang.
Sampai menangis-nangis tak nak berenti main.
Nampak tak bangunan hijau yang sayup-sayup pandangan. Itulah dulu sekolah rendah agamaku. 6 tahun sekolah dekat situ.
Ok itu sahaja cerita kampung boys and girls.
Daaaaaaaaa
Rug Rag.. Buat Jer Sendiri.
Assalamualaikum...
Walla! Masuk hari ketiga bersiaran tanpa jemu. Cewahhh bajet sangat ni. Entah kenapa berkobar-kobar rasa nak berkongsi cerita. Rasa membuak-buak perasaan nak menulis tu. Bagai tidak dapat ditahan-tahan.
Pang sekali! Yang blog lama bersawang tu tak sedar diri pulop!
Ok hari ni cerita beserta tutorial ringkas.
Moh kita buat Rug Rag sendiri. Oh kejap, ada ke yang tak tahu rug rag tu apa.
Ok, menurut kamus google rug rag tu permaidani. Tapi biasa kita dekat Malaysia ni selalunya jadikan alas kaki je. Beli dekat Mydin ke, Giant ke, Tesco ke, sekepin dalam RM10.00 ke atas.
Tapi selalunya yang RM 10.00 tu yang hat nipis cepat terburai tu. Basuh dua tiga kali, jahan-nam!
So kali ni Kak Jeng akan tunjuk cara-cara buat rug rag sendiri.
Sebelum tu mohon sediakan bahannya.

First, gunting kain jadi empat segi macam gambar. Boleh buat dalam saiz yang lebih besar. Saiz yang Kak Jeng tunjuk tu adalah saiz minimum (around 3.5" x 6"). Kalau korang gunting kecik lagi dari saiz tersebut hazab nanti nak menjahit. Boleh guna apa-apa kain perca. Jangan gigih sangat beli yang baru. Gunting jer dari baju-baju kurung korang yang lama-lama tu atau t-shirt lama korang atau tuala buruk korang. Semua pun boleh.
Lepas tu masa nak mula jahit tu, gulung dulu kain empat segi tadi. Untuk starting yang pertama, korang lipat bahagian hujung gulungan tu membentuk bulat atau lonjong atau empat segi. Apa-apa bentuk yang korang nak rug rag korang jadi nanti. Tak kisah. Then jahit gunakan jenis zig zag.
Macam Kak Jeng pilih bentuk bulat, jadi korang jahit tu ikut jer bentuk tu. Rapatkan gulungan yang baru pada gulungan yang dah dijahit tu. Tinggal dalam setengah inci dah habis, sambung gulungan kain yang baru, supaya rug rag korang tak terputus.
Hampir separuh. Pastikan masa korang nak mulakan jahitan bahagian yang akan membentuk bulatan besar tu akan terpusing ke belah luar mesin korang. Iaitu belah kiri. Kang kalau tersalah pusing, naya nak menggulung rug rag tu nak sambung jahit.
Hampir 3/4 siap. Susunan corak, pandai koranglah. Ikutlah kreativiti masing-masing. Korang juga karang yang nak pandang benda tu 24 jam sehari.
Finished product! Hampir 2 1/2 jam menyiapkan sehelai ni. Maklumlah first time. Bila dah siap separuh tu baru tahu tips and trick untuk buat lebih laju. Insya Allah lain kali kita buat hat lain pulak. Yang ni kita anggap sebagai try an error.
Nota kaki 1: gunakan benang warna kelabu untuk apa jua jenis fabric dan warna yang korang guna sebab warna kelabu warna yang paling sesuai untuk semua corak dan warna fabric.
Nota kaki 2: Sorry sangat-sangat kalau korang rasa tutorial ni kurang mantap sebab dah separuh buat baru teringat nak ditutorialkan. Nampak sangat bukan blogger tegar.
Ta-taaaaaaaaaa
Thursday, March 3, 2016
Circle Skirt... Mudah dan Ringkas
Assalamualaikum...
I'm back again. Wah dua hari berturut-turut keluar entry. Nampak macam dah ada perubahan kan. Kononnya lah. Entah bertahan sampai bila, tak sure lagi.
Hari ni nak show off benda lain pula.
Jeng... jeng... jeng
Circle Skirt atau pun Skirt Bulat.
Asalnya nak buat untuk diri sendiri tapi tersalah ukur... jahanam skirt aku. Tapi untuk elakkan pembaziran kita buatkan skirt untuk si anak dara. Lebihnya buat baju blouse sendiri. Dah, puas hati aku!

Circle Skirt untuk si anak dara
Skirt ni akan beralun-alun walaupun kau cuba kembangkan dia
Macam biasa untuk effect yang lebih dramatic kita kena pakai photographer dan modal profesional.
Bahagian pinggang tu Kak Jeng guna kain lycra ganti getah sebab kain lycra kan memeri so sangat sesuai.
Model profesional ni sebenarnya sangat cerewet dalam berfesyen... hanya fesyen-fesyen menyerupai princess sahaja yang akan dipakai untuk digayakan.
Nampak tak, bila skirtnya dikembangkan. Skirt tu akan jadi ala-ala bentuk D.
Yang ni pun insya Allah Kak Jeng akan keluarkan tutorial. Sebab yang ni kalau tak bagi tutorial memang kemutlah aku. Senang gila kot nak buat. Tapi mohon bersabar. Maklumlah yang menabur janji ni namanya Kak Jeng *wink wink*
Daaaaaaaaaaaaa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram