Friday, August 28, 2015

Recycle Project [ TU.TO.RI.AL Bergambar]

Assalamualaikum semua...

Hari ni Kak Fifi hati ada senang. Sebab dekat office ada projek makan-makan lagi. Diorang ni memang tak faham aku. Kalau bab makan-makan laju jer memasing nak buat pot luck. Bawak itulah bawak inilah. Penyudahnya aku jugak yang gemuk. Nangis tikam lemak di perut.

Ok ok oleh kerana mood ada baik jadi hari ni Kak Fifi nak kongsi tutorial recycle.

Siapa masih simpan baju kurung dia yang lama-lama yang masih elok cantik menawan. Mungkin korang dah boring nak pakai ke, atau baju tu dah "mengejut" ke so tak muat, atau baru beli tapi bila dapat rasa macam tak sesuai. Meh keluarkan balik kita biat recycle projek. Boleh korang pakai dekat rumah, tak payah dah nak beli-beli lagi baju basahan untuk pakai dekat rumah.

Ok readyyyyyyyyyy! Let's begin.

Langkah Pertama : Sediakan bahan-bahannya.
Kain baju kurung lama yang masih elok, patern, gunting, jarum peniti.

 Langkah kedua : Buka lipatan kain baju kurung (lipatan bersusun di bahagian tepi baju kurung).
 Getah pada bahagian belakang kain tidak perlu dibuka. Hanya pada bahagian hadapan sahaja yang dibuka.

 Langkah ketiga : Letakkan polar di atas kain yang dilipat dua.
Pastikan tidak terkena pada bahagian penyambung kain.
Mulakan menggunting dengan bahagian belakang blous.

 Rujuk pada gambar untuk menggunting bahagian belakang blous.
Saya hanya menggunakan satu polar.
Perbezaannya adalah pada bahagian leher dan lengan.

 Langkah Keempat : Letakkan polar di atas kain yang dilipat dua (seperti gambar) untuk dapatkan bahagian hadapan blous.

 Langkah kelima : Potong keliling kain mengikut polar (seperti gambar).
Bahagian bawah potong secara lurus mengikut hujung polar paling bawah (seperti gambar).
Untuk bahagian tebuk leher potong kain seperti gambar.
Ini adalah untuk mendapat blous dengan tebuk leher lebar dan beralun.

 Langkah keenam : Buat tali piping panjang untuk digunakan pada bahagian leher dan lengan.
Tali panjang tersebut dibuat seperti bentuk piping baju kurung.

 Langkah ketujuh : Cantumkan bahagian bahu depan dan belakang.
Cantumkan juga bahagian badan (lebar bahagian hadapan dan belakang blous adalah tidak sama, tidak mengapa).
Biarkan bahagian leher dan bawah blous terbuka.

 80% siap.
Bentuk rupa blous yang telah dicantum dari bahagian bahu dan badan.

 Pandangan dari bahagian belakang.

 Langkah kelapan : Mulakan menjahit bahagian leher, dimulai dari bahagaian belakang.
Letakkan tali panjang tadi ke dalam dengan jarak 3/4 inci daripada leher (rujuk gambar).
 Kedudukan tali panjang pada leher untuk memulakan jahitan.
Jahit sekeliling leher sehingga selesai dan matikan jahitan.
Ulang langkah yang sama untuk bahagian lengan (ketiak).
Mulakan dari bahagian bawah lengan (ketiak).

 Blous yang telah siap sepenuhnya.
Blous leher lebar beralun.

 Boleh juga dipakai untuk keluar berjalan-jalan. Pakai bersama inner yang sesuai dan digayakan dengan tali pinggang. Tak ada orang akan perasan yang blous korang ni adalah dari projek recycle....

Ini lagi satu blous dari projek recycle. Kak Fifi pakai masa attend meeting di KK.

Semoga korang dapat idea untuk buat projek recycle dari baju kurung yang masih elok tapi dah tak boleh dipakai tu. Nak dibuang sayang, nak derma macam tak berapa patut.
Selamat mencuba....


No comments: