Thursday, August 27, 2015

Ke Sabah Kita Bah

Tinggi - tinggi Gunung Kinabalu~~~~
Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu~~~~

Dah itu jer liriknya yang aku tau.

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa

Minggu lepas saya ke Sabah. Pergi bertugas. Ada meeting 4 hari 3 malam. Maka tinggallah MR. Daddy menguruskan anak-anak sendirian. Tapi dia ok jer. Sebab dah biasa. Tahu dah macam mana nak uruskan bebudak tu.

Bertolak hari Isnin petang. Jadual flight pukul 4.20 petang. Tapi delay satu jam. 5.30 baru terbang. Sejam lepas take off cuaca agak buruk. Hujan lagi. Turbulence lagi. Kemain bergoncang-goncang kapal terbang. Tang benda macam nilah aku tak suka. Kemain aku mengucap beristighfar segala. Abang sado yang duduk sebelah tu berkerut-kerut kening. Lantak kaulah. Kau tak faham perasaan aku.

Dekat-dekat pukul 8.00 macam tu touch down. Pun melambung-lambung. Aku tekup mulut dengan baju sejuk rapat-rapat supaya suara tak keluar. Sumpah aku tak suka. Dah selamat touch down tu aku cepat-cepat nak turun. I hate being in cramp place.

Kat luar dah ada bas yang tunggu. Laju-laju naik bas sebab nak cepat sampai hotel. Mujur hotel pun tak jauh. Kitorang menginap dekat hotel Shangri-La. Bukan yang resort tu, yang dekat town tu.

 Pedulikan harta benda yang bersepah tu. Biliknya agak ok. Tak besar tapi tak kecil. Cuma bila nak solat tu kena gilir-gilir. Then plug charger pun ada 2 point jer.

 Bilik air lulus. Bersih dan teratur.

Shower pun ok. Untuk bilik air kak Fifi bagi 4 tahi bintang.

Ok sambung balik. Sampai hotel check-in segala, makan dah pukul 9.30 malam. Baru nak bangun konon-konon nak masuk bilik luruskan pinggang, tenangkan hati.... dan-dan tu urusetia panggil suruh masuk bilik seminar. Nak buat meeting malam tu juga. Kalau tidak nanti jadual lari.

Ya ampun rasa nak buat-buat pitam. Tapi aku rasa rata-rata yang masuk meeting malam tu mesti masuk angin keluar asap. Apa pun tak faham. Dengan badan letih, kepala ting tong nak bermeeting bagai. Memang ke laut yang paling dalamlah jawapnya. Penyudahnya masuk bilik pukul 12.00. Pung pang pung pang pukul 2.00 baru tidur.

Permulaan hari kedua. Walaupun tidur cuma 3 jam, kita kena pura-pura semangat.

Bangun pukul 5.00 sebab Sabah Subuhnya awal. Pukul 6.00 dah kena turun breakfast. Lepas tu macam biasa sambung meeting. Dah nama tajuk outstation pun meeting tahunan. Sah-sahlah agendanya memang meeting sesaje. Habis meeting sambung lagi meeting. Lepas tu meeting lagi.

Ini malam kedua. Ada dinner. Sebenarnya dress ni ada tali pinggang, tapi aim nya malam tu makan sampai muntah hijau jadi tali pinggang letak atas katil jer. Kang tersekat nafsu.

 Ada karaoke. So macam biasa. Siapa yang berani menyumbangkan lagu jer yang akan naik ke pentas. Yang lian-lain tu sambung mentekedarah. Termasuklah aku.

Yang baju hijau tu pun tak nak kalah. Suci dalam debu okeh. Kemain dia tarik. Siap tala-tala mikropon pada audience macamkan dia tengah buat konsert solo.

Hari ketiga. Bersedia untuk lawatan tapak bekas kesan gempa di Ranau.

Perjalanan ambil masa 2 jam dari Kota Kinabalu ke Ranau. Sebab jumlah kami ramai so bertolak dengan sebuah bas dan 4 buah van. Sebab nanti ada kawasan yang bas tak boleh masuk so van akan digunakan. Pukul 7.30 bertolak. Tapi dalam tempoh dua jam tetaplah tak sampai. Maklumlah bawak pelancong so banyaklah tempat yang minta disinggah.

 Ini salah satunya. Gambar ni di ambil dari Nabalu Town. Masa sampai dekat sini rasa macam Ya Allah. Beyond words. Lain sangat melihat ciptaan Allah dengan mata sendiri compare tengok melalui gambar. Syukur allah bagi aku peluang dan kesempatan untuk tengok sendiri ciptaanNya yang Agung.

 Cantik sangat ditambah dengan effect awan.


Dua-dua gambar atas ni failed. Sebab main tala jer camera. Silau, memang tak nampak apa. So inilah jadinya.

Lepas tu barulah perjalanan diteruskan ke water intake untuk Ranau. Kawasan ni lah bas tak boleh masuk. So kitorang tunggu dekat luar jalan besar tunggu van datang ambil. 

 Sungai ni sebenarnya digunakan untuk menyalurkan air bersih bagi kegunaan penduduk Ranau. Sayangnya kawasan ni terpaksa ditutup sementara sehingga ia dibaikpulih sepenuhnya. 

 Nampak tak tebing sungai tu runtuh kesan dari perlanggaran kayu-kayu balak yang dihanyutkan ke sungai ni lepas gempa berlaku.

Ni keadaan sebelum dan selepas. Itu gempa yang bermagnitud 4.9 pada skala ritcher. Bayangkan kalau gempa tu magnitudnya lebih tinggi. Macam mana kemusnahan yang mungkin akan berlaku. Kita tak tahu samada Allah mahu menguji iman kita, memberi kifarah atas dosa-dosa kita atau sebagai peringatan buat kita, tetapi kita harus mengambil ikhtibar atas setiap perkara yang telah ditetapkanNya.


 Gambar atas dengan yang bawah ni tak ada bezapun sebenarnya. Cuma gambar yang atas tu aku tutup mata so kena ambik lagi sekali. Padahal pakai sunglasses bukan nampak pun. Punyalah bengong.

Gambar ni ambik khas sebab nak hantar dekat whatsapp group. Untuk menunjukkan kepoyoan.


Lepas tu konon-kononya nak terus ke Masjid Ar-Rahman di Ranau. Solat dan rehat di situ. Tapi terstop pulak dekat satu kawasan ni yang macam pasar tani. Ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada satu buah dekat sini yang aku suka... buah TARAP. Tapi nak ingat nama buah ni kemainlah payah. Dalam kepala otak aku ni asyiklah sebut buah TANDU.

Dekat masjid Ranau ni pun ada kesan gempa juga. So sebelah bahagian masjid ni ditutup. Hanya sebelah sahaja yang dibuka. Jadi kawasan solat tu menjadi lebih kecil. Bahagian solat wanita pun kecil. 

Nampak tak? Sedih kan. Walaupun nampak tak teruk mana tapi sampai sekarang masih tidak dapat diperbaiki. Kenapa agak-agaknya ya. Kami pun tak berapa pasti. Tapi sebelum balik tu sempatlah rombongan kami menghulurkan derma kilat ikhlas. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.

Selesai solat dan makan tengah hari di Masjid Ranau ni, kami gerak untuk balik ke hotel. Tapi dalam agenda balik tu dah diselitkan untuk singgah di Dairy Farm, Kundasang dan rumah terbalik. Pemandangan pun berkabus jer sebab masa sampai kundasang tu hari hujan. Lembu pun masuk kandang. Dekat rumah terbalik pun tak ada gambar sebab aku malas nak turun. Dah lemau sebenarnya.

Sampai hotel pukul 6.30 tapi hari dah gelap. Terus dinner sebab nak cepat-cepat naik bilik. Nak rehat kejap sebab malam tu ada wrap up meeting. Dah lah aku pencatat, pitam kang pengerusi nak buat penggulungan benda apa pun tak siap lagi.

 Malam terakhir. Laju-laju ambil gambar sebab dah pukul 8.00 meeting dah nak start. Kang kena palu masuk lambat.

Oh masa balik dari ranau ada kejadian kasuut senyum. Kasut aku lah tu. Mujur juga jadi masa dah dalam bas. Dah terfikir-fikir apalah yang boleh aku pakai ni. Sebab mana ada bawa selipar spare ke apa. Mujur ada kawan yang duduk seat depan tu bawa selipar. Terpaksalah ku pinjam.

 Nampak kasut ni dah senyum. Iyerlah dah sampai masa pun kasut ni senyum. Usianya dah pun 6 tahun.

Pakai selipar pinjam. Kalau tak ada ni mau terhenjot-henjot aku berjalan.

Dan ini souvenir untuk dua orang buah hati. Konon-konon nak beli untuk MR. Daddy dan untuk aku jugak tapi tak dan. Rushing sangat. Masa untuk berjimba-jimba memang sangat terhad.

Hari Khamis balik transit dekat Labuan. Tak paham aku. Motif sangat. Dah lah flight delay juga setengah jam. Turun dari dekat Labuan punyalah rough. Terjerit aku. Nasib baik kapal kosong. Orang ramai naik dari Labuan. Turun dekat KLIA lagi drama. Memang rough gila. Yang ini aku menjerit aku pun tak sedar aku menjerit. Padahal aku dah tekup mulut aku dengan blanket.

Bila dah turun tu member satu flight yang duduk 6 seat ke depan dari aku tanya takut ke. Sebab dia kata dari seat dia duduk memang sangat jelas suara aku jerit. Aku? Terus jalan laju-laju, amik beg keluar. 


No comments: