Friday, August 28, 2015

Recycle Project [ TU.TO.RI.AL Bergambar]

Assalamualaikum semua...

Hari ni Kak Fifi hati ada senang. Sebab dekat office ada projek makan-makan lagi. Diorang ni memang tak faham aku. Kalau bab makan-makan laju jer memasing nak buat pot luck. Bawak itulah bawak inilah. Penyudahnya aku jugak yang gemuk. Nangis tikam lemak di perut.

Ok ok oleh kerana mood ada baik jadi hari ni Kak Fifi nak kongsi tutorial recycle.

Siapa masih simpan baju kurung dia yang lama-lama yang masih elok cantik menawan. Mungkin korang dah boring nak pakai ke, atau baju tu dah "mengejut" ke so tak muat, atau baru beli tapi bila dapat rasa macam tak sesuai. Meh keluarkan balik kita biat recycle projek. Boleh korang pakai dekat rumah, tak payah dah nak beli-beli lagi baju basahan untuk pakai dekat rumah.

Ok readyyyyyyyyyy! Let's begin.

Langkah Pertama : Sediakan bahan-bahannya.
Kain baju kurung lama yang masih elok, patern, gunting, jarum peniti.

 Langkah kedua : Buka lipatan kain baju kurung (lipatan bersusun di bahagian tepi baju kurung).
 Getah pada bahagian belakang kain tidak perlu dibuka. Hanya pada bahagian hadapan sahaja yang dibuka.

 Langkah ketiga : Letakkan polar di atas kain yang dilipat dua.
Pastikan tidak terkena pada bahagian penyambung kain.
Mulakan menggunting dengan bahagian belakang blous.

 Rujuk pada gambar untuk menggunting bahagian belakang blous.
Saya hanya menggunakan satu polar.
Perbezaannya adalah pada bahagian leher dan lengan.

 Langkah Keempat : Letakkan polar di atas kain yang dilipat dua (seperti gambar) untuk dapatkan bahagian hadapan blous.

 Langkah kelima : Potong keliling kain mengikut polar (seperti gambar).
Bahagian bawah potong secara lurus mengikut hujung polar paling bawah (seperti gambar).
Untuk bahagian tebuk leher potong kain seperti gambar.
Ini adalah untuk mendapat blous dengan tebuk leher lebar dan beralun.

 Langkah keenam : Buat tali piping panjang untuk digunakan pada bahagian leher dan lengan.
Tali panjang tersebut dibuat seperti bentuk piping baju kurung.

 Langkah ketujuh : Cantumkan bahagian bahu depan dan belakang.
Cantumkan juga bahagian badan (lebar bahagian hadapan dan belakang blous adalah tidak sama, tidak mengapa).
Biarkan bahagian leher dan bawah blous terbuka.

 80% siap.
Bentuk rupa blous yang telah dicantum dari bahagian bahu dan badan.

 Pandangan dari bahagian belakang.

 Langkah kelapan : Mulakan menjahit bahagian leher, dimulai dari bahagaian belakang.
Letakkan tali panjang tadi ke dalam dengan jarak 3/4 inci daripada leher (rujuk gambar).
 Kedudukan tali panjang pada leher untuk memulakan jahitan.
Jahit sekeliling leher sehingga selesai dan matikan jahitan.
Ulang langkah yang sama untuk bahagian lengan (ketiak).
Mulakan dari bahagian bawah lengan (ketiak).

 Blous yang telah siap sepenuhnya.
Blous leher lebar beralun.

 Boleh juga dipakai untuk keluar berjalan-jalan. Pakai bersama inner yang sesuai dan digayakan dengan tali pinggang. Tak ada orang akan perasan yang blous korang ni adalah dari projek recycle....

Ini lagi satu blous dari projek recycle. Kak Fifi pakai masa attend meeting di KK.

Semoga korang dapat idea untuk buat projek recycle dari baju kurung yang masih elok tapi dah tak boleh dipakai tu. Nak dibuang sayang, nak derma macam tak berapa patut.
Selamat mencuba....


Thursday, August 27, 2015

Ke Sabah Kita Bah

Tinggi - tinggi Gunung Kinabalu~~~~
Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu~~~~

Dah itu jer liriknya yang aku tau.

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa

Minggu lepas saya ke Sabah. Pergi bertugas. Ada meeting 4 hari 3 malam. Maka tinggallah MR. Daddy menguruskan anak-anak sendirian. Tapi dia ok jer. Sebab dah biasa. Tahu dah macam mana nak uruskan bebudak tu.

Bertolak hari Isnin petang. Jadual flight pukul 4.20 petang. Tapi delay satu jam. 5.30 baru terbang. Sejam lepas take off cuaca agak buruk. Hujan lagi. Turbulence lagi. Kemain bergoncang-goncang kapal terbang. Tang benda macam nilah aku tak suka. Kemain aku mengucap beristighfar segala. Abang sado yang duduk sebelah tu berkerut-kerut kening. Lantak kaulah. Kau tak faham perasaan aku.

Dekat-dekat pukul 8.00 macam tu touch down. Pun melambung-lambung. Aku tekup mulut dengan baju sejuk rapat-rapat supaya suara tak keluar. Sumpah aku tak suka. Dah selamat touch down tu aku cepat-cepat nak turun. I hate being in cramp place.

Kat luar dah ada bas yang tunggu. Laju-laju naik bas sebab nak cepat sampai hotel. Mujur hotel pun tak jauh. Kitorang menginap dekat hotel Shangri-La. Bukan yang resort tu, yang dekat town tu.

 Pedulikan harta benda yang bersepah tu. Biliknya agak ok. Tak besar tapi tak kecil. Cuma bila nak solat tu kena gilir-gilir. Then plug charger pun ada 2 point jer.

 Bilik air lulus. Bersih dan teratur.

Shower pun ok. Untuk bilik air kak Fifi bagi 4 tahi bintang.

Ok sambung balik. Sampai hotel check-in segala, makan dah pukul 9.30 malam. Baru nak bangun konon-konon nak masuk bilik luruskan pinggang, tenangkan hati.... dan-dan tu urusetia panggil suruh masuk bilik seminar. Nak buat meeting malam tu juga. Kalau tidak nanti jadual lari.

Ya ampun rasa nak buat-buat pitam. Tapi aku rasa rata-rata yang masuk meeting malam tu mesti masuk angin keluar asap. Apa pun tak faham. Dengan badan letih, kepala ting tong nak bermeeting bagai. Memang ke laut yang paling dalamlah jawapnya. Penyudahnya masuk bilik pukul 12.00. Pung pang pung pang pukul 2.00 baru tidur.

Permulaan hari kedua. Walaupun tidur cuma 3 jam, kita kena pura-pura semangat.

Bangun pukul 5.00 sebab Sabah Subuhnya awal. Pukul 6.00 dah kena turun breakfast. Lepas tu macam biasa sambung meeting. Dah nama tajuk outstation pun meeting tahunan. Sah-sahlah agendanya memang meeting sesaje. Habis meeting sambung lagi meeting. Lepas tu meeting lagi.

Ini malam kedua. Ada dinner. Sebenarnya dress ni ada tali pinggang, tapi aim nya malam tu makan sampai muntah hijau jadi tali pinggang letak atas katil jer. Kang tersekat nafsu.

 Ada karaoke. So macam biasa. Siapa yang berani menyumbangkan lagu jer yang akan naik ke pentas. Yang lian-lain tu sambung mentekedarah. Termasuklah aku.

Yang baju hijau tu pun tak nak kalah. Suci dalam debu okeh. Kemain dia tarik. Siap tala-tala mikropon pada audience macamkan dia tengah buat konsert solo.

Hari ketiga. Bersedia untuk lawatan tapak bekas kesan gempa di Ranau.

Perjalanan ambil masa 2 jam dari Kota Kinabalu ke Ranau. Sebab jumlah kami ramai so bertolak dengan sebuah bas dan 4 buah van. Sebab nanti ada kawasan yang bas tak boleh masuk so van akan digunakan. Pukul 7.30 bertolak. Tapi dalam tempoh dua jam tetaplah tak sampai. Maklumlah bawak pelancong so banyaklah tempat yang minta disinggah.

 Ini salah satunya. Gambar ni di ambil dari Nabalu Town. Masa sampai dekat sini rasa macam Ya Allah. Beyond words. Lain sangat melihat ciptaan Allah dengan mata sendiri compare tengok melalui gambar. Syukur allah bagi aku peluang dan kesempatan untuk tengok sendiri ciptaanNya yang Agung.

 Cantik sangat ditambah dengan effect awan.


Dua-dua gambar atas ni failed. Sebab main tala jer camera. Silau, memang tak nampak apa. So inilah jadinya.

Lepas tu barulah perjalanan diteruskan ke water intake untuk Ranau. Kawasan ni lah bas tak boleh masuk. So kitorang tunggu dekat luar jalan besar tunggu van datang ambil. 

 Sungai ni sebenarnya digunakan untuk menyalurkan air bersih bagi kegunaan penduduk Ranau. Sayangnya kawasan ni terpaksa ditutup sementara sehingga ia dibaikpulih sepenuhnya. 

 Nampak tak tebing sungai tu runtuh kesan dari perlanggaran kayu-kayu balak yang dihanyutkan ke sungai ni lepas gempa berlaku.

Ni keadaan sebelum dan selepas. Itu gempa yang bermagnitud 4.9 pada skala ritcher. Bayangkan kalau gempa tu magnitudnya lebih tinggi. Macam mana kemusnahan yang mungkin akan berlaku. Kita tak tahu samada Allah mahu menguji iman kita, memberi kifarah atas dosa-dosa kita atau sebagai peringatan buat kita, tetapi kita harus mengambil ikhtibar atas setiap perkara yang telah ditetapkanNya.


 Gambar atas dengan yang bawah ni tak ada bezapun sebenarnya. Cuma gambar yang atas tu aku tutup mata so kena ambik lagi sekali. Padahal pakai sunglasses bukan nampak pun. Punyalah bengong.

Gambar ni ambik khas sebab nak hantar dekat whatsapp group. Untuk menunjukkan kepoyoan.


Lepas tu konon-kononya nak terus ke Masjid Ar-Rahman di Ranau. Solat dan rehat di situ. Tapi terstop pulak dekat satu kawasan ni yang macam pasar tani. Ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada satu buah dekat sini yang aku suka... buah TARAP. Tapi nak ingat nama buah ni kemainlah payah. Dalam kepala otak aku ni asyiklah sebut buah TANDU.

Dekat masjid Ranau ni pun ada kesan gempa juga. So sebelah bahagian masjid ni ditutup. Hanya sebelah sahaja yang dibuka. Jadi kawasan solat tu menjadi lebih kecil. Bahagian solat wanita pun kecil. 

Nampak tak? Sedih kan. Walaupun nampak tak teruk mana tapi sampai sekarang masih tidak dapat diperbaiki. Kenapa agak-agaknya ya. Kami pun tak berapa pasti. Tapi sebelum balik tu sempatlah rombongan kami menghulurkan derma kilat ikhlas. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.

Selesai solat dan makan tengah hari di Masjid Ranau ni, kami gerak untuk balik ke hotel. Tapi dalam agenda balik tu dah diselitkan untuk singgah di Dairy Farm, Kundasang dan rumah terbalik. Pemandangan pun berkabus jer sebab masa sampai kundasang tu hari hujan. Lembu pun masuk kandang. Dekat rumah terbalik pun tak ada gambar sebab aku malas nak turun. Dah lemau sebenarnya.

Sampai hotel pukul 6.30 tapi hari dah gelap. Terus dinner sebab nak cepat-cepat naik bilik. Nak rehat kejap sebab malam tu ada wrap up meeting. Dah lah aku pencatat, pitam kang pengerusi nak buat penggulungan benda apa pun tak siap lagi.

 Malam terakhir. Laju-laju ambil gambar sebab dah pukul 8.00 meeting dah nak start. Kang kena palu masuk lambat.

Oh masa balik dari ranau ada kejadian kasuut senyum. Kasut aku lah tu. Mujur juga jadi masa dah dalam bas. Dah terfikir-fikir apalah yang boleh aku pakai ni. Sebab mana ada bawa selipar spare ke apa. Mujur ada kawan yang duduk seat depan tu bawa selipar. Terpaksalah ku pinjam.

 Nampak kasut ni dah senyum. Iyerlah dah sampai masa pun kasut ni senyum. Usianya dah pun 6 tahun.

Pakai selipar pinjam. Kalau tak ada ni mau terhenjot-henjot aku berjalan.

Dan ini souvenir untuk dua orang buah hati. Konon-konon nak beli untuk MR. Daddy dan untuk aku jugak tapi tak dan. Rushing sangat. Masa untuk berjimba-jimba memang sangat terhad.

Hari Khamis balik transit dekat Labuan. Tak paham aku. Motif sangat. Dah lah flight delay juga setengah jam. Turun dari dekat Labuan punyalah rough. Terjerit aku. Nasib baik kapal kosong. Orang ramai naik dari Labuan. Turun dekat KLIA lagi drama. Memang rough gila. Yang ini aku menjerit aku pun tak sedar aku menjerit. Padahal aku dah tekup mulut aku dengan blanket.

Bila dah turun tu member satu flight yang duduk 6 seat ke depan dari aku tanya takut ke. Sebab dia kata dari seat dia duduk memang sangat jelas suara aku jerit. Aku? Terus jalan laju-laju, amik beg keluar. 


Wednesday, August 26, 2015

Masih Lagi Cerita Makan dan Jamuan Raya

Assalamualaikum...

Happy Wednesday guysss

Asalnya nak buat entry wordless Wednesday tapi tak mampu.

Gambar dalam folder bertimbun-timbun memang tak dapatlah nak wordless wednesday.

Maklumlah Kak Fifi ni suka bercerita dengan gambar sebab Kak Fifi ni berada dalam kelompok golongan visual. Yang bila korang bercakap dengan orang visual ni semua perkataan korang akan ditukarkan jadi gambar barulah otak dapat cerna cerita yang cuba disampaikan tu.

Nak kenal orang visual ni senang jer. Kalau korang nak pergi mana-mana, tanya arah pada kawan office kalau dia jawab ringkas dan cepat selalunya bukan orang visual. Tapi kalau penerangan jalan dia macam nak buat cerita pendek siap bagitau ada billboard, bus stop senget, jalan lopak segala biasanya itulah orang visual.

Lepas tu orang visual ni bila baca buku dia akan cari buku yang banyak gambar atau buku yang banyak dialog. Buku yang cerita panjang melebar berperenggan-perenggan biasanya hanya dipandang dengan hujung mata.

Eh, melalut dah. Sebenarnya nak cerita pasal makan dan jamuan.

Dua minggu sebelum berakhirnya Syawal. Memang berlumba-lumba orang buat open house, open office. Kitorang pun tak nak kalah. Minggu akhir tu pulun juga buat open office. Tapi tak panggil satu hq lah. Hanya panggil staff yang berkerja di bangunan persekutuan.

Tapi sehari sebelum tu office hq pun buat jamuan raya gak. Cumanya kitorang terlibat secara kecil-kecilan jer. Malas nak riuh rendah sama. 

 Yang kiri tu orang kuat, yang tengah tu orang paling kuat, yang kanan tu kuat juga...kuat menyibuk.

 Semua membusy menghias gerai memasing. Maklumlah gerai tercantik, terkreatif, terunik dapat hadiah.

 Ini geng dari KLIA. Geng lama.

 Ini geng gerai air "Bajet Bistro". Betul-betul punya bajet.


Then, hari Jemahat tu jamuan office kitorang pulak. Jamuan ni memang banyak gila dia punya drama. Mana taknya AJK jamuannya cuma 5-6 orang (yang betul-betul bersama dari awal hingga akhir), lepas tu cabarannya pergh. Dengan drama berbabak-babak lagi. But finally berjaya juga jamuan tu dianjurkan. Of course akan ada leak here and there but still *lap.air.mata.dengan.hujung.tudung* Siap masa hari jamuan import lagi AJK dari sebelah. Thanks laling for your time n energy *wink*

Kena letak gambar orang kuat dulu. Inilah dia tulang belakang jamuan kitorang. Tanpa dia rasanya tak menjadi kot jamuan raya kitorang tu. Dengan dramanya dengan macam ragamnya. Haish...

Yang baju hijau tu pun AJK paling kuat tu. Kuat dan sabar.

The crew member. On my right hand big boss. Thanks boss for your approval. 

Free style. Tapi free style kak Fifi tetap terkepit-kepit sebab berdiri sebelah boss. Menyesal. 

Aku jugak yang tegak kaku. Free style sat gi ada pulak yang terjolok lubang hidung boss. Tak memasal transfer 24jam.

Dan kitorang jugak berjaya memaksa semua jejaka-jejaka idaman malaya untuk berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Siapa ingkar mohon keluar bangunan.

And I made this for every crew member. Termasuklah boss besar. Semua wajib pakai. So bila tetamu datang, tidaklah tercari-cari siapa tuan rumahnya. Terus datang hulur tangan ucap selamat hari raya.

Kita makan dulu... kang tetamu datang kita makan lagi. Kata jamuan, tak kiralah kau tuan rumah ker... kau tetamu ker... kalau rasa nak makan, makan jer. Tak payah nak terkemut-kemut sangat.


Last touch up by crew member. Masa ni Kak Fifi dah jadi mem beso... arah-arah jer. Aku dah penat. Penat otak.



Antara menu yang jadi pilihan. Menu berat untuk hari tu ada Nasi kerabu, Nasi Butter, Nasi Ayam Berempah, Mee Bandung dengan Spageti Carbonara. Nasi kerabu dengan Nasi Ayam berempah jer yang ditempah, yang lain semua pot luck.


 Ini antara dessert yang ada hari tu. Yang merah-merah belah kiri tu triffle. Paling win... paling laku. Air tangan orang kuat jamuan.

Tuan rumah makan dulu. Yang geramnya lepas makan boleh diorang duduk jer dekat situ tak bangun-bangun. Udahlah bila tetamu datang segan nak masuk ke dalam. Padahal kat dalam tu ada lagi kerusi untuk tetamu duduk. Syok pulak diorang bersembang.

Ini masa tetamu mulai datang. Tak sempat dah nak candid-candid sangat.

  Yang ini group bos-bos. Diorang makan dekat dalam.


Jadi kesimpulannya, buat open office ni memang penat. Tapi seronok bila sampai harinya tetamu datang dan makan bertambah. Rasa puas. Insya Allah tahun depan kalau ada kesempatan lagi bolehlah beropen office sekali lagi.