Monday, May 26, 2014

Berjalan-jalan Meninggalkan Kerja

Assalamualaikum.

Hai.....korje kita hari ni ye. Maklumlah piala Thomas Jepun dah bawak balik. Tak pelah tunggu lagi tahun 2016 kalau ada rezeki...

Ok mari bercerita perkara yang telah berlalu. Last week Jumaat ahkak coti. Ketidaksihatan. Bengkak gusi. Sampai demam. Hari Jumaat tu sepanjang hari kerjanya cuma tidur dan tidur dan tidur. Punyalah nak bagitahu ketidaklaratan. Tak pernah ku buat tidur sepanjang hari.

Then petang tu bangun, MR. Daddy datang dekat. Tanya larat tak kalau nak keluar. Nak ke mana? Nak keluar makan katanya. Sebab siapa yang nak masak. Ok moh keluar mencari barang beberapa pinggan nasi. Tak tahu nak ke  mana sebab macam dah jemu benar makan dala kawasan Putrajaya tu. Balik-balik yang itu, balik-balik yang itu. Marilah kita merantau. Kata orang jauh berjalan banyaklah peluh yang keluar.

Akhirnya decide ke Emporium Subang. Amik ko! Alang-alang keluar meh kita jelajah tempat orang. Lagipun tak pernah sampai lagi. Dok intai-intai dari federal highway jer. Sakit pulak hati aku mengengoknya. Dah ada yang offer meh kita terjah.

Sampai-sampai terus aim nak makan dulu sebab itupun misi utama. Then masuk dalam cari information board. Owh Kak fifi suka information boardnya. Sangat mudah, sangat membantu, sangat pantas. Ground Level dia memang banyak gila kedai makan. Boleh dikatakan hampir separuh ground level tu kedai makan. Dan yang paling syok sangat pelbagai. Ada makanan Jepun, Korea, local Malaysian, Chienese, Indonesia and others. Tak sempat nak perati satu-satu.

Then kitorang pilih untuk cuba Ole-ole Bali. Dan hasilnya Nora bagi empat bintang.

 Ole-ole Bali...Tak payah ke Bali.

 Happy Nuha yang tahu akan ada makanan sampai untuk dia. Belajar amik gambar while buat peace. Owh mengapakah kak Fifi nampak seperti menyimpan makanan di pipi. Haish.

Ape ke nama hidangan ni. Lupa pulak dah. Tapi yang penting dalam tu ada satay ayam yang dibalut pada serai, kepak ayam panggang, sotong goreng tepung and salad.

Satay dia sangat yummeh. Kepak ayam sangat moist, sangat lembut dan sangat sedap. Sotong goreng tepung adalah banyak dan rangup dan sedap. Salad adalah fresh. Krup krap krup krap makan ko.

Then ada pisang bakar untuk Irfan and soto ayam untuk Nuha. Semuanya selesai kecuali soto sebab si Nuha sibuk perabih jus mangga pekat. Hoih sedapnya jus mangga dia. Emmmm dapdapdap. Total makan dalam RM 100.00 ++ tapi tak lebih RM 150.00. Which is for me berbaloi. Compare dengan satu lagi restoran nama Bali gak. Argh lupa plak Bali apa. Yang tu portion sikit tapi mahal ya Rabbi. 

Overall me memang suka tempat macam ni. Baik shopping mall nya baik restorannya. One thing tempat ni tak semak. Semak means penuh dengan bebudak rempitan bercouple couple lan berjalan-jalan membuang masa dan tenaga. Nak makan pun tenang. Biar mahal yang penting makanan sedap dan suasana selesa. Boleh consider ke Eporium lagi next time cuba restoran lain pulak. Tapi tulah jauh bebenorrrrrrrrr. Korang pun boleh cuba Ole-ole Bali ni, menu dia boleh tahan banyak pilihan.

Ok esok cerita pasal Skypark Onecity pulak. Baru sebut ahkak dah dizzy balik.

Till then byeeeeeeeeeeeeeeeee

No comments: