Monday, December 23, 2013

Projek 3 Tahun

Ini memang menyedihkan. Baru faham mengapa setiap tahun raya baju sendiri tak pernah siap sedangkan IBU adalah tukang jahit. Jawapannya adalah ketiadaan mood nak jahit baju sendiri. Sekarang baru tahu dan rasa.

Kain beli dah lama gila. Sebelum preggy Nuha kain dah cantik duduk dekat rak. Konon-konon masa beli tu nak buat baju kurung buat pakai pergi office. Boleh tukar-tukar baju yang lama tu. Maklumlah selalunya buat baju kurung setahun sekali jer masa raya. Kalau tak raya memang tak berbaju baru lah jawapnya.

Then tertangguh. Tiap kali pegang kain tu nak potong mesti tak ada mood. Simpan balik. Sampai akhirnya preggy Nuha. Memang masa tu mabuk teruk so kain memang kesepian duduk diam-diam dalam rak. Pandang jer dari jauh.

Lepas bersalin habis pantang pasak balik niat nak potong kain tu. Punnnnnnnnnnnnnn tinggal angan-angan jer. Dok sibuk jahit baju orang. Baju sendiri tetap terkebelakang. Memang langsung tak ada mood nak pegang kain sendiri.

Akhirnya setelah tiga tahun duduk elok atas rak, paksa juga diri potong kain tu. Walaupun tak ada mood tetap gunting dan jahit. Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh tak rosak. Saya ni kalau potong tak ada mood selalunya mesti ada yang tak kena potongan tu. Then jahit pun kena tunggu mood kalau tidak mesti ada yang silap.

Finally.....


Siap juga baju guwe.. dah pakai pun dah hari Jumaat lepas. Tapi lupa nak ambik gambar #ootd. Oleh kerana ambil masa sampai tiga tahun nak siap maka kita buatkan sekali package dengan tudungnya. Asalnya nak buat tudung tiga layer tu tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii takut kena tunggu lagi tiga tahun baru boleh pakai so kita buat yang simple jer. Halfmoon shawl dengan awning chiffon kaler cekelat.

Ada lagi dua pasang kain menunggu giliran untuk dipotong.

Mood wahai mood berdamping lah dikau diri ku!!!!


No comments: