Thursday, December 12, 2013

Berpindah!!!

I Like To Move It Move It
I Like To Move It Move It
I Like To Move It Move It
Ya Like To (MOVE IT!)

Ye suka lah sangat. Menyampah lagi ada. Lagi kalau ada yang tak nak beri kerjasama. Memang puiii sangat!!

Dari last week office memang macam kapal karam. Tunggang langgang. Kelam kabut. Tension. Seksyen saya diarahkan berpindah dari KLIA ke PJ. Pindah satu seksyen ye bukan transfer sorang-sorang. Bila pindah satu seksyen maka semua barang yang berkaitan dengan seksyen saya tu terpaksa diangkut sama termasuk partition. Silalah bayangkan sendiri.

Ruangan office lama yang dah kosong sebab partition semua dah diangkut.

Memang bukan kitorang yang buat kerja-kerja memunggah partition tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii chaotic dia kitoraang yang tanggung. Sebelum mover datang untuk buka semua partition dan angkut barang-barang kitorang kena siap-siap pack semua barang dan label. Perghhhhhhhhhh bengkok pinggang.

 Bungkus dan label.

 Label

 Kerusi pun kena label.

Actually benda besar-besar macam kabinet, kerusi semua tu kalau tak nak label pun tak apa. Sebab setiap peralatan pejabat ni ada inventori iaitu surat beranak memasing. Tapi satu kerjalah pulak nanti sampai office baru hegeh-hegeh ko nak check inventori setiap satu then baru boleh susun dekat tempat yang sepatutnya.

Bila dah label macam tu senang. Sampai jer terus tuju tempat yang dah di label juga. Kotak no. 14 masuk room label 14. Kan mudah.

Ye nampak memang mudah tapi semua itu hanyalah indah khabar dari rupa. Lagi-lagi bila ada yang rasa dia pegawai besar so tak payah buat kerja. Bila minta tolong pack barang yang memang dalam simpanan dia boleh dia cakap "ini bukan barang saya!"

Foineeeeeee!!! Yang dekat keluar berkotak-kotak tu pun bukan barang saya tapi saya pack juga. Speechless jumpa pegawai besar macam ni. Tu belum kira dia lepas tangan bila dah sampai office baru. Kita yang tak berapa nak officer ni lah yang hegeh-hegeh buat semua. Bila ada masalah pandai pulak nak pointer dekat kita. Sigh

Itu belum kira pulak yang jenis berkira buat kerja. Bajet dia paling teruk buat kerja. Tapi bila orang lain buat semua tak kena. Semua nak complain. Cara dia je yang betul. Bila orang dah fed-up tahu pulak bengang orang tak nak bantu. Macam-macam lah.





Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa stressed balik. Now dah duduk dekat office baru. Tapi masih ada bebrapa perkara yang tak selesai lagi. Maklumlah bila pindah tu banyak benda nak settle kan. Internet pun baru ada connection last Friday. Telefon office pun belum dapat lagi. Tak dapat pun bagus juga tak ada sesiapa boleh sibuk nak kacau.

No comments: