Wednesday, July 10, 2013

Jom Buat Shawl Halfmoon Sendiri [TUTORIAL bergambar] v.2

Ok ini sambungan daripada v.1: Cara-cara buat Polar untuk jahit shawl halfmoon sendiri. Korang perlukan polar supaya senang korang nak buat lagi dan lagi dan lagi. Tak payah nak ukur-ukur sangat dah. Tekap jer polar, pin and gunting. Senang kan. Saiz polar tu korang boleh tukar ikut saiz yang korang nak. Nak besar, besarkan jer lagi. Nak kecik, kecikkan jer.

Ok jom mula potong kain untuk buat shawl halfmoon korang. Jenis kain ikut korang. Kain jenis macam mana korang nak. Kak Ton guna kain chiffon tapi lapis dua. So tak adalah jarang sangat. OK mari kita bermula.

Langkah Pertama:
1. Sediakan kain yang menjadi pilihan hati korang. Apa jenis kain ikut korang. Saya guna kain chiffon.
2. Untuk ukuran polar yang saya beri besar kain adalah 1.5meter. So kalau korang beli kain beli 1.5meter. Tapi kalau nak lagi besar kenalah beli lebih besar.
 Langkah Kedua:
1. Bentang kain korang.
2. Then lipat dua.
3. Macam contoh gambar yang saya beri, lipat bahagian 1 dan 2 supaya bertemu dan selari dengan 1a dan 2a.
 Langkah Ketiga:
1. Letakkan polar pada kain dan sematkan pin.
2. Pastikan bahagian garisan lurus yang melintang tu letak pada bahagian kain yang dilipat.


Langkah Keempat:
1. Potong kain ikut polar tetapi lebihkan sedikit untuk jahitan kemasan / jahit tepi halus.
2. Saya lebih kan 1/2inch atau dalam cm lebih kurang 1.3cm
 Tadaaaaaaaaaaaa!!!
Kalau kedudukan kain betul masa letak polar korang akan dapat bentuk halfmoon ni (bentuk D).
Sekarang masa untuk jahitan kemasan.
Kalau buat dua lapis just lekatkan jer, then buat jahitan kemasan bertindih or ikutlah kreativiti korang.
Good luck girls. Kalau nak tanya boleh tinggalkan comment or email saya safiah_07 [at] yahoo.com.
Nanti saya tunjuk saya punya yang dah siap.


p/s: malas buat mahu tempah, hubungi saya.
      email : safiah_07 [at] yahoo.com
      sms / whatssap / wechat : 012-6163705

_________________________________________________________________________________

Ads:
Boleh dapatkan kain chiffon untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Harga yang berpatutan, lebih mudah dan pantas.
_________________________________________________________________________________

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, saya mintak izin nak copy beberapa gambar dan step untuk projek Schoolwide Enrichment Model (SEM) yg pihak sekolah saya jalankan. Nama blog cik puan akan saya masukkan dalam bahagian rujukan. Terima Kasih banyakbanyak :)

munishere said...

macm mane nk bwat yg 2 layer n lebiyh skit tuh?
mohon tunjuk ajar

Unknown said...

salam,maaf yer.sayer mohon utk share tutorial shawl ni...terima kasih yer :)
120