Bila dah dapat mesin sulam ni mulalah tangan menggeletar bila sehari rak pergi usap mesin tu.
Last week try sulam.
Tapi sebab benang sulam tak ada kita tarahkan guna benang yang biasa.
Jahit enam saat berenti...
Jahit lagi enam saat berenti lagi...
Start balik.
Jahit lagi enam saat...
Aduh baran betul rasa hati.
Kang elok-elok jahit enam saat berenti-enam saat berenti...hilang sabar langsung tak boleh jahit.
Godek sana godek sini nak cari punca masalah.
Dalam hati memang terdetik ini sure problem bodoh-bodoh jer nih.
Selalu jadi macam tu.
Tapi walaupun dah kelebet itu ini tetaplah tak mahu betul jugak.
Sebelum mesin ini terlambung lets mengadu kepada MR. Daddy.
Me: Sakit hatilah mesin tu jahit kejap berenti-jahit kejap berenti.
Him: Salah masuk benang kot.
Me: Tak, dah check benang betul. Dah refer pun pada manual book dia.
Him: Hari tu orang tu ajar dia tak cakap apa-apa ker?
Me: Tak ada. Cuma abang tengok pulak.
So MR. Daddy pun tengoklah jugak buat puaskan hati si isteri.
Sekali try jahit elok pulak dia tak berenti-renti.
Rasa nak sepak jer mesin nih.
Suka tau sakitkan hati mak jemah yang tengah berkobar-kobar ni.
Tanya MR. Daddy apa yang dia buat.
MR. Daddy kata tak ada apa-apa just tukar extension dia jer kasi longgar sikit.
Fine...whatever.
So memandangkan mesin pun dah ok.
Dah start faham kekdah nak gunakannya maka dah startlah beli benang sulam and beberapa kelengkapan lain.
Itupun ada jugak yang tertinggal.
Tak per pelan-pelan.
Ini rhinestones. Untuk next project. Bila siap ntahlah. Susah nak janji. Malam-malam dapat menjahit pun satu jam jer. Selebihnya tunggu Sabtu dan Ahad, itupun kalau tak balik kampung atau pergi kenduri.
Ini reben two-sided. Project mini rose. Ini sambil duduk waktu lunch hour dekat office boleh buat. Siap kang kita publish.
Then nak cerita pasal MR. Daddy.
Lately ni punyalah menggila makan kambing.
Asal keluar makan jer mesti nak kambing.
Last week ada pergi IOI Mall.
Pergi Kamdar.
Masa dah nak balik tu lalu depan Seoul Garden.
Kebetulan Malam tu Nuha baik jer so lets makan Seol Garden.
Punyalah banyak makanan dalam tu kambing jugak yang ditarahnya.
Yang putih tu ayam. Itu sayalah yang makan. DKK macam saya mana makan benda lain.Kampung sangat weh. Yang gelap tu kambing. Ntah dua kali ke tiga MR. Daddy repeat ambik yang itu.
Bila suruh dia ambik benda lain diambilnya ini. Ape ke tajuknya saya tak ingat...sebenarnya tak tahu. Adalah tiga ketui lepas tu menggelupur pergi ambik kambing balik semula.
Pesan ker MR. Daddy jangan banyak sangat makan kambing.
Takut tekanan darah dia naik.
Eh..tak ada maknanya.
Tetaplah melantak.
Semalam beli nasi beriyani pun dia belasah kambing jugak.
Hari ni kita tengok apa menu dia.
No comments:
Post a Comment