Friday, March 22, 2013

Flu

Assalamualaikum

Hari ni masuk office lambat.
Sebab ke klinik dulu.
Kak Ton tak sihat noks.

Sampai office jumpa bos.
Say sorry sebab datang lambat.
Went to clinic, not well-flu.

Bos tanya:
"They didn't issued u MC?"
Me:
"Nope."
Bos:
"Why?"
Me:
"I still can walk."
Bos:
*muka pelik*

Ketahuilah oleh mu bos.
Alangkan demam-demam manja tu pun susah nak dapat MC inikan pulak hanya selsema.
Memang jangan kau mimpi.
Siap MA klinik kesihatan tu beritahu lagi unleast u datang merangkak atau u terkena penyakit berjangkit then kita akan issue u MC.

Owh...patutlah.
Lupa nak merangkak ke klinik pagi tadi sebab tu tak dapat MC.

Goong [KOREAN Drama]

Assalamualaikum
Lama tak menonton drama Korea.
Since preggy Nuha.
Masa preggy Nuha memang tak selera langsung nak tengok drama Korea.
Kesannya dah tak tahu drama mana yang tengah in sekarang.
Dok google google sana sini pun masih tak jumpa yang idaman hati.
Jadi kita buat ulang tayang cerita lama sahaja lah.

Goong.
Cerita pasal cinta remaja yang teringat dengan kebudayaan, tradisi, politik, permusuhan ibubapa dan persekitaran.

Sinopsis:
Goong is a story about young love in face of tradition, politics, and intrigue.
In the imaginary world, modern-day Korea is a constitutional monarchy and the Royal Family lives in a grand Palace, the Goong.
Story opens with the sudden death of the reigning the King.
Faced with the decreasing popularity among the public for the Royalty, a grand wedding for the Crown Prince, Lee Shin, is decided to be the best publicity move to improve the image of the Royalty and at the same time prepare Shin for immediate succession.
The intended bride? The headstrong, awkward, and sweet spirited Shin Chae Kyung that just happens to go to the same exclusive art school.
Chae Kyung was betrothed to become the next Crown Princess by her grandfather and Shin’s grandfather.

After 14 years of living in England with his mom, Lee Yul appears all of a sudden.
He is Shin’s cousin as well as the former Crown Prince.
Everything seemed to be going normally until Chae Kyung’s optimistic spirit wins the heart of internally lonely, Yul.
As the Crown Prince Shin and simple-minded Chae Kyung’s relationship appear to developing deeper feelings, a series of scandals are exposed to the public right after the pair were officially announced married.
Will love prevail all in a world of political pressures and martial hardships? Or will being in the spotlight of the public be too much for the young newlyweds to endure?

Cast
Yoon Eun Hye as Shin Chae Kyung
Joo Ji Hoon as Lee Shin
Kim Jeong Hoon as Lee Yul
Song Ji Hyo as Min Hyo Rin
Genre
Romance, Comedy


Thursday, March 21, 2013

Demam

Assalaaaaamualaikum...
Si kenit Nuha Syarafana demam...
Ian budak kenit tu.
Sebab budak tu sangaaaaaaaaaaaaaaaat lah baik.
Demam pun tak meragam.
Malam pun mami masih cukup tidur
Ker terlebih???
Ekekekeke

Udak aik
Aikkkkkk angat

Demam petang semalam masa ambil daripada nursery.
Badan kemain panas.
Bawa pergi klinik.
Peliknya bila check suhu 37d jer.
Tapi badan kemain panas.
So letak jer cool fever tu.

Pagi ni hantar juga ke nursery sebab badan dah tak panas.
Dah mahu senyum dah mahu main dengan abang Irfan.
Yang kelakornya masa doktor tengah check tu Nuha merengek sebab nak menyusu.
Abang Irfan kemain lagi pujuk.
"Nuha jangan takut, ni abang Irfan ada ni."
"Ha ni abang Irfan dekat sini."
Kemain lagi ko kan siap gosok-gosok tangan adik konon menyalurkan kekuatan gituh!
Cer kalo dia yang kena jumpa doktor.
Meraung tanpa sebab ok!
Mujur juga dia demam tak diiringi dengan selsema dan batuk.
Doktor kata paru-paru semua ok.
Kahak pun tak ada.
Just beri dia banyak menyusu untuk turunkan suhu jer.
Alhamdulillah Nuha menyusu ok jer.
Hopefully cepat sembuh anak mami ayang omel ucuk ni.

Wednesday, March 20, 2013

Currently Reading

Assalamualaikum...
Salam ceria pagi Rabu..
Ceria lah sangat.

Masa taip entry ni hati tengah panas.
Sebab gate in-out ERL buat hal.
Dahlah ko naikkan price untuk monthly pass pastu ko punya system macam haram!
Hoih panas betul hati.
Minggu ni aja dah tiga kali lewat sebab pass stuck dalam gate slot.
Boleh?
Ish marah sungguh nih.
Ok mari lupakan kemarahan itu.

Now sejak dah ada Nuha jadual makin tight.
Nuha tu mahu saja dengan MR. Daddy.
Cuma kalau pandangan kasarnya tidak nampak mami.
Tapi cer kalau nampak mami.
Dan dan tu menangis tak mahu dah dengan MR. Daddy.
Alohhhhh mami banyak koreje ni sayang.
Idaklah dia faham.
Selagi tak ulit dia selagi tulah mulut dia tak nak tutup.
Nak buat kerje pun jadi tak aman.
Kelam kelibut jer nak cepat.
Oh ini bukan komplain sekadar bercerita.
Saya gembira ada Irfan dan Nuha.
Proud mother of two.

Memang banyak hobi terpaksa dianaktirikan.
Sewing, crafting, cooking, reading.
Sewing malam dalam sejam jer sebelum tidur.
Crafting only on Friday during lunch hour sebab rehat hari Jumaat panjang.
Cooking pun yang boleh campak-campak jer yang stok kena belek resepi lain tahun.
Readin while in train.
On the way pergi-balik kerja.
Dapatlah sehari sepuluh muka surat.

Google picture
Currently reading

Lama dah kot beli buku ni.
Tapi nak baca nya ampunlah sibuk kemain (konon!)
Bila dah ada masa mata pulak merah menyala.
Almost a month jugaklah meraba-raba sebab vision blur.
Gara-gara sore eyes tu.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh bolehlah kita baca.
Tak boleh nak review apa-apa lagi sebab baru baca 10 muka surat.
Hoih macam mengeja pulak.
Tapi tak apa perlahan-lahan kayuh...

Tuesday, March 19, 2013

When Daddy Shopping

Assalaaaaaaaaaaamualaikum.
Hai all good day for everyone.

Nak kongsi pasal keterujaan MR. Daddy.
Dulu sebelum ada Nuha everytime shopping barang Irfan, MR. Daddy mesti kata
"Kalau ada baby girl best kan. Barang gegirl ni fesyen dia infiniti. Comel-comel."
Now dah ada baby girl makin syoklah.

Last week balik kerja MR. Daddy tunjuk satu beg plastik.
Ingankan makanan.
Sebab selama hari ni kalau MR. Daddy bawa balik beg plastik isipadu dia mesti makanan.
Sekali buka tengok...
Eh..?
Terus keluarkan.

Gown?

Jeans?

Untuk anak-anak.
Alolololo sweet nya MR. Daddy.
Dah pandai beli baju untuk anak-anak sendiri.
Selalunya pergi bersama.
For me?
Takut honey tak berkenan pulak nanti.
OK...accepted

Monday, March 18, 2013

Little World

Assalaaaaaaaaaaaaamualaikum

Little World
for
Little one

Little World ni kedai perabot kalau saper yang tak tahu ek.
Perabot untuk anak-anak kecil sampai usia sekolah rendah.
Saya pun hari tu boleh jer pergi tanya soalan tak bermaruah pada diri sendiri.
Mujur tanya diri sendiri.
Kenapa little world ni banyak perabot untuk budak-budak jer?
Dah nama pun LITTLE WORLD.
Ko little ker???

Ke Little World sebab nak carikan katil Irfan.
Eh memang rambang matalah tengok perabot untuk budak-budak ni.
Itu lawa ini lawa itu cantik ini cantik.
Irfan pun teruja.

So sebelum mata menjadi lebih rambang mari buat pilihan.
Saya biarkan Mr. Daddy and Irfan buat pilihan.
Their theme is car
Kerana lelaki lebih mengenali lelaki.
MR. Daddy pun select beberapa buah katil yang fit his taste.
Then Irfan do the last selection.
Seronok tengok dia confused when he try to choose the best katil to fit his taste.
Muka pun serius jer.
Forgot to snap pictures.

Dia pegang satu katil tu then diam sekejap.
Thinking maybe.
Then pegang pulak another katil.
This two katil already fit his taste but...
Yes with but and that make him confused

First: have stereng but blue colour.
Second: red colour but no stereng.
Irfan want red with stereng.

Last-last tu dia pandang MR. Daddy and said
"Irfan suka yang ni tapi Irfan tak nak blue, Irfan nak red, boleh?"
Mula-mula MR.Daddy jawab tak boleh saja nak usik dia.
Tapi sales girl tu cepat-cepat kata boleh.
Terus Irfan senyum sambil mata bersinar-sinar.
Akhirnya ambil yang warna biru dengan stereng tapi request untuk tukar warna merah.
Sales girl kata boleh buat cuma ambil masa lebih kurang dalam dua-tiga minggu.
Ok, bolehlah.

This is want Irfan really want: red in colour with stereng
Actual colour is blue.

So MR. Daddy pun settlekan all details dengan sales girl tu.
And the damage is RM1600
Me, Nuha and Irfan buat survey.
Now Turn Irfan pilih perabot dia sendiri.
Another three years time turn Nuha pula.
Tak tahulah apa theme dia.
Jangan theme princess sudah.
Finin mami nanti.

Tapi memang cute-cute kot perabot dekat little world ni.
Banyak theme yang diaorang ada.
And lagi satu yang saya suka sales girl nya peramah dan melayan setiap kecerewetan customers yang masuk ke situ.
Me loike coz we all memang cerewet.
Berbaloi-baloi.

Tired little girl waiting for abang

Yesterday katil Irfan sampai.
Siap dengan tilam.
Katil pun diarong yang pasangkan.
MR. Daddy jadi mandor jer.
Balik petang tu Irfan nampak katil dia dah sampai terus happy.
Ear-to-ear smile.

Thank you daddy hug and kissed for mami...

Ujian ketahanan...jump up high!

Friday, March 15, 2013

Supplement

Assalaaaaaaaaaaamualaikum
Hai...gud morning.
Supplement.
Ini hari mahu cerita pasal supplement.
Khasnya yang saya makanlah.
Actually saya ni jenis manusia yang memang tak percaya pada supplement, pil-pil, vitamin-vitamin bagai nih.
Ini semua poyo!
Tapi...
*banckground muzik sedih*
Seiring dengan peningkatan usia *kofkofkof*
Saya akhirnya mengalah...

Search sana google sini
Baca itu belek ini
Akhirnya keputusan pun dibuat.
Saya pilih supplement dan vitamin daripada shaklee.
Kenapa shaklee?
Sebab dalam banyak-banyak vitamin dan supplement, Shaklee ada mengkhususkan vitamin untuk ibu menambah susu.
Dan itulah punca utama saya perlukan vitamin dan supplement.
Nak dijadikan cerita jumpa pula dengan sahabat lama (kawan sekolah rendah) yang jual vitamin Shaklee ni.
Oh Allah permudahkan urusan saya.
Alhamdulillah.
Maka bermulalah rutin dengan supplement dan vitamin.

Sekali sampai ko! Melopong!
Banyak gila and besar gila kot vitamin-vitamin dia.
Ohemmgee!
Bolehkah ku telan ni.
But again sebab factor usia kugagahkan jua.
Saya ambil set 3M - Penyusuan Extravaganza *tak agak-agak shaklee ni letak tajuk*

Start dengan early morning - ESP (Energizing Soy Protein)
Awal-awal takut betul saya nak minum.
Sepanjang hidup tak pernah ku minum soya.
But this time MESTI minum.
And surprised me.
Tak ada masalah pun nak minum.
Campur dengan milo suam habis jer segelas besar.
awal-awal tu memang propa sungguh...gila psiko.
Now dah jadi WAJIB minum.
Sangat bagus sebab breast memang cepat penuh.

Then ambiklah breakfast.
Bila dah minum ESP breakfast saya hanyalah roti.
Benda berat tak boleh masuk sebab perut rasa kenyang.
After breakfast vitamin 3 serangkai.
Vita-Lea, B Complex, Vita C

Sebenarnya payah jugak nak telan sebab pilnya besar-besar.
Kecuali Vita-C.

Ok, then after dinner Alfafa
Ini pun bagus untuk penghasilan susu.

Sebelum tidur satu lagi.
OsteMatrix
Ini untuk kalsium
Tapi tak agak-agak.
4 biji sekali makan.
Aduh pressure betul.
Tapi bila dah biasa tu rileks jer.
Objektif OsteMatrix ni ganti balik kalsium yang hilang.
Banyak faktor kehilangan kalsium ni.
Lebih-lebih lagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Banyak kalsium yang akan diserap oleh anak sebab mereka perlukan untuk pembentukan tulang, gigi dan gusi.

OK setakat ni dah 2 minggu makan.
Alhamdulillah dah mula nampak kesannya.
Harus diingat yea vitamin/supplement ni bukan macam panadol activefast.
Sakit kepala, makan panadol lepas dua jam dah boleh main candy crash.
No no no no.
Ia akan ambil masa untuk bertindak.
Bergantung kepada tahap kesihatan tubuh kita, gaya hidup, pemakanan etc.

Macam kes saya minggu pertama makan memang sakit kepala.
Kadang-kadang rasa macam migrain.
Tapi itu adalah proses pemulihan sebelum vitamin/supplement yang kita ambil itu boleh menyerap secara total.
Dan paling penting air masak.
Eh, saya pernah tanya sorang kawan naper tak mo minum air masak.
Jawapannya sebab nanti asyik nak terkencing.
Alolololo comelnya jawapan.
Actually apa yang masuk mesti keluar.
Bayangkan kalau minum/makan dengan banyak tapi tak ada yang dibuang.

So breastfeading mommies yang cari supplement untuk tambah susu boleh try Shaklee.
Entry ni tidak dibayar oleh sesiapa.
Saya sekadar berkongsi apa yang saya rasa elok dan memberi kebaikan.
Kalau nak try boleh tanya kawan saya Irda

Thursday, March 14, 2013

Small Problem

Assalaaaaaaaaaaaamualaikum...
Halluuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Gud morning gud morning gud morning...
Mari mulakan hari anda dengan mood yang ceria, hati yang gembira.
Ini kejadian hari Selasa.
Biasanya dekat office kalau saya tak nak diganggu masa buat kerja saya akan sumbat telinga dengan earphone.
So hari Selasa tu seperti biasa sumbatlah telinga dengan earphone.
Sambil dengar lagu sambil buat kerja sambil mulut kumat-kamit berzikir *puiii*
Sebelun lunch hour tu ok jer lagu dalam mp3 tu.
Sedap jer dengar.
Lepas lunch hour dengar balik dah lain macam bunyinya.
Dah macam dengar konsert dalam gua.
Habis semua melodi ke laut.
Boleh bayang kalau nyanyi dalam gua macam mana?
Berdengung-dengung bergema-gema.
Berdouble-double setiap lagu tu.
Hoih panas betul  hati.
Godeklah media player tu.
Tekan itu tekan ini sama juga.

Drastik...delete semua lagu dalam library then transfer semula.
Sama jugak.
Eeeeeeeeeee *ketap gigi*
Dah mula terfikir jalan termudah.
Uninstall jer media player yang ada tu then install semua.
Tiba-tiba teringat kejadian vodoh sombong sebelum ni.
Tak jadi.
Kita harus mencari punca masalah.
Harus! *kofkofkof*

Start fikir apa sebab jadi macam ni *sambil ketuk meja*
Tiba-tiba terpandang ke kabel earphone.
Ntah-ntah...ntah-ntah
Yes! Anggapanku benar belaka!
Punca masalah adalah kabel earphone longgar.
Damn!
Mujur tak buat kerja vodoh lagi sekali.
*lap peluh kat dahi*


Wednesday, March 13, 2013

Nuha-NUK-Nuha

Assalaaaaaaaaamualaikum...
Gud morning gud morning gud morning
*cepat-cepat tengok jam...ok masih pagi*

Mari kita mulakan pagi ini dengan rungutan yang tiada hentinya.
Tak mau-tak mau.
Tak baik merungut.
Kita tukar kepada mengadu domba.

Mula-mula cerita pasal Nuha.
Awal-awal hantar nursery dulu Nuha tak mahu menyusu dengan botol.
So nursery bagi minum guna cawan macam hospital selalu buat.
Tapi now dah boleh minum botol.
Cuma puting botol tu kena pakai puting NUK.
Maka misi mencari puting botol NUK pun bermulalah.
Boleh sebesar-besar alamanda tu tak ada.
Baran betul rasa tapi sabarrrrrrrrrrrr.

Then MR. Daddy kata dia pernah nampak puting NUK tu.
Waaaaaaaah iye ke?
Terus mata bersinar-sinar.
Badan dah penat ni.
Tanya dekat mana.
Jusco Bukit Tinggi, Klang.
What?
Tak ada jauh lagi ke?
Oh mannnnnnnnn

Mula-mula ingat nak ajak MR. Daddy cari dekat area Bangi jer dulu.
Then MR. Daddy kata kalau tak ada kan sia-sia.
Yang tersiratnya kalau tak ada kang abang bebel empat hari empat malam larat ker nak dengar?
Fine!
SYMP
Kang kalau tak ada dekat Bukit Tinggi tu tadahlah telinga.
Sampai-sampai tu terus menuju misi utama.
Ada!
Wah rasa nak menari goyang bontot.
Happy gila kot.


Google picture.
Inilah dia puting yang menjadi idaman hati Nuha.

Hailah anak.
Kalau bukan anak harammmmmmmmmmmm aku nak turutkan.
Kejang kejung badan ke hulu ke hilir mencari puting ko nak.
Settle urusan puting dan beberapa perkara lain zassssss pergi makan.
Lapang rasa.
Tak memasal Irfan pun dapat kain cadar untuk katil baru dia.
Tapi katil tak sampai lagi.
Nanti dah samapi kita show-off.

Tuesday, March 12, 2013

Standby For New Project

Bila dah dapat mesin sulam ni mulalah tangan menggeletar bila sehari rak pergi usap mesin tu.
Last week try sulam.
Tapi sebab benang sulam tak ada kita tarahkan guna benang yang biasa.
Jahit enam saat berenti...
Jahit lagi enam saat berenti lagi...
Start balik.
Jahit lagi enam saat...
Aduh baran betul rasa hati.
Kang elok-elok jahit enam saat berenti-enam saat berenti...hilang sabar langsung tak boleh jahit.
Godek sana godek sini nak cari punca masalah.
Dalam hati memang terdetik ini sure problem bodoh-bodoh jer nih.
Selalu jadi macam tu.
Tapi walaupun dah kelebet itu ini tetaplah tak mahu betul jugak.
Sebelum mesin ini terlambung lets mengadu kepada MR. Daddy.

Me: Sakit hatilah mesin tu jahit kejap berenti-jahit kejap berenti.
Him: Salah masuk benang kot.
Me: Tak, dah check benang betul. Dah refer pun pada manual book dia.
Him: Hari tu orang tu ajar dia tak cakap apa-apa ker?
Me: Tak ada. Cuma abang tengok pulak.

So MR. Daddy pun tengoklah jugak buat puaskan hati si isteri.
Sekali try jahit elok pulak dia tak berenti-renti.
Rasa nak sepak jer mesin nih.
Suka tau sakitkan hati mak jemah yang tengah berkobar-kobar ni.
Tanya MR. Daddy apa yang dia buat.
MR. Daddy kata tak ada apa-apa just tukar extension dia jer kasi longgar sikit.
Fine...whatever.

So memandangkan mesin pun dah ok.
Dah start faham kekdah nak gunakannya maka dah startlah beli benang sulam and beberapa kelengkapan lain.
Itupun ada jugak yang tertinggal.
Tak per pelan-pelan.
Ini rhinestones. Untuk next project. Bila siap ntahlah. Susah nak janji. Malam-malam dapat menjahit pun satu jam jer. Selebihnya tunggu Sabtu dan Ahad, itupun kalau tak balik kampung atau pergi kenduri.

Ini reben two-sided. Project mini rose. Ini sambil duduk waktu lunch hour dekat office boleh buat. Siap kang kita publish.

Then nak cerita pasal MR. Daddy.
Lately ni punyalah menggila makan kambing.
Asal keluar makan jer mesti nak kambing.
Last week ada pergi IOI Mall.
Pergi Kamdar.
Masa dah nak balik tu lalu depan Seoul Garden.
Kebetulan Malam tu Nuha baik jer so lets makan Seol Garden.
Punyalah banyak makanan dalam tu kambing jugak yang ditarahnya.

Yang putih tu ayam. Itu sayalah yang makan. DKK macam saya mana makan benda lain.Kampung sangat weh. Yang gelap tu kambing. Ntah dua kali ke tiga MR. Daddy repeat ambik yang itu.

Bila suruh dia ambik benda lain diambilnya ini. Ape ke tajuknya saya tak ingat...sebenarnya tak tahu. Adalah tiga ketui lepas tu menggelupur pergi ambik kambing balik semula.

Pesan ker MR. Daddy jangan banyak sangat makan kambing.
Takut tekanan darah dia naik.
Eh..tak ada maknanya.
Tetaplah melantak.
Semalam beli nasi beriyani pun dia belasah kambing jugak.
Hari ni kita tengok apa menu dia.

Monday, March 11, 2013

New Project...Coming Sooooooooooooon

Alhamdulillah tercapai juga hajat di hati
Lama mengidam akhirnya ditunaikan.
Thank you MR. Daddy

Finally dapat juga menyentuh dan mengusap-usap cinta hati yang baru.
Mari saya perkenalkan my new heart, body and soul (over...)

bajunya...

isinya

tugasnya

Weh weh weh berkebaya nyonya lah ai lepas ni.

Friday, March 8, 2013

Penawaran Program Pengajian Pascasiswazah & Prasiswazah Secara Eksekutif & PBJJ UKM

Hebahan! Hebahan! Hebahan!
Ini ada satu hebahan untuk mereka yang mahu menyambung pengajian.

Sila ambil maklum
Ini adalah untuk kemasukan September 2013.
Tetapi pengambilan akan dibuat pada Mei 2013
So korang yang berminat mesti bersedia dari sekarang.
Mark calender.
Favorites kan website Pusat Kembangan Pendidikan UKM






klik pada gambar untuk baca dengan lebih jelas atau terus ke laman web PKP UKM

Thursday, March 7, 2013

Tak Nak Mamak!

Ini kepantangan Irfan.
Dia kalau gunting rambut memang tak nak dekat kedai gunting rambut India.
Actually mana-mana kedai gunting rambut pun dia tak nak pergi.
Sebelum ada Nuha, sayalah yang jadi tukang gunting rambut dia.
Then sekarang dah ada Nuha.
Tak dan dah.
Kadang-kadang tu baru nak lapik dia dengan kain Nuha dah hok hek nak menyusu.
Kadang-kadang kalau kebetulan balik kampung, pak long lah yang akan guntingkan.

Now MR. Daddy.
Mula-mula dulu dia tak moh juga MR. Daddy potongkan.
Tapi disebabkan dah tak ada pilihan tambahan pula rambut dah masuk ke mata maka have no choice.
Tadahlah kepala ke MR. Daddy tu.

Cuma kalau MR. Daddy ni yang jadi tukang gunting rambut memanglah berasap jer kepala saya.
Mana taknya.
Waktu tu nak gunting rambut waktu tulah dia berkais-kais mencari guntinglah, kain lapiklah, sikatlah, bedaklah.
Bila tak ada mulalah main raba jer apa yang boleh.
Sampai gunting kain saya pun dia bantai juga buat gunting rambut Irfan.
Mujur masih tajam.




Wednesday, March 6, 2013

Anak-anak

Assalaaaaaaaaaaaamualaikum.
Hari ni rasa nak cerita pasal anak-anak.
Wah macam hebat jer bunyi bila sebut anak-anak.
Walhal dua orang tu jer pun.
Itu pun dah macam tarzan moden saya ni.
Kalau tambah lagi sorang berdua entahlah...

Irfan sekarang dengan adik dah semakin faham untuk toleransi.
Kalau saya tengah menyusukan adik dia nak apa-apa minta pada MR. Daddy
Kalau MR. Daddy tak ada tapi saya tengah menyusukan adik dia boleh tunggu dulu.
Kalau minta tolong tengok-tengokkan adik pun dia ok jer.
Tapi hari tu digigitnya kaki adik.
Sebab katanya adik wangi sangat bau strawbery.
Entah mana datang bau strawbery ntah.

 Abang kangkang main iPad, dia pun tak nak kalah...nak juga. Abang tekan hujung sini dia tekan hujung sana.

 Abang sekarang dah seronok main dengan adik, mungkin sebab badan adik dah keras.

 Having fun together.

Always together...

Adik Nuha pun sekarang mulut sangat bising.
Kalau dengar abang menyanyi dia pun halus jer suara mendayu-dayu "menyanyi" juga.
Kalau abang menjerit-jerit dia pun sama ikut naik.
Kalau diajak "bersembang" memang berbuih-buih lah mulut dia "bercakap".
Sekarang dah empat bulan.
Dah boleh meniarap sendiri tapi belum boleh terlentang semula.
Itupun eksyen dah start angkat punggung nak tolak badan dia ke depan.
Hmmm tak lama lagi adalah askar kecil.
Bersihlah lantai rumah.

Now if abang main iPad kena main depan adik.
Sebab kenit tu agaklah busybody.
Mula-mula dia tengok jer abang dia main.
Lepas tu startlah kening dia berkerut-kerut.
Macamkan faham sangat.
Maybe dia syok tengok game tu warna-warni then gerak-gerak lagi then ada bunyi-bunyi semua.
Kemain sampai meleleh-leleh air liur.

Nuha alhamdulillah ragam dia tak macam abang.
Yelah anak-anak ni kan istimewa.
Masing-masing ada ragam sendiri.
Itulah yang membezakan mereka.

Sound MR. Daddy Nuha ni nampak ok sikit compared to Irfan.
Bolehlah kita bawa dia gi holiday awal sikit.
MR. Daddy hmmm jer lebih.
Panjang pulak tu hmmm dia.
Tak per tak per minggu depan kita hint lagi.
Kita buat tiap-tiap minggu.

Monday, March 4, 2013

Sore Eyes

I got sore eyes
*mata sepet-peace tepi mata-mulut itik*

I got ten days MC
*mata sepet-peace tepi pipi-mulut itik*

Mampukah korang bayangkan saya buat action tu semua dan letak dalam youtube.
Sure comel kan.
Gerenti taraf-taraf Nora Danish.

Aduhlah sedih melihat belog sendiri.
Sebenarnya masih lagi sakit mata.
Cuma dah tak merah.
But still blur.
Memang tak nampak.
Pandang skrin komputer pun dah macam nak bercium.

Banyak benda nak cerita sebenarnya.
Ker nak show-off.
Sebab tu tuhan bagi sakit mata.
Tidak kalu riaklah aku...

Nanti-nantilah bila mata dah jelas baru kita riak-riak sikit.
Tunggu lah yea.