Saturday, January 26, 2013

Salah Timing

Khamis lepas (24 Jan. 2013) cuti Maulidur Rasul.
Subuh tu MR. Daddy ikut perarakan.
Mula dari Masjid besi habis dekat Masjid bulatan (dataran).
MR. Daddy memang tetiap tahun ikut perarakan Maulidur Rasul ni.
Satu, sebab wajib...lagi satu sebab dapat baju melayu free.
Boleh macam tu?
Sebab tu tetiap tahun raya kami punya tema tunggu baju melayu free MR. Daddy.

Then petang tu ajak MR. Daddy pergi Alamanda.
Sajer nak bawa si Irfan jalan-jalan.
Sebab daripada petang Rabu tu dia dok bedengung nak jalan-jalan.
Malas nak bawa petang tu sebab hari hujan...lebat gila pula tu.

Sekali ko...manusia hoi ramainya macam ulat sampah.
Masa tu macam dah hilang separuh mood jalan-jalan.
Irfan je yang masih excited sebab dia tak faham lagi.
Nak ajak balik sian pulak.
Dah beria-ia janji sekali tak jadi.
Masuk jugaklah.

Me n. MR. Daddy memang tak suka sesak-sesak ni.
Tapi sebab dah sampai plus Irfan pun excited jalan jugalah.
Itupun sebab nak bayar duit kereta dengan nak makan.
Malangnya tempat makan semua full house.
Foodcourt jangan ceritalah.
Lalu sebelah SR, tak ramai orang...masuk jerlah.

SR pun SR lah...janji perut diisi.


Irfan punyer


Mine...yang lain habis!


Kudap-kudapan...ok juga rasanya


MR. Daddy...katanya meatball tu sedap. Saya tak rasa sebab tak makan daging o_O


Buah hati pengarang jantung...bintang hati kedua



Published with Note Putih Mami

No comments: