Wednesday, January 2, 2013

Dilamar

Ini kisah tahun lepas.
Tahun ni baru dapat upload.
Kononnya busy.
Maklumlah tengah "menurun" mood katanya.

Majlis pertunangan adik perempuan bongsu saya.
Dia bukan yang bongsu, tapi perempuan bongsu.
Faham?
Tak faham, tak per tak penting pun.

Actually dia ni dah langkah bendul.
Atas dia ada sorang kakak yang belum kahwin lagi.
Bertunang pun belum.

So masa majlis tu si kakak dapatlah juga sebentuk cincin belah rotan dan sepersalinan baju.
Ini semua sebenarnya adat jer.
Tak buatpun tak pe.
Tapi pihak lelaki nak juga bagi, ye ambil.
Lagi sorang kakak tak dapat apa-apa.
Sebab....anak dia dah dua huhuhuhuhuhuhu.

Gambo tak banyak.
Saya tak dapat join pun majlis tu walaupun berada di majlis.
Dekat tapi jauh.
Si kecil Nuha Syarafana meragam.
Dia tak selesa dan rimas.
Orang ramai, riuh rendah, hingar bingar dan panas.
Oleh kerana saya tak dapat join kepoci session, maka gamba hanya sekeping.
Mak sentap!


snap sebelum kejadian.



younger sister...wife-to-be soooooooooooon
 

No comments: