Monday, January 28, 2013

Bagai Dihiris Pilu ("_)

Last Saturday balik rumah EMAK.
Tapi gerak agak lewat.
Dah tengah hari macam tu baru keluar rumah.
Sebelum keluar tu call EMAK siap-siap, takut diaorang tak ada dekat rumah.
Check EBM dalam freezer, ok semua dah beku.
Singgah IOI Mall, sebab saya nak pergi Kamdar.
Settle semua terus balik rumah EMAK.

Petang Isnin balik terus buka freezer nak simpan EBM yang pam dekat rumah EMAK.
Perasan EBM yang simpan sebelum ni macam ada yang tak kena.
Then keluarkan sebab nak check.
Sekali tengok dah tak beku.
Eh apasal pulak ni? Padahal Sabtu tu elok jer keras kejang dalam tu.
Tak sedap hati, terus check yang lain.
Waaaaaaa semua sama.
Rosak!!!!!!!!! :`(

Mengadu domba dengan MR. Daddy.
MR. Daddy kata mungkin ada black-out masa kami tinggalkan rumah 3 hari tu.
Sedihnya terpaksa buang.
Tapi nak buat macam mana...itu bukan rezeki Nuha.


Hati bagai dihiris pilu



Published with Note Putih Mami

Sunday, January 27, 2013

Instagram

.:: inipostkejakunan ::.


Jakun oiiiiiii
Orang lain dah berabad-abad pakai, mak baru nak install uolls.
Lepas tu menggelabah cari picture nak try.
Sungguhlah memalukan.
Ketinggalan dek non.
Apa nak buek...kg.com sememangnya begitu.



Pilih dua gambar tu tapi masukkan gambar Nuha jer.
Hew hew hew

Published with Note Putih Mami

Saturday, January 26, 2013

Salah Timing

Khamis lepas (24 Jan. 2013) cuti Maulidur Rasul.
Subuh tu MR. Daddy ikut perarakan.
Mula dari Masjid besi habis dekat Masjid bulatan (dataran).
MR. Daddy memang tetiap tahun ikut perarakan Maulidur Rasul ni.
Satu, sebab wajib...lagi satu sebab dapat baju melayu free.
Boleh macam tu?
Sebab tu tetiap tahun raya kami punya tema tunggu baju melayu free MR. Daddy.

Then petang tu ajak MR. Daddy pergi Alamanda.
Sajer nak bawa si Irfan jalan-jalan.
Sebab daripada petang Rabu tu dia dok bedengung nak jalan-jalan.
Malas nak bawa petang tu sebab hari hujan...lebat gila pula tu.

Sekali ko...manusia hoi ramainya macam ulat sampah.
Masa tu macam dah hilang separuh mood jalan-jalan.
Irfan je yang masih excited sebab dia tak faham lagi.
Nak ajak balik sian pulak.
Dah beria-ia janji sekali tak jadi.
Masuk jugaklah.

Me n. MR. Daddy memang tak suka sesak-sesak ni.
Tapi sebab dah sampai plus Irfan pun excited jalan jugalah.
Itupun sebab nak bayar duit kereta dengan nak makan.
Malangnya tempat makan semua full house.
Foodcourt jangan ceritalah.
Lalu sebelah SR, tak ramai orang...masuk jerlah.

SR pun SR lah...janji perut diisi.


Irfan punyer


Mine...yang lain habis!


Kudap-kudapan...ok juga rasanya


MR. Daddy...katanya meatball tu sedap. Saya tak rasa sebab tak makan daging o_O


Buah hati pengarang jantung...bintang hati kedua



Published with Note Putih Mami

Wednesday, January 23, 2013

Remuk-redam

Semalam sepatutnya lapor diri selepas 3 bulan cuti bersalin.
Tapi semalam ambil emergency leave.
Nuha tak sihat - selsema.
Abang pun tak sihat - sakit mata.
Tapi abang tu sakit mata yang dibuat-buat.
Digenyehnya mata dia kasik merah.

So call office tambah cuti lagi satu hari.
Bos kata ok.
Bawa Nuha ke klinik.
Doktor check.
Paru-paru clear.
So tak ada ubat untuk si kecil sebab umurnya baru 3 bulan.
Doktor kata biar imun badannya terbentuk untuk lawan sakit tu.

Oleh kerana tak ada ubat maka saya "paksa" Nuha menyusu kerap sikit.
Itu sahaja ubatnya.
Mujur Nuha boleh menyusu lagi walau hidung tersumbat.
Kalau abang Irfan dia dulu (sekarang pun sama) hidung tersumbat apa pun tak boleh.
Doklah mengangis meriau.
Mula-mula tu rasa kesian, lepas tu rasa geram pulak.
Lagi banyak dia menangis lagilah hidung tu berair.
Haish.

Hari ni dah hantar Nuha ke nursery.
Bekalkan juga EBM.
Selsemanya dah kurang sikit compared to yesterday.
Bertawakallah pada Dia.
Tapi remuk redam hati ini sendiri yang tahu.
Lebih sedih daripada hantar masa first day.
Semoga anak mami cepat sembuh.
Sayang kamu ketat-ketat.

Saturday, January 12, 2013

Remaja Hari Ini

Bila tengok adik-adik, compared with myself masa saya umur mereka sangat jauh berbeza.
Kehidupan waktu tu semuanya cukup-cukup sahaja.
Kalau terasa nak beli apa-apa sila menabung sendiri.
Gigih ok kumpul duit belanja nak beli barang idaman.
Tapi hari ni everything yang teringin minta saja pada parents.
Normally mesti dapat.
Cepat dengan lambat ja.

Like my two sisters.
They beg for gadgets from my mom.
And guest what?
Mom say yes.
And mom called me sebab nak tahu my opinion.
Me? Terus keluar tanduk syaitonnirrajim ha ha ha.
No lah, I said belilah kalau ada budget.
So sorang mintak laptop sorang Tab 2.
Pagi tadi dah belikan, how lucky you two.
Tapi beli pakai duit usaha tangga kejayaan sendiri pun syok juga.
Kita akan lebih menghargai sebab tahu betapa payahnya untuk mencapai angan-angan.


Sorang satu. Lepas ni suruh buat kerja banyak juga alasan siap!


Untuk si kakak, laptop hp hitam.


Untuk si adik, Samsung Galaxy Tab 2 putih.



Published with Note Putih Mami

Thursday, January 10, 2013

Uneasy Feeling

Insya ALLAH next week dah start hantar Nuha ke nursery.
Sejak dari minggu lepas, asal fikir je perkara ni mulalah rasa tak sedap hati.
Asyiklah nak fikir yang bukan-bukan; yang buruk-buruk; yang negatif.
Ish, bencilah!
Mulalah rasa nak benti keje nak jaga anak dekat rumah.
Macamkan sebelum ni tak pernah hantar anak di bawah jagaan orang.
Mak-mak sangatkan °_°

Sudahlah Nuha tu lately ni nampak susut sikit.
Lagilah nak fikir yang bukan-bukan.
Oh My God! Is this a sign.
Entah apa-apa kan.
Sedangkan anak tu cuma pinjaman.
Diberi sebagai ujian.
Hai lah hati berhentilah mengarut.

Ya Allah, tuhan yang maha pengasih dan penyayang.
Aku serahkan anakku di bawah jagaanMu sepanjang ketiadaanku mencari rezeki.
Kau berikanlah kelembutan hati dan kesabaran kepada mereka yang menjaga ananku Nuha Syarafana.
Kau jadikanlah anakku Nuha Syarafana anak yang mudah dipelihara, tidak banyak ragam dan nenyenangkan hati-hati mereka.
Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha pelindung.
Ameeeeeeeeen.

Published with Note Putih Mami

Happy Birthday EMAK

Birthday EMAK last Tuesday.
Tapi disebabkan jatuh pada weekdays maka adik-adik ajak celebrate Sunday night.
Mula-mula adik-adik cadangkan somewhere around Ampang.
Tapi sebab short notice MR. Daddy tak setuju.
Then me suggest seafood at Restoran Tasik Indah (somewhere nearby PKNS S. Alam).
All setuju.

Then sama-sama gerak pukul 8 pm.
Kami gerak awal lagi sebab nak beli kek untuk EMAK.
Sampai around 9pm macam tu.
Terpusing jugalah sebab tempat parking dah berubah.
Sampai dekat dalam tu orang tak ramai sangat.
Dah dapat tempat macam biasa gambar dulu.


Pilih table sebelah tasik.

Then MR. Daddy minta pekerja situ tolong transferkan kek sebab agenda utama potong kek.
Waktu ni Irfan start ada sikit drama ayaq mata.
Dia ingat MR. Daddy beli kek tu untuk dia.
Maklumlah budak birthday 6 kali setahun.
Sekali untuk Mak Tok, apalagi member sentap lah!
Bila ajak tiup lilin sama-sama baru muka ala sinyum.





Me happy sangat sebab EMAK and adik-adik enjoy the food.
Mak tak ada order nasi lemak ye noks.
Seafood kot.
Food dia memang sedap and fresh.
Hargapun berpatutan.
We all makan for 6 orang, total RM 241.00. Makan memang sampai kenyang siap ratah lauk lepastu bahagi tugas; ko habiskan yang tu aku habiskan yang ni.
Insya Allah next time boleh bawa IBU pulak.


Cer tengok saper yang khusyuk belek menu....sembang ngan mak su (tudung putih) mata tetap pada menu.


Orang lain dah sibuk dengan dunia masing-masing...mok inchik tetap setia kepada menu.

Published with Note Putih Mami

Monday, January 7, 2013

Novel Online

Ehem...ehem....
Korang korang kiter kan...kiter kan...
Verangan nak tulis novellah.
Tulis sajer sajer.
Bukan untuk hantar publisher tu.
Sekadar memenuhkan entry blog kiter.
Aci tak?

MR. Daddy kata daripada syok sendiri, sendiri karang...sendiri tulis...sendiri baca...publish jerlah.
Manalah tahu ada pengunjung sesat boleh jadi hiburan untuk dorang.
Tapi kiter segan...shy shy cat gitu.
Tengoklah nanti kalau rajin kita publish ek.

Published with Note Putih Mami

Sunday, January 6, 2013

Ice-Room Nilai

Pagi Sabtu tu MR. Daddy ajak tengok rumah contoh dekat Mantin.
Tau dok Mantin dekat mana?
Tak tau tanya Google Map, che' pun tak tahu nak terangkan Mantin tu dekat mana.

Ok kita layan kan jer.
Pergi office pemaju dulu sebab MR. Daddy nak tanya tarikh rumah dijangka siap.
Pemaju Nagamas Sdn. Bhd.
Katanya tahun depan baru siap.
Ok tak pelah sempat kumpul duit untuk renovation rumah nanti.
Wah verangannnnnn
Biar mimpi sampai ke bintang.

Dah settle kat office kononnya nak tengok rumah contoh.
Elok sampai tapak, hujan pun turun.
Memang betul-betul "tengok" rumah contoh.
Nasib kat office dah tengok model.
Terubatlah juga hati.

Then on the way balik singgah Ice-room Nilai, lunch.
MR. Daddy yang beria ajak makan dekat sini, lapaq sangat dah katanya. Tak breakfast sebelum keluar pagi tu.

Kg.com macam biasa makan nasi lemak.
Minum milo ais.
Lepas tu menggelupur citer makan kat ice-room.
Tak dan nak snap picture makanan sendiri, amik kat menu jer.
Saya kalo dah nampak makanan dan dan kebulur walaupun baru lepas makan.
Ayam dah tinggal tulang baru teringat nak snap picture.
Rentikanlah!

Irfan punya kid's menu.
Terkagum sekejap sebab dia boleh selesaikan makanan dia sendirian kecuali ice-cream.
Selalu tu bertempik-tempik suruh makan.
Kalau tak ada adegan ayah mertuaku memang tak makan.
Siap kena ugut keluar dari rumah baru nak makan....itupun 3 suap jer....syaratttttttt.

Rasa? Oklah
Harga? Bolehlah
Irfan kata len kali nak datang situ lagi.
Bolehlah nak....janji kamu makan.

Published with Note Putih Mami

Saturday, January 5, 2013

Hero Kembar Tiga

Ini kerja MR. Daddy dengan Irfan.
Diorang aimed nak beli sebelum benda tu dijual lagi.
Bila Petronas keluar iklan, kemain excited dorang berdua.
Saya dapat jeling saja lah.
Tahu punya depan saya dorang tak akan beli takut saya "menyanyi".
Sekarang dah lengkap tiga-tiga hero dorang kumpulkan.
Dan dah janji tak tambah dah.
Terbaik...boiboiboy

Published with Note Putih Mami

Wednesday, January 2, 2013

Setia Hujung Nyawa

Satu lagi novel diangkat menjadi drama.


Penulisnya Fatin Nabila.
Rasa macam kenal jer.
Wah...dan dan kenal.
Nak tumpang glamour lah tiew.
Dramanya diterbitkan oleh Suhan Movie.
Eh lagi macam kenal.
Tak kenal memang sajerlah khennnnnnn.

Senang kan sekarang tak payah stay-up sebab nak baca novel.
Tunggu jer dramanya kuar kat tv.
Kalau tak keluar, maknanya novel tu tak best.
Wah....statement perasan baguih!

Siapa teraju utama?


Kenal (nak jugak!) tapi tak tahu nama.
Yang gadis tu(gadis kau, tak tahan) biasa tengok dia berlakon.
Tapi dalam drama ni lakonannya nampak berkesan.
Cewah-cewah mok cik buta seni bagi komen.
I loike.

Oh, Zila Bakarin dengan Raja Ema pun ada.
Watak Raja Ema memamg kontra habis dengan watak dia dalam Terlanjur Cinta.


Me enjoy tengok citer ni.
Sebab citer ni simple, tak serabut dengan emosi dan comel.
Tengok pun rileks jer.
Mak kan berjiwa remaja, walau usia dah banyak angka.
Eh, apa ada dengan angka? (",)

*pictures from Google*

Published with Note Putih Mami

Dilamar

Ini kisah tahun lepas.
Tahun ni baru dapat upload.
Kononnya busy.
Maklumlah tengah "menurun" mood katanya.

Majlis pertunangan adik perempuan bongsu saya.
Dia bukan yang bongsu, tapi perempuan bongsu.
Faham?
Tak faham, tak per tak penting pun.

Actually dia ni dah langkah bendul.
Atas dia ada sorang kakak yang belum kahwin lagi.
Bertunang pun belum.

So masa majlis tu si kakak dapatlah juga sebentuk cincin belah rotan dan sepersalinan baju.
Ini semua sebenarnya adat jer.
Tak buatpun tak pe.
Tapi pihak lelaki nak juga bagi, ye ambil.
Lagi sorang kakak tak dapat apa-apa.
Sebab....anak dia dah dua huhuhuhuhuhuhu.

Gambo tak banyak.
Saya tak dapat join pun majlis tu walaupun berada di majlis.
Dekat tapi jauh.
Si kecil Nuha Syarafana meragam.
Dia tak selesa dan rimas.
Orang ramai, riuh rendah, hingar bingar dan panas.
Oleh kerana saya tak dapat join kepoci session, maka gamba hanya sekeping.
Mak sentap!


snap sebelum kejadian.



younger sister...wife-to-be soooooooooooon
 

Tuesday, January 1, 2013

Rindu Gilak

Ya ampun rindunya nak menjahit.
Banyak gila kot senarai projek jahit menjahit.
Dan lama sungguh tak meroyan di kedai kain.
Rasa macam dipanggil-panggil ke sana.
Tapi tak pe, sabar...

Inilah akibatnya bila lama sangat "cuti" menjahit.
Nak mula balik hoi susahnya.
Kain yang ada tu pun dok keluar masuk kotak jer.
Pagi keluarkan, konon nak gunting.
Petang masukkan balik, tak dan gunting.
Hish ini nak kena buat upacara "menurun" mood ni.

Dah lah tak sampai sebulan jer lagi nak masuk kerja semula.
Macam kejap jer rasanya dah nak kena masuk kerja balik.
Wah bila nak kerja dan dan sekejap.

Oh tidak!
Banyak kot mood nak kena cari ni.
Nak mula dari mana ek?
Dalam lemari lah.
Ok chow...nak cari mood.