Wednesday, December 25, 2013

Rabu Yang Tak Berapa Bisu v.4

Happy Holiday and Merry Christmas...
Ho ho ho hooooooooooooooo







Monday, December 23, 2013

Projek 3 Tahun

Ini memang menyedihkan. Baru faham mengapa setiap tahun raya baju sendiri tak pernah siap sedangkan IBU adalah tukang jahit. Jawapannya adalah ketiadaan mood nak jahit baju sendiri. Sekarang baru tahu dan rasa.

Kain beli dah lama gila. Sebelum preggy Nuha kain dah cantik duduk dekat rak. Konon-konon masa beli tu nak buat baju kurung buat pakai pergi office. Boleh tukar-tukar baju yang lama tu. Maklumlah selalunya buat baju kurung setahun sekali jer masa raya. Kalau tak raya memang tak berbaju baru lah jawapnya.

Then tertangguh. Tiap kali pegang kain tu nak potong mesti tak ada mood. Simpan balik. Sampai akhirnya preggy Nuha. Memang masa tu mabuk teruk so kain memang kesepian duduk diam-diam dalam rak. Pandang jer dari jauh.

Lepas bersalin habis pantang pasak balik niat nak potong kain tu. Punnnnnnnnnnnnnn tinggal angan-angan jer. Dok sibuk jahit baju orang. Baju sendiri tetap terkebelakang. Memang langsung tak ada mood nak pegang kain sendiri.

Akhirnya setelah tiga tahun duduk elok atas rak, paksa juga diri potong kain tu. Walaupun tak ada mood tetap gunting dan jahit. Alhamdulillahhhhhhhhhhhhh tak rosak. Saya ni kalau potong tak ada mood selalunya mesti ada yang tak kena potongan tu. Then jahit pun kena tunggu mood kalau tidak mesti ada yang silap.

Finally.....


Siap juga baju guwe.. dah pakai pun dah hari Jumaat lepas. Tapi lupa nak ambik gambar #ootd. Oleh kerana ambil masa sampai tiga tahun nak siap maka kita buatkan sekali package dengan tudungnya. Asalnya nak buat tudung tiga layer tu tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii takut kena tunggu lagi tiga tahun baru boleh pakai so kita buat yang simple jer. Halfmoon shawl dengan awning chiffon kaler cekelat.

Ada lagi dua pasang kain menunggu giliran untuk dipotong.

Mood wahai mood berdamping lah dikau diri ku!!!!


Thursday, December 19, 2013

Towel Embroidery

Kini dibuka untuk tempahan!!!!!!!

Mari...mari...mari

Siapa berminat nak tempah tuala bersulam??????

@ Boleh buat untuk diri sendiri.
@ Boleh buat untuk anak-anak. Especially anak-anak yang dihantar ke nursery so tidaklah tertukar tuala.
@ Boleh juga buat hadiah.
@ Tuala hantaran pun boleh.

Siapa berminat boleh WhatsApp / Wechat / SMS eby safiah : 012 - 616 3705

Catalog Bagi Towel Embroidery

 CATALOG NUMBER : TE #01

 CATALOG NUMBER : TE #2

CATALOG NUMBER : TE #3

CATALOG NUMBER : TE #4


 CATALOG NUMBER : TE #5


 CATALOG NUMBER : TE #6


CATALOG NUMBER : TE #7

CATALOG NUMBER : TE #8
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TOWEL EMBROIDERY BY ebysafiah closet


1. Towel Price :
(a) Kanak-kanak --> RM 15.00 hingga RM 25.00
(b) Dewasa --> RM 20.00 hingga RM 35.00

2. Picture : 
(a) Saiz gambar dipilih daripada catalog sedia ada.
(b) Saiz gambar tidak lebih daripada 8cm x 8cm
(c) Harga gambar --> RM 7.50 hingga RM 12.50
(d) Gambar request (bukan dari catalog) dicaj pada harga berbeza.

3. Huruf (Nama)
(a) Dua baris nama dengan setiap baris max. 5 huruf = RM 5.00
(b) Bagi setiap tambahan huruf samada pada baris yang sedia ada atau tambahan baris baru akan dikenakan caj tambahan iaitu RM 0.50 untuk setiap huruf.


Wednesday, December 18, 2013

Rabu Yang Bisu v.3







Tuesday, December 17, 2013

Bila Sultan Selangor Tak Bagi Pergi Kerja

Ha kemain panjang tajuk entry. Tak tahu saya nak letak tajuk apa. Kita bubuh jer ikut sedap mulut sendiri. Last Wednesday kan Selangor cuti. Petang Selasa tu balik kerja dah beritahu MR. Daddy awal-awal.

"Esok honey cuti sebab Selangor cuti tapi budak-budak hantar nursery sebab nak buat kerja".

MR. Daddy iakan jer.

So besok (hari Rabu) keluar rumah lewat sikit hantar budak-budak pergi nursey. Then hantar MR. Daddy pulak ke office. Malas nak drive katanya sebab parking susah. Baiklah kita layankan jer. Lepas tu terus balik rumah. First thing basuh kain dulu. Then sarapan. Masa sarapan tu terus susun jadual dalam kepala apa nak buat next and next sampailah petang karang.

Saya jenis "manusia disiplin". Maknanya serba serbi saya perlu ada jadual, perlu ada perancangan. Kalau tak sure kelam kabut. Saya tak akan pandai gunakan masa dengan teratur. Tak perlu jadual dalam bentuk hitam-putih. Letak dalam kepala pun tak apa. Tapi kalau benda penting memang kena ada hitam-putih lah.

So berbalik pada rutin cuti sehari settle semua benda lebih kurang dalam pukul 10. Rehat sat hilangkan lelah. Sebab next activity adalah HOBBY TIME!!!! SEWING.

So apa yang berjaya dibuat semalam?????

 Inner chiffon. Buat pakai dengan shawl chiffon. So tidak lah jarang. Saya ada beli inner lycra tu tapi semuanya pendek-pendek. Beli tudung lycra saiz S besar pulak. Terlebih-lebih daripada shawl. Buatlah sendiri. Senang ikut saiz sendiri. Puas hati den!

 Halfmoon shawl.

 Kombinasi shawl dan innernya. 

Then petang pukul 4.00 sebelum keluar amik MR. Daddy dengan bebudak masak dulu siap-siap. Kang bebudak balik terus bagi makan jer. Lagi-lagi si Nuha tu tak pernah tak lapar. Memanjang lapar.

 Kacang buncis tumis dengan telur. MR. Daddy habiskan.

Udang masak sambal. Irfan makan paling banyak. Suka gila dia.

Monday, December 16, 2013

abang-adik...adik-abang

Nuha ni dengan abang perangai memang jauh berbeza. Abang tu nampak kasar tapi sebenarnya lembut, sensitif dan penakut. Cepat nak menangis, cepat nak sentap, cepat nak ngeri. Dia kalau buat sesuatu nak sempurna. tak nak cincai-cincai tak nak kotor-kotor. Besor esok kalau jadi lecturer matiklah bebudak kalau hantar assignment cincai-cincai sure kena buat balik. Tapi kecik-kecik ni minat dia banyak kepada menjahanam. Biasalah bebudak kan.

Nuha pulak muka nampak manja, nampak lembut...macam shomel jer macam shomel jer. Iye memang macam jer. Hakikatnya Nuha ni garang. Sangat garang ok. MR. Daddy kalau marah dia, dia boleh lagi nak menjawab. Kemain garau suara marah MR. Daddy balik. Then dia ni tak takut. Dengan orang dia takutlah. Maksudnya macam kalau kau tinggalkan dia dekat tempat gelap. Tak ada hal. Dia tak heran pun. Saya pulak yang naik risau. Ntah apa yang digodeknya dalam gelap tu.

And satu perangai dia yang saya nampak serupa saya. Keras hati!!! Kalau dia nak sesuatu tu dia tetaplah nak. Marah lah macam manapun, buat lah apapun, dia tak akan ubah pendirian. Tang sini lah yang selalu buat abang jadi drama king. Pasal berebut mainan dia champion. Buat masa sekarang baru beberapa kali abang menang itu pun sebab campur tangan mami-daddy. Berani tak bagi. Mampos ko dia kerjakan.

Cuma syoknya Nuha ni pasal makan dia tak tolak. Ko sorong lah apa benda pun menganga jer mulut dia. Lain abang. Siap standby rotan nak bagi makan punya pasal. Memang susah ya ampun. Tapi itulah kan. Setiap anak tu memang diberi perangai yang berbeda-beda. Unik dan tersendiri.

Gambar latest adik Nuha. Abang sekarang payahnya nak amik gambar. Dia tak nak. Sikit-sikit dok ulang...Irfan dah besar lah. Amik gambar Nuha, Nuha baby.

Friday, December 13, 2013

Hari Graduasi TBC

Ini last week punya event dekat tadika Irfan. Irfan tak graduasi tapi dia ada ambil bahagian dalam persembahan pentas. Last year hari graduasi diorang buat sekali dengan sukaneka. Tapi this year hari graduasi dibuat sekali dengan pementasan pentas. Oklah enjoy juga tengok bebudak ni tunjukkan bakat diorang.

Acara mula pukul 9.30 tapi awal pagi around 7.30 hantar Irfan dulu sebab dia kena standby untuk persembahan dia. So pukul 9.15 gitu baru gerak pergi ke Uniten. Oh graduasi bebudak ni buat dekat dewan library Uniten, lima minit dari rumah saya.

Mak Tok pun datang pagi tu nak tengok Irfan. Tapi rasanya Nuha yang paling enjoy. Tak berenti-renti dia berjoget. Moh lah kita tengok gambar. Biar gambar yang berbicara.

 Acara pembukaan...nasyid

 Acara seterusnya...pakaian beragam. Kalau korang tengok makwe paling kanan pakai baju merah-putih tu geram ok! Chomel gila! Lepas tu bergaya macam kan catwalk model. Memang riuh parents dekat auditorium bertepuk.

 Ini acara Irfan. 12 orang penyamun. Irfan jadi penyamun. Dia paling kiri. Gambar bawah tu dia pandang Mak Tok dia yang duduk belah kanan.

 Persembahan ni tajuknya " Under The Sea". Masa ni kemain Nuha menari ikut sama macam bebudak atas pentas tu. Rasanya dia biasa tengok kot bebudak tu practices tu yang dia dah hafal tau.

 Persembahan ni di adaptasi dari drama animasi Upin Ipin "Cerita Kami - Si Gembala Kambing". Chomel tak ingat. Lagi-lagi si bunga merah tu. Hoih rasa nank gigit pipi. Kemain keras dia menari sebab dia takut bunga dia jatuh.

 Tarian "Mirror" dari anak-anak berumur 5 tahun.

Chinese Dance daripada anak-anak 5 dan 6 tahun. Yang ini memang cantik tariannya. Lembut dan berseni. Mungkin sebab diorang dah boleh faham arahan cikgu.

Here the teachers. Semua guru-guru TBC dari pelbagai cawangan dengan tema tahun ini "Once Upon A Time". Thank you teachers for being there for my both babies Irfan and Nuha. Thank you for all your kindness, your caring and for your love. 


Thursday, December 12, 2013

Berpindah!!!

I Like To Move It Move It
I Like To Move It Move It
I Like To Move It Move It
Ya Like To (MOVE IT!)

Ye suka lah sangat. Menyampah lagi ada. Lagi kalau ada yang tak nak beri kerjasama. Memang puiii sangat!!

Dari last week office memang macam kapal karam. Tunggang langgang. Kelam kabut. Tension. Seksyen saya diarahkan berpindah dari KLIA ke PJ. Pindah satu seksyen ye bukan transfer sorang-sorang. Bila pindah satu seksyen maka semua barang yang berkaitan dengan seksyen saya tu terpaksa diangkut sama termasuk partition. Silalah bayangkan sendiri.

Ruangan office lama yang dah kosong sebab partition semua dah diangkut.

Memang bukan kitorang yang buat kerja-kerja memunggah partition tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii chaotic dia kitoraang yang tanggung. Sebelum mover datang untuk buka semua partition dan angkut barang-barang kitorang kena siap-siap pack semua barang dan label. Perghhhhhhhhhh bengkok pinggang.

 Bungkus dan label.

 Label

 Kerusi pun kena label.

Actually benda besar-besar macam kabinet, kerusi semua tu kalau tak nak label pun tak apa. Sebab setiap peralatan pejabat ni ada inventori iaitu surat beranak memasing. Tapi satu kerjalah pulak nanti sampai office baru hegeh-hegeh ko nak check inventori setiap satu then baru boleh susun dekat tempat yang sepatutnya.

Bila dah label macam tu senang. Sampai jer terus tuju tempat yang dah di label juga. Kotak no. 14 masuk room label 14. Kan mudah.

Ye nampak memang mudah tapi semua itu hanyalah indah khabar dari rupa. Lagi-lagi bila ada yang rasa dia pegawai besar so tak payah buat kerja. Bila minta tolong pack barang yang memang dalam simpanan dia boleh dia cakap "ini bukan barang saya!"

Foineeeeeee!!! Yang dekat keluar berkotak-kotak tu pun bukan barang saya tapi saya pack juga. Speechless jumpa pegawai besar macam ni. Tu belum kira dia lepas tangan bila dah sampai office baru. Kita yang tak berapa nak officer ni lah yang hegeh-hegeh buat semua. Bila ada masalah pandai pulak nak pointer dekat kita. Sigh

Itu belum kira pulak yang jenis berkira buat kerja. Bajet dia paling teruk buat kerja. Tapi bila orang lain buat semua tak kena. Semua nak complain. Cara dia je yang betul. Bila orang dah fed-up tahu pulak bengang orang tak nak bantu. Macam-macam lah.





Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa stressed balik. Now dah duduk dekat office baru. Tapi masih ada bebrapa perkara yang tak selesai lagi. Maklumlah bila pindah tu banyak benda nak settle kan. Internet pun baru ada connection last Friday. Telefon office pun belum dapat lagi. Tak dapat pun bagus juga tak ada sesiapa boleh sibuk nak kacau.