Thursday, November 15, 2012

Flash-back Film

Ini adalah kerja orang dalam pantang.
Tak tahu nak buat apa.
Siang-siang buta bila baby tidur, mata saya ni tak nak pulak terpejam sama.
Kononnya tak pandai tidur siang......haktuih.
Kalau kerja tu semendang jer mengantuk waktu office hour.
Memang jahat betul syaitan ni.

So oleh kerana tak tahu nak buat apa maka youtube menjadi sasaran.
Godek-godek cari benda yang boleh ditonton.
Dan dalam banyak-banyak film boleh pulak sangkut dengan khabi khushi khabi gam.
Memang tak boleh blah.
Berkerut dahi MR. Daddy.
Eh biarlah.

Lagi tak boleh blah siap menitik-nitik tu air mata bila sampai babak sedih.
Very the emotional.
Irfan pun jungkit bahu tak faham.

Sekarang sudah habis khabi kushi khabi gam, mari meng'youtube' cerita lain.
Aku Terima Nikahnya.
Ada bran?
 

No comments: