Friday, November 30, 2012

Rumah oh Rumah

Tarik nafas......lepas!

Kus semangat bila tengok harga rumah sekarang.
Mencanak-canak naik macam dah tak ada hari esok.
Alasannya harga barang naik, harga simen naik, harga tanah naik!
So pembeli apa yang naik?
Naik peninglah jawapnya.

Kata orang kalau nak beli rumah, belilah sekarang.
Tahun depan yang cuma tinggal sebulan lagi ni entah macam mana pulak harganya.

Kisahnya saya dan MR. Daddy pun tengah gigih mencari rumah.
Ada yang berkenan, lokasinya tak strategik pula.
Ada lokasi yang sesuai, harganya tak berbaloi pula.
Ada harga yang berpatutan, rumahnya pula hidup segan mati tak mahu.
Dilema sungguh.

Sekarang asal ada masa terluang MR. Daddy mesti search cari rumah.
Ada yang berkenan dan memenuhi semua kriteria terus call tanya.
Tapi buat masa sekarang belum rezeki.

Siapa tahu rezeki anak-anak tahun depan duduk rumah baru ;)
Amiiiiiiiiiinnnn...
 

Tuesday, November 27, 2012

Kembali Langsing

Ehem...ehem...
Persoalannya sudahkah mencapai berat ideal atau paling tidak menghampiri berat ideal.
Sebenarnya ahkak masa preggy pun dah capai berat ideal.
Sebab muntah teruk.

Cumanya sekarang ni saya dalam usaha mengempiskan yang belum kempis.
Alhamdulillah bersalin kali nih dapat normal (next time ai citer pengalaman bersalin Nuha k).
So kiranya sehari dua lepas bersalin tu terus boleh pakai barut.

But still in my case tak berkesempatan jugak sebab day 4 Nuha admitted balik.
Awal-awal tu memang huru-hura lah jugak.
Penyudahnya lepas dua minggu baru start barut bagai.
So janganlah diharapkan hasilnya sekarang.

Tapi zaman sekarang nih macam-macam alternatif ada.
Dengan pil-pil langsingnya, jamu itu ini, corset ribu riban, pusat pelangsingan badan.
Semuanya terpulang pada kita dan duit kita.
But for me semua untuk kembali langsing ni kuncinya adalah DISIPLIN.

Ko telanlah banyak manapun pil langsing, makanlah banyak manapun jamu kurus, pakailah mahal manapun corset, pergilah hebat manapun pusat pelangsingan...kalau kau tak ada DISIPILIN TAK AKAN JALAN.

Semua benda ni kau kena buat ikut rutin.
Telan ubat, makan kena jaga juga.
Kau makan ubat lepas tu kau melantak makan macam-macam dengan harapan ubat tu akan menyahkan segala benda yang dimakan tadi.
Memang tak lah!

Pakai corset, mesti kena pakai setiap hari.
Kau pakai dua hari, skip dua hari.
Kononnya yang dua hari tu rehatkan perut.
Yea perut buncit akan fit tapi kau kena tunggu lagi setahun dua lah.

So DISIPLIN memang penting.
Susah tapi hasilnya memuaskan dan berbaloi-baloi.
 

Monday, November 26, 2012

Satu Bulan Sudah

Alhamdulillah last friday Nuha dah satu bulan.
Fuhhh *lap peluh kat dahi*

MR. Daddy kata sekejap jer kan.
Sekejap??? *buntangkan biji mata*
No No No tak sekejap ok.
Hari-hari hadap si comey nih memang terasa lamanya.

Now dah satu bulan.
Dok kira pulak nak tunggu dua bulan.
Karang dah umur setahun dok rindu pulak masa dia baby.
Haish lah mami ni.

Satu bulan, Nuha dah kenal sangat dengan mami.
Paling pressure Nuha tak mau dengan MR. Daddy.
Sama macam Irfan dulu.
Mami nak terkincit pun susah.

Bila manangis MR. Daddy dukung lagi kuat dia meraung.
Masuk buai MR. Daddy buai, kemain hebat dia melalak.
Bila sampai dekat tangan mami senyap sunyi.
Adoi patah tulang belakang.

Malam-malam still ada ragam.
Kadang-kadang pukul 2-3 pagi batu tidur.
Itupun sebab dah penat melalak and meragam.
Tapi dah namapun baby biasalah.
Cuma kadang-kadang hilang juga sabar.
Cepat-cepat istighfar.


Watching TV with big brother yang sayang sangat dekat adiknya.
 

Thursday, November 15, 2012

Flash-back Film

Ini adalah kerja orang dalam pantang.
Tak tahu nak buat apa.
Siang-siang buta bila baby tidur, mata saya ni tak nak pulak terpejam sama.
Kononnya tak pandai tidur siang......haktuih.
Kalau kerja tu semendang jer mengantuk waktu office hour.
Memang jahat betul syaitan ni.

So oleh kerana tak tahu nak buat apa maka youtube menjadi sasaran.
Godek-godek cari benda yang boleh ditonton.
Dan dalam banyak-banyak film boleh pulak sangkut dengan khabi khushi khabi gam.
Memang tak boleh blah.
Berkerut dahi MR. Daddy.
Eh biarlah.

Lagi tak boleh blah siap menitik-nitik tu air mata bila sampai babak sedih.
Very the emotional.
Irfan pun jungkit bahu tak faham.

Sekarang sudah habis khabi kushi khabi gam, mari meng'youtube' cerita lain.
Aku Terima Nikahnya.
Ada bran?
 

Monday, November 12, 2012

@ 19 Days

Running nose.
 

Thursday, November 8, 2012

Dilema

Next year Irfan 4yo.
Kalau ikutkan nursery tempat kami hantar Irfan sekarang cuma terima budak sampai umur 4 tahun sahaja.
Kiranya genap umur 4 tahun pandai-pandaila cari pre-school untuk anak tu.
So sekarang kami dalam situasi tu.
Pening juga kepala.

Dah la dalam Putrajaya tu nursery pun terhad, apatah lagi pre-school.
Nak hantar dekat luar memang boleh, masalahnya nak ambil tengah hari tu memang agak masalah.
Pre-school tak sampai petang.
Kena cari pula tempat transit.

Inipun teacher Irfan dah dok tanya-tanya macam mana.
MR. Daddy jawab jer masih cari.
Kalau boleh kami nak cari pre-school yang Islamik+english larning method.
Biar dua-dua seiring.
Hopefully by next year kami jumpa jalan keluar.
 

Wednesday, November 7, 2012

Selepas 4 Hari

25 Oktober, siang selepas baby lahir doktor benarkan saya dan baby pulang.
Tengah hari macam tu kami discharge.
Balik rumah EMAK dulu sebab nak balik rumah IBU dah petang, lagi pula hujan sangat lebat.

Esoknya 26 Oktober lepas solat Jumaat baru kami gerak balik rumah IBU.
EMAK dengan adik-adik pun ikut sekali.
Sampai rumah IBU dah petang dah.

Malam tu lah bermulanya episod tangisan tanpa henti my lil' girl.
Malam tu baby nangis memang  teruk.
Sampai tak tidur saya dibuatnya.
IBU dengan MR. Daddy pun ikut pujuk juga.
Last-last around pukul 3.30 macam tu baru baby tidur.
Itupun tidur atas lengan saya.
Sebagai balasan saya tak boleh tidur.
Takut terlepas, jatuh pula baby.

Pagi esoknya 27 Oktober dalam pukul 7 macam tu baby jaga terus nangis macam malam sebelumnya.
Terus kejut MR. Daddy bawa baby pergi hospital.
Doktor kata demam.
Disebabkan baru umur 4 hari, so kena waded untuk pantau.
Nak bagi ubat memang tak boleh.
Saya macam nak menitik air mata.
Demam dan waded...dua-dua buat saya sedih.

Akhirnya waded juga dalam pukul 11.30 macam tu.
Dari masuk pukul 11.30 tu baby memang menangis meraung-raung.
Langsung tak ada dengan saya.
Sepanjang dia menangis tu baby cuam bertukar tangan dari seorang nurse ke seorang nurse.
Air mata saya memang dah menitik-nitik.
Nurse tenangkan saya, suruh sabar surug tenang.
Baby memang macam tu.
Dia cuma tahu menangis untuk sampaikan apa yang dia rasa.
Tapi sebagai ibu, saya tak sampai hati tengok dia terus menangis macam tu.

Akhirnya saya ambil keputusan minta discharge dengan alasan saya nak balik ke hospital di mana baby lahir.
Sebab di situ rekod baby lengkap, rekod saya juga lengkap.
Lepas keluarkan memo doktor bagi discharge.

Malam tu juga kami sekeluarga (saya, baby, MR. Daddy, Irfan) balik KL rumah EMAK.
Dalam pukul 1.30 pagi kami ke wad kecemasan PPUM.
Masa ni baby masih lagi tak berhenti menangis.
Mujur sepanjang perjalanan balik ke KL baby tidur dalam kereta.
Doktor check itu ini then decided baby kena waded.
Sekali lagi saya rasa down.
Walaupun dah tahu akan waded tapi tetap rasa down.

Tapi saya ambil positif.
Demi keselamatan dan kesihatan baby, saya ikutkan juga kata doktor.
Lepas pasang drip dekat tangan kecil baby kami waded.

Rupa-rupanya baby dehydrated.
Kurang air dalam badan.
Sebab tu dia asyik menangis.
Susu yang dia minum tidak dapat menampung keperluan dia.
Sedihnya saya rasa masa tu Allah sahaja yang tahu :)
Mujur staff nurse dan doktor di situ sangat-sangat membantu.
Saya rasa semangat semula.


Kesian, tangan kecil tu terpaksa dicucuk untuk masukkan drip dan antibiotik. Baby tak boleh makan ubat sebab usia belum sebulan.

Dua hari di bawah pemantauan doktor.
Dan setiap hari doktor sampaikan saya berita yang menyenangkan.
Alhamdulillah baby nampak semakin ok day by day.
Akhirnya 29 Oktober doktor bagi kami discharge.

Untuk keselamatan kami tak balik rumah IBU, tapi stay dulu di rumah EMAK.
If anything happen again hospital dekat.
But alhamdulillah sehingga hari ini baby nampak sihat dan semoga kesihatannya akan terus berkekalan.

Semoga anak mami akan kekal sihat sampai bila-bila....

Tuesday, November 6, 2012

Adjusting...

Hari ni dah hari yang ke-12.
Masih lagi tak cukup tidur dan rehat.
Start tiga hari lepas mami tak sihat.
Demam, batuk, selsema.
Berdoa sesangat agar tak jangkit ke baby.
Tapi semalam baby ada sikit selsema.
Mujur masih boleh menyusu cuma dia susah sikit nak tidur.
Terpaksalah berpangku baru lena tidurnya.

Dalam pantang ni memang mencabar sikit.
Both mami dengan baby tengah sesuaikan diri dengan suasana baru.
Baby tengah belajar hidup dalam dunia realitu.
So mami pula kena belajar melayan ragam baby yang masih rasa insecure dalam dunia barunya.
Hopefully Allah permudahkan perjalanan mami dan baby.