Saturday, December 31, 2011

Flower Boys Ramyun Shop [KOREN Drama]


Title: 꽃미남 라면가게 / Flower Boy Ramyun Shop

Also known as: Flower Boy Ramen Shop
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16

Sinopsis
Cerita tentang empat orang pemuda yang lebih dikenali sebagai “pretty boys,” sebab masing-masing memiliki wajah yang tampan dan pesona yang tersendiri dan seorang gadis yang memiliki tarikan dalam caranya yang tersendiri.

Yang Eun Bi-gadis periang dan mempunyai fikizal yang kuat. Berusaha untuk melepasi ujian tapisan untuk menjadi seorang guru. Yang Eun Bi mempunyai masalah dengan bapanya. Namun di saat-saat akhir si bapa, mereka kembali berbaik semula.

Cha Chi Soo-anak hartawan dan merupakan pewaris tunggal. Dia merupakan harta yang paling bernilai bagi bapanya President Cha. Tetapi Cha Chi Soo seorang yang agak bongkak dan memilih dalam berkawan terutamanya wanita.

Choi Kang Hyuk-chef dari Jepun yang datang ke Korea kerana amanah yang diletak di bahunya. Seorang yang tenang. Choi Kang Hyuk ada rahsia besar yang disimpannya. Namun sehingga satu tahap rahsia itu terpaksa didedahkan kerana merasa "haknya" akan dirampas.

Woo Hyun Woo-seorang anak muda yang lembut dan tenang. Woo Hyun Woo terlibat di dalam "kumpulan" ini kerana ditawarkan tempat tinggal. Woo Hyun Woo terspit dengan hutang yang banyak yang telah dibuat oleh bapanya menyebabkan dia dikejar oleh pemiutang.

Kim Ba Wool-anak muda yang panas baran. Mudah tersinggung, pemarah dan cepat melatah. Kim Ba Wool merupakan orang yang menetang keras kehadiran Cha Chi Soo di Ramyun shop tersebut.

Apakah yang menghubungkan mereka berlima? Bagaimana mereka menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul diantara mereka?

Cast
Lee Chung Ah as Yang Eun Bi

Jung Il Woo as Cha Chi Soo

Lee Ki Woo as Choi Kang Hyuk

Park Min Woo as Kim Ba Wool

Jo Hyun Woo as Woo Hyun Woo

Tengoklah betapa tingginya Lee Ki Woo.
Perasan tak?
Ke-empat-empat pelakon lelaki utama memiliki nama akhir yang sama...Woo
Ini merupakan lakonan drama pertama Lee Ki Woo selepas tamat army services September 2011 yang lalu.
Ada peminat Lee Ki Woo yang mendakwa pelakon tinggi lampai ini seorang Muslim. Betul tak betul sila google sendiri.
Di dalam drama ini Cha Chi Soo (Jung Il Woo) seorang yang sangat sensitif, namun menurut pelakon-pelakon utama yang lain Jung Il Woo adalah seorang yang agak sensitif di dalam dunia nyata.

Wednesday, December 28, 2011

His DAY

Hari ini hari jadi Mr Daddy.
Semalam lagi MR Daddy dah ingat yang hari ni hari jadi dia.
Mana taknya, MR Daddy kan pakai handphone saya.
Dalam tu adalah reminder birthday dia.
Normally reminder saya akan set sehari awal sebab takut terlupa.
So semalam memekaklah reminder tu berbunyik bagitau esok birthday MR Daddy.

Dah wish dah dari semalam, malam tadi, pagi tadi.
Masa MR Daddy hantar ke ERL pun wish lagi.
Sian MR Daddy tak ada celebrate pun.
Nak beli kek pun macam kena fikir baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak kali.
MR Daddy tak makan kek.
So, kalau belipun dia tak akan sentuh.
Ai kan sensitip.
Jap lagi beli untuk dia tapi sentuh pun dia tak moh...mak sentap!!!!!

Anyway saya nak wish lagi di sini...

HAPPY BIRTHDAY to MR Daddy
I LOVE YOU...

Masa MR Daddy masih bujang.

Masa sebelum majlis cukur jambul si kenit nih...

Tuan tanah harus adalah kan...Tahun bilalah gambar ni diambil...tetiba air mata sendiri meleleh di pipi...





Monday, December 19, 2011

Dunia Tanpa Sempadan

Hari ini dunia tanpa sempadan.
Berita tersebar luas, cepat dan pantas.
Tulis hujung benua A...sampai hujung benua D boleh tahu.
Daripada tak terkenal sampai lubang cacing orang korek.
Tak dapat berita dia, nama keluarga diheret sama.
Apalah salah mereka.

Kadang-kadang banyak buruk dari baiknya.
Yang menulis tak penah nak kira.
Yang penting nama dan populariti.
Bayangkan kalau kena batang hidung sendiri.
Apa rasanya ditelanjangi???


 

Friday, December 16, 2011

Topik Hari Ini : Kehilangan???

Dari pagi semua orang sibuk dengan SBPA.
Saya?
Saya pun sebenarnya nak sibuk juga dengan SBPA bagai ni.
Tapi ada benda lain yang lebih penting yang saya kena fikir sekarang.

Dua minggu lepas saya apply surat Pengesahan Majikan daripada PSM HQ office saya.
Sayangnya sampai hari ni surat yang saya tunggu tak juga kunjung tiba.
Hai lah...resah betul hati saya.

Dah dua kali saya call PSM.
Mengadu dan bertanya mengapa surat yang dikatakan telah dihantar itu masih tidak sampai ke tangan saya.
Penyudahnya saya yang ditegur.
Bukan, bukan saya tidak sabar.
Bukan saya juga tidak faham.
Tapi saya rasa siapa pun yang menjadi saya mesti tertanya-tanya ke mana surat itu pergi hingga tidak sampai ke tangan penerimanya.

Hal surat tidak selesai, timbul pula isu SBPA ini.
Sekali lagi borang opsyen tidak sampai ke tangan saya.
Hai lah...siapalah yang berminat dengan surat-surat saya ni.
Tak ada duit pun dalam nya.
Cuma isi kandungan surat itu amat penting untuk saya.
Sebab surat-surat tu adalah surat masa hadapan saya.

Nak mengadu pada PSM lagi ke?
Malas lah saya.
Silap hari bulan kena marah.
Apa kejadahnya tak buat salah kena marah.

Hari Isnin minggu depan saya akan menghadap sendiri PSM.
Selagi saya tak dapat surat yang saya mahu, saya tak akan balik.
Kali ni apa nak jadi...jadilah!!!
*sinsing lengan baju*
 

Saturday, December 10, 2011

Down With Love [TAIMANESE Drama]


Title: Down With Love
Genre: Comedy, Romance
Episodes: 16

Sinopsis
Xiang Yu Ping (Jerry Yan) adalah seorang peguam yang berjaya tetapi orang di persekitarannya melihat dia sebagai seorang yang dingin dan berhati batu. Satu hari dia telah diberitakan abangnya mati dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan Yu Ping terpaksa menjaga dua orang anak buahnya. Dia telah mengupah ramai pengasuh untuk menjaga anak buahnya itu tetapi berakhir dengan dua tragedi; samada jatuh cinta kepadanya mahupun tidak tahan dengan kerenah kedua-dua orang budak yang nakal itu. Tension dengan semua itu Yu Ping mengarahkan setiausahanya untuk mendapatkan dia pengasuh budak dengan syarat pengasuh itu tidak boleh jatuh cinta kepadanya dan harus tahan dengan kerenah nakal anak buahnya.
Setiausaha Yu Ping, Yang Duo (Kelly Huang) telah memaksa adiknya, Yang Guo (Ella Chen) bekerja sebagai pengasuh di rumah Yu Ping. Mereka memperdayakan Yu Ping dengan mengatakan Yang Guo seorang lesbian. Namun lama kelamaan Yu Ping merasakan dia telah jatuh cinta dengan Yang Guo melihat kepada keikhlasan dan kejujuran gadis "lesbian" itu.

Cast

Jerry Yan as Xiang Yu Ping

Ella Chen as Yang Guo

Tonton: mysoju

 

Thursday, December 8, 2011

unifi

Semalam baru installed.
Awalnya nak pasang masa mula-mula masuk rumah Putrajaya dulu.
Lepas tu tak jadi.
Then baru-baru ni ada promotion free everything except the monthly bill terus daddy sign up.

Itu pun mula-mula push and pull juga.
Berpuluh kali orang TM call.
Hold...hold...hold!
Lama-lama dah fed-up dengan line Celcom and P1 terus on.

So semalam diorang pun datang pasang.
Sekarang sampai 15 Disember ni TM bagi promotion free semua channel Hypp TV diorang.
Tengoklah sampai muntah.
Lepas tu ada satu tv Korea.

Daddy tahu saya suka tonton drama Korea, so daddy cucuk suruh ambil package yang itu.
Hmmm memang taklah.
Mana taknya balik jer kerja Irfan dulu yang tertonggok depan Tv.
Kalau tak Upin Ipin, Nick Jr.
Zaman bilannya turn saya.

Oh, kitorang ambil package yang paling rendah.
RM 149.00/month.
Apa yang diberi?
Ada talian internet, telefon, dan 16channel hypp tv.
Ini kalau talian interent buat hal lagi...
Memang kena hantar surat terbuka kepada unifi...



Wednesday, December 7, 2011

Mahu-Mampu-Perlu

Kadang-kadang kita MAHU, kebetulan pula kita MAMPU, cuma kita belum PERLU...lupakanlah.

Kadang-kadang kita MAHU, tetapi tidak MAMPU, dan pula tidak PERLU...nantilah.

Kadang-kadang kita tidak MAHU, tetapi kita MAMPU, dan memang kita PERLU...belilah.

Kadang-kadang kita tidak MAHU, dan memang kita tidak MAMPU, tetapi kita sangat PERLU...dapatkanlah.

Kadang-kadang kita tidak MAHU, cuma kita masih MAMPU, sayangnya kita tidak PERLU...kemudianlah.

Kadang-kadang kita tidak MAHU, tidak pula MAMPU, dan langsung tidak PERLU...lepaskanlah.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tuesday, December 6, 2011

The World We Live

Kuala Lumpur: Ditetak kerana berselisih bahu di tandas.
Segamat: Bunuh bayi sendiri hasil hubungan terlarang.
Kangar: Pondan mengaku mahu menjadi lelaki sejati.
Port Dickson: Bayi 4bulan meninggal dunia ketika tidur kerana tersedak susu.
Shah Alam: Bantuan RM 500 untuk semua yang layak, bukan pilih bulu.


Kalau nak senarai masih panjang berjela lagi.
Dalam sehari macam-macam perkara berlaku dalam negara kita.
Yang baik, yang buruk, yang biasa-biasa, yang luar biasa.
Sedar tak sedar inilah dunia kita...the world we live.

 

Sunday, December 4, 2011

Projek Hujung Minggu

Minggu ni tak ada keluar ke mana-mana.
Dok umah mulalah rasa keras badan.
Jumpa kain yang belum berpotong.
Apa lagi...

Nak buat baju sendiri menang tak cukup kainlah.
Nak buat baju Irfan tak sesuai.
Terang-terang kain tu untuk gegirl.
Dapat idea terus potong.

Jadilah baju kurung kecik comel.
Daddy kata kiut tapi tak ada baby gitl.
Xpelah cousin Irfan sumer gegirl.
Soronglah kay depa nanti.

Nasib-nasiblah siapa yang muat...
Published with Blogger-droid v1.7.3

Saturday, December 3, 2011

The Fugitive: Plan B



Title: 도망자 / Do Mang Ja / The Fugitive : Plan B
Genre: Action, romance, comedy
Episodes: 20 + 1 Special

Sinopsis
Ji Woo (Rain) telah diupah oleh Jini (Lee Na Young) untuk menyiasat dan membongkar dalang di sebalik pembunuhan seluruh ahli keluarganya. dalam masa yang sama Ji Woo turut menyiasat punca kematiannya sahabatnya, Kevin dalam satu tragedi. Kerana kemalangan itu dia telah dituduh membunuh Kevin. Ji Woo cuba membuktikan yang dia tidak bersalah dan kemalangan itu sengaja dirancang untuk memfitnahnya. Ketika itulah Ji Woo dapat mengesan kematian Kevin ada hubungkait dengan pembunuhan seluruh ahli keluarga Jini.
The Fugitive: Plan B - apa sahaja yang dirancang oleh mereka pasti berakhir dengan plan B iaitu plan kedua. Tidak kira samada pihak yang diburu mahupun pihak yang memburu. Dan biasanya plan B adalah plan yang tidak dirancang secara rapi, datang dari idea spontan atau terpaksa.

Cast

Rain as Ji Woo

Lee Na Young as Jini

Daniel Henney as Kai


 

Thursday, December 1, 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya...


Macam yang ini...
Kenalah start ajor anak menyanyi dari sekarang...
Barulah esok beso boleh jadi retis terkenal...

Ye tak?