Wednesday, February 9, 2011

Resepi: Kuew Teow Ladna

Semalam petang masa tunggu waktu nak balik, lebih kurang dalam pukul 4.45p.m terfikir malam ni nak masak apa ye?

Makan nasi tak ada selera...tiba-tiba teringat rancangan kuali oh kuali last week, si Danny bawa kuali ke hulu ke hilir pergi masak kuew teow ladna.

Terasa macam sedap pulak bila membayangkan kuew teow ladna tuh.

Ini resepi dia:
Kuew teow (ikut suka nak banyak mana)
3 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris
Lobak merah
Jagung
Sayur sawi
Kubis
Kubis bunga
Cili padi
Dua cawan air
Dua sudu besar sos tiram
Dua sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air suam)
Sedikit sotong
Sedikit udang
Garam secukup rasa
*anggaran sayur ikut suka, kalau nak banyak bubuhlah banyak.

Kekdah memasaknya:
1.Panaskan sedikit minyak
2.Tumiskan bawang putih sampai naik bau
3.Masukkan sotong, lobak merah dan bawang besar. Gaul rata.
4.Bila dah separuh masak, masukkan sos tiram. Kalau bahan banyak bolehlah tambah lagi sos tiram tu.
5.Lepas lebih kurang 10minit masukkan semua sayur yang lain (jagung, kubis, kubis bunga, sawi, cili padi).
6.Kemudian masukkan udang. Gaul rata. Selepas 5 minit masukkan air. Biar mendidih.
7.Bila semua bahan dah masak, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit bergantung kepada kelikatannya. Dah puas hati tambahlah garam secukup rasa. Dah boleh hidang.



Saya punya sengaja letak sayur banyak-banyak, maklumlah baru baik demam tetiba terasa nak jaga kesihatan berlebihan pulak....
 Selamat menjamu selera.

Nota: Menu asal daripada rancangan kuali oh kuali dan my resepi.


3 comments:

Unknown said...

B... mukan dorang goreng dulu kew ini kuew teow???

Unknown said...

Ieza, 1st time cuba dulu mmg kitorang goreng dulu keow teow nya tapi kali ni buat tak goreng...rasa macam lagi ok pulak sbb kurang rasa minyak dan mual...tapi kalau nak goreng dulu pun tak ada masalah.Ikut citarasa masing-masing.

Unknown said...

ooo... gitu... sajer jep sayer bertanya sbb sayer nmpk org kedai sll buat mcm tu tapi sayer xminat p0ng sbb bila org kedai buat mang rasa dia sangat2 tidak sedap dan cepat muak... so tobat xmakan dah pasneh!