Sunday, January 1, 2017

Tahun Baru 2017 dengan Azam Paling Simple

Hai....
Selamat Tahun Baru 2017

Sempena tahun baru ni mari kita mulakan dengan azam baru. Azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita kira lupuslah. Tak mahu carry forward dah.

So untuk tahun baru ni aku dah nekad tak mahu dah tiru azam orang lain macam nak kuruslah, nak kayalah, nak melanconglah. No...no...no!

Tahun ni azam aku nak pencen.!

Sekian, terima kasih.

Monday, December 19, 2016

Home Decor

Hai...
Good morning
Good morning

Aku memang gemar scroll pinterest cari idea.
Especially idea untuk mendecor rumah dan projects recycle.

Salah satu recycle project yang aku pilih daripada pinterest ialah floor pouf.

Bila tengok tutorial macam senang.
So aku pun try buat.

Oh by the way aku dapat tutorial ni daripada blog Gina
Dia ada tunjuk step by step (bergambar)
Kauorang kalau nak cuba boleh jenguk blog dia.
Pada aku stepnya simple je sebab penerangan Gina jelas.

Wednesday, March 23, 2016

Fun Time... Potong Kain :)

Assalamualaikum...

Sementara semangat ni baiklah kita habiskan terus tutorial baju kurung kita ni.
Semoga ada manfaatnya kepada mereka yang nak jahit sendiri baju raya tahun ni.
InsyaAllah...

Ok... now masa nak memotong.
Tapi sebelum tu sila sediakan peralatan-peralatan yang mencukupi.

(1) Kayu pengukur
(2) Pita ukur
(3) Kapur / pensil penanda
(4) Gunting (yang tajam)
(5) Kain

Sedikit tips ye...
Untuk mereka yang pertama kali nak mencuba kak jeng nasihatkan beli kain cotton yang coraknya bersepah. Sebab apa? Sebab mudah untuk korang nanti nak gunting kain tu. Nak melintang ke, nak membujur ke, boleh saja. Dan lagi satu belilah lebih sikit. Lets say biasa korang buat baju kurung tu dalam 4 meter sepasang, cuba beli 4.5m atau 5m terus. Takut-takut masa gunting tu ada yang tersalah gunting so ada kawasan spare. Jadi tidaklah keseluruhan kain tu terbuang. Tak gituh.

Ok jom mulakan.


  • Ni contoh kain bunga bersepah so boleh potong membujur atau menegak. Tiada masalah.
  • Pastikan kain yang bahagian dalam (upside down) menghadap keluar masa nak tekan polar tu.
  • Kain lipat dua mengikut ukuran panjang baju.
  • Letak polar ikut gambar.
  • Pastikan kain pada bahagian kiri / kanan polar dilebihkan.
  • Tandakan keliling kain mengikut polar.
  • Kemudian tandakan pula 1/2" lebih besar pada bahagian kiri dan kanan polar.
  • Manakala bahagian bawah polar tandakan 1 1/4" lebih besar daripada polar.
  • Selepas dipotong korang beginilah sepatutnya ukuran kain.
  • Kiri kanan lebihan 1/2"
  • Bawah lebihan 1 1/4"
  • Angkat dan ketepikan polar
  •  Lepas alihkan polar, lipat kain menjadi dua (gambar kiri).
  • Potong sedikit hujung kedua-dua bucu kain yang telah dilipat tadi (gambar kanan).
  • Lipat dan ketepikan.





  • Untuk tangan dan pesak juga sama.
  • Bahagian atas tangan dan pesak (yang akan bersambung dengan badan) dilebihkan hanya 1/2".
  • Manakala bagi bahagian bawah pula dan bahagian buka tangan dilebihkan sebanyak 1 1/4"
  • Manakala untuk kekek, lebihkan keliling kekek itu sebanyak 1/2"
Untuk tebuk leher rujuk entry sebelum ni.

Ok dah siap potong kain.

Lepas ni sedia untuk menjahit eh.

Till then byeeeeeeeeeeeee


Tuesday, March 22, 2016

Polar Baju Kurung Pertamaku

Assalamualaikum.

Ok lama cuti so hari ni kita sambung balik tutorial Baju Kurung Pertamaku. Takut entry ni jadi panjang menjela so we cut all the craps and jump to the second step.

Sebelum tu, siapa yang belum baca first step which is cara-cara nak ambil ukuran bolehlah baca entry tu dulu. Sebab kalau tak ada ukuran macam mana nak buat polar pulak kan.

Ok andaikan sekarang dah ada ukuran, kita pun dah catat kan ukuran tu jadi boleh start buat polar.

Ini ukuran yang Kak jeng nak guna untuk buat polar:
Bahu : 14"
Panjang baju : 37"
Panjang tangan : 20"
Buka tangan : 13"
Pangkal tangan : 17"
Panjang pesak : 20"
Lebar pesak (atas) : 2.5"
Lebar pesak (bawah) : 4.5"
Kekek : 3.75"

Ok, kita start dengan badan.


  • Sediakan kertas polar yang bersesuaian. Boleh guna kertas minyak, brown paper (lebih keras dari kertas minyak), kertas majung atau apa-apa kertas yang besar.
  • Ukur polar badan seperti ukuran yang anda telah buat.
  • Seperti contoh gambar, polar badan (bahu = 14", panjang baju = 37")
  • Untuk polar tangan juga sama.
  • Pindahkan catatan ukuran yang anda anda: panjang tangan, buka tangan dan lebar tangan.
  • Untuk point dari titik A ke titik D tidak perlu ukur, hanya sambungkan sahaja kedua-dua point tersebut.



  • Sekarang untuk polar kekek.
  • Caranya sama seperti melakar polar tangan.
  • Dari titik A ke titik D tidak perlu diukur, sambung sahaja dua titik tersebut.
  • Untuk kekek lebih mudah. Buat satu bentuk empat segi dengan ukuran kekek yang telah anda perolehi. Like my mine 3.75" x 3.75".
  • Kekek ukur keliling mesti sama ye.
  • Polar tebuk leher.
  • First kena tahu ukur lilit leher masing-masing. Ukur keliling leher dengan ukuran yang longgar. Maknanya pita ukur tu jangan melekat dengan leher.
  • Then buat satu bulatan dengan diameter sama macam ukur lilit leher masing-masing.
  • Like mine, ukur lilit leher = 18.5" so diameter adalah 9.25".
  • Dah dapat bulatan, buat pula satu garisan panjang dengan ukuran 4"
  • Kemudian, buat pula satu lagi bulatan (garis putus-putus) dan satu bentuk segitiga (garis putus-putus) dengan jarak 2.5" (atau boleh juga lebih besar hingga 4").
  • Bahagian garis putus-putus tersebut akan dipotong.

So siaplah polar kita. Untuk bahagian kain kita akan buat berasingan. Jangan lupa mark setiap polar tersebut, bahagian apa dan berapakah ukurannya. So the next time nak guna kita tahu ukuran setiap polar tersebut.



Saturday, March 19, 2016

Kelas Pertama :)

Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu :)
Selamat bercuti :)
Selamat berhujung minggu :)

Sebenarnya nak bagitau..
Semalam kelas pertama menjahit baju kurung dah bermula semalam.
Buat dekat office je
Maklumlah hari Jumaat kan rehatnya panjang.
So kita ambil kesempatan tu untuk buat kelas.

Kelas untuk kawan-kawan je.
Semalam kita belajar ambil ukuran dan buat polar.

Mulakan dengan ambil ukuran daripada baju yang selesa dipakai.
Ikut je step by step yang kak jeng dah ajar sebelum ni dalam entry Baju Kurung Pertamaku
Tak ada orang kan yang boleh ambil ukuran untuk kita (kalau sorang-sorang di rumah)
So kita guna kaedah "tiru ukuran baju yang selesa dipakai".

Dah dapat ukuran catatkan.
Then pindah ukuran pada polar.
Setiap polar kita remark, itu polar untuk badan, tangan, pesak ataupun kekek.
Senang nanti kit atak lupa ataupun confuse.

Gunting polar dan ketepikan.
Jangan lupa setiap polar tu kita bagi nama.
Contoh: "Polar Baju Kurung Kak Jeng"
Senang next time nak guna dah tahu dah polar tu siapa yang punya.

Kepilkan semua polar bersama-sama.
Takut tercicir pulak kang.
Dah siap satu polar untuk sepasang baju kurung.

Ok, Insya Allah next week Kak Jeng up kan entry penuh step by step untuk buat polar.
Kita belajar sama-sama naaaa.

Till then, bye.
Have a nice and "warm" weekend everyone.

p/s: suhu cecah 39C dah weiiiiii