Wednesday, March 16, 2016

Hobby Baru

Assalamualaikum...

Wee hooo lepas seminggu muncul balik.
Gi tu lah kekdahnya.
Nama pun Kak Jeng.

Hari ni kan... kan... kan...
Kita nak cerita pasal hobi baru kitew.

Semenjak dua menjak ni kak jeng dah ada hobi baru.
Sebenarnya hobi baru ni bukan lah baru sangat.
Dah lama dah nak membuatnya cuma lahaiiiiiiiiiiii
Nak mula tu ampunlah...

Terkemut-kemut.
Banyak faktor yang mendorong kepada hobi baru ni.

Apakah? apakah hobi baru ku ittew.

Ta-daaaaaaaa!
Hobi baru kite bercucuk tanam.

Ini baru nak berjinak-jinak nak tanam carrot.
Yang dalam bekas pink ni baru hari pertama.
Korang pun boleh cuba.
Kalau beli carrot tu, bahagian pangkal dia tinggalkan.
Then lemaskan dalam air, tapi air jangan banyak sangat... agak-agak tenggelam separuh pangkal tu dah ok dah.
Lepas tu kalau boleh air rendaman tu ganti setiap hari supaya pangkal tu dapat ai bersih so dia tak membusuk.

Chang!
Yang ni bila dah berumur seminggu.
Belum boleh masuk dalam tanah lagi.
Teruskan merendam pangkal tu.
Kena tunggu tunas tu tinggi dalam empat ke lima inci baru boleh masuk dalam tanah.
Atau pun bila korang nampak daun pada tunas tu dah ada melebihi lima helai daun.

Ok nanti kalau kak jeng punya dah ready untuk masuk dalam tanah, kak jeng tunjuk eh.
Tanam carrot ni bukan apa sebenarnya.
Kitorang dalam rumah tu makan carrot sekali sekala, tapi bila beli mesti kena ambik dua batang sebab dia dah bungkus sekali macam tu.
Kang yang sebatang tinggal tu mesti layu and buruk tak termakan.
Jadi marilah gigih menanam sendiri.
Seronok juga sebenarnya bila dah terjebak dengan hobi baru ni.
Ada lagi beberapa pokok yang kak jeng dah tanam.

Esok-esok i show off eh.

Daaaaaaaa



Friday, March 4, 2016

Kampung Boys and Girls

Assalamualaikum...

Weeeeeeeee masih gigih bersiaran. Four days in a row. *fireworks insert* *clap clap clap*

Ok ini cerita balik kampung. Biasa kitorang sekeluarga tak ada jadual untuk balik kampung. Rasa minggu ni nak balik, pack bag, balik. Agak-agak bulan ni nak balik dua kali, balik. Gitu kaedahnya.

Biasa tiap kali balik kampung, anak-anak akan dikurangkan dengan aktiviti tab and gadget. Kita akan trains untuk jadi kampung boys and girls. Tapi tak adalah aktiviti yang extreme sesangat pun. Acah-acah mainan kampung jer. Sebab bebudak ni ajak turun bendang kering pun terjerit-jerit takut. Apa cer!


Ini dalam keadaan rembang petang. Cewah... bajet jurufoto profesional lah kononnya.

So aktiviti paling win pun lawan bot kelapa. MR. Daddy tolong buatkan daripada pelepah tandan kelapa tu. Buat sorang satu campak dalam parit. 


Ha itulah dia sampan buatan untukm ereka. Tapi air parit agak cetek plus tenang pulak petang tu so sampan pun bertolak ala-ala makan angin jer. Slow and steady. Terjerit-jerit dua beradik memberi sokongan kepada sampan masing-masing.

Orang yang lalu-lalang tengok pun rasa sedih. Kesian budak bandor jarang-jarang dapat jumpa parit. Yang banyak adanya longkang yang busuk.

Bila sampan dah karam, sambung aktiviti main baling batu pulak. Lantak koranglah janji jangan terjun dalam parit tu sudah lah. Walaupun cetek tapi tak ada sesiapa nak terjun selamatkan korang.

Sampai menangis-nangis tak nak berenti main.

Nampak tak bangunan hijau yang sayup-sayup pandangan. Itulah dulu sekolah rendah agamaku. 6 tahun sekolah dekat situ.

Ok itu sahaja cerita kampung boys and girls.

Daaaaaaaaa

Rug Rag.. Buat Jer Sendiri.

Assalamualaikum...

Walla! Masuk hari ketiga bersiaran tanpa jemu. Cewahhh bajet sangat ni. Entah kenapa berkobar-kobar rasa nak berkongsi cerita. Rasa membuak-buak perasaan nak menulis tu. Bagai tidak dapat ditahan-tahan.

Pang sekali! Yang blog lama bersawang tu tak sedar diri pulop!

Ok hari ni cerita beserta tutorial ringkas.

Moh kita buat Rug Rag sendiri. Oh kejap, ada ke yang tak tahu rug rag tu apa.
Ok, menurut kamus google rug rag tu permaidani. Tapi biasa kita dekat Malaysia ni selalunya jadikan alas kaki je. Beli dekat Mydin ke, Giant ke, Tesco ke, sekepin dalam RM10.00 ke atas.

Tapi selalunya yang RM 10.00 tu yang hat nipis cepat terburai tu. Basuh dua tiga kali, jahan-nam!

So kali ni Kak Jeng akan tunjuk cara-cara buat rug rag sendiri.

Sebelum tu mohon sediakan bahannya.

First, gunting kain jadi empat segi macam gambar. Boleh buat dalam saiz yang lebih besar. Saiz yang Kak Jeng tunjuk tu adalah saiz minimum (around 3.5" x  6"). Kalau korang gunting kecik lagi dari saiz tersebut hazab nanti nak menjahit. Boleh guna apa-apa kain perca. Jangan gigih sangat beli yang baru. Gunting jer dari baju-baju kurung korang yang lama-lama tu atau t-shirt lama korang atau tuala buruk korang. Semua pun boleh.

Lepas tu masa nak mula jahit tu, gulung dulu kain empat segi tadi. Untuk starting yang pertama, korang lipat bahagian hujung gulungan tu membentuk bulat atau lonjong atau empat segi. Apa-apa bentuk yang korang nak rug rag korang jadi nanti. Tak kisah. Then jahit gunakan jenis zig zag.

Macam Kak Jeng pilih bentuk bulat, jadi korang jahit tu ikut jer bentuk tu. Rapatkan gulungan yang baru pada gulungan yang dah dijahit tu. Tinggal dalam setengah inci dah habis, sambung gulungan kain yang baru, supaya rug rag korang tak terputus.

 Hampir separuh. Pastikan masa korang nak mulakan jahitan bahagian yang akan membentuk bulatan besar tu akan terpusing ke belah luar mesin korang. Iaitu belah kiri. Kang kalau tersalah pusing, naya nak menggulung rug rag tu nak sambung jahit. 

 Hampir 3/4 siap. Susunan corak, pandai koranglah. Ikutlah kreativiti masing-masing. Korang juga karang yang nak pandang benda tu 24 jam sehari.

 Finished product! Hampir 2 1/2 jam menyiapkan sehelai ni. Maklumlah first time. Bila dah siap separuh tu baru tahu tips and trick untuk buat lebih laju. Insya Allah lain kali kita buat hat lain pulak. Yang ni kita anggap sebagai try an error.

Nota kaki 1: gunakan benang warna kelabu untuk apa jua jenis fabric dan warna yang korang guna sebab warna kelabu warna yang paling sesuai untuk semua corak dan warna fabric.

Nota kaki 2: Sorry sangat-sangat kalau korang rasa tutorial ni kurang mantap sebab dah separuh buat baru teringat nak ditutorialkan. Nampak sangat bukan blogger tegar.

Ta-taaaaaaaaaa


Thursday, March 3, 2016

Circle Skirt... Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum...

I'm back again. Wah dua hari berturut-turut keluar entry. Nampak macam dah ada perubahan kan. Kononnya lah. Entah bertahan sampai bila, tak sure lagi.

Hari ni nak show off benda lain pula.

Jeng... jeng... jeng

Circle Skirt atau pun Skirt Bulat.

Asalnya nak buat untuk diri sendiri tapi tersalah ukur... jahanam skirt aku. Tapi untuk elakkan pembaziran kita buatkan skirt untuk si anak dara. Lebihnya buat baju blouse sendiri. Dah, puas hati aku!

 Circle Skirt untuk si anak dara

 Skirt ni akan beralun-alun walaupun kau cuba kembangkan dia

 Macam biasa untuk effect yang lebih dramatic kita kena pakai photographer dan modal profesional.

 Bahagian pinggang tu Kak Jeng guna kain lycra ganti getah sebab kain lycra kan memeri so sangat sesuai.

 Model profesional ni sebenarnya sangat cerewet dalam berfesyen... hanya fesyen-fesyen menyerupai princess sahaja yang akan dipakai untuk digayakan.

Nampak tak, bila skirtnya dikembangkan. Skirt tu akan jadi ala-ala bentuk D.

Yang ni pun insya Allah Kak Jeng akan keluarkan tutorial. Sebab yang ni kalau tak bagi tutorial memang kemutlah aku. Senang gila kot nak buat. Tapi mohon bersabar. Maklumlah yang menabur janji ni namanya Kak Jeng *wink wink*


Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 2, 2016

Handmade Bag... I Did It!


Assalamualaikum...

Ha kan dah kata dah... rajin aku tu cuma minggu pertama tahun baru je. Lepas tu mulalah tebiat lama. Malas dan aku memang tak dapat dipisahkan, bagai aur dengan tebing...bagai isi dengan kuku.

Tapi aku malas nak menaip jer...
Malas nak update blog...
Kerja belakang tabir aku rajin.
Gittewwwwww

Ok tak payah mencarut tak tentu hala, kita terus fokus pada tajuk dulu.
Nampak tajuk entry tuh.
Handmade Bag uolssssss
*kembang hidung*

Aku ambil masa sehari untuk siapkan bag ni.
Yang paling mencabar untuk aku adalah mencari aksesori untuk bag tersebut macam bag strap, bag handle, studs, magnetic button.
Kebanyakan yang jual adalah dari website oversea.

Sangat sedikit yang dari Malaysia so harganya ampunlah kan.
Termasuk postage ko boleh beli sebuah bag yang baru.
Tak payah hazab ko nak membuatnya.
Tapi sebab minat dan suka punya pasal, aku gigihkan juga cari.
Mujur dapat.


Boleh guna long strap jadikan beg silang

Boleh guna short handle jinjit dekat tangan


Bahagian dalam, ada dua poket kecil dan satu poket berzip. Oh bahagian luar pun ada satu poket berzip.

InsyaAllah next time Kak Jeng bagi dengan tutorial sekali tapi jangan ditunggu ye... maklumlah sahajalah.

Chow Chin Chow