Monday, June 16, 2014

Si Puteri

Si puteri yang banyak ragamnya. If nak suruh duduk tu memang boleh terkeluar anak tekak. Itupun belum tentu lagi dia duduk. Tak reti penat. Ada sesaja kerja yang nak dibuatnya. Habis-habis kalau dia boring si abanglah yang menjadi mangsa.

Tapi dia jugalah penyeri.

Si kenit yang lasak dan garang tapi manja. Tak pandai duduk diam tak kira dekat mana. Paling susah kalau makan dekat luar. Berasap bontot dia kalau dipaksa duduk.

Sebab tu if nak makan luar sure pilih restaurant yang ada privasi sikit. Kenalah keluar pun lebih. Lantaklah asal boleh makan dengan tenang. Kalo tak sure ada yang tercekik tulang ayam.







Makan luar last week. Macam biasa si puteri kerusi dia kena besar, senang dia nak bersilat. Duduk meja sebelah-sebelah dengan orang kang terkejutlah pulak orang tu. Tetiba makanan yang dia tak order sampai...terbang pulak tu!!!

Wednesday, June 11, 2014

Rabu Yang Bisu v.11



Thursday, June 5, 2014

Birthday IBU

Assalamualaikum...

Ini cerita yang telah beberapa minggu berlalu.

Saja buat throwback untuk menguji daya kekuatan ingatan...kononnya. Yang ianya malas nak menulis. Apa yang rajin pun tak tahulah. Semua pun MALASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.

Birthday IBU. Ibu lahir bulan Mei tanggal 27. Tahun ni birthday Ibu jatuh hari Selasa. Hari bekerja. So pagi-pagi adik-beradik dah call ibu wish birthday. Nak celebrate memasing jauh bekerja. Tapi mujur juga ada adik dua tiga orang yang tinggal dekat dengan ibu. So diorang lah bagi pihak sambut birthday ibu. Kitorang yang iauh-jauh ni tumpang tengok gambar jer.










Ok habis cerita dah pergi buat kerja.


Wednesday, June 4, 2014

Rabu Yang Bisu v.10




Tuesday, June 3, 2014

Hasil Dari Berjalan-jalan Meninggalkan Kerja

Assalamualaikum....

Selamat pagi Selasa semua. Mari mulakan hari kita dengan doa yang baik-baik. Dan jangan lupakan juga doa buat kedua ibu bapa tak kisah lah pada yang masih ada ibu dan bapa atau yang telah tiada. Ingat doa dari anak-anak yang soleh dapat membantu mereka di alam sana. Kalau susah sangat pun sedekahkan surah al fatihah buat mereka.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan sebelum bulan puasa tiba. Ahkak sebebnarnya ada niat nak puasa dalam seminggu dua sebelum Ramadhan. Nak biasakan diri. Nanti masuk bulan Ramadhan tidak lah lembik semacam jer. Ye tak!

Dan bercakap pasal bulan Ramadhan terkenang-kenang kain baju orang yang masih berbaki lagi. Actually dah berazam nak siapkan semua kain baju sebelum bulan Ramadhan. Seboleh-bolehnya Ramadhan tak nak lah sibuk dengan mesin jahit bagai. Iyalah masa tu lah kita kena tumpu buat amal ibadah lebih sikit kan. Tapi tulah...........azam tak kuat.

 Inilah keadaan bilik jahit selama seminggu. Dan kain yang terbentang tu berada di situ untuk tempoh seminggu juga lamanya. Jadi kekdahnya kita tutup sahaja lah bilik tu. Kang dah rajin kita sambung ye dok.

Longgok jelah kain di mana ada ruang. Tak kuasa mak nak mengemas nya. Tengah tak ada mood...keMALASan.

Kok gini lah gayanya mampukah ku realisasikan impian untuk menyiapkan semua tempahan sebelum Ramadhan. 

Chai yok! Chai yok!