Tuesday, June 3, 2014

Hasil Dari Berjalan-jalan Meninggalkan Kerja

Assalamualaikum....

Selamat pagi Selasa semua. Mari mulakan hari kita dengan doa yang baik-baik. Dan jangan lupakan juga doa buat kedua ibu bapa tak kisah lah pada yang masih ada ibu dan bapa atau yang telah tiada. Ingat doa dari anak-anak yang soleh dapat membantu mereka di alam sana. Kalau susah sangat pun sedekahkan surah al fatihah buat mereka.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan sebelum bulan puasa tiba. Ahkak sebebnarnya ada niat nak puasa dalam seminggu dua sebelum Ramadhan. Nak biasakan diri. Nanti masuk bulan Ramadhan tidak lah lembik semacam jer. Ye tak!

Dan bercakap pasal bulan Ramadhan terkenang-kenang kain baju orang yang masih berbaki lagi. Actually dah berazam nak siapkan semua kain baju sebelum bulan Ramadhan. Seboleh-bolehnya Ramadhan tak nak lah sibuk dengan mesin jahit bagai. Iyalah masa tu lah kita kena tumpu buat amal ibadah lebih sikit kan. Tapi tulah...........azam tak kuat.

 Inilah keadaan bilik jahit selama seminggu. Dan kain yang terbentang tu berada di situ untuk tempoh seminggu juga lamanya. Jadi kekdahnya kita tutup sahaja lah bilik tu. Kang dah rajin kita sambung ye dok.

Longgok jelah kain di mana ada ruang. Tak kuasa mak nak mengemas nya. Tengah tak ada mood...keMALASan.

Kok gini lah gayanya mampukah ku realisasikan impian untuk menyiapkan semua tempahan sebelum Ramadhan. 

Chai yok! Chai yok!


No comments: