Friday, April 11, 2014

Pecah Tumit

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang barakah.

Siapa sini yang biasa pecah-pecah tumit. Yang jenis merekah yang pedih-pedih tu. Ahkak selalu jadi macam tu. Especially bila banyak berdiri or berjalan. Nanti tumit akan pecah-pecah. Yang kadang-kadang boleh sampai pedih-pedih. Kadang bila merekah teruk sangat tu nak berdiri pun terpaksa jangketkan tumit supaya tumit tu tak bekerja, tak perlu menampung badan kita.


See teruk kan. Ini kalau berdiri kena jangket-jangket sebab kalau tak memang terasa pedih dekat tumit tu. Ini pun sebenarnya dah kurang sikit. Kalau ikut keadaan awal lagi teruk, nak ambik gambar pun tak sampai hati.



Ini lepas dirawat. Nampak ok sikit. Walaupun masih ada saki baki pecah tu tapi berjalan normal tu dah ok. Tak adalah pedih macam sebelum tu. Tumit pun nampak smooth. Idaklah huduh sangat.


Inilah losyen yang ahkak pakai untuk merawat tumit-tumit ku yang pecah. SkinLabs. Beli dekat guardian. Kalau tak silap regenya tak lebih lima puluh hengget. Tak ingat pulok. Ini 100ml. Losyen ni keluaran Australia.


Yang penting halal dan selamat digunakan. Anatara kelebihan SkinLabs ni:-
1. Reduce scar visibility (terbukti.)
2. Diminish stretch marks (tak cuba)
3. Prevent dry cracked and damaged skin (terbukti)
4. Lighten acne and other blemishes (tak cuba)
5. Reduce the sunbun effect (terbukti)
6. Reduce the occurrence of new wrinkles (tak perasan)

Ok yang dalam kurungan tu pengalaman ahkak sendiri. So far ahkak memang sherasi bersama dengan SkinLabs ni. If korang nak cuba boleh lah try cari dekat guardian. Yang 100ml tiub yang paling kecil. So oklah itu sahjaa pengalaman ahkak bersama SkinLabs.



*Ini bukan entry berbayor yek.*


Thursday, April 10, 2014

Running Nose

Assalamualaikum uollssssss...

Kak Fifi tak berapa sihat dua tiga hari ni. Selsema, sakit tekak, batuk, sakit kepala. Semua haih nak datang serentak. Memasing tak nak sabar. Datang sekali harung. Semalam kalah jugak. Pergi klinik mintak MC. Memang tak buat apa dekat rumah. Dok kerja tidur jer. Kombinasi ubat yang diberi tu memang tip top.


Yang kaler pink kecik tu ubat selsema. Masa makan memang tak rasa apa macam tak makan apa-apa jer sebab kecik sangat tapi dia punya effect perghhhhh. Bagi 15 minit jer hanyut terus. Macam semalam makan dalam pukul 2 macam tu, lepas tu terus tertidur. Jaga-jaga dah pukul 6. Itupun sebab anak-anak dah balik rumah terus mencari mummy dia. Kalau idak tak tahulah santak sampai pukul berapa.

Malam tadi pun makan lagi. Pagi ni datang kerja rasa hang jer kepala. Belah kanan ni pun masih rasa berat lagi. Tak sure sebab kesan ubat tu masih ada atau sebab memang kepala ting tong sebab tak berapa sihat ni. Badan pun rasa sejuk sangat. Tapi kuatkan juga semangat datang kerja. Sebab kalau duduk rumah jer pun rasa tak membantu apa-apa. Hopefully hari ni makin kuat. Insya Allah.....


Monday, April 7, 2014

Ketiadaan Model

Hai uollssss salam Monday.

Assalamualaikum.

So macam mana weekwnd uolls. Iolls balik Kl rumah MAMA weekend lepas. Terkebetulan tak da air. Kan KL Selangor air kena catu. Tapi now kena catu bukan sebab bekalan air tak cukup tapi sebab kandungan amonia yang terlalu tinggi dikhuatiri menjejaskan kesihatan. Kata Syabas. Bukan kata ahkak. Jadi cadangan catuan air mungkin akan berlanjutan hingga bulan December 2014. Macam melampau jer rasanya.

Tak per itu nanti kita tunggu pengumuman Syabas, if benar akan berlaku sure akan ada pihak yang memberontak. Air keperluan asas kot. Api tak ada gagah lagi walau rasa jugaklah seksanya tapi air tak da memang kes naya lah.

Ok back to my story. Since kak Fifi ada terima tempahan tudung and shawl untuk bebudak, terpaksalah si bujang ni jadik model untuk buat ukuran. Maklumlah gegirl kak Fifi tu kecik benor nak amik ukuran dia. Lagipun budak tu bukan boleh sarung apa-apa, menggelabah dia buang. Belum sempat nak ukur pun.

Muncung mulut abang Irfan, mami lilit shawl dekat kepala dia. Terpaksalah nak oiiiiii, tak ada orang lain dah.

Next time mami carik patung budak buat ukuran yek. Si Irfan ni walau muncung-muncung pun tapi tetap willing nak tolong. Cuma beratus kalilah dia akan confirmkan dengan kita yang apa yang dia pakai tu bukan dia punya....


Thursday, April 3, 2014

Tempahan Baju Raya

Assalamualaikum uolllsssssssssssssss...

Ceria kak Fifi hari ni. Actually hari-hari pun kita kena ceria baru lah nampak muda gittew.

Ok-ok kembali ke pangkal jalan. Sekarang dah masuk bulan April. Kejap jer kan. Masa berlalu memang tak perasan. Benar seperti firman Allah:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

: Al-Asr (1 - 3)

Semoga kita tidak menyesali masa-msa yang telah berlalu. Sigh.

Oh, masuk bulan empat ni dah ada 2 customer hantar baju raya. Terkujat kak Fifi. Katanya takut nak hantar lambat-lambat kang tak terima dah. Memang pun. Ahkak seminggu sebelum puasa memang tak ambik dah. Sebab aim menjahit danya sampai seminggu pertama bulan puasa. Lepas tu tak mahu jahit. Ialah dalam bulan mulia gitu baik lah kita perbanyakkan amal ibadat kita. Kan ke beribadat di bulan Ramadhan pahalanya berlipat ganda :)

Customer pertama ni officemate. Sekali dengan baju anak-anak semuanya total jadi 7 pasang. 

 Yang kain belah kiri tu 10m untuk 3 pasang. Kiranya sedondon di hari raya. 

 Tadaaaaaaa... satu baju dah siap. Siapkan awal sebab akak tu nak jahit kemasan karipap sendiri pada leher baju ni.

 Ini baju MAMA. Actually baju ni sekali dengan baju adik ipar. Tapi yang adik punya masih on the way. Cantikkan warna and coraknya.

Inilah contoh jahit kemasan karipap pada leher. Ada orang panggil kerang. Mana-mana pun boleh. Actually MAMA tak minta pun tapi sebba kain sutera rasa sayang pulak nak tindih mesin jer. So merajinkan diri menjahitnya.


NAmpaknya kenalah beli kain untuk buat baju raya Irfan dengan Nuha awal-awal. Takut kang sibuk jahit baju orang baju anak sendiri tak siap juga. Tapi puasa ganti jangan buat-buat luupa pulak. Kak Fifi tinggal lagi sehari. Chai-yok! Chai-yok!


Tema apa kita tahun ni?


Wednesday, April 2, 2014

Show-off

Sebenarnya nak buat entry bisu wordless wednesday. Tapi kang mesej untuk menunjuk-nunjuk tu tak sampai pulak. Jadi buatlah entry bercerita. Mula-mula kita kasik up gambar selfie diri sendiri dulu.



Ok nampak tak. So apa yang nak ditunjuk tu. Cer korang tengok inner shawl akak dengan baju yang kak Fifi pakai tu. Sama kan.

Ok itu jer pun yang nak ditunjuk-tunjuk.

Dah gi sambung buat kerja balik.


Tata-titi-tutu.