Thursday, January 9, 2014

Mami Kena "Pau"...

Dengan si omok Nuha Syarafana. Budak ni memang lah gegirl. Pergi jalan-jalan pantang nampak bear mesti meroyan mintak sekor. Unfortunately mami dia jenis kureng sikit dengan bear-bear ni. Tak berapa suka sebab tak reti nak basuh bear tu. Tapi yang mami tak suka tu lah yang Nuha paling suka.

So semalam pergi makan. MR. Daddy belanja sushi king. Orang belanja kita hadap jer lah apa yang dia suka makan. Lagipun Irfan suka soba dekat sushi king tu. Mak inchik macam biasa ayam tempura. Tetaplah tak akan ku telan benda-benda mentah tu. Mintak mahap.

Habis makan Mr. Daddy ajak masuk parkson sekejap. Sebab katanya ada sale. Dia nak beli baju anak-anak. OK i follow. Pusing-pusing cari baju anak. Dapatlah dua helai untuk Nuha dan sehelai untuk Irfan. Lain-lain saya tak berkenan sebab sama jer pattern nya. Last sekali nak bayar lalu sebelah kawasan lambakan teddy bear. Memang tak perasan. Zap Nuha sambar sekor. Tak nak lepas dah.

Bila Mr. Daddy tarik mengamuk macam kan ko lempang-lempang. Penyudahnya tak tahan tengok pelakon air mata tu terus-terusan buat drama belilah jugak. Mujurlah tak mahal. Kalau beratus memang jangan mimpi.
Balik terus berkawan dengan bear baru dia. Mami dah fengsan kepenatan.





Diaraknya lah kawan baru dia tu ke hulu ke hilir. Habis jadi penyapu. Nak kendong tak larat. Dah menatang tu sama saiz dengan dia. Bila dah waktu tidur suruh dia tidur, ditidurkannya dulu bear tu. Siap tepuk bahu bear dengan nyanyi lagi. Entah berapa lama boleh jadi kawan baik pun tak tahulah. Kita tengok je lah nanti.


Wednesday, January 8, 2014

Rabu Yang Bisu v.5






Tuesday, January 7, 2014

Chinese Muslim Food

Saya ni sebenarnya memang agak memilih kalau bab-bab makan ni. Tapi chienese food yang dah diislamkan saya boleh telan. Dan suka sebenarnya. Especially diorag punya dim sum. Sedapnya lah hai. Nak buat sendiri memang fail lah. Fail tang buat kulit dimsum tu. Selalu "bocor".

Restoran chienese muslim food yang saya agak suka adalah Restoran Muhammad Chan. Yang selalu kitorang pergi yang dekat bangi tu. Dekat Shah Alam pernah pergi sekali. Itu pun sesat. Bersungguh-sungguh minta MR. Daddy cari jugak sampai jumpa. Sebab masa tu dah ada dekat kawasan Shah Alam.

Minggu lepas kot return balik ke restoran Muhammad Chan ni. Itu pun MR. Daddy yang pelawa. Tapi macam biasa mesti dimsum dah banyak habis. Tinggal dimsum yang tak berapa popular. Ah-kak pun tak nak! Agaknya nak kena pacak depan kedai dia sebelum kedai buka kot baru dapat merasa semua dimsum. Tak pun call reserved awal-awal.

Malam tu tak ambik banyak lauk. Cuma tiga jenis lauk campur dengan nasi ayam Irfan. Mamat tu kalau makan kat luar tak dapat nasi ayam patah hati dia. Tak jemu ke apa. Untuk mak bapak kita order yang boleh muat dalam perut jer. Itupun rasa macam terlebih juga.

 Terung goreng crispy. Yang ini saya yang paling banyak melantak. Saya memang suka terung. MR. Daddy makan dua tiga slice jer.

 Siakap sweet sour. Ikan yang dihantar memang sama macam dalam gambar menu besar. Itu yang terliur tu. Eh tengok gambar ni tiba-tiba rasa macam nak lagi pulak. Sedapnya lah.

Buter prawn. Epik! Memang sedap. Telur serabut tu rasa masin-masin. Memang sedaplah. Arghhhhhhhhhh terasa-rasa di tekak. 




Sunday, January 5, 2014

Reunion

Small gathering arranged by my exclassmate. Semuanya berlaku tiba-tiba. Tak adalah grand manapun. Sekadar bertujuan berkumpul semula selepas 15 tahun habis sekolah. Phiewwww memang macam tak percaya.

Kiranya rancang nak jumpa ni memang on the spot. Hari ni sebut. Then dua tiga orang susun tarikh and timing. Then lagi a few kata setuju datang. Then sorang volunteer pick her own house untuk jadi tempat berkumpul. Credit to our ex vice president yang sediakan foods. Semua foods hanim yang cater.

Sampailah hari yang dijanjikan. Start pukul 4.00 pm up sampai pukul 8.00. Tapi me keluar rumah pun dah pukul 3.45. So whatsapp dalam group kata pukul 4.30 sampai kot. Sekali masa kitorang sampai saper pun tak ada lagi. Kitorang first. Punyalah excited.

Bila dah ramai yang sampai barulah tahu diorang lambat sebab sesat. Sesat sebab ikut direction map yang tuan rumah bagi. Kitorang google sendiri plus familiar dengan kawasan kejadian. Tidaklah sesat barat.

Orang paling excited sampai paling awal walhal paling jauh. Tapi memang biasa macam tu kan.

Second family yang sampai. Yang perempuan tu classmate kitorang; Nana yang lelaki tu schoolmate kitorang; Halim. Cinta satu sekolah

Yang ni yang paling kelakar. Both our classmate; Aren and Jaja. Cinta sekelas.


Ketibaan VVIP yang seterusnya.



The girls


Kawan bergaduh dan ketawa. Kau maki aku; aku maki kau. No heart feeling.


The kids. Memang happy lah semua sebab ada swimming pool. Masing-masing sampai dah menggeletar tetap bertahan tak nak naik.


Foods and preparation. Memang tiptop lah Hanim ni buat.

The friendship.

Moga ukhwah persahabatan ini kekal selamanya.

Saturday, January 4, 2014

Weekend

Weekend pertama untuk tahun baru. Hari Jumaat dah bagitau MR. Daddy nak bawak Irfan pergi main bowling. Tapi tak bagitau pada Irfan dulu. Takut tak jadi pergi merempan pulak mamat tu.

So MR. Daddy tanya nak main dekat mana? Kebetulan nak cari kain buat shawl untuk wedding adik februari nanti so alang-alang terus ke IOI Mall. Lagipun MR. Daddy pun nak beli seluar kerja.

Keluar agak lambat. Lepas Zuhur baru gerak. Singgah makan dulu. Then baru ke IOI. Ngam-ngam masuk kawasan parking hujan. Terus parking bawah sebab parking berbumbung. Tapi sesaknya ya ampun. Tiga empat kali round cari parking baru jumpa.

Settle beli kain semua, masuk popular sat. Then terus gerak cari pusat bowling. Masa ni Irfan dah bising tanya nak pergi mana? Sampai jer depan pusat bowling tu terus excited. Mana taknya selalu main dalam ipad jer kali ni betul-betul depan mata.

Irfan dengan MR. Daddy jer yang main. Mami jadi camerawoman. Si kenit Nuha kemain hyper dalam tu. Tempat favourite yang nak ditujunya lorong pin. Dia mengejar bola yang abang dia baling.




Balingan pertama dengan tunjuk ajar. Masa ni dia malu-malu lagi nak main.




Lepas dah teruja tak nak dipegang dah. Dia nak buat sendiri.




Yang ini yang paling payah nak handle. Jalan tak nak pimpin-pimpin. Sebab dia ada hala tuju dia. Tak boleh leka langsung.

MR. Daddy amik satu game jer. Irfan nak lagi tapi tak lalu dah. Tak lalu nak mengejar si kenit. Janji dengan Iefan next time lah. Kebetulan dia pun dah lapar so tak delah susah sangat nak pujuk.