Thursday, May 9, 2013

Kain oh Kain!

*lap peluh di dahi*
Pergh...ini hasil muatan untuk dua minggu.
Dua minggu punya kumpul.
Ha kau!
Nampak tak dia punya busy tu macam mana.
Bukan nak kata lah.
Puii!

Balik dari kampung lepas GE-13 tu terus mengerjakan dua bakul gunung berapi nih.
Tak lalu dah nak menengoknya.
Sebelum segala larva nya terkeluar...biarlah saya kerjakan dulu.

Pling!!!
Sekejapan sahaja dah settle.
*pusing pinggang kiri kanan*
*kaki lunjur ke depan*
Sekejaplah sangat!
Siap pasang mp3 ko!
Takut ada yang tertidur sambil lipat kain.
Punyalah sadis...

Eh, nampak sikit ek?
Memanglah sikit.
Separuh dah kusimpan baru teringat nak ketik gambar.
Memang vodohlah kalau ku keluarkan balik.
Lagi separuh dah ku sangkut dengan hanger.
Work smart, remember!

Pergh kelapangan di dada.
Sejuk perut tengok bakul ni kosong.
Abaikan beg besaq itu.
Ada motip beg itu duduk di situ.
*angkat kening*

Wednesday, May 8, 2013

Macam-macam

Rangkuman cerita untuk tuan tanah yang pemalas nak menaip.
Start dengan cerita GE-13.
Yup saya tahu dah basi.

Cuma nak tegur sikit.
Bagi mereka yang terlalu fanatik.
Bagi mereka yang masih tidak mahu menerima kenyataan.
Bagi mereka yang masih rasa diri mereka benar dan betul.

Stop it people.
Berhentilah bercakap.
Bukan untuk yang kalah sahaja.
Yang menang juga sama.

Yang kalah, ingat!
Allah belum tunaikan hajat dan impian kamu kerana Dia ada better planning buat kamu.
Yang menang, ingat!
Kamu memegang amanah rakyat, ini akan ditanya di sana nanti.
Kuku yang biru di merahkan.
Hasilnya kuku yang gelap gelita.


Kan lagi elok kalau kita bersama.
Makan chapati cicah dengan kari.

Yang menang toksah lah bongkak!
Yang kalah berhentilah memekak!

Second story pasal si kenit Nuha.
Eeeeeee geramlah dengan budak kenit sorang nih.
Makin besar makin pandai tunjuk ragam.
Now dah pandai nak pilih orang.

Tak semua orang sekarang boleh dukung dia.
Nuha tak mahu.
Dia cuma mahu kalau orang tu dukung dia mesti bawa dia berjalan.
Means ko tak boleh pegang dia lepas tu dok melopong tengok tv.
No! No! No!
Memang ko kena blacklist lah dengan dia.

Mami sahaja yang boleh buat gitu.
Nak tergolek terlentang boleh!
Dengan syarat sebelah dia.
Salah satu anggota badan dia mesti kena badan mami.
Tak kisahlah tangan dia dekat muka mami ker.
Kaki dia dekat perut mami ker.
Janji kena!

Letak dalam walker sebab saya nak lipat kain.
Jangan kata nak lipat, nak pegang kain pun tak dapat.
Tengoklah muka tu.

Dia kalau suruh menjerit...pergh memang champion.
Sampai tingkat 18 boleh dengar suara dia.
Punya lah gigih dia meneran suara dia
Selagi tak diangkat selagi itulah menjerit.
Tak tahulah sampai bila.
Kalau ikut perangai abang Irfan sampai umur 3 tahun asyiklah mamiiiiiiiiiiiiiiiiii

Tuesday, May 7, 2013

Beri Laluan...Beri Laluan!!!

Assalamualaikum and Good Morning.
Tuan-tuan...Puan-puan
Mengumumkan pada hari yang berbahagia ini
Merupakan Hari Jadi Tuan Tanah

Jadi pada hari ini sila beri laluan pada tuan tanah untuk merungut
Ker tiap-tiap hari tuan tanah kerjanya memang merungut.

Tahun ini genaplah tuan tanah mencapai usia 23 tahun.
Eh salah taip!
32 tahun.
Hmmm banyak jugak dah angka tu.
Tapi apa nak kisah.
Umur itu hanya angka.

Cuma itu petanda usia semakin singkat.
Mati semakin hampir.
Amalan???
Argh...ngeri!

No celebration.
Cuma petang ni nak beli kek.
Alasan makan luar.
Meh meh meh.

Monday, May 6, 2013

Surat Cinta dari Arwah

Kelmarin habiskan masa dengan mengemas bilik kerja.
Simpan semua barang-barang yang digunakan hanya sekali dan sekala.
Habis kemas dapat dua kotak besar barang yang akan dikemas.

Masa tengah kusyuk dan tawaduk mengemas tu jumpa sepucuk surat.
Surat Cinta dari Arwah.
Terus terkenangkan arwah.
Arwah mencintai saya sehingga ke akhir hayatnya.
Sepanjang 28 tahun saya bernafas di bumi tuhan ini.

Sehingga saya berkahwin cinta arwah tidak pernah luntur.
Saya tahu itu.
Arwah selalu menjadi orang pertama berdiri di belakang saya ketika saya perlukan sokongan dan dorongan.
Arwah selalu menjadi orang yang paling kuat dan tabah di sisi saya ketika saya perlukan tongkat di saat mahu rebah.

Kini, setelah arwah tiada saya masih rindukan nya.

Saya simpan setiap surat cinta yang arwah titipkan buat saya.
Kadang-kadang saya tunjuk kepada MR. Daddy.
Selebihnya saya simpan sendiri.
Sebab saya mahu cipta memori indah.
Antara saya dan arwah....

Kini setiap kali air mata bergenang kerana rindukan arwah...saya titipkan doa dan fatihah.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa arwah.
Moga Allah permudahkan urusan arwah di "sana"

Surat Cinta dari Arwah

CC : FB

Friday, May 3, 2013

Shoes Hunting

Rabu lepas cuti hari pekerja.
So hari Selasa petang tu ajaklah MR. Daddy makan dekat luar.
Lepas tu nak jalan-jalan terus.
Tapi tak nak pergi jauh-jauh.
Wahhhhhh banyak cengkadak kan.
Kemain lagi meng-order itu ini.
MR. Daddy pulak layankan ajer.

MR. Daddy yang buat keputusan final.
Ialah dia yang nak kena drive kan.
Saya tunjuk pakai mulut jer.
Ikut kananlah tuuuuuuuuuuuu *mulut muncung ke depan*
MR. Daddy kata ke IOI Mall.

Misi...shoes hunting.
Nak cari kasut mami dengan Irfan.
Adik Nuha tak payah...sebab belum pandai jalan.
MR. Daddy pun tak payah sebab baru beli sandal.

Tapi apa-apapun makan dulu.
MR. Daddy request nak makan dekat Sushi King.
OK saya pulak layan kan ajer.
Irfan pun suka juga.

Habis makan terus menjalankan misi shoes hunting sebelum Nuha buat drama.
Lalu satu kedai kasut ni.
Kedai tu buat offer 2 pasang RM 50.
MR. daddy kata pergi lah tengok.
Terus jawab tak mahulah kasut murah mesti keras.
Wahhhhhhhhh jawapan tak agak-agak.
Itu dah jatuh menghina tu.
MR. Daddy terus tak puas hati.
Paksa jugak try.

Masuklah try.
Sekali cuba ko...muka terus berubah,
Comfy gila kot.
Tapak nya lembut jer.
Keliling kasut tu pun tak keras.
Memang selesalah.
MR. Daddy terus buat muka.

Dah puas hati try sana try sini rembat sepasang.
Ingat nak ambil dua pasang tapi tak ada saiz.

 Walau tak ada jenama tapi selesa di kaki ku...so don't judge the book by it's cover *tunjuk diri sendiri*

Selesai mami, kasut Irfan pula.
Budak ni boleh tahan cerewet.
Nak yang macam ni lah, macam tu lah.
Wah kemain lagi tak nak kalah.

Nak kasut bertali, tali nak warna merah. Budak ni Red addicted

Settle.
Nuha pun dah start nak buat drama, jadi mari kita pulang.
On the way nak pergi parking tu, lalu booth kecil-kecil ni.
Terpandanh kasut kecik omei-omei.
Jatuh chenta.
Beli satu.

Tak memasal kaki kenit ni pun dapat pakai shoe.

Maka shoes hunting...successful