Wednesday, March 29, 2017

Telekung....Lagi

Tempahan terbaru Telekung Nuha

Yang ini dari jiran Putrajaya...untuk anaknya umur 3 tahun kalau tak silap.

Nak warna purple.

Dan hasilnya...




Jom tempah juga untuk puteri kita. Biar dia happy nak menunaikan solat...ada dari saiz seawal usia 3 tahun. Ramai yang dah berpuas hati dengan Telekung Nuha ni tau...

Boleh whatsapp kak jeng untuk tempahan 012.616.3705 atau klik je link Tempahan Telekung untuk tau info lebih lanjut.

Tuesday, March 28, 2017

Tempahan Baju plus On Demand Shawl

Lagi tempahan baju package dengan shawl.

Kali ni customer kata dia nak shawl ala fareeda. Kak jeng ok saja.

Bajunya dia nak blouse 2 in 1. Maksudnya pakai dengan kain boleh dengan seluar pun boleh. Macam biasa kak jeng ok saja.

Then kainnya pula jenis kain batik sarawak ke sabah ntah. Yang ni dia nak kain duyung...pun kak jeng layan kan saja. Ya lah benda kita boleh, kita ok lah...yang tak boleh buat tu kita kenalah tanya dengan sifu.

Masa untuk menunjuk-nunjuk kikiki






Somel tak? Somel tak?

Eh eh ada yang nak tempah juga ke. Meh lah whatsapp kita

6012.6163.705

Insya Allah jahitan kemas dan berpuas hati. 


Monday, March 27, 2017

Pilihan

Wowww...dah Monday

Kalau sebelum ni selalunya Monday mesti nak blues, ntah napa ntah...gedik benor.

Tapi since last two weeks setiap Monday tak sempat pun nak blues. Mana taknya dari celik biji mata sampai tutup balik sibuk dengan urusan peribadi.

Dan pagi Isnin ni ada appointment dekat Cheras dan esok appoinment dekat Salak Tinggi. Syok juga bila kerja sendiri ni cuma penat sikitlah terkejar-kejar.

Dah kau yang pilih maka hadaplah kannnn

Semua pekerjaan pun sebenarnya ada pro and con nya. Tinggal kita je yang kena pandai manage sebab kita yang pilih kan...InsyaAllah kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh apapun pekerjaan yang kita buat pasti akan membahagiakan.

Sebaik-baik pekerjaan adalah yang paling dekat dengan hati kita, yang menggembirakan kita. Sebab hati yang gembira adalah hati yang paling mudah untuk ikhlas...

Sekian tazkirah pagi Isnin dari Kak Jeng

Saturday, March 25, 2017

Tukar Selera


Kononnya....
Ini beberapa minggu yang lalu. Waktu bila tanya semua orang nak makan apa semua bagi jawapan standard tak tahu.

Ko ingat tak panas hati bila orang jawab tak tahu.

Makanya...

Kita sediakan je makanan ikut sedap tekak kita siapa complain or mogok tak nak makan sila duduk jauh-jauh. 


Ha ini namanya menu acah-acah diet. Makan sayur je tapi ada juga ayam panggang di situ dan telur dada racik.

Tapi tak jadi nak marah sebab semua yang duduk dekat meja maakn tu memang makan sampai licin. Tanjat gegirl. Ingatkan menu acah-acah diet ni tak laku...sekali laku keras kau!

Either sebab menu baru or lapar sangat or takut mak ko ijo

Kihkihkih

Friday, March 24, 2017

OMG Akhirnya

Setelah mengharungi banyak cabaran dan rintangan akhirnya siap juga palazo idaman kalbu kih kih kih drama sangat nih.

Banyak benar rintangan nak menyiapkan palazo ni. Bukannya apa, asal bentang je kain asyiklah terfikir "eh baju orang ni nak ambil dah." Penyudahnya lipat balik, buat dulu baju orang.

Atte macam mana nak siap palazo kita. Tetapi akhirnya berjaya juga *insert tepuk tangan*

Jadi mari berkenalan dengan palazo kak jeng *kenyit mata*






Apa macam? Gorgeous tak? Ada ke yang berkenan. Meh lah calling-calling kak jeng...bisik-bisik dalam whatsapp pun boleh tau. Saiz boleh dirunding sebab ini custom made so memang buat ikut saiz you all.

Material???

Kak jeng guna soft cotton tapi kak jeng ingat nak try jugaklah yang material untuk seluar lelaki tu...kot-kot lah lagi mengancam...ye dak.

Dannnn

Kak jeng juga ada try buat seluar style selain palazo. Saja test bakat...Yang itu next time kita show off okeh.

Saturday, March 18, 2017

On Demand Shawl

Kosong atau bermanik atau hiasan rama-rama. Anda tentukan. Begitulah cara on demand shawl dari kak jeng. Alahhhh macam subway tu.

Pilih roti-pilih daging/ayam-pilih sayur-pilih sos-bayar.



InsyaAllah coming soon blouse package dengan shawl di ebysafiahberbelog.blogspot

Friday, March 17, 2017

Keinginan

Tahun ni kak jeng dengan family konon-konon nak pakai tema merahnya makngah untuk raya nanti. Dan kak jeng pun konon-kononnya tak nak dah pakai baju kurung tahun ni. Bajet sangat!

So google sana google sini jumpa kain batik Indonesia ni. Lalu ku jatuh cinta ❤


Terus menggedik-gedik nak juga. Start shout cari kain batik Indonesia...mujur ada kawan yang balik dari sana bawa bekal kain batik lebih sikit. Rezeki dong ☺

Jadi bermulalah pula angan-angan mat jenin. Konon-konon bila ku pakai begini akan berubah jadi seperti bunga citra lestari...pitam..!

Nanti kalau menjadi kak jeng tayang ye...macam biasalah, kena show off ye dak...

Kikikiki

Thursday, March 16, 2017

Geng Make-up

Hari tu bergambar dengan BFF, hari ni kita gambar dengan geng make-up pulak. Budak kecik ni mulut memang boleh tahan.

Dia, tiap kali nak keluar mesti nak make-up. Siap suruh bukak youtube tiru make-up orang tu. Kalau mami dia ni memang terror make-up tak pelah juga...ini hampeh!

Itu belum lagi dia suruh belajar tutorial hias rambut...fengsan mami nak. Banyak lagi kerja lain mami nak buat. Tak koser nak melayan...



Nampak tak make-up dia...over!

Wednesday, March 15, 2017

Penutup Minggu

Ini semua K.P.I minggu lepas. Alhamdulillah tercapai. Walaupun kerja sendiri K.P.I tetap perlu ada. Sebab kerja sendiri kita kena control diri kita. Banyak mana nak buat kerja, banyak mana nak berehat, banyak mana nak belanja, banyak mana nak berangan....semua atas kita.

Kerja sendiri ni disiplin kena kuat sebab tak ada siapa akan pantau kita kecuali diri kita sendiri. Sebab tu kena ada K.P.I so kita tahu target kita.


Minggu ni punya K.P.I pula macam mana? Insya Allah dah rangka. Kita tengok boleh capai ke tidak....

Tuesday, March 14, 2017

Idea

🙋😎😍💪


Decode if u can 😂

Monday, March 13, 2017

No More Monday Blues

A new begin...

new day
new phase
new journey
new task
new risk
new challenge
new idea

but I ready to face it all

Good morning Monday
Good morning people
Good morning beautiful

Saturday, March 11, 2017

Officially

Akhirnya...

Daftar juga nama baru. Atas perbincangan bersama MR. Daddy. Kalau nak ikutkan memang nak guna nama lama yang registered dengan bestfriend tu tapi business yang ni perlukan pinjaman. Jadi tak mahu melibatkan dan menyusahkan sesiapa kita jalan sorang.

But of course lah MR. Daddy ada dekat belakang, kalau tak kak jeng pun tak berani nak buat pinjaman business ni. Tak pernah merancang pun.

InsyaAllah semoga lepas ni semua yang kita harapkan, rancangkan, jadualkan akan berjalan secara lancar.

Yang penting kena usaha lebih sikit lah...ke lebih banyak.




Friday, March 10, 2017

BFF


Kalau time dia manja macam dia tak ada adik.
Nak kita belai-belai, usap-usap dia seorang.

Sekarang dah darjah dua
Tapi tetap rasa dia macam kecik lagi.

Nanti tiba-tiba dah besar
*sigh*



Thursday, March 9, 2017

Paling Lama Dalam Simpanan

Fuhhh...
Rekod simpan kain orang paling lama...lebih daripada tiga bulan. Biasanya dalam tempoh dua minggu ke sebulan je. Yang ni memang tak mampu nak mengelak.

Banyak habis masa dengan berfikir cara nak potong kain supaya boleh jadi baju seperti yang diminta oleh customer.

Kata customer kain ni dia beli di Brunei. Kainnya total 5meter. 

Tetapi...
Kain ni tidak dipotong 5meter terus, dipotong sekerat-sekerat. 1.25meter + 1.25meter + 2.5meter

Jadi...
Ia seperti puzzle yang perlu diselesaikan. Makanya lama lah masa yang diambil. Tapi bila dah jadi baju cantik pulak 😁
Cuma jangan salah faham ye, ini bukan baju pengantin...ini baju pakai pergi kerja.

Glamour kau 😇





Teringin juga nak buat baju lace gini...meh whatsapp kak jeng

www.wasap.my/60126163705/tempahanbaju

Polar


Polar ni kak jeng buat on demand.
Ada yang minta kita buat.
Ada pelbagai jenis polar.
Ada polar baju kurung biasa, baju kurung pesak gantung, baju kurung moden, seluar, skirt, shawl...eh macam-macam lah.
Whatsapp je kalau nak tahu.

www.wasap.my/60126163705/polar





Yang ni bukan polar customer...ini polar kak jeng.
Ni sebab lupa nak snap picture polar yang buat untuk customer so guna je lah gambar polar sendiri.

Ini polar untuk baju peplum kedut budak.
Yang ramai orang share-share dekat facebook tu kan.
Siapa rasa teringin nak try jahit baju sendiri raya ni boleh whatsapp kak jeng.

Oh nak tahu harga polar.
Murah je korang...bermula dari RM35.00 termasuk postage. Boleh guna banyak kali tahu. Tak rugi langsung membelinya. Worth the money 😉

www.wasap.my/60126163705/polar

Wednesday, March 8, 2017

Geram


Lama tak buat update.
Banyak kali try update dari phone tapi tak lepas.
Asyik error.
Lepas tu try update tanpa gambar, boleh.
Alahhh mana best update cerita tak ada gambar.
Tapi nak update guna komputer memang bercinta lah gamaknya.
Sebab persekitaran kerja adlah mesin jahit dan handphone.
Laptop buka kalau nak menyulam sahaja.
Nak setting design pun dah makan seharian, bila mananya nak mengupdate blog.

*sigh*

Monday, February 27, 2017

Palazo In The House

Assalamualaikum bebeh 😉
Good morning.

Apa projek kak jeng sekarang???

Macam-macam ok
Hahahah bunyi macam hebat je ye dak.
Nak berjaya kenalah kuat berangan

Actually sekarang of course tengah sibuk dengan projek tempahan baju customer.
Tapi sambil-sambil tu kak jeng selit juga dengan projek custom made wear.

First project untuk custom made wear ni ialah seluar palazo.
Sebab ramai kata ready made palazo tu tak fit dengan saiz diorang so kak jeng sediakan custom made palazo by ebysafiah closet.

Palazo yang ni konsepnya macam subway.

Korang pilih kain,
Lepas tu pilih/bagi saiz korang,
Then buat bayaran,
Tunggu palazo sampai 😍

Happy tak bunyinya...
Tapi kain sample baru sampai so maybe this coming March palazo akan ditayang-tayangkan.
Survey kata nak kain yang keras tapi jatuh.

Tapi sebelum tu kita bagi teaser dulu.




 Antara lima jenis palazo ni yang mana pilihan korang.




Thursday, February 23, 2017

Upgred


Lama dah mengidam...akhirnya merasa juga

Sejak beberapa minggu lepas kak jeng gigih membuat survey di facebook dan google sebab nak cari mesin baru. Sejak serius menjahit ni kalau boleh semua mesin nak yang besar dan laju je. Nak lajulah kononnya. 

Kerja bila tersekeat-sekat mulalah mood pun tersekat-sekat. Tapi iyalah juga kan. Mesin lama tu dahlah portable, usia pun dah lapan tahun. Lama tu...dah sampai masanya untuk dia berehat.

Disebabkan yang baru dah nak sampai yang lama terpaksalah kita trade-in. Nak simpan banyak-banyak kat rumah macam tak mampu pulak. Semak biji mata bila rumah penuh dengan benda yang tidak digunakan. Sekurang-kurangnya bila trade in tu boleh juga dibeli oleh orang lain kan.

Kak jeng beli mesin jahit tepi biasa dengan mesin jahit tepi halus. Walaupun yang halus tu guna sekali sekala je tapi tetap kena ada. Sebab bila dah ada barulah berkembang sikit idea tu.

Tapi bila riban-riban duit keluar terus demam. Menggeletar hulur duit. Nampaknya kena kerja keras lagi supaya boleh cover balik modal beli mesin *nangis tepi mesin jahit*


Gambar dan review untuk mesin baru kita buat lepas dah guna nanti eh. Harap-harap lepas semua mesin dah besar, dah lengkap, produktiviti pun kena jadi lebih pantas dan berdesup lah kan. Vitamin M pun harapnya makin kurang.

Aminnnn

Wednesday, February 22, 2017

Kosong 😔

Assalamualaikum...

Lama tak update. Busy tak busy...lebih kepada buat-buat busy. Biasalahkan life

Baru empat baris menaip dah 20 kali betulkan typo. Masalah jemari gemuks sangat ni 😤

Sebenarnya kak jeng kalau cerita tak ada gambar tak seronok. Tapi gallery dalam phone ni habis dah kena bersihkan. Siapalah yang rajin benor tu kan.

Next time lah cerita panjang lebar...bila dah dapat penuhkan balik gallery.

Till then.... daaaaaaaa

Wednesday, February 1, 2017

Next Project

Gemokning babe...
Gemokning dude...

Sudah masuk bulan Februari 😉

Oh-hoiiii cepatnya masa berlalu.
I is serammmmmmmmm

Plan banyak jalan suku-suku je ni.
Kebanyakkannya postpone.
Bila satu plan dah postpone, plan yang lain pun terpaksa berganjak juga.

"Gagal merancang adalah merancang untuk gagal"
Dah tua bangka baru faham maksudnya 😞
Sedih betul jadi orang...
*kata kat diri sendiri*

Sekarang dah selesai projek telekung
Actually ada dua helai lagi yang terakhir belum siap
Yang itu plan sebelum habis minggu pertama bulan dua nak selesaikan.
Sambil tu nak potong juga baju tempahan raya dari customer

Amboi awalnyaaaa nak buat baju raya.
Ye perkiraan nampak macam masih awal tapi
Masa yang berlalu terlalu pantas.
Lagipun bulan puasa biasanya kak jeng memang tak menjahit.
Inilah bulan untuk berehat

Dan bulan dua ni juga nak jalankan projek Palazo
Semoga Allah perkenankan perancangan kak Jeng ni.
Dala kepala memang banyak benda nak buat
Tapi kekangan masa dan tenaga plus kita pun tak boleh tamak so kita buat dulu apa yang boleh dan mampu
Nanti-nanti bila dah nampak flownya kita sambung mana yang boleh
Sebab itu pentingnya untuk kita merancang...

Tuesday, January 31, 2017

Telekung Lagi

Assalamualikum...

👋👋👋👋

Good morning cutie
Good morning gorgeous
Good morning beautiful

Masih dengan projek telekung.
Tak menyangka pula sorotan dari Telekung Untuk Puteri ada permintaan dari kawan-kawan facebook.

Alhamdulillah, rezeki kan 





Semua ni yang dah di hantar dan yang akan dihantar. Ada yang berkenan 😄

Boleh contact kak jeng untuk detail ye.

Kita bisik-bisik dalam whatsapp +6012 616 3705 

Kepenatan...Lalu Ketiduran

Assalamualaikum...
Hai, siapa kerja hari ni?

Wah rajinnya awak...macam kita 😉

Biasa petang-petang lepas balik sekolah, anak-anak memang dah ada rutin.

Yang abang terus pergi mandi, then kena siapkan homework.
Lepas abang mandi, adik pula mandi, then main dulu sorang-sorang sementara nak tunggu abang siap homework.

Adik ni sebenarnya bila main dengan abang mesti akan bergaduh tapi dia tetaplah tak boleh nak main sorang. Boring katanya.

So petang tu, tunggu punya tunggu si abang tak juga siap-siap homeworknya. Sekali mami masuk bilik tengok dah berdengkur rupanya.

 Yang si abang dan terlelap dekat meja study. Sambil buat homework sambil tertidur. Penat sangat agaknya. Sian bila tengok dia macam tu.


Jenguk pula si adik dalam bilik dia. Lahhhhh terlelap juga. Pancing masih di tangan. Apalah aktiviti dekat sekolah tadi sampai kepenatan macam tu.

Kadang-kadang kita rasa kita yang banyak berkorban untuk mereka tapi dalam tak sedar mereka pun banyak berkorban untuk kita. Masa yang sepatutnya mereka habiskan dengan kita, mereka habiskan di nursery atau dengan baby sitter.

Kita ada dengan mereka pun waktu malam je, itupun kita sibuk pula dengan urusan rumah tangga. Memasak, basuh kain, lipat kain, mengemas...

Semoga Allah pelihara mereka ketika mereka di dalam penjagaan orang lain dan ampuni kekhilafan kita sebagai ibu bapa 😢😞


Sunday, January 22, 2017

Melentur Bulu Biar Dari Rebungnya...

Hai...assalamualaikum.

Good morning.

What????

Dah hari Ahad. Cepat benor masa berlalu ha..

Hari Ahad macam biasa, hari mengemas rumah. Sebelum kita bergerak makan kenduri kita kasi settle dulu urusan rumah tangga.

Since abang Irfan dah besar, dah banyak kerja boleh minta dia tolong. Kalau sebelum ni dah boleh harap untuk vacum rumah, basuh pinggan, kemas bilik...la ni kita tambah lagi task.

Lipat kain!

OMG!!!

Task yang paling tidak digemari oleh kaum ibu 😝

Tapi sebelum tu, kita kena buatkan gadjet untuk dia dulu...barulah semangat tu membuak-buak ye dak.

Mula-mula kasi susun atas kotak gadjet hasil youtube oleh mami

Flip belah kiri

Flip belah kanan

Flip belah bawah

Tada..! Dah siap.
Jangan main-main seraga tau budak ni lipat. Lepas tu suruh dia susun cantik-cantik dekat tempat baju dia dengan baju adik.

Sonang kojo mak 😉

Happy weekend everyone...

Saturday, January 21, 2017

Hobby Lama

Good morning weekend...
Good morning all...

Nak ke mana hujung minggu ni. Kak jeng tak ke mana-mana sebab kerja melambak sangat. Cuma esok mungkin nak menghadiri kenduri. So hari ni kita pulun siapkan apa yang boleh disiapkan 😃

Baru-baru ni, dalam minggu ni jugalah...keluar makan di The Pulze, habis makan tu masuk MPH sekejap. Saja nak bagi anak-anak tengok buku. Kot ada yang berkenan kita belilah ye tak?

Pusing punya pusing terpandang dekat satu rak yang ada buku ni



Oih apalagi terus capai. Sophie Kinsella ni salah sorang penulis yang kak jeng suka baca. Tulisan dia santai dan funny.

Konon-konon sebab dah lama sangat tak membaca kita belilah sebuah kan. Salah satu hobby yang dah lama ditinggalkan. Balik tu terus landing atas katil. Nak baca katanya.

Sekali baru berapa belas muka surat dah hanyut tak sedar entah bila terlelap. Faktor usia sungguh 😓

Tak pe lah pelan-pelan kita baca...insyaAllah lagi sebulan dua habis lah buku ni dibaca 😛

Friday, January 20, 2017

Telekung Untuk Puteri

Haiiiiiiiiiiiiiii

Salam Jumaat yang barakah...

Bersempena dengan hari Jumaat ni mari kita bercerita pasal telekung 😄

Kisah telekung si puteri.

Cikgunya pesan supaya bawa telekung ke sekolah. Sampai di rumah dia beritahu tak nak bawa telekung putih tu, nak telekung baru warna pink.

Disebabkan tak nak dia murung pergi sekolah, kak jeng pun gigih jahitkan dia telekung baru warna pink malam tu juga. Mujur ada baki kain lycra warna pink. Aksesori kita guna saja apa yang ada dalam simpanan.

Dan hasilnya....


Kenalah letak jenama kita, ye dak.

Simple je asalkan si puteri berpuas hati.

Tambahan renda dan bunga kecil supaya tak nampak kosong sangat

Bahagian muka. Disebabkan dia ada dengan kita senanglah nak ukur muka dia so just fit je dengan dia.

Tali pengiat belakang. Pakai getah je. Tapi telekung budak ni kak jeng tak buat penutup dagu pun.


Up dekat facebook, sekali ramai pula yang berkenan.

Ramailah yang menempah. Oleh kerana buatnya pun tidaklah susah mana kak jeng pun terimalah tempahan dari kawan-kawan 😊

Ada dalam 12 helai semuanya. Dan berbagai warna...