Thursday, January 21, 2016

Masih Awal Tahun Dah Malas!

Ini bukan nak mengata orang.
Ini pasal diri aku sendiri.
Wehhhh masih bulan Januari weh...masih awal ni tapi malasnya nak buat kerja.
Malas nak update fail.
Malas nak check stok.
Malas nak download data.
PEndek kata malas dan aku berpisah tiada.
Bagai aur dengan tebing.
Bagai isi dengan kuku.
Choi sangat ni.

Cemana nak buang sifat malas yang melebihi tahap maksimum ni.
Semalam riuh dalam satu group whatsapp aku pasal struktur jabatan.
Bila diorang tanya aku nak jaga kawasan mana nanti...
Senang je aku jawab.
Malas nak pikio.
Malas nak ambil tahu.
Aku kan SYMP.
Terus kena bahan.
Baiklah aku redha jer.

Help lah....sambil menaip ni pun dah 36 kali aku menguap.
Ada benda sebenarnya nak share tapi ya ampunnnnn malasnya nak mengarang.
See betapa malasnya aku.

Dah lah lain kali aku rajin aku karang, aku share.
Kalau RAJIN eh.

Daaaaaaaaaaaaa


Wednesday, January 20, 2016

Cerita Darjah Satu

Nak sambung lagi cerita Irfan masuk Darjah Satu.
Tapi sebelum tu nak mengutuk diri sendiri...
Punyalah lama tak update blog sampai terlupa nak letak tajuk entry untuk posting semalam. Teruk betullah perangai.

Ok sambung balik cerita Irfan.
Settle urusan hari pertama belah pagi, bawa Irfan balik pergi makan.
Kak Jeng tak dan nak masak. Udah aku pun masuk sekolah mana nak memasaknya.
Irfan request nak makan the chicken rice shop.
Ok jom ke The Pulze.

Petang tu masuk sekolah balik
*lap peluh dengan hujung tudung*
Kali ni urusan KAFA pula.
Pendaftaran KAFA dibuat di Pusat Sumber.
Dari jauh aku nampak dah kasut bersepah-speah dekat luar pintu pusat sumber tu.
Soheh! Soheh beratur lagi.
Ye jangkaan ku memang benar belaka.

Masuk dalam tu meraba-raba mencari borang yang perlu diisi. Rupanya ustaz dan ustazahnya ada duduk di ceruk sudut yang kalau kau tak round keliling pusat sumber kau tak akan jumpa punyalah. SEdih Kak Jeng diperkotak-katikkan begini.
Sementara Kak Jeng isi form Mr. Daddy pergi beratur.
Habis Kak Jeng isi form Kak Jeng pun beratur tapi barisan yang lain daripada Mr. Daddy.
Kita tengok barisan mana lagi laju.
Pung pang pung pang pukul 3.45 selesai.
Dan kelas KAFA akan bermula minggu depannya.

Settle tu terus balik rumah.
Nak rest kejap sebab petang sikit lagi nak ambil Nuha pula.
Sampai rumah dua-dua Kak Jeng dengan Mr. Daddy tumbang kepentan.
Irfan steady...melompat-lompat sambil cerita betapa excitednya dia masuk sekolah abang-abang hari pertama.
Kak Jeng sambil dengar cerita Irfan sambil layan mata...tau-tau dah hanyut sampai laut hindi.
Kiranya cerita Irfan tu dah macam bedtime story.

Hari kedua berjalan lancar tanpa gangguan.
Hari ketiga, masa ambik Irfan nampak dalam kelas tu dia dah bertukar tempat duduk.
Balik tu, tanyalah kenapa Irfan tukar tempat.
Rileks jer dia jawab...cikgu tukarkan sebab Irfan bising.
Syabas anak! Baru hari ketiga cikgu dah spot kamu.

Eh, hari keempat lagi best.
Kali ni Kak Jeng tak turun ke kelas dia dah. Tunggu dekat atas.
Aku tunggu sampai 1.30 petang, dia tak naik-naik. Budak tahap 1 lain semua habis dah balik.
Baru nak turun pergi cari nampak dia tiga sekawan jalan nak naik ke atas sambil ketawa bahagia.
Bila tanya pergi mana?
Jalan-jalan tengok sekolah.
Oh-Em-Ge!!! Acah-acah pelancong gitu!
Oleh kerana aku dah aim tahun 2016 ni nak kurangkan sikit perangai singa betina so aku ambik masa untuk bertenang dulu.
Lepas tu baru cakap elok-elok supaya dia faham do and don't

Baru seminggu sekolah aku dah 1,438 kali urut dada.


Tuesday, January 19, 2016

Sekolah Abang-abang

Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru 2016 walaupun dah masuk 19 hari bertahun baru
Dannnn
Marilah berangan-angan untuk menulis setiap hari.
Walaupun.....*rolling eyes*

Apa ya cerita yang boleh dikongsikan untuk minggu-minggu awal tahun baru ni.
Hmmmm marilah bercerita tentang anak masuk darjah satu.

Ok...Kak Jeng cuti seminggu masa minggu pertama persekolahan tu sebab si Irfan masuk darjah satu.
Tapi yang comelnya Irafn tak cakap dia masuk darjah satu.
Bila makcik-pakcik dia tanya dengan confident nya Irfan jawab... Irfan masuk sekolah abang-abang.
Kembang hidung bila bercerita.
Diorang layankan jer.

Hari pertama tu Kak Jeng dengan Mr. Daddy tunggu sampai balik tengah hari.
Actually bukan niat nak tunggu pun...tapi terpaksa terpacak jugak dekat sekolah tu sebab banyak benor urusan daftar darjah satu ni rupanya.

Urusan itu...urusan ini...hal itu...hal ini alih-alih tengok jam dah pukul 12.45
Balik ke namanya!
Pukul 1.15 Irfan habis.
Memang melangut sampai dia keluar kelas lah jawabnya.

Naik kejang kaki beratur weh...
Urusan dekat kelas sorang cikgu handle...mak bapak beratur 40 orang satu baris.
Mohon bayangkan sendiri.
Kak Jeng dengan Mr. Daddy siap bertukar-tukar.
Bak kata brother yang beratur depan aku tu...ni siapa yang potong barisan memang mintak kena tikam.

Habis dekat kelas beratur pulak dekat koperasi...pun barisan macam ular kena palu.
Masa ni Mr. Daddy jer beratur...Kak Jeng pegi beratur dekat kantin pulak.
Nak ajar si bujang tu beli makanan sendiri.
Eh, urut dada mengucap panjang aku hokey mengajar dia beli makanan dekat kantin.
Terkemut-kemut...kejap-kejap kena potong barisan, kejap-kejap kena potong barisan.
Kalau macam ni bila masanya kamu dapat beli makanan nak oiiiii.
Memang hilang kewarasan aku.
Terus esoknya sampai seminggu aku siapkan bekal.
Cannot tahan hokey!!!

Habis waktu rehat hantar dia pergi kelas.
Pesan dekat dia nanti habis school mami ambik depan kelas, Irfan jangan pergi mana-mana ye.
Terus lari cari Mr. Daddy... ya ampun dek non! Tak bergerak hokey!
Dari waktu aku tinggalkan Mr. Daddy sampai aku datang balik, dekat situlah dia berdiri.
Berpeluh-peluh, kesian laki cheq. Terus aku tukar batton.
Tapi kejap jer sebab lepas tu Mr. Daddy beratur balik.
Last-last pukul 12.45 baru settle semua...itupun untuk urusan sekolah pagi jer.
KAFA kita hadap cerita lain pulak.


Sekian Kak Jeng melaporkan perihal daftar anak masuk darjah satu.