Monday, April 20, 2015

Baju Kurung Pertamaku - Mengambil Ukuran [TUTORIAL]

Assalamualaikum dunia...
Assalamualaikum makhluk tuhan paling seksi...
('-')
('-0)
(o_0)

Ahkak masih gagal mentransfer gambar dari phone ke komputer. Panas jugak hati nih...tapi kita sabarkan ajer.
Dah macam-macam setting yang dibuat tetaplah gagl mencapai tujuan. Nak bagi tutorial haruslah banyak gambar tapi...apakan daya.

Huarghhhhhhh

Dengan kesabaran dan kegigihan yang masih berbaki, ahkak usahakan juga transfer gambar (el-leh macamkan susah sangat kan).

So lets continue our class..

So hari ni kita belajar cara ambil ukuran. Macam yang saya pernah sebut sebelum ni ambil ukuran ada dua cara:
(1) Ukur pada badan.
(2) Ukur baju yang korang suka pakai.

Nak ajar korang ukur pada badan ni perlukan sorang lagi kawan. So kita jump to second step; ukur pada baju yang korang suka pakai. Yang bila korang pakai tu rasa selesa, lalu tahap confident level korang pun meningkat ke paras yang paling tinggi, haaaa ambik baju yang itu. Baju kurung ekkkk... kang ada pula yang ambik baju kebaya kang.

Pertama : Ukuran BAHU
Bentang baju korang elok-elok atas meja. Bentang bagi rata jangan berkedut. Bentang atas permukaan yang rata sebab korang akan mula ambil ukuran. Berkedut kang ralat pula ukuran korang tu.

Letak pita ukur korang sama macam tempat saya letak pita ukur saya. Dekat situlah ukuran bahu diambil. Catat ukuran yang diperolehi.



Kedua : Ukuran PANJANG BAJU

Sekarang ambil pula ukuran panjang baju. Mula dari bahu sampai hujung baju. Catat ukuran yang diperolehi.



Ketiga : Ukuran PANJANG LENGAN

Letak pita ukur (macam gambar bawah) untuk dapatkan ukuran panjang lengan. Catat ukuran yang diperolehi.



Keempat : Ukuran PANGKAL LENGAN

Pangkal lengan ni bahagian yang bercantum dengan badan. Letak pita ukur (seperti dalam gambar) dan catatkan ukuran yang korang perolehi.



Kelima : Ukuran BUKA LENGAN

Ini ukuran bahagian hujung lengan tempat tangan korang keluar (tak agak-agak explanation). Letak pita ukur macam gambar dan catatkan ukuran yang korang perolehi.



Keenam : Ukuran PESAK (ATAS)

Ukuran untuk pesak ada tiga tempat. Yang pertama atas. Letak pita ukur macam dalam gambar dan catat ukuran yang diperolehi.



Ketujuh : Ukuran PESAK (PANJANG)

Ini bahagian pesak yang bercantum dengan badan. Ambil ukuran dan catatkan.
*Ada cara lain untuk dapatkan ukuran panjang pesak...masa proses gunting saya akan ajar.



Kelapan : Ukuran PESAK (BAWAH)

Letak kan pita ukur seperti dalam gambar dan catatkan ukuran.


Kesembilan : Ukuran KEKEK

Kekek ni bahagian kecik yang bercantum antara pesak dengan lengan. Bentuk sebelum jahit empat segi bila dah cantum dekat baju, jadi tiga segi. Ambil ukuran kekek ni dan catatkan.


So, selesai tugas mengambil ukuran. Kita study bahagian baju dulu...untuk bahagian kain nanti ye. Sabar. Settle baju kita buat kain.

Ok, sekarang korang boleh transform semua ukuran yang korang dapat tadi dalam bentuk gambar. Cara macam ni lebih memudahkan korang untuk potang kain nanti, dan lebih "nampak" especially bagi beginner. Tapi kalau korang ada cara lain yang lebih mudah, boleh jer follow. Dan boleh juga kongsi dekat ruang komen. So nanti kawan-kawan yang baru nak belajar tu boleh dapat ilmu baru atau cara yang lebih mudah.

Lukis gambar bagi setiap part baju kurung tu dan letakkan ukuran korang pada part-part yang sepatutnya. Ahkak punya ukuran ni baju budak tau. Sebab tu ukuran nya kecik-kecik jer. Jangan terkejut pula kalau korang dapat ukuran bahu 15", panjang tangan 22" . Kalau korang letak pita ukur tu betul, betullah ukuran korang tu.


Dah transform semua ukuran dalam part bergambar? Ok kalau sudah ini adalah bahagian yang paling penting. Menambah basi ukuran untuk bahagian jahitan. Kalau tak tambah ni nescaya baju korang akan jadi sempit. Sebab korang jadi pada ukuran baju yang siap dipakai. Faham ke??? Tak faham tak apa, ikut jer step yang saya bagi ni, insya Allah jadilah nanti baju korang tu.


Ada bahagian yang perlu ditambah 1/2" (0.5") dan ada bahagian yang perlu ditambah 11/4" (1.25"). So pastikan korang mark basi tambahan ukuran tu dengan betul. Idak kalu haru-birulah baju korang tu nanti.

Setakat ni dulu cara-cara kita belajar ambil ukuran. Nanti-nanti kita belajar potong kain pula. Tak berani nak janji esok...sebab masalah transfer gambar ni memang boleh buat naik darah. Till then good bye dan selamat mengukur.

Masalah, pertanyaan drop dekat comment ye. Insya Allah akak reply. 


Yang terlambat menunaikan janji,
Kak Fifi (",)




Jemput singgah kedai saya di:
  ebyryza.blogspot.com

Boleh like page saya di:
  www.facebook.com/ebydanryza

Follow instagram saya di:
  www.instagram.com/eby.ryza

Tuesday, April 14, 2015

Janji Yang Tidak Dapat Ditepati

Assalamualaikum...
Bernafas lagi kak Fifi ni rupanya ye...
Janjinya nak sambung tutorial baju kurung tapi nan hadoooo

Maaflah kakak-kakak adik-adik sekalian.
Janji yang telah dibuat tidak dapat hamba tepati. Terlalu banyak rintangan dan cabaran terpaksa hamba lalui demi menyiarkan tutorial baju kurung ini.

Banyak benor alasan kan.. Memang ratu alasan punggggg
Insya Allah soon, kak Fifi siarkan. Lepas tukar komputer ni payah benor nak transfer gambo. Tak maunnya komputer ni detect telefon kak Fifi tu. Heran benor rasanya.

Dah ku tukar cabel gitu juga akhirnya. Kenapa ek???? Nak kena tanya Mr. Google dulu. Nanti dah dapat jalan penyelesaian Kak Fifi sambung balik tutorial tu key. Sehingga waktu tersebut tiba mohon bersabar...

Chow chin chow
Adios



Jemput singgah kedai saya di: ebyryza.blogspot.com
Boleh like page saya di: www.facebook.com/ebydanryza
Follow instagram saya di: www.instagram.com/ebyryza_ent

Wednesday, April 8, 2015

Baju Kurung Pertamaku [ TUTORIAL ]

Assalamualaikum semua...
Aku tanya apa khabar semua...

OK sebagai pengisian berfaedah yang pertama kak Fifi tampilkan tutorial menjahit baju kurung sendiri.
Tapi tutorial ni banyak step ye.
Kak Fifi anggap semua orang adalah pada peringkat beginner. 
Maknanya tak tahu apa-apa lagi pasal nak buat baju kurung sendiri.
Dan kak Fifi juga akan bagi dua cara...
PERTAMA : dengan polar
KEDUA : tanpa polar
Nanti korang boleh pilih mana-mana cara yang sesuai untuk korang.

Tapi.....apa-apa pun
Langkah pertama kita kena kenal dulu bahagian-bahagian baju kurung. Bila dah kenal makanya nanti senang lah korang nak masuk step berikutnya. Bila kak Fifi kata sambung part yang ini dengan part yang itu korang dah tahu dah part yang mana yang dimaksudkan. Boleh ye adik-adik sayang.

Sorrylah ye gambar blur sikit. Kalau nak nampak jelas sikit korang boleh klik pada gambar. Bagi besar sikit so boleh nampak.


OK sekarang mari kita berkenalan dengan kawan baru kita si baju kurung pertamaku :)

A : badan baju
B : lengan baju
C : kekek
D : pesak

OK dah kenal semua??? Bagus. Kita tamatkan pelajaran kita pada hari ini di sini. Sebab saya tak jumpa pulak gambar cara-cara nak ambil ukuran baju kurung. Dalam phone dah hilang. Mungkin dah transfer tapi terlupa simpan kat mana.

Next day lah ye kita belajar macam mana kita nak ukur untuk dapatkan ukuran baju kurung pertamaku. Kak Fifi kena korek external dulu. Jumpa esok... insyaAllah :)




Jemput singgah kedai saya di:

Boleh like page saya di:

Follow instagram saya di:


Assalamualaikum...Bertemu Kembali

Assalamualaikum dunia...
Assalamualaikum dunia...

Hamboi...hamboi kak Fifi tu dah suku tahun 2015 habis baru ingat nak meng'update' belog sendiri.
Apa khabar semua??? *smile emoticion insert*
Kak Fifi lupa link nak pergi belog sendiri. Mujur username dengan password ada catat.
Kalau tak selamat jalan Romeo jerlah pada blog kesayangan ini.

Sebenarnya dari awal tahun lagi dah berazam konon-kononnya tahun ni nak update benda-benda yang berfaedah.
Yang boleh bawa kebaikan dan manfaat pada semua.
Kononnya..................................lahhhhh
Tapi.................
Bila direnung-renung kembali ada ker yang aku tulis benda faedah dalam ni.
Rasanya semua pun mengarut.
Dah memang kehebatan kak Fifi ni suka mengarut maka marilah terima kenyataan.

Jadi setelah dapat menerima kenyataan kita mula kembali menulis.
Tapi insya Allah nanti kak Fifi akan selit-selitkan beberapa tutorial untuk korang.
Tutorial apa???
Itu kena tunggu.

Till then...
Chiaou
Assalamualaikum.






Jemput singgah kedai saya di:

Boleh like page saya di:

Follow instagram saya di: