Thursday, September 4, 2014

Diambang Merdeka...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta (0_o)

#throwback

Sambutan di ambang kemerdekaan negara peringkat daerah Petaling diraikan di bangunan persekutuan.

Actually kitorang yang kije dalam bangunan tu tak tahupun akan ada sambutan di ambang merdeka. Sambutan hari Jemahat (29/8/2014), hari Khamis tu baru diorang war-warkan. Hari Khamis tulah sibuk suruh semua orang alihkan parking. Agaknya kalau tak sebab parking tu haram kitorang tak tahu.

Tapi macam biasa ahkak cool je. Ahkak tak kisah. Janji kita enjoy.

Sebelum acara bermula, pasukan konvoi bermotor besar telah tiba. Wah masa ni tetiba rasa berdebar-debar. Sesuatu sangat. Kemain menderum-derum enjin motor tu. Terkagum-kagum ahkak memandang motor-motor mereka ittew. Ahkak sukaaaaaa. Dalam kumpulan konvoi tu ada dua orang mak datin yang join ride bersama. Oh my prada!! Gila cool. Tapi ini stok mak datin yang ala-ala model tu ye. Bukan type mak datin yang rambut kembang angin taufan pun rambut tatap maintain.

Ahkak kan verangan, nanti ahkak bila anak-anak dah besar ke atau dah pencen ke ahkak nak ajak MR. Daddy beli sebijik motor berkuasa tinggi then join mana-mana ride club. Wah kerlassss kak fifi. Meletops!

Eh dah lah malas nak taip lagi. Uolls tengok gambar je lah. Gambar tiada caption pandai-pandailah korang letak caption sendiri dalam hati. Biar gambar yang berbicara...katanya. E-ceeeeh.







Tapi dalam banyak-banyak gambar, gambar di bawah adalah terpaling win.



Selamat hari merdeka uolls.






Anak yang lahir sesudah 21 tahun merdeka,
-eby.safiah-

No comments: