Wednesday, August 6, 2014

Frozen

Assalamualaikum....

Asalnya nak buat entry pasal Rabu Yang Bisu tapi cancel...

Sebab hari ni rasa macam nak kongsi cerita.

Cerita pasal frozen...Bukan! Bukan pasal filem frozen tapi pasal frozen foods. Makanan sejuk-beku. Atau lebih tepat lagi..... home-made frozen food.

Dah lama dah nak buat tapi kerana masa yang terlalu mencemburui saya, cewahhhh maka baru kali ni dapat membuatnya. Gitu!

Mari kita perkenalkan frozen food yang pertama *drum roll insert*


Karipap-karipap cinta (0_o)

Memang mudah sangat membuatnya. Tinggal lagi mahu ke tak mahu. Kebetulan bahan-bahan memang dah ada so kita tenyeh jer lah. Cantik tak kak Fifi kelim tepi karipap tu. Itulah hasilnya berlatih mengelim karipap masa zaman anak-anak ribena dulu. Pakai tanah liat jer noks. Alaaaaaa masa main mak-mak dulu. Kerlas tak?

Ok, now for the second winner goes to *another drum roll insert*

Popia gulungan kasih

Inilah frozen food yang paling easy nak membuatnya. Malas jugak boleh terjun KB Mall. Cuma yang menggamit kesabaran adalah masa nak meleraikan kulit popia ittew. Sapa yang biasa dan tahu kaedahnya pasti tersenyum lebar. Akak lettew. Kalau tak gerenti kulit popia korang koyak rabak. Tak pe-tak pe korang boleh youtube kan untuk mengetahui caranya.

Dan frozen food di tempat ketiga jatuh kepada jeng jeng jeng...

Bebola ayam bersulam sayang...gitu!

Inilah yang paling mencabar dan meruntun kegigihan. Sebab kerjanya perlu dibuat satu-persatu. Nak asingkan daging ayam daripada tulangnya, nak cincang, nak uli, nak gentel, nak rebus....semuanya nak sabar. Tapi hasilnya insya Allah menguntungkan.

So next time entry kita kasik share kekdahnya ye...Buat masa sekarang kurang rajin nak mengupdate.

Till then...daaaaaaaaaaaa


No comments: