Thursday, August 28, 2014

Primaland Port Dickson

Assalamualaikum...

Kemurungan yang melanda makin melampau. Walaupun setelah bergigih menyeru semangat namun semangat tetap tidak kunjung tiba. Makanya.....

Marilah kita selesaikan duit yang masih ada dalam poket ni. Mungkin bila duit dah habis baru semangat tu nak datang.

Jadi decide dengan MR. Daddy nak bawa bebudak ni pergi mandi-mandi tapi tak nak mandi pantai. Kalau nak pergi pantai kena cari pulau baru layan. Bagitau MR. Daddy dapat hotel yang ada swimming pool pun ok. MR. Daddy kata baik mandi dekat Presint 11 punya kompleks kejiranan tu jer.

Hari Sabtu nak pergi, hari Khamis baru bincang. Plan terkejut-terkejut ni memang syok. Menggelupur cari hotel. Awalnya nak ke Gold Coast Morib. Lepas tu MR. Daddy kata dia banyak review dalam beberapa blog kata tempat tu kalau anak bawah umur 7 tahun macam kurang fun sikit sebab banyak pool yang tak boleh main. Alahhhhhhh tak moh lah. Ok cari tempat lain.

Lastly settle dekat Primaland Port Dickson. Semua MR. Daddy yang buat, Kak Fifi macam biasa yes-no-yes-no-orait-thank you. Mem besar kannnn.

Ketibaan...Nak Check-in ada masalah internet sekejap. Macam selalu mem besar perati dari jauh je.


View dari bilik. Apa lagi menggelupur lah bebudak ni nak pergi mandi. Sampai-sampai bilik tu terus tukar baju sebab dah teruja sangat nak buat terjun teruk. Walau hakikatnya waktu matahari memang terpanjang panas berdenting. Kita tabahkan jelah hati ikut kehendak bebudak ni. Walhal ahkak pun sama naik jugak.

 Aktiviti pun dimulakan. Weeeeeeee.

 Kebetulan orang pun tak berapa ramai, puas lah bebudak ni main. Mana nak ramainya tengah hari berdenting. Kitorang anak beranak jer yang excited.

 Apa abang naik, semua dia nak naik. Mami ok jerrrrr

 Yang penting kita happyyyyyy!!!!!!

 Quality time with Very Important Persons.

 Luncur sotong pulak. Yaaaaaaaaa

 Ibu yang gembira (0_o)v

 Slide air. Best gila. Tapi nak panjat tangga naik ke atas tu yang maleh. Letih. Dengan basah-basahnya nak memanjat lagi. Tapi sebab nak keseronokan naik jugaklah.

 Siap angkat tangan ke atas anak dara tu. Happy betul dia. Mami lagilah happy. Maklumlah kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan seorang ibu. E-cehhh

  SEDIA!!!

 Inilah luncurnya. Ahkak suka yang merah kuning tu. Paling hazab nak dukung Nuha naik sebab dia pun bising nak jugak merasa naik slide ni. Tiga kali jer lepas tu surrender!

 Si dugong saya.

 Tak mahu naik sampai kecut mecut tangan semua.

 Latihan kekuatan tangan untuk mami. Dia tengok abang dia berenang, dia pun sibuk nak berenang jugak.

 Kesukaan si abang. Sebab dia boleh beraksi.

 Baiklah anak-anak pastikan kita main semua permainan yang disediakan di sini. Jangan ada yang tertinggal. Rugi mami bayar walau tak berapa nak mahal.

 Peace... v

 Jom sambung lagi. 

 Cepat mami lari....

Kawasan ni semuanya adalah kawasan permainan air. Ada empat pool yang berbeza mengikut peringkat umur. Tapi saya anak beranak memang main dekat kawasan ni jer walaupun sebenarnya ada kawasan yang lebih sesuai untuk Nuha. Tapi Nuha tak suka since abangnya main dekat tempat lain.

Lagi dua kawasan adalah kawasan dewasa. Tak sesuai untuk budak-budak so saya langsung tak ke situ. Ada juga kawasan yang korang boleh cycling. Sewa jer basikal yang disediakan. Bilik penginapan kami selesa untuk empat beranak. Total penginapan + theme park RM 230++. Theme park diorang bagi dua pass masuk dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk dewasa. Nuha free sebab underage dan Irfan pula under height (4 feet).

And baju mandi juga bebas as long as pakai baju.

Ok sekarang memang tengah bertungkus lumus untuk projek akan datang. Eh betullah bila duit dah habis baru semangat tu datang.

K byeeeeeeeeeee.


Thursday, August 21, 2014

Happy Birthday Kawan

Assalamualaikum...

Hari ni nak cepat so malas nak tulis panjang-panjang.

Ini birthday celebration officemate. Birthday makwe ni jatuh awal-awal bulan Ogos, minggu pertama tu. Cheq lupa tarikh. We all belikan dia kek suruh potong then bahagi sorang sikit sapa yang ada kat opis.

Mek za sorry ek tak dapat nak panggil uolls. Weolls takuit nanti Pak Jusa Doktor cari uolls tak de...

 Kek untuk birthday gurl. Kak fifi pun tak makan, tak boleh masuk dah, baru lepas lunch.

 Birthday gurl tiup lilin nan sebatang. Tak boleh letak lilin ikut jumlah umur tak dapat kelulusan.

 Tengah fikir nak potong macam mana. Kek kecik, yang beratur tunggu kek ramai.


KAWAN, moga Allah merahmati kamu dengan umur yang bermanfaat, rezeki yang barakah, kesihatan yang baik. Dan moga-moga dengan umur baru ini Allah temukan kamu dengan your other half. Amiiin.


Tuesday, August 19, 2014

Selesai Sudah..

Assalamualaikum...

Akhirnya tugas pentinf yang tertunggak telah pun selesai. Subhanallah punyalah hazab nak menyelesaikan walaupun hakikatnya simple jer. Tapi disebabkan gen-gen MALAS tu terlalu banyak membiak dalam darah daging maka bertunggaklah jadinya.

Bebudaknya ni masa cuti raya tu alhamdulillah banyak juga dapat pemberian duit raya. Bila dikumpul-kumpul banyak juga rupanya. Cumanya tulah nak pergi menyimpannya tu. Ya ampun punyal;ah pemalas mami diorang ni. Dari sehari tu nak menggerakkan vontot tu punyalah berat nak mams!

Akhirnya ada sehari tu cuti ajak MR. Daddy pergi jugak ke Tabung Haji Putrajaya. Saya pilih untuk buka kan akaun tabung haji untuk dua-dua anak saya ni. Akaun lain tu kita tak payah pakai dah. Kalau-kalau ada rezeki bawa diorang naik haji masa muda. Insya Allah kalau usaha mesti ada jalan kan.

Sekali sampai tabung haji Putrajaya tu, Ya Allah penuh, padat, sendat! Ko nak buka pintu pun tak boleh. Macam naik lrt waktu peak hour. Tobatlah saya nak masuk. MR. Daddy pun tak mahu. Cari pasal namanya. Maka urusan hari tu tertangguh juga.

Decide pulak pergi hari lain. Kali ni Tabung Haji buka jer terus serbu. Alhamdulillah dapat no giliran yang kelima. Dan untuk buka akaun baru dia asingkan kaunter. Sekali tu kakak kaunter tu orang kampung. Cuma saya tak kenal dia. Dan lepas setengah jam semuanya selesai.

Ok anak-anak lepas ni rajin-rajin simpan duit yer, boleh kita pergi haji sekeluarga...Insya Allah, amiiin.


Friday, August 8, 2014

Menyeru Semangat

Assalamualaikum ya sahabat alam maya...

Ceria kan akak hari ni. Haruslahhhhhhhhhh... Tapi tapi semangat masih tidak mari.

Kita gelarkan ia sebagai semangat yang hilang huhuhu

Sejak cuti raya hari tu nak start balik menjahit ya ampun malasnya. Bukan tak ada benda yang nak dijahit tapi semangat nak mula tu subhanallah...payah amat!

Kain yang minta digunting dah melambai-lambai, kain yang siap bergunting dah mula bersusun bukit, tinggal lagi nak start enjin ni ha. Cemana ni?

Jadi sebagai langkah awal meyeru semangat yang hilang kita mulakan dengan projek kecil-kecilan tapi harus juga nampak bergaya yang kita tajukkan sebagai "Projek Satu Malam". Lain macam pulak bunyi tajuk tu. Kebetulan ada kain perca-perca yang boleh disuai padankan, kita jalan kan jer.

Dan hasilnya.........




Thursday, August 7, 2014

Welcome Sweetheart

Assalamualaikum...

Di tengah hari Syawal ketujuh kami seluruh isi keluarga dikhabarkan dengan perkhabaran gembira.

Kehadiran seorang lagi ahli keluarga penyambung warisan...

Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran sayang...banyak halangan tetapi manis untuk ditempuhi.

 Muhammad Zayyan Zahrin


Proud sister Nur Zenia Zahrin with her new sibling in da house

Wednesday, August 6, 2014

Frozen

Assalamualaikum....

Asalnya nak buat entry pasal Rabu Yang Bisu tapi cancel...

Sebab hari ni rasa macam nak kongsi cerita.

Cerita pasal frozen...Bukan! Bukan pasal filem frozen tapi pasal frozen foods. Makanan sejuk-beku. Atau lebih tepat lagi..... home-made frozen food.

Dah lama dah nak buat tapi kerana masa yang terlalu mencemburui saya, cewahhhh maka baru kali ni dapat membuatnya. Gitu!

Mari kita perkenalkan frozen food yang pertama *drum roll insert*


Karipap-karipap cinta (0_o)

Memang mudah sangat membuatnya. Tinggal lagi mahu ke tak mahu. Kebetulan bahan-bahan memang dah ada so kita tenyeh jer lah. Cantik tak kak Fifi kelim tepi karipap tu. Itulah hasilnya berlatih mengelim karipap masa zaman anak-anak ribena dulu. Pakai tanah liat jer noks. Alaaaaaa masa main mak-mak dulu. Kerlas tak?

Ok, now for the second winner goes to *another drum roll insert*

Popia gulungan kasih

Inilah frozen food yang paling easy nak membuatnya. Malas jugak boleh terjun KB Mall. Cuma yang menggamit kesabaran adalah masa nak meleraikan kulit popia ittew. Sapa yang biasa dan tahu kaedahnya pasti tersenyum lebar. Akak lettew. Kalau tak gerenti kulit popia korang koyak rabak. Tak pe-tak pe korang boleh youtube kan untuk mengetahui caranya.

Dan frozen food di tempat ketiga jatuh kepada jeng jeng jeng...

Bebola ayam bersulam sayang...gitu!

Inilah yang paling mencabar dan meruntun kegigihan. Sebab kerjanya perlu dibuat satu-persatu. Nak asingkan daging ayam daripada tulangnya, nak cincang, nak uli, nak gentel, nak rebus....semuanya nak sabar. Tapi hasilnya insya Allah menguntungkan.

So next time entry kita kasik share kekdahnya ye...Buat masa sekarang kurang rajin nak mengupdate.

Till then...daaaaaaaaaaaa


Tuesday, August 5, 2014

Hari Raya...Hari Raya

Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya uolllss

Masih dalam bulan Syawal kan. Walaupun rasa malas sesangat nak update kisah raya ni tapi kita gagahkan jua. Gambo pun tak banyak mana. Banyak dalam kamera orang lain sebab raya tahun ni temanya berhari raya tanpa gajet. No iPad, no tab, no wifi. Beraya dalam mood raya yang sebenar. Tapi yang bagusnya bebudak ni tak merungut pulak. Eloklah tu. Lepas ni kita teruskan hidup tanpa gajet-gajet tu semua.

Suruh bebudak tu main mengikut kreativiti sendiri. Nak berlari boleh, kalau jatuh bangun sendiri. Nak lompat boleh, nak kejar-mengejar boleh, nak main sorok-sorok boleh. Mainlah nak inilah masanya korang nak main lasak-lasak kang dah balik ke rumah atas langit tu payah.

Overall raya tahun ni memang sesederhananya tapi masih tetap terasa. Alhamdulillah semuanya memberi kerjasama dan yang paling penting perjalanan juga lancar. Segalanya berlaku seperti yang dirancang atas izin Dia. Dan setiap permintaan IBU dapat ditunaikan.

Dan......terimalah sekeping dua gambar raya yang ada dalam simpanan.

 Keluarga kecik kittew... MR. Daddy..Me...Irfan and Nuha

With Mama 

 And my lovely sistas.

Dan begitulah kisah raya Kak Fifi tahun ini.