Thursday, February 27, 2014

Selamat Bersara

Ini adalah cerita lama yang tersimpan dalam phone. Tak ingat nak transfer gambar. Bila ingat kabel pulak tak bawak. Bila ingat dan ada kabel untuk transfer gambar folder pulak tak boleh bukak. Bila dah ingat, kabel pun ada, folder dah boleh bukak...malas pulak melanda. Hoih mengada-ngada. Pemalas nak mamps!!!

So hari ni pakej semua lengkap lets transfer.

Ini majlis perpisahan dengan ex-boss kitorang. MR. Subramaniam. Dia menamatkan perkhidmatan sebab bersara pilihan pada 31 Januari 2014 yang lepas. Tengok dia dah bersara syok jerrrrr. Tetiba rasa nak bersara jugak. Apasal borang bersara pilihan tu tak ada opsyen bersara umur 30 tahun. Kot ada kan ke bagus. Dah wajib bersara sangat dah kak ton nih. Tak larat dah nak kerja. MEngada-ngada!

Jadi sebagai meraikan kerjasama yang pernah terjalin antara kami, kitorang pun belanjalah dia makan. Pilih Indian Vegetarian Food sebagai menghormati permintaan yang dirai.

 Berselera dak abang kawasan kita makan. abang kawasan jangan marah naaaaaaa....Ni kalau dia baca nih mampos aku.

 Left : MR. Subra...our R&D ex-boss. Sampai sekarang tempat dia masih kosong belum berpengganti. Semua pengarah "berat hati" nak ambil alih tempat dia.

 Nampak tak punya selera diorang makan. Sedap sangat lah tuuu

 Kak ton pung tak reti nak menyebut apa yang diorang makan tu. Semuanya vegeterian. Kak ton macam biasa jadi wartawan lokasi. Tak makan pung. Bukan sebab perkataan Indian tu tapi sebab perkataan vegetarian yu. Akak tak makan sayur dekkkkkk. Ini pulak yang dihidang semua sayur...meleleh air mata akak menengoknya.

Selamat bersara MR. Subra. Moga kehidupan bos lebih mengujakan selepas melalui fasa persaraan ini. Ada umur, ada jodoh kita berjumpa lagi.


Wednesday, February 26, 2014

Rabu Yang Bisu v.8

Tuesday, February 25, 2014

Upgrade Punya Pasal

Hai lah telefon. Lepas upgrade langsung tak dapat connect dengan PC. Tensi kak ton. Upgrade lah sangat sekarang sendiri dah susah.

Lagi-lagi nak up post bergambar. Hai menyampah betul. Kena carik jugak ni punca masalahnya. Dok merungut jer apa yang dapat...ye dok?

Thursday, February 20, 2014

Mosquito Patch

Sekarang musim denggi bermaharajalela kan. Kemain banyak lagi keluar cerita kes-kes denggi ni. Seriau kak ton. Lagi dekat Putrajaya ni pun tak kalah kes denggi. Semalam dalam berita pun ada sebut beberapa kematian disebabkan oleh kes denggi. Eeeeeee ai is seram.

Si nuha pulak lately ni kemain banyak bekas-bekas kena gigit dek nyamuk. Tiap kali amik dia belah petang, tengok muka tangan kaki dia sure merah-merah bekas kena gigit nyamuk. Makwe tu jenis kulit tak tahan. Kadang-kadang bekas kena gigit nyamuk tu boleh jadi kudis. Kadang sampai berbekas hitam.

Risau gak nengoknya. Ialah emak-emak kan memang gitu lah. So tiap kali hantar nuha ke nursery bekalkan dengan mosquito patch. Pesan teacher dia tampal dekat belakang baju tiap kali dia tukar baju.





Itulah rupanya mosquito patch yang saya guna. Yang kaler biru tu isinya. Itulah yang kita tampal dekat belakang baju bebudak ni. Patch ni bagus sebab ia tak beracun. Diperbuat daripada serai wangi. Bukan setakat nyamuk, lain-lain serangga pun tak akan nak dekat sebab serangga memang tak suka baunya.

Saya beli ni dekat Guardian. Tak ingat berapa hengget sebab selalu beli yang double pack tapu rasanya kalau yang si gle box tu dalam belas-belas kot. Ada banyak jenama tapi saya paling suka yang ni sebab bau serai wanginya kuat.

Kotaknya kecil and memang selalu ada dalam handbeg saya, maklumlah beg doreamon. So kalau makan dekat luar, atau bawa budak-budak ni main dekat taman saya akan tampal. Mencegah lebih baik dari mengubati kan

♡Ini bukan pos berbayar...sekadar pengalaman sebagai pengguna♡

Monday, February 17, 2014

Chiffon for Shawl (Halfmoon dan Panjang)

Assalamualaikum all...

Baru dan nak naikkan post tentang material for shawl yang saya buat. Tak sempat nak tambah stock sendiri. Here ada sikit new chiffon yang baru saya restock.

Link sebelum ni saya dah hide sebab ada masalah sikit. So now saya letak yang baru. Saya akan restock chiffon untuk shawl ni sikit-sikit. Dan saya akan remark either SOLD or AVAILABLE. Berminat boleh whatsapp saya 012 - 616 3705 (eby).



Chiffon Shawl
1.5 meter
Bidang 45
RM 10.50 untuk setiap warna
Postage RM 7.00 (POS MALAYSIA)
Sesuai untuk halfmoon dan shawl panjang.
Postage setiap Selasa dan Khamis sahaja.

NO : 1 - SOLD

NO : 2 - SOLD

NO : 3 - AVAILABLE

NO : 4 - AVAILABLE

NO : 5 - AVAILABLE

NO : 6 - SOLD

NO : 7 - SOLD

NO : 8 - SOLD

NO : 9 - AVAILABLE

NO : 10 - SOLD

NO : 11 - SOLD

NO : 12 - AVAILABLE

Thursday, February 13, 2014

Nasi Arab???

Assalamualaikum...

Kejadian di petang hari. Tak ingat hari apa. MR. Daddy kata dia penat. Tak larat. Nak balik tidur jer...Bila dia keluar ayat macam tu, itu sign makan luar sebab bila dia kata nak tidur maknanya saya kena tengok kan bebudak ni. Bila dah saya tengokkan bebudak ni maknanya tak boleh nak masak. Tak masak = makan luar.

After half an hour hard thinking (inilah yang jadi tiap kali nak makan luar...hard to decide where to eat) MR. Daddy suggest nasi arab dari tukang masak bukan arab. Dekat presint diplomatik. Depan tempat buat passport tu, apa ke namanya. Lupey sedah! Sebab katanya not bad. Even tak boleh lawan sabaq tapi still ok.

Saya yang tak pernah rasa nasi arab disitu pun bersetuju. Bergerak dengan pantas ke tempat kejadian.

Order nasi sorang sepinggan, Irfan spagheti then plus dengan kebab ayam ke hapa namanya.

Mula-mula sampai air.

Failed yang paling maksimum. Teh ais dan kopi ais dan milo ais.

Teh ais...ya ampun kau!!!! Sungai Klang tu lagi keruh dari teh ais dia.

Kopi ais...MR. Daddy sampai kompius kopi ais ke kopi 'O' ais. Can't tell!

Milo ais...manisssssssssssssss nya ya rabbi! Sampai Irfan tak lalu minum.

Nasi...no comment. Rasa dia nak bagi so-so pun tak mampu.

Kebab ayam tajuk panjang. Ayam kebab dia kering, keras kejang. Nuha buat ketuk dekat meja berdetang-dentung bunyinya.

Sebelum kejadian bergambar dengan bahagianya...

Wednesday, February 12, 2014

Rabu Yang Bisu v.7







Tuesday, February 11, 2014

Quality Time

Assalamualaikum....

Semenjak pindah balik kerja di PJ ni badan makin kurang bertenaga. Maklumlah kejar train, tukar train, maki train so banyaklah tenaga diserapkan ke situ.

Balik rumah badan dah letih. So masa dengan anak-anak pun terhad. Main jeling-jeling jer lagi. Sambil lalu-lalang buat kerja peluk anak-anak kejap, then kiss kejap. Nak duduk bergurau tu memang susahlah. Terkejar-kejar dek masa.

So Sabtu Ahad lah masa yang ada pun untuk diorang. Bila sampai hujung minggu tu pakat dengan MR. Daddy kena luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Biar diorang tak rasa terpinggir. Walaupun ku terpaksa meminggirkan anak-anak angkat ku si mesin jahit.


 Swimming!!! Favourite anak-anak tapi saya kureng sikit kolam renang. Kalau pantai yes! Ai is like.

 Tag untuk masuk. RM 1.00 untuk bebudak besar Irfan. Macam Nuha FOC.

Budak ni punya excited sampai dua tiga kolam dia masuk...kolam dewasa jer tak dapek.

 Ini pulak favourite Nuha. Irfan kureng sikit sebab kononnya dia dah big boy.

Tapi bila tala tak pernah nak geleng....naik jugey.


Monday, February 10, 2014

Ke 'busy' an Itu...Inilah Puncanya

Assalamualaikum.......

Wah lama tak log in belog sendiri. Kadang-kadang sibuk...tapi yang banyaknya buat-buat sibuk dengan hal nikah kahwin adik saya. Kahwin dahhhhh. Jadi bini orang pun dahhhhhhhh. Selamat sudahhhhhhh.

Dua tiga minggu sebelum nak kenduri tu closed amik tempahan baju orang. Sebab baju sendiri nak pakai time hari kenduri tak siap lagi. Plus dengan baju MR. Daddy, baju Irfan, baju Nuha lagi....fengsan.

So pelan-pelan buat satu-satu. Actually IBU belikan kain untuk buat baju tu lama dah. Tapi well biasalah kan...tunggu last minute baru lah mencabar. Dah genting sangat barulah hegeh-hegeh bentang kain nak potong. Satu malam jer habis untuk fikir cemana nak potong kemeja MR. Daddy. Maklumlah jahit kemeja setahun sekali. Lepas tu kain nya yang ada cukup-cukup pulak tu jadi KESILAPAN ADALAH DILARANG.

But finally siap gak semuanya. Itu pun bawak sampai ke kampung pasang butang segala. Janji siap sudeyyyyyyyyy.

Sebagai pelengkap bicara marilah kita meninjau gambar-gambar di sekitar hari kejadian. Gambar adalah dari lensa jurukamera bertaraf terlajak profesional. Maka gambar yang blur, bergoyang dan sukar untuk ditafsir adalah art jurukamera bertaraf terlajak profesional...

Pembuka gambar haruslah gambar yang molek lagi sedap mata memandang....

 Persediaan awal...goodies, baju geng ungu, khemah, dan inai ungu (erk!!!)

 Sehari sebelum...melayan anak-anak lebih letih daripada buat kerja. Ragam sorang-sorang boleh pitam.

 Nikah di rumah, abang pengantin yang nombor empat yang nikahkan. Alhamdulillah sekali lafaz...sah!

 Detik-detik ittew...

 Moga kalian kuat menempuh alam rumah tangga yang kadang-kadang boleh jadi alam misteri.

The big family. Tengok budak lelaki dan perempuan yang depan sekali tu. Baju ungu dah tukar warna ungu belacan...Mak diorang sikit lagi nak tukar kaler ijooooo.