Thursday, October 23, 2014

Bila Waktu Baik

Assalamualaikum...

Lama tak sembang pasal dua beradik ni. Si abang yang cewek, hati lembut dan penyayang. Si adik yang garang, baran dan manja. Inilah dua orang harta dunia akhirat saya.

Berdua ni bila tengah baik, baik sungguh-sungguh. Main sama-sama, sharing semuanya, tidur peluk-peluk, makan kongsi-kongsi. Eh memang baik betullah. Bila main tu kemain gelak tak ingat.



Itu tengah baik. Siap baring dekat peha abang. Abang pulak kemain baik usap-usap kepala adik.

Tunggu nanti bila datang rasa tak puas hati ke, ada yang tak kena ke, si adik punya jerit boleh berdengung gegendang telinga. Kang mulalah ada yang menangislah, ada yang merajuk. Finin mak inchik.

Selalunya saya buat tak layan jer. Penat kang tahulah diorang berenti. Kekadang tak ada benda pun. Saja menjaki satu sama lain. Adik diam, abang kuis. Kang abang diam adik pulak cuit. Cari pasal kata orang. Sebab tu malas nak layan.

End up mesti mencari juga satu sama lain. Gaduh macam manapun salah seorang tak boleh hilang. Sebab tu pepatah ada sebut, air dicincang tak akan putus...

Wednesday, October 22, 2014

Birthday Si Bongsu

Assalamualaikum.

Hai uolsss...

Macam biasalah kan menjelang tengah malam berkobar-kobar lah aiols mengupdate blog. Masa tu lah datangnya idea mencurah-curah. Semua benda nak cerita, semua benda nak kongsi, semua benda nak update.

Kali ni cerita pasal awal bulan dulu. Kejadian masa raya haji tu. Hari Jemahat tu dari office terus balik rumah mak sebab pagi raya tu nak gerak balik rumah ibu pulak. Ada makan-makan kisahnya. Tak tahupun rupanya sempena birthday adik saya yang bongsu tu.

Birthday dia jatuh sehari sebelum raya haji. Kalau ikut kalender Islam pulak, dua hari sebelum raya haji tu birthday si Nuha. Genap dua tahun. Oleh kerana semua orang boleh balik raya haji tu maka ibu buatlah jamuan kecil ahli keluarga untuk celebrate birthday si bongsu tu. Rasanya ini kali pertama kot ada acara potong kek untuk adik saya ni. Sebelum ni just main wish-wish jer. Ada tak ada pun kek sepotong. Jangan tidak sebagai syarat.



Kalau ditengok pada gambar tak nampak pun macam birthday si paksu nya. Gaya macam birthday bebudak tu je. Paksu cuma tolong pegang nak potong kek. Biasalah bebudak kan seronok kalau dapat potong kek gitu.

Insya Allah ada kelapangan boleh buat makan-makan lagi. Iyelah kalau setakat nak tunggu raya baru berkumpul memang payahlah sebab memasing dah berkeluarga. Ada yang balik ke kampung ada yang ke rumah mertua.

Korang selalu ke buat family gathering gini???

Tuesday, October 21, 2014

Blueberry Cupcake

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni kerajinan bersiaran apabila menjelang tengah malam. Ntah hantu mana merasuk. Masuk je pukul 10 ke atas terus gigih nak berblog bagai. Walhal waktu lain tu idaklah sibuk mana, malas jer lebih.

Seminggu dua lepas rasanya gigih buat cupcake. Tengah malam mengadun bahan. Kompius jiran mak inchik tengah malam buta bunyi mixer. Lapar benor gamaknya. Lepas tu tengah malam juga update pasal cupcake. Tak pelah sesuwai sangatlah kan.

Moh cuba... mudah jer yong.

Blueberry Cupcake

Bahan-bahannya:
1) 60gram tepung gandum (diayak)
2) 4 biji telur (saiz besar guna 3 biji sahaja)
3) 150gram gula kastor
4) 120gram planta
5) 100gram coklat masakan putih
6) 1 sudu teh esen vanila
7) Satu peket fresh blueberry
8) 1 sudu besar gula pasir halus (boleh dikurangkan)

Cara-cara Membuatnya:
1) Dengan kaedah double boil cairkan coklat masakan putih bersama planta.
2) Setelah cair biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.
3) Masak blueberry bersama gula pasir halus sehingga gula mencair.
4) Ketepikan dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree.
6) Dengan menggunakan mixer pukul telur bersama gula sehingga kembang.
7) Tambahkan esen vanila dan kacau menggunakan spatula sehingga adunan sebati.
8) Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati menggunakan spatula.
9) Akhir sekali masukkan coklat cair dan gaul rata.
10) Sediakan cup di dalam acuan muffin.
11) Masukkan sedikit blueberry masak pada dasar cawan.
12) Tambahkan adunan kek sehingga 3/4 penuh. (blueberry juga boleh dimasukkan selepas adunan).
13) Bakar selama 10 minit pada suhu 200 degree.

Dan hasilnya...



Nyummeh...

Sumber asal : youtube.

Sunday, October 19, 2014

Pleated Skirt

Assalamualaikum...

Hai korang...selamat pagi. Ahkak tak dapat tidur so mari meluah perasaan. Lately ni meluap-luap jer rasa nak buat skirt. Rasa macam femenim sangat kalau pakai skirt tu. Ayu-ayu gitu...faktor usia kah???? Ah whatever!

So last weekend tu try lah buat sehelai. Pening gak memikir nak bagi fit dengan pinggang sendiri. Selalu buat yang jenis pinggang adjustable tu. Yang pleated ni macam tak pandai pulak nak buat adjustable.

Lipat sana lipat sini akhirnya dapat. Cuma bahagian pinggul tu macam ternaik ke atas. Tapi overall dah tahulah konsepnya. Macam mana nak bagi fit untuk bahagian pinggang dan pinggul.



So ini versi percubaan. Nanti dah dapat versi mabeles saya buat banyak-banyak, then jual. Korang jangan tak beli tau...mesti beli. Saya jual harga mampu milik...insya Allah.

Saturday, October 18, 2014

Salam Perpisahan

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak menulis. Bukan apa malas benar rasanya nak men-transfer fanbar dari phone ke komputer. Nak resize lagi then letak watermark. Poyo benar bunyi nak ber-watermark bagai. Macamkan ada jer orang yang nak mencilok gambar dia. Eh, memang ada ye...korang mana tau.

Ok sebenarnya nak cerita pasal jamuan perpisahan sorang officer dekat seksyen saya ni. Saya agak rapat juga dengan officer ni. Kawan gosip gituuuuu. Tapi starting from next month this officer has been tranfered to other section. Naik pangkat.

So sempena meraikan kenaikan pangkat beliau kitorang buatlah sikit jamuan makan-makan.

Semoga kak Zura akan lebih maju jaya di bahagian yang baru di bawah bos "kesayangan" ramai *tangandibahumatakeatas* Selamat kembali bekerja shift.





Baru perasan tak ada gambar kak zura dari jarak dekat. Gambar yang ada ni pun amik dari balik cermin. Paling penting ganbar aiolsss pun tak ada *sentap*

Wednesday, October 8, 2014

Telekung Melompat

Assalamualaikum...

Hai semua. Apa khabar??? Ahkak demam dah 3 hari. Asal malam je panas balik badan. Ni dah masuk hari ketiga demam...Ya Allah sakit sungguh sendi-sendi badan. Orang bila dah biasa bekerja, bila kena berehat dua tiga hari tak buat apa-apa mulalah rasa sengal-sengal seluruh badan. Insya Allah esok dah boleh kerja kot. Harap-harapnya lahhh.

Seminggu sebelum raya haji tu nursery Irfan dengan Nuha ada buat praktikal haji. Tawaf, melontar semua tu lah. Yang syoknya tengah malam baru baca whatssapp teacher bebudak ni. Tu yang jadi telekung melompat tu.

Teacher diorang hantar whatsapp pukul 8.30, pukul 9.45 baru baca sebab masa tu dah landing atas katil. Diorang kena bawa kain ihram untuk lelaki dan telekung untuk budak perempuan. So untuk Irfan bagi tuala putih jer. Masalahnya si Nuha. Dia tak da telekung putih.

Apa lagi kau terus melompat dari atas katil. Terkejut MR. Daddy. Selongkar-selongkar jumpa kain putih ngam-ngam untuk buat telekung si Nuha. Kebetulan ada pula lebihan kain lace putih baju pengantin sapa ntah...ha bolehlah dijadikan renda bahagian bawah. Start menjahit pukul 10, pukul 11 siap. Terus lipat masukkan dalam beg.


Inilah hasilnya telekung melompat yang siap dalam tempuh sejam.

Ada saper-saper nak order untuk anak dia.

Mihmihmih (",)v

Tuesday, September 30, 2014

Roti Sosej Pintal

Hai
Hai
Hai

Assalamualaikum...

Oleh kerana tak ada apa-apa su yang nak dibincangkan atau diceritakan atau dikarutkan makanya marilah kita berkongsi resepi sahaja.

Jadi minggu ni (kalau rajinlah) kita cuma share resepi jer.

Hari ni kita cerita resepi Roti Sosej Pintal. Buat malam tadi. Sebab tengok sosej tu ada lagi jadi mari kita kerjakan. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh kita bawa sebagai bekalan di hari esok.

Ok jom masuk dapur.

Roti sosej Pintal

Bahan-bahannya :
2 1/2 cawan tepung gandum (280gram)
1 sudu besar susu sejat / fresh milk
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 paket mauripan
3/4 cawan air suam (180ml)
1 biji telur (untuk sapuan)
mix vege (untuk hiasan)
kaju pizza (untuk hiasan)
mayonis dan sos cili (untuk hiasan)

Cara-caranya:
1) Campurkan mauripan, gula dan garam dalam satu bekas kecil / cawan.
2) Tambahkan sedikit air suam (agak-agak semua campuran tenggelam) dan kacau hingga berbuih.
3) Ketepikan dan biar sepuluh minit.
4) Sediakan satu bekas besar.
5) Masukkan tepung, susu sejat, marjerin dan campuran air mauripan (yang telah dibiarkan selepas 10minit) ke dalam bekas besar tadi.
6) Gaul sehingga semuanya sebati.
7) Tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga campuran bertukar menjadi doh.
8) Uli sehingga doh kelihatan licin.
9) Tutup rapat bekas doh dan biarkan selama 45minit - 1 jam supaya doh menjadi kembang.
10) Selepas doh kembang bahagikan doh kepada doh kecil dengan setiap bahagian dalam anggaran 50gram.


11) Canai doh kecil itu menajdi bentuk bujur, anggaran panjang seperti panjang sosej.


12) Letakkan sosej di atas doh yang telah dicanai dan balutkan sosej sehingga tertutup keseluruhannya.


13) Bahagikan balutan sosej tersebut kepada 8/9/10 bahagian dan potong. Potong sehingga sosej terputus tetapi pastikan doh yang membalut sosej di bahagian bawah tidak terputus.


14) Mula membentuk pintalan. Potongan pertama di tolak ke kiri manakala potongan kedua di tolak ke kanan dan begitulah seterusnya berselang-seli sehingga kesemua bahagian habis di pintal.


15) Setelah itu susun di atas dulang pembakar. Beri sedikit ruang agar roti tersebut boleh mengembang ketika dibakar. Biarkan seketika sebelum bahagian permukaan roti disapu telur dan ditabur mix vege, mayonis, sos cili dan keju pizza.


Hasilnya.....
Selamat mencuba skill memutar :)



Monday, September 29, 2014

Roti Gulung Berinti Crunchy

Assalamualaikum...

Hai semua. Hari Isnin. Monday Blues kah? No...no...no... tak mboh monday blues okeh. Kita kena mulakan hari ni kita dengan aura yang positif, barulah kita akan jadi bersemangat gituh!

Ok pagi ni kak Fifi nak share resepi mudah yang gerenti akan disukai oleh anak-anak kita. Eh sebenarnya kita pun akan suka juga. Dah lah mudah, sedap dan crunchy pulak tu. Bahan-bahan pun simple.


Roti Gulung Berinti Crunchy

Bahan-bahannya :

 1) 5 keping roti
2) 5 keping sosej
3) Sebiji telur
4) Sedikit serbuk roti
**noted: Boleh juga tukar sosej pada isi ketam segera tu.

Cara-cara Membuatnya :

 1) Potong keliling roti
2) Potong roti kepada dua bahagian
3) Canaikan supaya roti menjadi nipis / leper

4) Bungkus sosej yang telah dipotong dua dengan kepingan roti.
**sosej tadi hendaklah direbus terlebih dahulu, kemudian dipotong dua.
5) Golekkan sosej yang telah dibalut roti ke dalam telur.
**pecahkan te;ur dan masukkan sedikit garam (macam nak buat telur dadar tu)

 6) Kemudian golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti.
7) Pastikan sekeliling roti bersalut dengan serbuk roti.
8) Sedia untuk digoreng. Goreng sehingga ia nampak kekuningan.

 Ta-dah!!!

Insya Allah anak-anak pasti suka. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama mayonis dan sos.

Nyum-meh!!



Wednesday, September 24, 2014

Muyassarah Modern Jubah

Assalamualaikum...

Sempena nak menyambut Aidiladha dalam lebih kurang dua minggu lagi, marilah kita cuci mata dengan rekaan jubah dari ebysafiah closet. Muyassarah Modern Jubah ini selesa dipakai, longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh (no cutting). Manalah tahu ada yang berkenan di hati atau rasa nak hadiahkan pada mak, mak mertua atau ahli keluarga boleh contact saya eby : 012-616 3705. Stok terhad so saper cepat dia yang dapat.

Muyassarah Modern Jubah

Code : MMJGreen

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Hijau Petronas
Saiz : M (ukuran)
Material : Plain Cotton
Ada poket di bahagian hadapan jubah kiri dan kanan.


Code : MMJOrange SOLD

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Orange
Saiz : M (ukuran)
Material : Plain Cotton
Ada poket di bahagian tepi jubah kanan.


Code : MMJPink SOLD

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Shoking Pink
Saiz : L (ukuran)
Material : Plain Cotton


Code : MMJBrown

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Light Brown
Saiz : L (ukuran)
Material : Cotton Satin
Ada poket di bahagian hadapan jubah kanan


Code : MMJOlive

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Olive Green
Saiz : L (ukuran)
Material : Cotton Satin
Tiada poket


Code : MMJBlue

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Royal Blue
Saiz : L (ukuran)
Material : Cotton Satin
Tiada poket


Code : MMJGrey

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Grey
Saiz : Free Size (ukuran)
Material : Chiffon
Full Lining
Tali ikat pinggang diberi percuma.
Hujung lengan bergetah.


Code : MMJPurple

Harga : RM 55.00 (postage include)
Warna : Purple
Saiz : Free Size (ukuran)
Material : Chiffon
Full Lining
Tali ikat pinggang diberi percuma.
Hujung lengan bergetah.


Code : MMJFGreen

Harga : RM 35.00 (postage include)
Warna : Flowery Green
Saiz : Free Size (ukuran)
Material : Chiffon
Body Lining
Tali ikat pinggang diberi percuma.
Hujung lengan bergetah.


Code : MMJFPink SOLD

Harga : RM 35.00 (postage include)
Warna : Flowery Pink
Saiz : Free Size (ukuran)
Material : Chiffon
Body Lining
Tali ikat pinggang diberi percuma.
Hujung lengan bergetah.


Code : MMJFYellow SOLD

Harga : RM 35.00 (postage include)
Warna : Flowery Yellow
Saiz : Free Size (ukuran)
Material : Chiffon
Body Lining
Tali ikat pinggang diberi percuma.
Hujung lengan bergetah.


Code : MMJYellow

Harga : RM 45.00 (postage include)
Warna : Yellow
Saiz : M (ukuran)
Material : Cotton
Butang di hadapan
Tiada poket


Berminat boleh hubungi saya:

Call / sms / whatsapp

eby : 012 - 6163705

Ukuran Jubah Muyassarah

Ini adalah ukuran jubah Muyassarah. So sesiapa yang berminat dengan Muyassarah Modern Jubah boleh rujuk ukuran untuk tentukan sesuai atau tidak dengan ukuran korang. Jubah-jubah Muyassarah semuanya tiada cutting, longgar dan selesa dipakai.



Monday, September 22, 2014

Puding Roti Cekelat

Assalamualaikum...

Lately ni saya makin rajin menghiruk pikuk kan dapur. Sebab Irfan makin suka nak makan tapiiiiiiiiiiiii nak mami yang masak. Mami masak sedap katanya... Hamboih kemain pandai mengampu.

Walaupun kengkadang malas benor, tapi disebabkan anak yang susah makan dah start order kita layankan juga. Sebab selalunya bila dia minta maknanya dia memang akan makan apa yang dia dah order tu. Cuma tulah mak dia ni terlajarlah malas.

Bila dah buat untuk dia tu, mulalah rasa teringin jugak nak masak apa yang kita teringin nak makan kan. So last week intai fridge tengok bahan-bahan cukup maka marilah kita mulakan misi membakar puding roti cekelat. I am chocolate fanatic 'oll.

So here we go.

Puding Roti Coklat (dibakar)

Bahan-bahannya:
~ 8 keping roti (bergantung pada bekas yang korang guna untuk bakar nanti)
~ 500ml susu coklat segar
~ 3 3/4 sudu besar gula halus
~ 2 biji telur
~ 1 sudu teh esen vanila
~ 2 sudu besar butter (cairkan)
~ 1-2 sudu besar chocolate chip

Cara-cara Membuatnya:
~ Panaskan oven pada suhu 180 C
~ Tuangkan susu, gula, telur dan esen vanilla ke dalam sebuah mangkuk.
~ Kacau sehingga semuanya sebati dan bercampur elok.
~ Racikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
~ Tekan sehingga kesemua roti terendam elok.
~ Biarkan seketika sehinnga campuran meresap ke dalam roti.
~ Campurkan butter cair.
~ Gaul rata.
~ Taburkan chocolate chip dan kacau rata.
~ Bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 30 minit.


Bahan-bahan Sos Kastard:
~ 1 tin susu cair
~ 1/4 tin air (guna tin susu cair yang sama)
~ 2 sudu besar tepung kastard
~ 2 sudu gula

Cara-cara Membuatnya:
~ Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
~ Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
~ *Kepekatan ikut selera memasing ye.


Tada! Puding roti cekelat ni makan tanpa sos kastard pun dah sedap sebab rasa coklatnya tu memang ummph!


Resepi asal dari blog : hanamemories

Thursday, September 4, 2014

Diambang Merdeka...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta (0_o)

#throwback

Sambutan di ambang kemerdekaan negara peringkat daerah Petaling diraikan di bangunan persekutuan.

Actually kitorang yang kije dalam bangunan tu tak tahupun akan ada sambutan di ambang merdeka. Sambutan hari Jemahat (29/8/2014), hari Khamis tu baru diorang war-warkan. Hari Khamis tulah sibuk suruh semua orang alihkan parking. Agaknya kalau tak sebab parking tu haram kitorang tak tahu.

Tapi macam biasa ahkak cool je. Ahkak tak kisah. Janji kita enjoy.

Sebelum acara bermula, pasukan konvoi bermotor besar telah tiba. Wah masa ni tetiba rasa berdebar-debar. Sesuatu sangat. Kemain menderum-derum enjin motor tu. Terkagum-kagum ahkak memandang motor-motor mereka ittew. Ahkak sukaaaaaa. Dalam kumpulan konvoi tu ada dua orang mak datin yang join ride bersama. Oh my prada!! Gila cool. Tapi ini stok mak datin yang ala-ala model tu ye. Bukan type mak datin yang rambut kembang angin taufan pun rambut tatap maintain.

Ahkak kan verangan, nanti ahkak bila anak-anak dah besar ke atau dah pencen ke ahkak nak ajak MR. Daddy beli sebijik motor berkuasa tinggi then join mana-mana ride club. Wah kerlassss kak fifi. Meletops!

Eh dah lah malas nak taip lagi. Uolls tengok gambar je lah. Gambar tiada caption pandai-pandailah korang letak caption sendiri dalam hati. Biar gambar yang berbicara...katanya. E-ceeeeh.







Tapi dalam banyak-banyak gambar, gambar di bawah adalah terpaling win.



Selamat hari merdeka uolls.






Anak yang lahir sesudah 21 tahun merdeka,
-eby.safiah-

Thursday, August 28, 2014

Primaland Port Dickson

Assalamualaikum...

Kemurungan yang melanda makin melampau. Walaupun setelah bergigih menyeru semangat namun semangat tetap tidak kunjung tiba. Makanya.....

Marilah kita selesaikan duit yang masih ada dalam poket ni. Mungkin bila duit dah habis baru semangat tu nak datang.

Jadi decide dengan MR. Daddy nak bawa bebudak ni pergi mandi-mandi tapi tak nak mandi pantai. Kalau nak pergi pantai kena cari pulau baru layan. Bagitau MR. Daddy dapat hotel yang ada swimming pool pun ok. MR. Daddy kata baik mandi dekat Presint 11 punya kompleks kejiranan tu jer.

Hari Sabtu nak pergi, hari Khamis baru bincang. Plan terkejut-terkejut ni memang syok. Menggelupur cari hotel. Awalnya nak ke Gold Coast Morib. Lepas tu MR. Daddy kata dia banyak review dalam beberapa blog kata tempat tu kalau anak bawah umur 7 tahun macam kurang fun sikit sebab banyak pool yang tak boleh main. Alahhhhhhh tak moh lah. Ok cari tempat lain.

Lastly settle dekat Primaland Port Dickson. Semua MR. Daddy yang buat, Kak Fifi macam biasa yes-no-yes-no-orait-thank you. Mem besar kannnn.

Ketibaan...Nak Check-in ada masalah internet sekejap. Macam selalu mem besar perati dari jauh je.


View dari bilik. Apa lagi menggelupur lah bebudak ni nak pergi mandi. Sampai-sampai bilik tu terus tukar baju sebab dah teruja sangat nak buat terjun teruk. Walau hakikatnya waktu matahari memang terpanjang panas berdenting. Kita tabahkan jelah hati ikut kehendak bebudak ni. Walhal ahkak pun sama naik jugak.

 Aktiviti pun dimulakan. Weeeeeeee.

 Kebetulan orang pun tak berapa ramai, puas lah bebudak ni main. Mana nak ramainya tengah hari berdenting. Kitorang anak beranak jer yang excited.

 Apa abang naik, semua dia nak naik. Mami ok jerrrrr

 Yang penting kita happyyyyyy!!!!!!

 Quality time with Very Important Persons.

 Luncur sotong pulak. Yaaaaaaaaa

 Ibu yang gembira (0_o)v

 Slide air. Best gila. Tapi nak panjat tangga naik ke atas tu yang maleh. Letih. Dengan basah-basahnya nak memanjat lagi. Tapi sebab nak keseronokan naik jugaklah.

 Siap angkat tangan ke atas anak dara tu. Happy betul dia. Mami lagilah happy. Maklumlah kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan seorang ibu. E-cehhh

  SEDIA!!!

 Inilah luncurnya. Ahkak suka yang merah kuning tu. Paling hazab nak dukung Nuha naik sebab dia pun bising nak jugak merasa naik slide ni. Tiga kali jer lepas tu surrender!

 Si dugong saya.

 Tak mahu naik sampai kecut mecut tangan semua.

 Latihan kekuatan tangan untuk mami. Dia tengok abang dia berenang, dia pun sibuk nak berenang jugak.

 Kesukaan si abang. Sebab dia boleh beraksi.

 Baiklah anak-anak pastikan kita main semua permainan yang disediakan di sini. Jangan ada yang tertinggal. Rugi mami bayar walau tak berapa nak mahal.

 Peace... v

 Jom sambung lagi. 

 Cepat mami lari....

Kawasan ni semuanya adalah kawasan permainan air. Ada empat pool yang berbeza mengikut peringkat umur. Tapi saya anak beranak memang main dekat kawasan ni jer walaupun sebenarnya ada kawasan yang lebih sesuai untuk Nuha. Tapi Nuha tak suka since abangnya main dekat tempat lain.

Lagi dua kawasan adalah kawasan dewasa. Tak sesuai untuk budak-budak so saya langsung tak ke situ. Ada juga kawasan yang korang boleh cycling. Sewa jer basikal yang disediakan. Bilik penginapan kami selesa untuk empat beranak. Total penginapan + theme park RM 230++. Theme park diorang bagi dua pass masuk dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk dewasa. Nuha free sebab underage dan Irfan pula under height (4 feet).

And baju mandi juga bebas as long as pakai baju.

Ok sekarang memang tengah bertungkus lumus untuk projek akan datang. Eh betullah bila duit dah habis baru semangat tu datang.

K byeeeeeeeeeee.