Wednesday, July 31, 2013

Makin Tak Bersemangat

Assalamualaikum...Hai uolls. Tinggal lagi 7 hari Ramadhan kan. Cepatnya lah hai. Kang tahu tahu dah raya. Nasib baik saya tak terlibat dengan aktiviti-aktiviti membuat kuih raya. Kalau tak rasanya waktu-waktu begini adalah waktu kelam kelibut.

Eh tapi teringat dulu masa kecik...zaman sekolah rendah kot, tolong arwah nenek buat kuih raya. Arwah nenek ni kuih-raya-wajib-ada dia adalah kuih/biskut siput dengan bahulu lapis. Bahulu lapis ni ala-ala rainbow cake sekarang ni.

Ok, nak buat kuih siput ni agak leceh. Bukan leceh apa, leceh tang nak menggetel tepung tu untuk menjadi bentuk siput. Ko kena cubit doh tepung tu kecik-kecik then gentel kat atas papan yang berjalur so nanti akan ada kesan jalur bergaris pada kuih tu. Makanya jadilah ia seperti siput.

Buatnya agak penat. Penat jari-jemari halusku nak menggatal dan penat juga nak tengok doh tu berkurangan. Memang letih dan agak membosankan. Lagipun arwah pesen buat kuih bukan untuk rumah dia sahaja tapi untuk semua rumah anak-anak dia. Ko bayangkan arawah ni ada 10 orang anak termasuk arwah ayah saya. Tak ke berbesen-besen doh nak kena gentel. Dahlah zaman tu mana nak ada iPod segala nak menghiburkan hati sendiri. Nak menyanyi pun arwah ennek tak bagi sebab takut air liur berjejeh bercampur dengan doh kuih tu.

Dan dek kerana penatnya nak menggetel kecik-kecik maka saya telah mengambil inisiatif berkesan dengan menggetelnya dalam bentuk yang lebih besar tapi lepas tu kena marah dengan arwah nenek. Sebab katanya kuih siput saya dah jadi kuih siput babi. Bengang betul arwah masa tu dengan saya. Tapi itulah kenangan. Sekarang arwah dah tak ada maka kuih-raya-wajib-ada pun dah tak ada. Pi lah tunjuk kat kedai tu. Sedap tak sedap belakang kira.

Tinggal lagi 7 hari nak raya ni pun, dah mula tak masak untuk sahur. MR. Daddy lagilah kalau bangun pun minum air segelas besar, then sambung tidur balik. Nanti pukul 6 baru bangun siap nak pergi kerja. Saya sahur bangun tetap bangun tapi memang dah tak makan nasi. Habis berat pun makan biskut cicah air milo panas-panas. Itu jelah pun yang selera. Faktor usia mungkin. Nasi, memang tak lalu. Jap gi pukul 12 start terkulat-kulat perut kepedihan. Tapi pedih perut kosong masa puasa masih boleh bertahan compare dengan pedih perut kosong tak puasa.

Ini pun dok menaip sambil menguap. Dah doploh kali menguap. Rasa nak terkoyak dah mulut. OK lah itu jer nak cerita. Cerita bergambar len kali, malas nak transfer gambar.

Monday, July 29, 2013

10 Ramadhan Terakhir

10 Ramadhan terakhir...
Malam di mana lebih baik daripada 1000 bulan
Malam di mana ganjaran ibadah dilipat gandakan
Malam di mana semua makhluk sujud tunduk
Malam di mana hijab doa ditiadakan
Malam di mana Lailatul Qadr dijanjikan

Ayuh kita rebut malam rahsia ini
Kerana Ramadhan datangnya hanya setahun sekali
Tahun depan ada lagi?
Benar...tetapi dibimbangi waktu itu kita telah pun menghadap ILAHI
Lalu...
Mengapa dipersia-siakan peluang yang telah tiba ini.
Kerana...
Peluang sekali pergi belum tentu akan ketemu lagi
Jadi...
Ayuh kita bersungguh-sungguh kali ini
Supaya kelak tiada sesalan di dalam hati.

Thursday, July 25, 2013

Dah Lebih 15 Ramadhan ek?

Assalamualaikum... Hai peeps. Morning, morning, morning! Jangan malas-malas ye korang. Eh kejap je kan. Dah 16 Ramadhan kan. Kejap jer. Time really flies. Tau-tau dah habis dah 15 Ramadhan. Tinggal lagi 14 Ramadhan...insya Allah kalau umur panjang.

Cakap pasal umur teringat sahabat lama saya masa sekolah rendah dulu. Isteri tercintanya telah kembali menemui penciptanya semalam. Sangat terkejut saya dengar sebab arwah tidak pernah dikhabarkan sakit. Tahu-tahu dapat berita telah kembali. Daripada Dia kita datang...kepada Dia kita kembali. Semoga sahabat saya kuat menghadapi ujian ini. Saya faham perasan kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan mengejut begitu. Lama juga baru boleh hadam yang mereka telah tiada. Bertambah sayu hati saya bila mengenangkan si kecil yang baru menjenguk dunia. Rasanya baru dalam sebulan dua begitu. Tidak mengapalah pasti Allah ada perancangan yang lebih baik buat si kecil.

Back to normal mood. Biasanya kalau dah lebih 15 Ramadhan radio akan start pasang lagu raya. Apa lagu raya kesukaan korang. Saya suka lagu-lagu raya evergreen. Apa? Macam orang-orang tua. Eh, yang evergreen lah yang best. Lagu raya yang baru-baru ni langsung tak ada feel. Macam ntah apa-apa jer. Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Hehehehe syok kan.

Jadi sempena hari raya yang bakal menjelma ini saya dah start kumpul sampul raya. Sampul jer lah. Isinya belum tentu lagi. Tapi buat kelima-lima anakanda tersayang harus akan mendapat habuan. Yang lain-lain tu untung sabut timbul untung batu tenggelam lah ek.

Sampul duit raya dapat daripada Paparich.


Tuesday, July 23, 2013

Hadiah Tidur Petang

Semalam tak kerja. Actually dah 2 hari sebab jaga bebudak ni kat rumah. Esok Rabu dengan Khamis giliran MR. Daddy pulak. Terpaksa gilir-gilir. Nursery tutup seminggu atas arahan Kementerian Kesihatan. Ada budak yang kena penyakit bejangkit.

Since Nuha pun dah 9 bulan, tak delah renyah sangat nak menjaga. Lebih tenanglah.

Petang tidurkan Nuha. Irfan tak mau tidur. OK suruh dia main dalam bilik sebab Nuha tidur dekat luar. Dia pun main iPad. Sambil-sambil tidurkan Nuha, saya pun lelap sama.

Sekali terjaga pukul 4.30 semerbak jer bau. Kemain wangi. Bau dari dalam bilik. Bangun pergi tengok, sekalinya si Irfan tengah main bedak combo dengan losyen adik. Patutlah bau macam familiar. Nadib baik puasa tenaga pun tak ada nak marah-marah. Diam jer.




Itupun separuh MR. Daddy dah kemaskan. Saya memang dah tak ada tenaga. Nak pandang pun tak larat. Baiklah pergi masak. Dapat juga berbuka makan nasi lemak lauk ayam rempah.

Lobang Hidungku Bukan Lobang Hidungmu

Ini kisah last Friday. Balik keje Jemahat tu kemain jem jalan. Punya banyak umat kereta atas jalan. Mungkin memasing sibuk nak balik awak kot. Traffic light jer pun, tapi jemnya bergulung-gulung. Tambah pulak ada kereta jenis lembab siput apa? Siput babi.

Jadi bagi mengelakkan kemencarutan marilah kita berkarya. Inilah karya agung di pit stop pertama


Lobang hidungku

Kuikuikui. Terus senyum sendiri. Hilang amarah pada pemandu yang terlajak sopan. insert melly gosliw's song - ku bahagia


Karya agung kedua

Ini pit stop kedua. Keboringan + kebengangan. Ramau benor driver yang bawak macam siput apa? Siput babi!!! Sebagai bekas racer adalah suatu pengkhianatan kalau bawak perlahan.

Hmmmm lepas ni fahamlah yea kalo keluar gambar lobang hidungku bukan lobang hidungmu tu maknanya saya sedang berkarya.

Korang jangan tiru.

Testing

New blogger app

Monday, July 22, 2013

sakat Dia!!!!

Ini kerja si adik or boleh kata hobby dia jugaklah.
Menyakat si abang.
Sampai abang pun dah malas nak layan sebab tahu lagi abang terjerit-jerit lagi dia suka.
Adik-adik......



Friday, July 19, 2013

Malas Melampau-lampau

Assalamualaikum peeps...
Ya ampun, semenjak dua menjak dah masuk bulan Ramadhan nih, malasnya melambung-lambung. Langsung tak boleh nak control. Menjadi-jadi.Memang parah sungguh. Napa ek tak ada jual ubat untuk hilangkan kemalasan. Kalau ada harus kak ton yang paling depan berbaris nak beli. Kui kui kui.

Eh, heboh ek sekarang orang dok cerita pasai retis yang kahwin dua tu ek. Saya no komenlah. Sebab tak duduk kat tempat deme khennnnn. Don't simply judge people when you have totally no idea what battles they're going through. Once, try to put yourself in their shoes. Pity them.

Eh, kepochi khennnn kak ton nih. Bukan apa riuh kot orang bercerita pasai retis tuh. Sikit banyak terdengor ler jugak. Tapi kak ton neutral. Sebab kita t ak tahu cerita di sebalik tabir maka adalah lebih baik kita berdiam sahaja. Kang jadik fitnah pulak. Ye dok!

Bulan-bulan puasa nih selain malas bebenor, saya kerap rasa mengantuk. Rasa mengantuk yang amat lah sangat. Yang tak dapat ditahan-tahan. Adalah dua tiga kali jugak terlentok dekat meja ni ha. Mujur bos tak datang kejutkan. Idak kalu...kejang aku dekat situ. Mih mih mih.

Semalam berbuka paling simple. Buat nasi goreng seafood. Macam biasalah kolaborasi dengan MR. Daddy. Ku tak boleh permenant di dapur. Sebab kejap-kejap berkejar ke depan kalau bos kenit mokmok tu panggil. Maka saya sediakan bahan semuanya. Potong, basuh and letak tepi kuali. Mr. Daddy campak semua dalam kuali, goreng. Gituh pun Irfan makan bertamboh jugak. Herokecil saya tu dah pandai makan udang. I mean dah tak allergic. Gambar ada dalam phone tapi ku tidak rajin nak transfer.

Owh, last week dapat bil elektrik. Rasa nak fengsan-bangun balik-fengsan balik-bangun lagi- fengsan semula-bangun balik bila tengok bil elektrik. Semput kejap. Lagi RM 9 jumlahnya genap RM 200. Bapak banyak bil bulan nih. MR. Daddy pun terkujat. Tak pernah kot bil elektrik banyak macam tuh. Paling banyak pun RM 150, itu pun sebab dua bulan punya bil dikumpul. Kali ni memang over. Bila fikir balik naper banyak macam tuh. Then baru ingat, start bulan enam tu memang banyak pakai mesin jahit. Kadang-kadang sampai dua jalan sekali dengan mesin sulam. Mesin sulam bila on bermakna laptop pun akan on juga. Double di situ. Then masuk bulan puasa banyak pula pakai microwave, panaskan lauk especially waktu sahur. So no wonder gitu jadinya bil. Tapi berpeluh jugaklah ketiak. Tiba-tiba hilang mood nak jahit. Matiklah ada yang tak berbaju raya kang ni.

OKlah sekian dulu cerita carca marba dari kakton untuk semua. Lap u muah muah muah.

Wednesday, July 17, 2013

Cerita Adik-beradik

Cerita pasal Irfan dan Nuha. Dua-beradik ni kadang-kadang bila baik....baikkkkkkkkkkkkk lah sangat. Tapi bila dah start berebut memasing tak moh kalah dah. Baik abang baik adik. Sama naik. Ending mesti salah seorang akan menangis. Lantaklah korang. Mami ko masa kecik pun gitu jugak.

Tapi masa tengah baik memang syok tengok. Kemain lagi pandai si abang ngambik hati adik. Terkekek-kekek adik ketawa. Ntah apa yang lucu tidak lah diketahui. Abang pun makin sukalah melayan.

 See how they can get along together. Kemain seronok si adik. Abang pun naik syok melayan. Dapatlah saya dengan MR. Daddy kolaborasi dekat dapur masak untuk berbuka. Idaklah bersilat sorang-sorang. Waktu ni memang terkekeh-kekeh si Nuha ketawa. Lawak yang si abang buat ialah, letak cawan mainan atas kepala...goyang kepala...cawan jatuh. Maka gembiralah hati si adik.

Then dua-dua adik-beradik ni sama jer suka tengok tv. Kartun apa yang abang dia tengok, kartun tu jugaklah yang akan buat si adik melopong. Baru-baru discovered Nuha pun suka tengok wonderpets. Maka joinlah abang tenok wonderpets hujung minggu tu. Kemain malngut dua-duanya tengok tv.
TEngoklah si Nuha, kemain depan duduknya. Kalih ke belakang menjerit marah. Macam kan faham benor. Tapi layankan jelah, asal senyap. Tenang hati mak ko nak berehat sekejap.

And kalau pasal makan...ye bagi pada adik. Dialah champion. Suap apa jer, haruslah dia menganga. Makan Nuha memang senang. Beza dengan Irfan. Irfan dari usia Nuha dah selektif. Ikut sapa lah tu? Sampai laaaaaaa lagi selektif. Kemain jenuh nak bagi dia makan.

 Nuha walau badan tak berketak tapi daging dia padat. Tengoklah perut tu kemain ke depan. Selalu kena tegur dengan Irfan. Tak pelah kan dik. Kecik-kecik mok mok tak per. Comey jer.

 Ini si abang yang susah bebenor nak bagi makan. Tengoklah tu apa yang dia makan. Nasi putih kuah banjir dengan sup ayam. Mujur mahu juga makan. Irfan ni kalau nak bagi makan kena tanya apa dia nak. Kalau main sorong jer makanan depan muka dia ada harapan 90% kena reject.

Itulah kisah dua beradik. Dua orang ni pun dah rasa macam lima orang. Letih ampunnnnnnnnnn! No compalint just sharing my sweet moment having both of them.

 

Monday, July 15, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum..... Sekejap jer kan dah masuk Ramadhan yang 6. Esok dah seminggu Ramadhan. So macam mana dengan Ramadhan uollls. Iolllls biasa jer. Alhamdulillah still manage tak pergi ke Bazar Ramadhan (me still cannot call it PARAM). Balik dari kerja letak beg segala terus ke dapur. Kalau Nuha nak menyusu, susukan dia dulu so MR. Daddy take turn dekat dapur first. So far siaplah segalanya sebelum berbuka. Azam Ramadhan kami tahun ni tak mahu ke Bazar Ramadhan dan tidak mahu minum ais. Ais ni buat badan kita jadi lemah.

Oleh kerana Ramadhan kali ini saya tak boleh nak 100% dekat dapur so dah siap-siap tulis menu berbuka untuk seminggu setengah. So that way senang sikit. Tak payah terkial-kial duduk depan peti sejuk pikir nak masak apa? Nak makan apa? Dan satu lagi lebih mudah sebab Mr. Daddy nak pergi pasar pun mudah. Dah tahu nak beli apa sebab menu dah ada. Korang try lah buat, serius senang. Tak payah susah-susah sangat. Like me saya buat satu lauk main, satu sayur. Dan saya pastikan salah satu lauk tu Irfan boleh makan.

And sebelum Ramadhan hari tu saya dah siap-siap beli sampin raya and songkok untuk Irfan. I learnt my lessons. Tak mahu jadi macam tahun lepas. Rasa nak pitam mencari barang raya untuk Irfan. Bukan banyak mana pun sekadar cari songkok, sampin dengan kasut dia. Tapi dia punya pusing satu alam. Mamat tu cerewetnyaaaaaaaaaaaaaaaa ya ampun! Actually bolehlah je nak beli ikut pilihan kita tapi jangan harap dia nak pakai. Kang sendiri sentap. Beli dah lasminute gi tulah jadinya. Dah tak banyak pilihan.

Maka tahun ni selesaikan awal-awal. So sepanjang Ramadhan tak payah serabut nak pikir bila nak pergi beli. Settle awal-awal. Baju raya semua dah settle sebab saya jahit sendiri. Baju Nuha kena buat baru sebab baju yang baru buat tu tak muat. Tak muat OK! Orang Ramadhan badan makin susut, dia makin naik. Baju kurung dia ketat dekat ketiak dengan lengan. Mujur kainnya masih ada lebih lagi. Nuha...Nuha...

Ok itu jer nak cerita. Selamat berpuasa semua....

Puasa perut, puasa mata, puasa lidah, puasa telinga.............semoga puasa kita diterima.


Friday, July 12, 2013

Rooftop Prince

Assalamualaikum uollls...Salam Ramadhan dan salam Jumaat buat semua. Dah tiga hari kita berada dalam bulan Ramadhan kan. Sekejap sangat masa tu berlalu. Time flies.....sigh!

Lama dah tak up entry. Malas ada, sibuk pun ada, ketandusan idea nak mengarang pun ada, ketidakstabilan blog pun ia juga. Eh, blogpost iollls dalam minggu giler bebenor. Sekejap-sekejap hang, sekejap-sekejap log-out sendiri. Ker tak bagi iollls tulis blog, nak suruh iollls buat kerja lah tu. Tapi ampunnnnnnnnnnn lah mata iolllls nih, mengantuk bebenor. Tak boleh buka haaaaaaa.

Iolls nak kongsi cerita Korea yang iolllls berjaya tonton dalam seminggu dua lepas. Kelakar lah juga. Kena dengan citarasa iollls.

Tajuk : Rooftop Prince (sesetengah website letak tajuk The Rooftop Prince)


Pelakon :

Micky Yoochun as Yong Tae Yong / Lee Gak

Han Ji Min as Park Ha / Bu Yong

Jung Yoo Mi as Hong Se Na / Hwa Yong

Lee Tae Sung as Yong Tae Moo

Lee Min Ho (1993) as Song Man Bo
Jung Suk Won as Woo Yong Sul
Choi Woo Shik as Do Chi San

Sinopsis:
Cerita ini tentang kisah merentasi masa; antara masa lalu dan masa hadapan. Korea di era zaman pemerintahan beraja dan Korea pada hari ini. Ia mengisahkan tentang Lee Gak, putera mahkota Jaeseong dan tiga orang kepercayaannya (Song Man Bo, Woo Yong Sul dan Do Chi San) dalam usaha menjejaki misteri pembunuhan puteri mahkota (Hwa Yong). Satu malam ketika cuba menjejaki pembunuhnya, mereka berempat telah diburu oleh kumpulan tentera yang tidak dikenali. Lalu mereka melarikan diri. Dalam usaha melarikan diri itulah mereka tercampak ke "dunia Korea" hari ini (2012) iaitu di dalam rumah Park Ha.

Di dalam kekalutan tiada arah, mereka mengambil keputusan untuk terus berada di samping Park Ha sambil cuba mencari jawapan bagaimana mereka boleh berada di situ. Park Ha mempunyai seorang kakak tiri bernama Hong Se Na. Satu hari ketika pertemuaan antara Park Ha dan Hong Sena, Lee Gak terpandangkan Hong Se Na yang pada pandangannya sangat seiras dengan puteri mahkota yang mati dibunuh itu. Lalu dia menyangka itulah Hwa Yong nya.

Tae Moo adalah cucu kepada soerang wanita kaya di Korea. Namun kedudukannya selalu tergugat dengan adanya Yong Tae Yong. Yong Tae Yong amat disayangi oleh neneknya. Ketika dalam usaha memujuk Tae Yong pulang ke Korea, Tae Moo tanpa sengaja menumbuk Tae Yong sehingga jatuh ke laut dan menyebabkan "kematian" lelaki itu.

Nenek Tae Moo yang terlalu merindui Tae Yong yang telah tiada telah tersalah anggap Lee Gak sebagai cucunya kerana wajah keduanya sangat seiras. Lee Gak pula akhirnya bersetuju "menyamar" menjadi cucu kepada nenek Tae Moo dalam usaha mendekati Se Na.

Apakah Tae Yong dan Sena adalah kelahiran semula?


Kredit to Koreandrama

Wednesday, July 10, 2013

Jom Buat Shawl Halfmoon Sendiri [TUTORIAL bergambar] v.2

Ok ini sambungan daripada v.1: Cara-cara buat Polar untuk jahit shawl halfmoon sendiri. Korang perlukan polar supaya senang korang nak buat lagi dan lagi dan lagi. Tak payah nak ukur-ukur sangat dah. Tekap jer polar, pin and gunting. Senang kan. Saiz polar tu korang boleh tukar ikut saiz yang korang nak. Nak besar, besarkan jer lagi. Nak kecik, kecikkan jer.

Ok jom mula potong kain untuk buat shawl halfmoon korang. Jenis kain ikut korang. Kain jenis macam mana korang nak. Kak Ton guna kain chiffon tapi lapis dua. So tak adalah jarang sangat. OK mari kita bermula.

Langkah Pertama:
1. Sediakan kain yang menjadi pilihan hati korang. Apa jenis kain ikut korang. Saya guna kain chiffon.
2. Untuk ukuran polar yang saya beri besar kain adalah 1.5meter. So kalau korang beli kain beli 1.5meter. Tapi kalau nak lagi besar kenalah beli lebih besar.
 Langkah Kedua:
1. Bentang kain korang.
2. Then lipat dua.
3. Macam contoh gambar yang saya beri, lipat bahagian 1 dan 2 supaya bertemu dan selari dengan 1a dan 2a.
 Langkah Ketiga:
1. Letakkan polar pada kain dan sematkan pin.
2. Pastikan bahagian garisan lurus yang melintang tu letak pada bahagian kain yang dilipat.


Langkah Keempat:
1. Potong kain ikut polar tetapi lebihkan sedikit untuk jahitan kemasan / jahit tepi halus.
2. Saya lebih kan 1/2inch atau dalam cm lebih kurang 1.3cm
 Tadaaaaaaaaaaaa!!!
Kalau kedudukan kain betul masa letak polar korang akan dapat bentuk halfmoon ni (bentuk D).
Sekarang masa untuk jahitan kemasan.
Kalau buat dua lapis just lekatkan jer, then buat jahitan kemasan bertindih or ikutlah kreativiti korang.
Good luck girls. Kalau nak tanya boleh tinggalkan comment or email saya safiah_07 [at] yahoo.com.
Nanti saya tunjuk saya punya yang dah siap.


p/s: malas buat mahu tempah, hubungi saya.
      email : safiah_07 [at] yahoo.com
      sms / whatssap / wechat : 012-6163705

_________________________________________________________________________________

Ads:
Boleh dapatkan kain chiffon untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Harga yang berpatutan, lebih mudah dan pantas.
_________________________________________________________________________________

Tuesday, July 9, 2013

Sibling Bonding


Berebut, bergaduh, berbaik, bergelak ketawa


Monday, July 8, 2013

Jom Buat Shawl Halfmoon Sendiri [TUTORIAL bergambar] v.1

Hai uolls. Hari nih kak Ton berhati ceria maka dengan ini kak ton nak share kekdah-kekdah untuk buat shawl halfmoon. First of all kak ton nak tunjuk dulu macam mana nak buat pattern (polar) untuk shawl halfmoon ni. So bila ada pattern len kali korang nak buat lagi dan lagi mudahlah. Tapi pattern nih kak ton tunjuk dalam skala kecil ek. Cuma korang buatlah dalam ukuran yang sebenar. Payah benar nak buat dalam ukuran yang sebenar, nak amik gambar tu yang payah. Tertonggeng-tonggeng kak Ton. Huduh benor ghupenyerrr. So lets begin.....

Pertama:
Sediakan bahan-bahannya iaitu kertas minyak atau kertas apa sahaja yang korang suka yang penting bersaiz besar, pembaris...lagi panjang pembaris lagi elok dan sebatang pen.

Kedua:
1. Ukur kertas korang.
2. Panjang setiap sisi (keempat-empat sisi) adalah 75cm. Kategori apa ek..? Segiempat tepat @ segiempat sama? Kak Ton memang fail bab nih.
3. Pastikan korang dapat seperti gambar di bawah.


Ketiga:
1. Bila dah dapat macam gambar (segiempat dengan panjang keempat-empat sisi adalah sama), lipat dua untuk membentuk segitiga pula.


2. Bucu A ditemukan dengan bucu B.
3. Bentuk segitiga akan diperolehi (seperti gambar bawah).


Keempat:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.


2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B.


4. Ini bentuk yang korang sepatutnya dapat (seperti gambar di atas).
5. Garisan A dan garisan B bertemu.

Kelima:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.


2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B


4. Korang akan dapat bentuk macam dalam gambar.
5. Selesai, buka semula semua lipatan sehingga mendapat bentuk segitiga yang asal.

Keenam:
1. Pada setiap bayang lipatan, ukur untuk mendapatkan ukuran sepanjang 75cm dan tanda.


2. Tanda pada setiap bayang garis.
3. Cantumkan kesemua tanda ukuran.
4. Kemaskan ukuran agar membentuk lengkungan dan gunting.

Ketujuh:


Ta-da! Pattern untuk shawl halfmoon korang dah siap! Pastikan bila korang cuba try test ukur macam garisan merah tu, ukurannya mestilah 75cm. Sekarang korang dah sedia untuk memotong shawl halfmoon kor-rangggggggggggggg. Get ready girlsssssssssssss...




p/s: kalau ada yang nak beli polar untuk shawl halfmoon ni boleh contact saya:
      email : safiah_07 [at] yahoo.com
      sms/whatssap/wechat/ : 012-6163705
      juga boleh comment di bawah

 _______________________________________________________________________________

Ads:

Dapatkan kain chiffon kosong untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Lebih mudah dan cepat.
_________________________________________________________________________________

Wednesday, July 3, 2013

This Is Not Allowed

Budak-budak ni macam span. Apa yang diorang nampak, dengar semuanya akan disimpan kejap dalam kotak fikiran diorang. Cuma tunggu masa nak praktikkan jer.

Irfan one of them. Ya ampun budak ni memang bahaya. Depan dia tak boleh salah cakap, kang tetiba jer dah jadi sebutan dia. Paling jujur kalau tanya saper ajar? Nanti dia jawablah mana dia dengar or nampak.

Ada sehari tu dia tak pergi nursery sebab tak sihat. So duduk rumah dengan MR. Daddy. Masa tu MR. Daddy masak so dia main sorang-sorang dalam bilik. Sambil-sambil tu MR. Daddy jenguklah ke bilik nak tahu apa yang dibuatnya.

Guess what hes doing....
Pretending hes driving while talking to the phone.

See his hand. The way he holding the phone. And guess who he copy that stail. 100% from MR. Daddy. I cant hold my phone like that coz too big for my hand. So parents watch out your driving attitued....

Jaga-jaga adaaaa yang merati...**insert ketawa Kiah Propa**


Pinjam i-phong MR. Daddy

Tuesday, July 2, 2013

Tanam Serai Tumbuhnya Lalang

Sob Sob Sob *insert loudest cry*. Kata orang tangan panas. Tanam apa benda pun semua tak mboh jadi. Kerrrrr sebab tak ikhlas tu yang tanam serai tumbuh lalang. Menghina sungguh!!! Padahal tanam serai tu punyalah mudah. Ish...ish...ish

Macam arwah ayah dulu. Apa benda yang arwah tanam tak pernah tak tumbuh. Semuanya menjadi. MEmang pelik. Walhal bila tengok cara arwah tanam idaklah bersungguh-sungguh manapun. Main cucuk-cucuk jer. Tapiiiiiiiiiiii tetaplah naik melata.

Baik pokok bunga, pokok buah, sayur atau tanaman yang dijadikan ubat / herba. Semua naik merimbun. Semua keluarkan hasil. Adalah yang sempat arwah rasa, ada juga yang tak sempat. Tapi masa arwah tanam dulu memang arwah pernah sebut dia tanam semua tu bukan untuk dia makan, untuk anak cucu dia esok. Sungguh anak cucu yang merasa.

 Pokok padi yang dah keluar padi. Tapi belum kuning. Maybe in two weeks time dah boleh tuai dah.

 Pokok betik. Tengok lah buahnya tu bergayut-gayut kemain banyak. Kadang-kadang rosak dekat pokok jer buahnya. Kadang-kadang dimakan burung. IBU dengan adik-badik saya dah tak larat nak makan betik. Banyak bebenor pokoknya keliling rumah dan semua buahnya bergayut macam tu. Pokok betik lebih rendah daripada saya. Buahnya tu paras pinggang jer.

 Ini pokok terung pipit. Pernah dengar tak? Nama komersial tak tahu. Buahnya yang macam dalam gambar yang ada tangan tu. Cara masak? Tak tahu sebab itu pokok terung pipit arwah ayah. Arwah je yang sealu masak terung pipit ni.

 Ini namanya rimbunan pandan. Memang merimbun dah boleh buat pagar. Sampai takut nak pergi ambil. Takut masa dekat ada sesuatu yang mengejutkan...Hahaha sesuatu sangat khennn.

 Daun kariiiiii. Arwah ayah kalau masak kari tak letak daun kari memang tak kari. Faham ker? Maknanya kalau masak kari daun kari is a must. Tapi dekat kampung memang senanglah. Petik jer tepi tingkap. Dekat sini kalau tunggu juga daun kari jawabnya tak makan karilah kak ton. Beli daun kari dekat pasaraya by the time nak masak kari, daun dah tak bau kari.

Inilah dia pokok yang paling berani seantero alam. Pokok yang berani meletakkan jantungnya diluar. Ko mampu? Pokok pisang lagilah jangan cakap. Banyak gila keliling rumah. Pisang awak, pisang abu, pisang tanduk, pisang emas, pisang kapas, pisang hiasan pun ada berpokok-pokok. Tak faham kak ton motif nak tanam pisang hiasan tu sedangkan pisang yang benar pun dah ada.

Dan banyak lagi pokok yang arwah tanam dekat keliling rumah IBU tu. Saya jer yang tak lalu nak pergi ambil gambar sebab masa snap semua gambar dekat atas tu waktu tengah hari buta pergi ambil daun kunyit. Ada pokok rambutan, ciku, durian, mata kucing, mangga, cili, tembikai dan ntah apa-apa lagi pokok yang tidak ku kenal.

Sekian laporan dari pencinta kehijauan....pui!