Sunday, June 30, 2013

Bonding

Between me and Nuha, bonding tu memang dah ada since Nuha lahir. Kata emak....But bonding between MR. Daddy and Nuha lambat sikit. Maybe sebab MR. Daddy lebih banyak fokus pada Irfan. Tak mahu Irfan rasa mami dah tak sayang dia.

But now alhamdulillah Irfan memang sayang sangat dekat adik. Lagipun itu jer geng yang dia ada. Sekarang lagilah. Langsung tak boleh hilang adik. Bangkit jer tidur cari adik dulu. Adik pun tak bolah nampak abang. Sama naik.




Mami love both of u. Kalau nanti mami dah tak ada korang kena jaga satu sama lain. Jangan biarkan orang luar putuskan ilatan darah antara korang....


Pinjam i-phong MR. Daddy

Thursday, June 27, 2013

Yang Mana PIlihan Kalbu???

Sekarang zaman smartphone kan. Rasanya out of 10, 8 peoples pasti pengguna smartphone. Wahhhhhh...hebat kak ton buat kajian tak berilmiah sesuka hati. Tapi kalau tengok senario dewasa ini...wahhhh ayat senario dewasa ini, dah macam buat karangan 360 patah perkataan. Ok back to kata dasar, melihatkan kepada senario dewasa ini *senyum sumbing sorang-sorang* smartphone nih dah macam keperluan ker kemestian ker tak ada beza keperluan dengan kemestian?

Ok, sebab smartphone nih boleh bubuh macam-macam maka haruslah kita gunakan secara maksimum. Macam before orang guna diary now tenyeh jer kat calender smartphone. Letak reminder segala. Ada yang lagi syok siap boleh bubuh caler lagi. Syok siot. Macam kalau nak beli barang bubuh reminder then letak list barang. Perghhhhhh sungguh berteknologi.

So, yang mana pilihan kalbu? Yang berteknologi lagi nampak canggih....


Ataupun yang konvesional atau ke"makcik-makcikan" ???

Saya? Saya dengan bangganya memilih stail ala makcik-makcik. Perah otak nak beli apa, then tulis. MR. Daddy tak suka. Dia lagi suka cara yang berteknologi. Apa guna smartphone katanya....Beli mahal-mahal guna cuma buat call, terima call, sms.

Korang???

Yang canggih ke yang makcik-makcik???

Wednesday, June 26, 2013

Buat Sampai Lebam

Tempah bulan lepas. Dua hari lepas dah sampai. Actually patutnya sampai dah lama, tapi ada masalah maka lambat lah sampai. Tempah di Johor. Jauh kan. Tapi saya suker jer...sekarang semua di hujung jari. Ada ku kisah mana letak kedainya janji sampai.

Saya tempah label baju (tagging). dah lama nak buat tapi jenuh juga usha-usha sana sini, akhirnya dapat lah satu tempat ni. Ownernya Puan Suzana Samat (fb : Maixara Suzana Jdt).

Label baju saya...lepas nih boleh jahit sampai muntah.

Saya punya RM 300.00 (1000 keping). Harga berbeza ikut banyaknya huruf, saiz, tulisan and warna tulisan. Kalau ada yang nak tempah boleh contact Suzana nih.

Okeh...tu jer nak tunjuk.

Mode : show-off

Tuesday, June 25, 2013

Buli!!!

Dua orang ni memang selalu bikin kepala pusing. Kalau tak abang adik. Kalau dulu rumah sepah, jerit IRFANNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!! sampai orang dekat tingkat 18 pun boleh dengar. Tarzan pun undur. Laaaa kalau rumah sepah tambah lagi sehesta suara mami....IRFANNNNNNNNNNNNN!!!!! NUHAAAAAAAAAAA!!!!! Hoih boleh putus urat kentut.

Nuha ni harap badan jer kecik mentot. Tapi tangannnnnnnnnn ampunlah laju. Tangan dia memang cepat dan pantas. Kadang-kadang sambil lalu jer, habis macam-macam dia sauk. Sauk bukan nak buat apa. Sajerrr. Bagi sepah. Bakul kain kotor dia, benda paling dia suka sauk. Bawak sampai tengah ruang. Mami urut dada. Bakul baju bersih dia pun dia suka buat main. Tarik bawak pergi dapur. Mami urut dada lagi.

Now, bilik sembahyang dengan bilik jahit tak boleh buka. Hari tu terleka, Nuha lepas masuk bilik jahit. Mesin sulam tengah kerja. Saya dekat dapur. MR. Daddy dengan Irfan dalam bilik. Kenit senyap-senyap masuk bilik jahit. Tarik kain yang berjuntai dekat mesin sulam tu. Tiba-tiba bunyi macam guruh. Tanjat boboi! Terus lari-lari remaja masuk bilik jahit. Jerit NUHA!!!!!!!!!!!!!!! *insert storm as sound effect*

Hallohhhhh anak mami. Ditariknya kain yang tengah disulam tu. Mesin hala atas, kain hala bawah. Berlawan lah kawan tu. Punya kuat dia tarik sampai bahagian bawah mesin tu (tempat letak bobbin) tercabut. Mana tak kawan tu keluarkan bunyi guruh. Nuha muka cool, macam kan "Nuha tak salah mami"...Oh, dah setengah jam dok godek mesin *insert air mata memancut ke tepi*. Mujuq kain tak rosak, idak kalu nangislah mami.

Nuha ni kalau tiba-tiba senyap tak dengar suara dia mahupun bunyi walker dia, silalah cari. Sure ada kerja tak senonoh yang dibuatnya. Selasak-lasak abang, lasak lagi budak kenit nih. Meja saya dah dua patah kaki angkara Nuha. Dilanggarnya dengan walker. Dia suka dengar bunyi walker tu menghentam meja kaki. Cacat dah meja mami. Kompius mami, ini anak dara ke apa? Lasak nya ampunnnnnnnn.

Dengan abang, tak payah cakaplah. Memang makanan dia. Tak bagi apa dia nak, jaga! Kemain sakan dia mengamuk. Abang kalau main dengan dia end-up mesti menangngis. MESTI! Budak tu bukan kira. Ko kena ikut cakap aku. Dia tiap kali kalau buat abang, mesti buat muka ala-ala "aku dah cakap bagi, ko yang tak nak bagi, saper suruh!"

Tapi yang itulah racun itu jugaklah penawarnya.......

 Menangis, gaduh dengan abang...berebut tutup botol air.

 Abang pun dah start muka nak cembeng...

 Nampak dah sasaran...

 Start membuli...nak rebut botol susu abang.

Awal-awal bolehlah abang ketawa nanti penghujungnya melalak....


** Terima kasih pada Sharifah Rahayu, sudi jadi follower**

 

Thursday, June 20, 2013

Karenah

Anak-anak ni macam-macam karenahnya. Walaupun lahir dari rahim yang sama tapi perangai tetap berbeza. Like Irfan and Nuha.

Tapi alhamdulillah Irfan sayannnnnnng sangat dekat adik Nuha. Cuma kadang-kadang datang juga angin kepala pusing dia. So far belum pernahlah lagi dia sakitkan adik dia. Tiap kali gaduh dia yang menangis.

Nuha nampak indipendent. Ko tak nak layan aku tak pe aku tak kisah. Aku banyak lagi kerja nak buat. Periuk belanga mami belum punggah. Bilik jahit mami belum selongkar. Kain dalam bakul belum kirai. Hoiiii letih betul kalau si gemuk ni dah start kerja.

Semalam ukur nak buat baju. MR. Daddy request raya nih anak dara dia kena pakai baju kurung. Oklah kita turutkan jer...iols kan isteri mithali. Sekali ukur ko, pinggang adik satu saiz dengan abang. Homaigod abang yang kerempeng atau adik yang gumuks.

Oklah nak potong baju raya budak-budak.
Cau cin cau...



Note Putih MAMI bekerja

Tuesday, June 18, 2013

Memori

Memori daun pisang...
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan....
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basuh baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang
Memori daun pisang takkan telupakan
Memori daun pisang menjadi kenangannnnnnnnnnnnnnnn
Ha! Main-main ko. Ah-kak hafal ok lagu memori daun pisang. Ko mampu? El-leh apa yang susahnya ye dok? Google je lah. Now everything di hujung jari. Tekan purrrrrrrrrrrrr keluar. Berderet-deret. Kemain panjang. Pilih jer mana nak.

Apa lah yang saya mengarut ni? Ok ok kembali kepada kata dasar... me.mo.ri. Semalam ntah mana dikorek dek Irfan tiba-tiba terkeluar tiket bas ekspress. Eh, terus macam terkejut. Lama gila kot dah tak naik bas ekspress. Last rasanya tahun 2006. Sebab start tahun 2006 tu dah start pakai kereta maka me officially say goodbye to bas ekspress.

Terkejutnya saya nih jumpa tiket bas ekspress yang dah lama gila. Tengok tarikh tu. 9 OGOS 2004 weh. Yang tak boleh tahan Mr. Daddy selamba jer cakap, ni mesti tiket bas masa honey nak datang jumpa abang dulu. E-ce-ceh-ceh. Ingat kita ni tak ada kerja lain kot. Datang KL nak jumpa dia sajer. Tak ada makna OK! Itu tiket saya datang untuk interviewwwwww.

Tapi hebatkan boleh simpan sampai sekarang. Itulah namanya memori. Memori yang menjadi kenangan. BAk kata MR. Daddy saya ni suka simpan "memori beserta bukti". Senang nak cerita dengan anak cucu.

WHAT-EVER!!

Monday, June 17, 2013

Dapat Makan Hati Riang

Assalamualaikum uollsssssssssss...
Monday blues kah? Iolls tidak! Hari ni iolls datang bekerja dengna semangat yang baru dan hebat. Kalau kita tanamkan semangat positif sedari awal kita memulakan hari kita, insya-Allah hari tersebut kita akan lalui dengan aura yang positif juga dan di penghujung hari kita akan dapati kita telah mengisi hari kita dengan sebaik-baiknya....insya-Allah.

Wahhhhhhhhhhhhh...gitu pembuka kata. Ini kalau Dr. Fadzilah Kamsah dengar berundur dia ok. Bukan apa, benda baik, positif kita kena share kan. Sharing is caringggggggggg.

Ini kisah semalam. Cerita pasal MR. Daddy. Petang semalam MR. Daddy tegur nak minum petang tak? Waktu tu saya tengah iron baju-baju kerja. Stok seminggu. Orang dah offer, haruslah angguk laju-laju. Tapi kita pun offer lah jugak, bancuh air.

Masa nak bancuh air tu nampak MR. Daddy keluarkan sesuatu dalam peti sejuk, then tanyalah apa tu? Keropok. Keropok??? Macam pelik je. Sebab plastik keropok tu kecik je. Pergi dekat tengok ikan masin yang kecik-kecik tu ok! Kegilaan apakah goreng ikan masin buat minum petang. Ini memang betul-betul tak ada penyakit cari penyakit. Makan ikan masin seplastik, lepas tu laki bini sama-sama darah tinggi. Ini baru chenta sejati bawak mati!

Daripada darah tinggi mengunyah ikan masin di petang hari (eh, akal pintarku masih tak dapat terimalah kehebatan meratah ikan masin di petang hari) moh lah kita cari makanan yang senonoh sikit. Lagi pun sajer nak bawak si Irfan tu keluar. Terperap jer dalam rumah tak berkembang minda budak tu (ah-la-san!) Tapi inilah bagusnya ada anak kecik ada alasan kalau nak keluar...kononnya sian ke budak-budak....

 Ini saya punya. Macam biasa tajuk lupa. Maklumlah peningkatan usia. Tapi ada bunyi chesee and chicken. Pandai-pandailah korang bubuh tajuk sendiri.

 Irfan punya. Yang ni tajuk nya ntah apa-apa. Panjang nak mampos. Habis semua yang ada dalam pinggan tu dia nak letak dalam tajuk. Koser nak menghafalnya. Kata kuncinya adalah finger fish. Udah! Senang!

 Ini kudapan. Irfan makan banyak jugak. Tapi mula-mula tu dia merungut jugak sebab benda ni rangup tapi tak ada rasa. Walhal ko makan kena cicah sos tu (daripada tomato) so rasa dia masam-masam gituh. Tapi Irfan tak makan sos gitu. Jadi taburkan sikit garam bagi ada rasa. Itu yang laju dia mengunyah tu.

 My littleHERO. Manjaaaaaaaaaa kemain budak nih. Tapi since ada adik ni dia faham yang dia tak boleh manja sangat. Kalau nak manja tu cakap nanti dulu mami nak tidurkan adik dulu, dia faham. Today tak gi nursery, tak sihat. MR. Daddy jaga. Pagi tadi hantar mami gi office. Sarapan juga dengan mami.


 Ini budak gumuk...homaigod! Budak ni kalau pasal makan no prob at all! Nganga sajer...Sampai orang punya pun dia nak sental jugak. Hari tu kemain dia menjerit-jerit menangis sama naik dengan abang. Abang pun ikut menjerit jugak. Berebut tin milo abang. Geram betul! And dia jugak pantang nampak abang susu botol. Mesti dia histeria nak jugak menyusu botol...padahal!!! Habis pun tak. Tensi mak jemah.

Oklah iollls dapat tak aura positif dari iollls.....


Sunday, June 16, 2013

Cerita Kosong

Cerita kosong tu sama dengan tak ada cerita. Huh! sehari dua ni memang busy. Hari-hari yang lain tu busy jugak.... busybodyyyyyyyyy

Last week balik umah EMAK. Lama gila tak balik KL. Ialah sebab minggu yang sepatutnya balik tu MAK tak de balik kampung, mak cik MR. Daddy kahwin.

Minggu tak ke mana-mana sebab nak menjahit. Banyak dah kerja jahit yang pending. Marah orang kang baju raya deme tak siap.

Ok apa lagi nak citer? Oh semalam petang Irfan tiba-tiba masuk bilik cakap nak makan ayam kfc. Tak pernah-pernah pun. Tak pe layan kan jer. Sekali pergi banyak gila dia makan. Betul-betul punya mengidam.

Friday night tu belanja MR. Daddy sempena father's day. Belanja makan je pun. Pergi ke TGI Friday. Makan sampai nak terbelahak. Banyak gila kot. Sebab masa order memading kebulur so folowed nafsu. End up tak boleh bangun.

Today masak kat umah jer. Misi hari ni iron baju 2 weeks stok and potong kain and jahit. Tak sangguplah pending lama-lama banyak-banyak.

Mampossss kang baju orang tak siap!!!

Note Putih MAMI bekerja ♥♥

Saturday, June 8, 2013

Birthday Boy Potong Kek

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, June 7, 2013

Happy Besday littleHERO

Empat tahun lepas 7 Jun 2009 Ahad. Mami berada di wad bersalin hospital PPUM. Sedang menahan sakit. Sedang menanti kehadiran kamu. Kamu yang selama ini hanya ada dalam bayangan mami.

Pagi Ahad 7 Jun 2009 pukul 10.00 pagi mami ditolak masuk ke dewan bersalin. Masih lamaaaaaaaaaaa lagi waktu untuk mami menunggu kehadiran kamu. Sakit semakin mencucuk. Mami tahan demi kamu. Epidural ditawarkan buat mami tapi mami tolak sebab mami mahu merasakan sendiri sakit yang paling sakit saat mahu melahirkan. Mami mahu merasai sendiri setiap pengalaman itu agar satu hari nanti mami boleh beritahu kamu. Betapa semua yang mami lakukan demi kamu yang belum mampu mami sentuh.

Tengah hari Ahad 7 Jun 2009 doktor pakar berbangsa Cina memeriksa mami. Mami lihat keningnya berkerut. Mami tahu ada yang tidak kena. Dalam keadaan menahan sakit mami tanyakan juga kepada doktor bagaimana keadaan kamu. Jawabnya kamu sudah semakin lemah, kamu lemas.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Mami berdoa moga Allah beri kesempatan pada mami agar diberi peluang untuk mendukung, menatap wajah kamu, mencium pipi gebu kamu, mendodoikan kamu, menyusukan kamu dan melihat kamu membesar di hadapan mata mami.

Petang hari Ahad 7 Jun 2009 pukul 1.30 petang, mami ditolak ke bilik pembedahan. Mami terpaksa menjalani pembedahan ceaseran juga demi kamu. Harapan mami hanya satu, moga Allah beri kita kesempatan untuk bersatu.

Pukul 2.15 petang 7 Jun 2009 kamu selamat dilahirkan. Saat kali pertama mata kita bertentangan mami tergamam. Itukah kamu yang mami bayangkan? Itukah kamu? Subhanallah Allah makbulkan doa mami hingga saatnya kita bersatu. Air mata mami berderai jatuh. Walau tidak terus dapat mendakap tubuh halus kamu namun mami bersyukur kerana sedikit saat lagi kita akan bersatu.

Sayang, walau kehadiran kamu merubah keseluruhan hidup mami, walau kehadiran kamu buat mami pusing tetapi percayalah hingga ke saat ini kamu sentiasa ada di hati mami. Kamu selalu dan sentiasa menjadi yang utama kerana kamulah insannya yang memberi mami gelaran "MAMI" itu. Kamulah sebenarnya yang mengajar mami untuk menjadi "MAMI".

Buat heroKECIL mami, HAPPY BESDAY sayang.
4 tahun melalui kehidupan ini bersama kamu adalah detik-detik yang indah.
Doa mami semoga kamu menjadi anak yang soleh, yang berguna buat agama, bangsa.
Yang dapat menjadi pelindung dan pembimbing adikmu.
Sayang mami buat kamu sampai syurga ALLAH.


Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday

Kononnya...tapi tak mampu. Ada mulut maka kena bercakap. Tak dapat cakap kita taip. Maka nan adoooo wordless wednesday.

Assalamualaikum uollls. Semalam cuti Nuha demam sebab Friday tu kena cucuk. Shian dak kenit tu kena cucuk dua-dua peha sebab di PPUM cucuk 6 dan 8 bulan disekalikan so tak payah nak datang dua tiga kali. Tapi alhamdulillah pagi ni dah recovered. Dah hantar nursery pun. Eh, sekarang kenit tu dah pandai. Pagi tadi teacher nak ambik dia kalih muka terus peluk leher mami. Bila bagi juga dekat teacher dia terus muka cebik tapi tak nak nangislah. Cepat-cepat saya lari takut dia meraung.

Then malam sebelum tu sebab Nuha dah demam maka MR. Daddy masak. Minta dia masak butter prawn. So ajarlah kekdahnya cemana. Dua tiga kali ulang make sure MR. Daddy faham sepenuhnya. Sebab butter prawn ni kalau salah step benda yang macam tali halus-halus tu tak moh jadi.

So dah terlanjur cerita tu meh kita kongsi sikit resepi.
Butter Prawn
Bahan - bahan :
Udang - besar mana, banyak mana ikut suka hangpa.
Minyak masak
Butter
Kuning telur
Daun kari - sedikit (4-5 helai)

Kekdah membuatnya :
1. Lumur udang dengan garam dan kunyit.
2. Goreng dengan minyak hingga masak dan toskan.
* toskan udang dalam penapis dan biarkan minyak udang itu mengalir keluar.
* biarkan udang berada di dalam penapis untuk langkah seterusnya.
3. Menggunakan minyak menggoreng udang cairkan butter.
* jangan kurangkan minyak.
4. Selepas butter cair masukkan daun kari.
5. Tuangkan sedikit demi sedikit kuning telur yang telah dipukul secara berterusan.
* ketika kuning telur dituang ke dalam kuali, mangkuk kuning telur mesti diangkat tinggi.
* kacau kuat kuning telur yang dituang ke dalam kuali tanpa henti.
* kacau dalam bentuk pusingan.
6. Selepas habis kuning telur dimasukkan ke dalam kuali, kacau seketika dengan pantas dalam gerakan memusing.
7. Tutup api dan dengan pantas tuang semua isi kuali ke atas udang yang sedang ditoskan.
8. Pastikan penapis cukup gagah untuk menampung semua isi kuali.
* apabila minyak dalam kuali telah ditoskan tali halus-halus tu akan kelihatan.

Selamat mencuba dan selamat berjaya (",)

Monday, June 3, 2013

Aiskrim yang Digoreng

Assalamualaikum uolls. Apa habaaaaaaaaaaaqq? Monday blues kah? Me? No no no no. Hari ni mood ceria dan happy. Jadi sempena meraikan rasa bahagia itu mari kita bercerita tentang makanan dan makan.

Semalam teringin nak makan ais-krim goreng. Actually lama dah nak makan ais-krim goreng, tapi al-femalas-nak-mamfus maka kita buat-buat tak faham tuntutan perut. Cuma semalam macam dah tak tahan. Ais-krim itu harus digoreng dengan kadar yang pantas.

Maka bermulalah aktiviti menggoreng ais-krim.

Ais-Krim Goreng
Bahan-bahan:
1. Ais-krim
2. Roti

Iolls guna ais-krim murah jer...roti pakai gardenia sebab roti tu jer yang ada kat kedai.

Kekdahnya:
1. Scop ais-krim dan letak di tengah-tengah sekeping roti (macam gambo)
2. Then tindih dengan sekeping lagi roti.
3. Tekan dengan cawan atau apa-apa permukaan yang bulat. Nak kreatip bentuk lain pun ok jugak. Make sure kedudukan ais-krim berada di tengah-tengah.
Bila cawan diangkat korang akan dapat bentuk macam ni. Tekan sikit keliling roti tu supaya ia melekat elok.

4. Simpan semula dalam freezer...lebih kurang 2jam.
5. Lepas dah 2jam dah boleh goreng.

Selamat mencuba ;)