Friday, February 8, 2013

Loooooooong Weekend

Mari mencarut...eh silap!
Mari mengarut sebelum loooooooooong weekend bermula.

Hari ini hari Jumaat.
Hari terakhir bekerja untuk minggu nih.
Lepas tuh cuti panjang sampai Selasa.
Happy Chinese New Year to whom celebrate it.
Kak Jemah tolong duduk diam-diam.
Saya dah siapkan plan untuk cuti panjang ni buat kami sekeluarga.
Mula-mula hari Sabtu tu kita tak payah keluar.
Kita lepak jer dulu dekat rumah kasik jalan clear sikit.

Hari Ahad pula kita kemaskan rumah.
Kita kasik keluar semua itu sarang labah-labah.
Kita halau itu labah-labah pergi buat sarang dekat rumah orang atas pula.
Pssst...jangan kabo kat orang atas.
Kemas peti sejuk.
Kemas dapur.
Kemas balkoni.
Kemas bakul kain <-- ini="" mencabar.="" paling="">Pendek kata hari Ahad tu kita kemas rumah jer.

OK, hari Isnin baru kita buat rancangan gempak sikit.
Hari Isnin MR. Daddy akan ditugaskan menjaga Irfan dan Nuha.
Sebab mummy nak jahit.
Jadi hari Isnin kita....emmmmmm dok kat umah jugak.

Hari Selasa confirm confirm kena dok kat umah.
Sebab esoknya (Rabu) dah nak kerja.
Nanti penat.
Lagipun nak kemaskan baju untuk kerja esok lagi.
Huish tak boleh-boleh.
Nanti penat.
Jadi kesimpulannya cuti Raya Cina ni kami tak akan ke mana-mana.
Dah pasang niat nih...
Sahaja aku duduk di rumah pada cuti hari raya cina nanti seperti yang aku dah rancangkan.
Jadi, anak-anak sorry.

Pada yang akan kahwin masa long weekend nih, selamat pengantin baru.
Yang akan bertunang, selamat menjadi tunangan orang.
Acu Munirah...selamat bertunang.
Yang nak dapat anak, selamat bersalin.
Yang nak dapat menantu, selamat terima orang baru.
Semoga happy-happy selalu.

No comments: