Saturday, February 16, 2013

Maaaakaaaaaaaaan

Ini kisah semalam.
Minggu ni straight kami empat beranak tak keluar rumah.
MR. Daddy dengan Irfan mata kena ketumbit.
Me and Nuha sakit mata.
Well...well...well... sehati berdansa khennnnn.

Tapi semalam dah sampai tahap tepu.
MR. Daddy pujuk juga ajak keluar.
Alasan: nak makan.
Ok lets go lets go.

Awalnya MR. Daddy ajak makan Seol Garden.
Angguk laju-laju.
Ne.
Terus feeling Korea.
Tiba-tiba terpandang si bambam Nuha.
Oh cannot.
Nuha tak suka keluar malam.
Sebab bambam tu sekarang siang main malam mau tidur.
Kang dia mengamuk saper susah? Mak Jemah jugak.
Tak pasal-pasal MR. Daddy dengan Irfan jer transform jadi Korean.
Mak Jemah cuma boleh berlakon jadik bibik dari Malaysia.

On the sport tukar plan.
Kita gi Sri Kembangan jer.
Makan dekat MR. Steak House.




Antara menu yang ada. Gambar menu jer boleh snap. Gambo makanan sorry memang tak dan.


Tengok menu ni baru perasan ada nasi naper malam semalam tak perasan ek?


Air...Tapi biasalah boleh teka kot kg.com order air apa.


MR. Daddy komplen kepala dia separuh jer. Irfan komplen tak sempat buat gaya oltromen. Fine! Retake


Puas hati? Gambar saya tak de saper yang sudi ambik kan.


Makanan dia ok lah.
Boleh lah.
Tapi me and MR. Daddy sepakat mungkin tidak akan kembali lagi makan di situ....



Published with Note Putih Mami

Thursday, February 14, 2013

Kevodohan

Pagi tadi try upload entry baru.
Banyak kali try tetaplah tak boleh.
Tensi mak jemah!
Asyiklah kuo error mesej.
Upload lagi tak boleh!
Try lagi tak boleh!
Hoi vengang sungguh mak jemah
*mukamerahkepalakembanghidungberasap*

Dengan perasaan marah mak jemah terus meng'uninstall blogger-droid app.
Miahahaha....
Lalu mak jemah terus ke app store
Connect....
No internet connection...retry?
No internet connection?
Jadi...
Jadi...
Jadi...
Tak boleh upload new entry tadi sebab no internet connection lah.
Oh maknanya blogger-droid app tu tak ada masalah lah.
Oh vodoh sombongnya mak jemah...

Dengan wajah kesal mak jemah pun install lah semula blogger-droid app yang sama ini.
Fahamlah mak jemah sekarang canggih manapun telefon kalau tak connect dengan wifi mak jemah tak boleh publish new entry.
Oh vodoh sombongnya mak jemah...

Learn my lesson...



Published with Note Putih Mami

Wednesday, February 13, 2013

Tambah Koleksi


Sekarang ni nak menjahit agak bercinta sikit so kita kemaskini studio jer.
Cari bekas-bekas comel untuk simpan barang-barang jahit.
So tak adalah barang-barang tu bersepah macam tak bertuan.
Matapun sedap jer memandang.
Lagipun sooooooooon (insyaAllah) nak penuh sesakkan studio dengan kelengkapan menjahit.
Nanti bolehlah buka kedai dari rumah.
Korang kalau nak tempah baju boleh ambik no. giliran dari sekarang.
Esok-esok jenama mak jemah dah glamour jangan mimpi mak jemah nak jahit baju korang dah.
Masa tu taraf-taraf mak jemah haruslah retis *tangandibahumatakeatas
Ok melalut!
Mari saya perkenalkan koleksi baru saya....











Bekas Simpanan Bobin Bergaya (lah sangaaaaaat!!)

Sebelum

Selepas


Bergaya tak???



Published with Note Putih Mami

Tuesday, February 12, 2013

Sakit Mata


Sakit mata pulak dah si kecil Nuha ni.
Sejak semalam lagi.
Anak-anak kalau jatuh sakit memang merunsingkan.
Walau pun hanya batuk.
Lagi-lagi Nuha ni jenis tak banyak ragam.
Dia jenis kuat.
Kalau tak betul-betul sakit dia memang tak akan menangis.
Get well soon sayang.
Kalau sakit itu boleh dipindahkan beri saja pada mami.
Mami boleh mintak MC tak payah kerja.
hewhewhew

Cepat sembuh buah hati mami. Sayang Nuha ketat-ketat



Published with Note Putih Mami

Monday, February 11, 2013

Bertukar!!!!


Akhirnya bertukar juga botol air saya.
Punyalah dari sehari ke sehari nak beli tupperware air baru tak juga terbeli-beli.
Semalam kebetulan pergi Tesco, terus capai.
No turning back!
Macamkan beli tupperware air tu nak kena buat keputusan besar.
Itupun siap kena kelentong dengan MR. Daddy baru beli.

Kisahnya dekat rak bekas air tu tak ada tanda harga.
MR. Daddy kata murah jer ni, paling mahalpun RM12.
RM12 ok lah, ambiklah warna purple.
Sekali bayo RM20++ ko!
Bulat mata pandang MR. Daddy.
Selamba jer dia jawab jenama ni memang mahal honey.
Cait! Baru tadi kata murah.
Kata MR. Daddy kekdahnya memaksa bini kedekut tukaq tupperware air.


Bekas air lama. Tangkainya dah putus. Nanti orang kata kedekut sungguh laki dia tak nak tukar...walhal...


Yang baru kaler purple sebab pink tak ada. Jenama century. Bapak mahal bagi si kedekut macam ai.

Sekian cerita bekas air hari ini.
Esok cerita lunch box pulak.


♥Thanks Amani Jibriel sudi jadi follower♥



Published with Note Putih Mami

Sunday, February 10, 2013

Sedikitnya Nilai RM100

Siang tadi keluar juga akhirnya.
Walau telah melafazkan ikrar dan janji namun terpaksa ku khianati demi anak-anak yang dikasihi......puiiii
Pergi ke Tesco Puchong yang baru tu sebab misi mencari ampaian belum terlaksana.
Tapi tetap tak dapat ampaian yang dikehendaki maka belilah barang-barang lain yang tak masuk senarai pun.
Capai tu, tarik ni, ambik tu, peluk ni...settle.
Dengan penuh bergaya terus ke counter bayaran.
Orang tak ramai so counter banyak kosong.
Tet...tet...tet...(bunyi mesin pengimbas harga kat counter).
Tengok-tengok total RM100++.
Senyum tak perlu kata apa-apa.


Inilah barang yang diambil dengan total RM100++. Tak nampak pun barangnya. Sikit betul nilai RM100 sekarang ni.


Tired while waiting MR. Daddy


MR. Daddy tengah bayar barang yang seconet tu.



Published with Note Putih Mami

Saturday, February 9, 2013

Happy Holiday

Happy Chinese New Year buat yang meraikannya.
Mengikut calender Cina tahun ni tahun ular.
Jadi sebagai menghormati tahun ular haruslah kita juga mengular...
Gurau je...bekerjalah kita sekueknyo


MAB punya decoration sempena Chinese New Year


Published with Note Putih Mami

Barut Baby Bercorak

** entry melekat - entry baru dibawah...kalau ada update lahhhh **

Hai mommies....
Barut Baby bercorak.
Diperbuat daripada cotton flannel (luar) dan cotton plain (dalam).
Selesa dan tidak panas untuk bayi.
Melindungi perut bayi daripada dimasuki angin yang mengakibatkan kembung perut.
Untuk pembelian boleh email ke gifi.groupofcompanies@yahoo.com atau sms 012-6163705

Code: Blue Love
Harga : M - RM 4.50 sehelai ( ~16.5 x 7.5)
............L - RM 5.00 sehelai ( ~18.5 x 8)
* harga tidak termasuk penghantaran
Code: Blue Flower
Harga : M - RM 4.50 sehelai ( ~16.5 x 7.5)
............L - RM 5.00 sehelai ( ~18.5 x 8)
* harga tidak termasuk penghantaran
Code: Pink Flower
Harga : M - RM 4.50 sehelai ( ~16.5 x 7.5)
............L - RM 5.00 sehelai ( ~18.5 x 8)
* harga tidak termasuk penghantaran

Friday, February 8, 2013

Loooooooong Weekend

Mari mencarut...eh silap!
Mari mengarut sebelum loooooooooong weekend bermula.

Hari ini hari Jumaat.
Hari terakhir bekerja untuk minggu nih.
Lepas tuh cuti panjang sampai Selasa.
Happy Chinese New Year to whom celebrate it.
Kak Jemah tolong duduk diam-diam.
Saya dah siapkan plan untuk cuti panjang ni buat kami sekeluarga.
Mula-mula hari Sabtu tu kita tak payah keluar.
Kita lepak jer dulu dekat rumah kasik jalan clear sikit.

Hari Ahad pula kita kemaskan rumah.
Kita kasik keluar semua itu sarang labah-labah.
Kita halau itu labah-labah pergi buat sarang dekat rumah orang atas pula.
Pssst...jangan kabo kat orang atas.
Kemas peti sejuk.
Kemas dapur.
Kemas balkoni.
Kemas bakul kain <-- ini="" mencabar.="" paling="">Pendek kata hari Ahad tu kita kemas rumah jer.

OK, hari Isnin baru kita buat rancangan gempak sikit.
Hari Isnin MR. Daddy akan ditugaskan menjaga Irfan dan Nuha.
Sebab mummy nak jahit.
Jadi hari Isnin kita....emmmmmm dok kat umah jugak.

Hari Selasa confirm confirm kena dok kat umah.
Sebab esoknya (Rabu) dah nak kerja.
Nanti penat.
Lagipun nak kemaskan baju untuk kerja esok lagi.
Huish tak boleh-boleh.
Nanti penat.
Jadi kesimpulannya cuti Raya Cina ni kami tak akan ke mana-mana.
Dah pasang niat nih...
Sahaja aku duduk di rumah pada cuti hari raya cina nanti seperti yang aku dah rancangkan.
Jadi, anak-anak sorry.

Pada yang akan kahwin masa long weekend nih, selamat pengantin baru.
Yang akan bertunang, selamat menjadi tunangan orang.
Acu Munirah...selamat bertunang.
Yang nak dapat anak, selamat bersalin.
Yang nak dapat menantu, selamat terima orang baru.
Semoga happy-happy selalu.

Thursday, February 7, 2013

Melencong

Last Sunday around pukul 2.30 gituh ajak MR. Daddy keluar.
Mission mencari ampaian.
Tapi nak pergi lunch dulu, sebab perutku lapar.
Ajak MR. Daddy makan dekat Mr. Steakhouse Seri Kembangan.
Senang lepas tu terus pergi Giant.
Keluarlah empat beranak tu.

Elok ko kereta jalan dalam lima minit gituh, hujan pun turun.
Tak per Seri Kembangan tak hujan lagi ni...sedapkan hati sendiri.
Sekali ha! Seri Kembangan mencurah-curah.
Hujan-hujan gini tak da maknanya nak ke Giant.
Tak kuasa iols nak berpayung-payung dengan anak kecik nih heh.
Terus suruh MR. Daddy cari tempat parking yang berbumbung.
MR. Daddy pun halalah ke IOI Mall.
IOI Mall? Oh man, terus pandang bawah.

Mak pakai selipar monkey jer noks. uols mampu?

Sampai IOI hoi kemain penuh padat.
Covered parking full.
Siap gate untuk ke covered parking tu tutup ko.
Terus keluar balik.
MR. Daddy ajak pergi Bukit Tinggi, Klang.
Ok, I follow ja.
Sampai Jusco Bukit Tinggi pun ramai orang.
Tapi tempat tu besar so parking tak ada masalah.
Naik terus makan dulu.

Makan dekat The Chicken Rice Shop

Itu ja gammbar yang ada dek non.
Ahkak kalo dah nampak makanan menggelupur, memang tak boleh buat apa dah.
Budak tu sampai jer kat meja hantar nasi segala...terus menggelabah.
Semua nak makan dan dan tu jugak.
Bapak lah kebuluq nya.
Mau idak masa tu dah pukul 4.30 kot.

Untie Ieyza kenal dok dress kitew. Kejap jer dah muat kan :)

Dah itu jernak citer...

Wednesday, February 6, 2013

Rabu yang Bisu v.2


Monday, February 4, 2013

Hanya Padamu

Cinta datang tanpa diduga...
Cewah...cewah...

Ini tajuk drama slot Zehra di tv3.
Ke udara setiap Jumaat jam 9.00
Saya follow cerita ni...
Sebab pertama ini drama Filmscape oleh Khabir Batia.
Selalunya sentuhan beliau jarang sekali mengecewakan.

Antara barisan pelakon yang terlibat

Yang keduanya sebab ada abe Beto.
Sebab tu dari awal dah pasak niat nak follow drama ni.
Sahaja aku menonton drama Hanya Padamu keranamu Beto Kusyairi...gituh!
Tapi sebab drama ni hari Jumaat selalulah terlepas.
Lepas tu gigihlah ke ton.ton


Gadis di tengah tu siapa ek?
Macam tak kenal sangatlah.
Ke saya jer yang tak kenal tapi sebenarnya beliau sudah terkenal.
Maklumlah Mak Jemah ni selalu tertinggal ERL.
Cer tengok abe Beto tu...


Tak teringat pulak nak tanya google siapa gadis itu.
Beliau membuatkan saya tertanya-tanya.
Tapi Khabir Batia memang suka begitu.
Menampilkan wajah agak baru dalam setiap drama dia.
Lepas tu meletops kebabom.
Lepas tu terus producer lain ambil jadi heroin.

Sunday, February 3, 2013

Mengamuk Sakan

Semalam ada walimatul urus.
Rumah Mak Usu (adik bongsu arwah ayah).
Wedding cousins saya.
Semalam naik dua orang pengantin.
Dua-dua perempuan.
Anak mak usu ni yang atas semua perempuan.
Sekarang semua dah berumahtangga.
Yang sulung dah anak dua pun.

Si kakak, anak kedua


Si adik, anak ketiga


Yang duduk tu si sulong.


Tapi semalam tak dan nak lepak lama-lama.
Nuha mengamuk sakan.
Tak pasal-pasal dia yang jadi attention.
Orang dok la kesian kesian dekat dia.
Nuha rimas, panas lagi lepastu dia takut bunyi kuat orang berdikir barat sama.
Penyudahnya balik jer...

Gigih mak ko menggayakan ko nak...rupa-rupanya.....


Abang siap bawa bekal botol susu.



**Gambar pengantin dari FB cousins.


Published with Note Putih Mami

Saturday, February 2, 2013

Puisi untuk Suami

Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang penat memasak berdiri...
Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang telah melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri...
Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang menjaga anak-anak yang gemar berlari...
Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang mengemas rumah saban hari...
Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang sibuk menyiapkan kelengkapan buatmu setiap pagi...
Encik-encik Suami,
Sudahkah berterima kasih kepada isteri yang bekerja dari pagi ke pagi...
Tidak berhenti-henti...
Tidak pula bergaji...
Tiada juga insentif cuti...
Sudahkah Encik Suami???

Encik-encik Suami,
Terima kasih itu perkataannya pendek sekali
Tetapi amat beerti buat kami si isteri
Kerana kami rasa dihargai
Kami tahu kami disayangi
Kami sedar kami dikasihi.

Encik-encik Suami,
Bukan simpati yang dicari
Tidak juga minta dirai
Apatah lagi penghargaan yang menggunung tinggi

Encik-encik Suami,
Ucapkanlah perkataan yang pendek ini
Agar bisa kami tersenyum hingga nampak sebaris gigi
Biar bahagia sampai ke hati
Biar tenang berhari-hari
Biar seronok tak henti-henti

Ucapkanlah wahai suami....



.:: Tak ada kena mengena dengan yang mengarang dan mengepost entry ini ::.



Published with Note Putih Mami