Wednesday, November 30, 2011

Protect The Boss [KOREAN Drama]

Saya suka cerita ni sebab ceritanya funny.
Ianya adalah komedi ringan.



Title: 보스를 지켜라(Boseureul Jikyeora) / Protect the Boss
Genre: Romance, comedy
Episodes: 18

Sinopsis
No Eun Seol akhirnya mendapat pekerjaan setelah berusaha gigih. Malangnya dia mendapat seorang bos yang agak cerewet, pembersih, tidak bersungguh dalam kerja dan mengalami fobia untuk berucap di hadapan orang ramai. Sebagai seorang setiausaha dia telah diarahkan oleh pihak atasannya untuk membantu bosnya itu melawan fobianya. Tanpa disedari mereka akhirnya jatuh cinta. Namun cinta itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak kerana latar belakang No Eun Seol yang dilihat sebagai "tidak bersih."

Cast

Choi Kang Hee as No Eun Seol

 Ji Sung as Cha Ji Heon

Hero Jaejoong as Cha Moo Won

Wang Ji Hye as Seo Na Yoon
Suka tengok lakonan dia dalam cerita ni sebab nampak menjadi nak kelakar.
Masa dalam drama Personal Taste benci betul tengok dia.


Tonton : dramacrazy
Download : azdrama
OST: koreandrama

 

Tuesday, November 29, 2011

Tahun Baru

Sudah masuk tahun baru hijrah.
Memandang ke belakang terlalu banyak rasanya masa yang dirugikan dengan sia-sia.
Mengimbau ke belakang terlalu banyak rasanya usia yang habis tanpa apa-apa.

Tidak sedar, tahun baru muncul semula.
Syukur Allah masih beri pinjam nyawa untuk melihat dunia.
Banyak azam awal tahun yang terbengkalai di tengah jalan.
Malu pada diri, malu pada Dia.

Tahun ini insya-Allah mahu melangsaikan "hutang-hutang" azam yang tertunggak itu.
Tak boleh pasang azam baru.

Go! go! Fighting!!!

 

Friday, November 25, 2011

Petua Murah Rezeki

Petua ni saya dapat agak lama juga dah.
Waktu masih bergelar pelajar.
Sekarang ni dah jadi amalan setiap hari.
Secara automatik mesti akan buat.

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis
Doa orang-orang yang berpuasa itu lebih mudah diterima Allah.

Rasa berat nak puasa Isnin-Khamis???
Try next step.

2. Amalkan solat sunat dhuha
Lakukan antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Waktu yang afdal yang menghampiri tengah hari. (antara 11.00-12.00)

Pun berat juga???
Sebab kadang-kadang waktu itu waktu paling sibuk???
Try next step.

3. Amalkan membaca ayat Seribu Dinar
Baca sebanyak tiga kali setiap kali selesai solat fardu.

Masih rasa berat???
See the next step.

4. Bersedekah
Sedekah itu tidak tertakluk hanya kepada wang ringgit.
Sedekahlah Al-Fatihah kepada orang tua mu samada mereka masih hidup atau telah tiada.
Sekurang-kurangnya satu hari sekali.
Doakan kesejahteraan mereka.

Berat????
Sorry, you have no more option!!!


p/s-1: Rezeki bukan hanya dari segi wang ringgit dan kemewahan. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk: kesihatan, kelapangan masa, ketenangan dan banyak lagi.

p/s-2: I got this petua from my ustaz 5/6 years back. Can't remember his name.

 

Thursday, November 24, 2011

Pengajian Jarak Jauh (ePJJ) dan Pengajian Luar Kampus UiTM

Tawaran Meneruskan Pengajian Secara e-PJJ/PLK Sesi Mac 2012 di UiTM.

UiTM mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan STPM / Matrikulasi / Diploma/ Ijazah Sarjana Muda untuk menjadi siswazah UiTM bagi sesi MAC 2012.

Permohonan secara online akan dibuka pada 24 November 2011 bermula jam 12.00 tengah hari.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Disember 2011 (Jumaat).

Senarai program yang ditawarkan boleh lihat di sini

Syarat am universiti boleh lihat di sini

Klik pada gambar untuk besarkan.
  

Tuesday, November 22, 2011

Patah Sayap Sang Garuda

TAHNIAH harimau muda!!
TAHNIAH penyokong bola!

Inilah sukan yang telah berjaya menyatukan seluruh MALAYSIA.
Duduk bersatu di bawah satu bendera.
Bergema bersama melaungkan satu nama.

Maafkan kami sang garuda.
Ejekan dan cacian kalian belum cukup hebat untuk melemahkan semangat juang harimau muda kami.
Sorakan kami walau hanya majoriti namun cukup untuk menjulang nama MALAYSIA di mata dunia.

Semoga kejayaan ini tidak akan berhenti di sini.
Perjalanan Harimau Muda masih jauh, masih berliku, masih panjang.
Sorakan penyokong juga masih perlu, masih diharapkan, masih ditagih.

Moga kejayaan akan terus ditempa...

Kepulangan yang disambut semua





Monday, November 21, 2011

Bahaya Gunting

Budak becok ni sejak ada gunting sendiri kemainlah eksyen.
Sikit-sikit nak mneggunting.
Habis semua yang dia dapat capai diguntingnya.

Peluru pistol dia yang getah tu pun habis diguntingnya.
Bila dah tak boleh dijadikan peluru mulalah dia nak mengamuk.

Tapi yang buat ahkak sentap bila dia guntingnya ini...



























Rongak jahanam kipas aku!!!!
Habis simbol puteri lilin mak!!!
Apalah maknanya puteri lilin tanpa kipas... :(
Sob sob sob sob

 

Tuna Roll [Laporan Masakan Bergambar]

Pagi Isnin yang blues???
Malas mahu memulakan kerja???
Mari bercerita tentang makanan.


Tuna Roll bersalut Nestum

Bahan-bahan
-Beberapa keping roti gardenia.
-Tuna dalam tin (boleh ganti dengan sosej atau sardin atau apa-apa yang korang suka).
-Satu mangkuk nestum.
-Satu biji telur ayam.
-Secubit garam.
-Minyak untuk menggoreng.

Kekdah Membuatnya
-Telur ayam dipecahkan dan dipukul di dalam mangkuk.
-Tambahkan secubit garam ke dalamnya.
-Buang bahagian tepi roti.
-Letakkan tuna/sardin/sosej di atas roti dan gulung.
-Celupkan gulungan roti tadi ke dalam telur.
-Golekkan di atas nestum sehingga semua permukaan roti yang bergulung tadi disaluti nestum.
-Goreng di dalam api yang panas (sekejap sahaja kerana nestum mudah hangus).

*bagi yangmenggantikan tuna dengan sosej atau sardin pastikan kedua-dua bahan ini dimasak terlebih dahulu.

 

Friday, November 18, 2011

Sebahagian Daripada...

Sejarah 11.11.11

Dah seminggu dah adik saya ni nikah.
Baru hari ni dapat update.
Bukan apa cari gambo tak jumper.
Lagipun line tenet tak deras...
*alasan...*

Ini antara hantaran yang dapat di-capture.
Malas nak capture cantik-cantik, pakai phone jer.
Beria benor kang ada pulak yang ngata poyo.
Bab hantaran memang saya tak ambik port.
Sumer pengantin lelaki uruskan sendiri.

Yelah bagi ke saya telekung suruh gubah buat buah epal.
Saya buat jadi kelapa.
Kata sokong buah-buahan tempatan.
Muncunglah mulut si pengantin.
Bagi sejadah suruh gubah jadi masjid.
Sekali saya gubah jadi Taj Mahal daaaaa...
Kata nak tengok antara keajaiban dunia.
Pot pet pot pet lah pengantin tu lagi.

Fine!
Suruh orang lain buat.
I kecik hati.

Majlis berlangsung di Triang, Felda Mayam (ingat-ingat lupa...rasanya dah betul namanya ni).
Nikah 11.11.11 belah malam lebih kurang pukul 9.30.
Sanding 12.11.11 belah sianglah.
Buat malam kalu burung hantulah yang datang.

 Inilah adinda beta.
Pengantin lelaki bersama rombongan Che Kiahnya.
Ini semua keluarga belah ibu.
To be exact adik beradik ibu.
Tak leh letak watermark sebab hakcipta bukan I yang pelihara...
Ini dari kamera professional yang diambil oleh jurukamera semi-professional.

Inilah pengantin 11.11.11 tu.
Welcome to the family Afidah (Mak Tam kata Irfan).
Owh saya ada merenjis masa ni.
Tapi bukan renjis pengantin...renjis diri sendiri sebab Irfan boleh buat scene depan pelamin tu.

Buat kalian berdua semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga cepat mendapat cahayamata.
Dan mendapat limpah Rahmat dari Nya....

 

Tahniah Adik-adik...

Semalam keputusan UPSR diumumkan.
Lepas tu malam tadi keluarlah berita...
Anak penoreh getah dapat 5A...
Anak petani dapat 5A...
Anak operator kilang dapat 5A..
Tahniahlah buat korang semua yea...

Tapi harus diingat A yang berderet masa UPSR ni bukan A yang korang boleh carry forward sampai bila-bila.
Ini baru permulaan sebagai pengukur aras yang perjalanan kalian baru sahaja bermula.
So bagi yang dapat A kurang daripada 5 tu jangan putus asa.
Sedih sekejap tak apa...tapi harus ada usaha untuk membetulkannya.

Terkenang zaman ambil UPSR beberapa tahun yang lampau.
Setiap kali perhimpunan hari Isnin mesti ada cikgu yang akan berucap bagi semangat supaya kitorang skor A dalam UPSR.
Siap cerita kalau dapat masuk asrama penuh/MRSM memang power gila.

Makan sedap-sedap.
Tidur tilam empuk sampai tenggelem badan.
Ada tempat study best.

Kita yang masih kanak-kanak ribena ni pun...fuyoh fuyoh dalam hati.
Gila excited bila dengar cikgu cakap macam tu.
Belajar kaw kaw dapat masuk asrama penuh.
Sekali sampai memang pelamin anganku musnahlah.

Dahlah bilik kongsi 20 orang.
Katil 10 buah dua tingkat.
Lambat check-in duduk katil atas.
Habis-habis minimum pun 4 orang sebilik.
Itupun jalan mengiring sebab bilik tak besar mana.
Mandi pagi nak kena beratur.
Itu belum cerita orang curik sabun, ubat gigi bagai.

Belum masuk bab makan.
Hari-hari ikan jeket.
Nak sedap sikit tunggu hari Khamis dengan Jumaat.
Dapatlah special...

Cuma yang best dok asrama ni time outing.
Pergh...rasa macam manusia dewasa walaupun usia masih setahun jagung.
Keluar tanpa ditemani ibu bapa.
Hanya kawan-kawan sebaya.
Itu jam dalam wallet dah selit IC.
Kembang jer rasa bila bukak wallet nampak IC.

Sekolah manapun sebebnarnya sama jer.
Yang penting diri sendiri....

Again, tahniah buat semua adik-adik yang berjaya menduduki UPSR.


 

Tuesday, November 15, 2011

Update Pemanas Badan

Lama dah tak update pasal perasan sibuk nak mampos!
Tapi semenjak dua menjak ni line internet kat opis agak slow.
Maka mood untuk mengupdate merundum ke paras di bawah negatif.
Apataknya nak log in pun bapak punya payah.
Pastuh dah syok karang, bila save hilang.
Memang tak lah nak suruh taip balik semula.

So ini adalah entry pemanas.
Sambil-sambil try line internet.
Kalau boleh publish makanya line internet telah kembali pulih.

Sekian, berita terkini dari meja wartawan.


Wednesday, November 2, 2011

Mami SEKSI!!!!

Semalam petang ambil Irfan dari nursery, selamba jer dia jerit:

Mami SEKSI!!!!

Pergh, pucat sekesap muka saya.
Parents lain yang juga ambil anak memasing dah pandang-pandang.

Lepas tu Irfan sambung lagi...

Cepatlah mami SEKSI!!!!

Berkerut kening saya.
Apa ke bendanya.
Sampai dalam kereta itu juga ayat yang diulang-ulangnya.

Setelah berhempas pulas cuba memahami apa yang dia mahu, akhirnya saya berjaya memecahkan kod bahasa Irfan.
Rupanya si becok ni suruh saya

















MENYANYI












Lagu Aliff Satar tu...LELAKI SEPERTI AKU.


 

Maka melalaklah dua beranak ni dalam kereta menyanyi.


 

Tuesday, November 1, 2011

Tikus Gumook

Saya ada bagitau tak kantin office saya kena SITA?

Yea ia telah disita sejak minggu lepas hingga minggu depan.
Tapi saya memang dah lama tak makan dekat kantin tu.
Sebab asal makan jer mesti sakit perut...
Maklumlah perut tak berapa nak antarabangsa sangat....

Ohhh...punca penyitaan???

KEBERSIHAN!!!

Kantin tu kotor terutamanya bahagian dapur.
Almaklumlah dia tahu hanya ada sebuah kantin sahaja di bangunan tempat saya bekerja ni maka mereka pun ambil sambil lewa sahaja.

Sewaktu proses pembersihan dengan pemantauan kakitangan Kementerian Kesihatan, mereka berjaya menangkap sekeluarga TIKUS GUMOOK.
Sekeluarga itu termasuklah datuk, nenek, mak, bapak sampailah ke anak cucu cicit.
Agak banyak...
Tak gamak nak tulis.

BAYANGKAN!!!!
Sekeluarga TIKUS GUMOOK di tempat makanan anda disediakan.

BAYANGKAN!!!!
Keluarga TIKUS GUMOOK ini "bermain-main" di pinggan, mangkuk, cawan dan piring yang anda gunakan untuk makan.

Nampaknya lepas ni kena bertambah rajinlah...
Bangun awal, masak, bawa bekal...